FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Masalah 'Tidak Subur' Boleh Dirawat

2 posters

Go down

Masalah 'Tidak Subur' Boleh Dirawat Empty Masalah 'Tidak Subur' Boleh Dirawat

Post by Info Bola Sepak Mon 26 Aug 2013, 4:17 pm

Masalah 'Tidak Subur' Boleh Dirawat Pregnant-2
gambar hiasan

Bahagian pertama daripada rencana dua siri mengenai masalah tidak subur dalam kalangan pasangan yang sudah berkahwin

Oleh Hazlinda Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Selepas tiga tahun mengharungi perkahwinan dan masih tidak mempunyai anak, David Ng dan isteri mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan bagi 'masalah' mereka.

"Kami membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan setelah isteri saya gagal mengandung selepas tiga tahun kami berkahwin manakala tekanan daripada ahli keluarga yang lebih tua sudah tentu memburukkan lagi keadaan.

"(Tetapi) kini saya adalah bapa kepada tiga anak IVF (Persenyawaan Dalam Vitro)," jelas Ng yang bertugas dalam industri telekomunikasi kepada media pada majlis pelancaran kempen 'Harapan Dapatkan Anak' di sini baru-baru ini.

Ng mengahwini Shirley Goh pada tahun 2006.

Goh, yang juga bertugas dalam industri yang sama, menceritakan bahawa beliau jadi runsing kerana gagal mendapatkan anak selepas tiga tahun berkahwin.

Pasangan itu mula mencari rawatan alternatif dan Goh mencari maklumat mengenai cara mengatasi kemandulan.

Beliau bernasib baik kerana mendapat satu pilihan.

IVF

Pasangan itu tidak membuang masa untuk mendapatkan bantuan perubatan. "Kami dapatkan rawatan bagi kesuburan tetapi gagal pada awalnya. Kami diberitahu peluang berjaya hanya 50-50. "Kami tidak berputus asa dan memilih satu lagi pilihan iaitu program 'Persenyawaan Dalam Vitro' atau IVF. Kami mengambil peluang mencubanya dan kalaulah ia berhasil, itu adalah anugerah dari Tuhan," Goh menjelaskan pengalamanya. Ng adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga dan itu menyebabkan tekanan yang dihadapinya dirasakan amat besar. Selepas dua prosedur IVF yang berjaya, pasangan itu kini mempunyai anak perempuan yang berumur tiga tahun dan sepasang kembar berumur satu tahun. "Tiga (anak) sudah cukup," jelas pasangan itu.

KOS

Terdapat 30 Pusat Kesuburan bagi pasangan yang gagal mendapatkan anak secara normal mendapatkan rawatan di seluruh negara.

Bagi masalah kesuburan, masa adalah faktor penting kerana jika seseorang yang 'mandul' itu lambat mendapatkan rawatan, peluang bagi pasangan itu mendapat anak akan lebih tipis.

Di dunia, dianggarkan 9.6 peratus daripada pasangan yang berkahwin mengalami masalah kesuburan.

Pakar penjagaan kesihatan menyatakan trend lambat memulakan keluarga juga menyaksikan banyak pasangan mengalami masalah ketidaksuburan yang juga boleh dikaitkan dengan umur lanjut bagi pasangan wanita.

Menurut takrif Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), ketidaksuburan adalah satu penyakit sistem reproduktif yang diukur dari segi kegagalan untuk mengandung secara klinikal selepas 12 bulan atau lebih hubungan seksual secara normal.

Masalah ini bukan hanya tertumpu kepada golongan wanita sahaja, malah ia melibatkan lelaki.

Wanita yang boleh mengandung tetapi 'gagal' melahirkan anak juga menghadapi masalah ini.

Kos bagi rawatan kaedah IVF adalah antara RM12,000 dan RM20,000 bagi satu prosedur.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Masalah 'Tidak Subur' Boleh Dirawat Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Masalah 'Tidak Subur' Boleh Dirawat Empty Re: Masalah 'Tidak Subur' Boleh Dirawat

Post by Info Bola Sepak Tue 27 Aug 2013, 7:53 pm

Kesedaran Mengenai Masalah Kesuburan Masih Rendah Di Asia
Oleh Hazlinda Hamzah

Bahagian akhir rencana dua siri mengenai masalah kesuburan dalam kalangan pasangan berumahtangga.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kebanyakan pasangan suami-isteri sememangnya mahu dikurniakan anak sendiri tetapi ada juga yang kurang bernasib baik walaupun sudah bertahun berkahwin.

Masalah mandul atau ketidaksuburan menghalang pasangan suami-isteri mencapai objektif utama mereka iaitu untuk mendapatkan zuriat.

Tetapi ada pasangan yang mempunyai masalah ini yang mengatakan itu sudah ditentukan takdir.

Malangnya ada juga yang menyalahkan pasangan masing-masing kerana kegagalan melahirkan anak sebagai penyambung zuriat.

Menurut Dr Surinder Singh, pakar Obstetrik, Ginekologi dan Kesuburan, kesedaran mengenai masalah tidak subur dan rawatan baginya masih lagi rendah di Asia.

FAKTOR USIA

"Banyak faktor risiko bagi lelaki dan perempuan adalah sama. Satu pertiga daripada kes mandul berpunca daripada wanita manakala satu pertiga lagi oleh kaum lelaki.

"Selebihnya oleh campuran pelbagai sebab daripada pihak wanita dan lelaki dan faktor yang tidak diketahui punca," kata Dr Surinder sambil menambah bahawa gaya hidup pasangan terbabit turut mempengaruhi.

Faktor umur sudah tentu antara sebab utama punca kemandulan.

Kesuburan wanita akan mula berkurangan pada umur 30 tahun dan ke atas manakala lelaki pada usia 40 tahun dan ke atas.

MEROKOK, ALKOHOL

Menurut Dr Surinder, tabiat merokok dan minum alkohol secara berlebihan akan mengganggu peluang pasangan suami-isteri untuk mendapat anak.

Bagi wanita tiada tahap selamat bagi pengambilan alkohol semasa mengandung.

"Minum alkohol secara berlebihan akan menambah risiko kecacatan bayi pada masa kelahiran selain menyukarkan wanita untuk mengandung," jelas Dr Surinder.

Katanya lagi, mempunyai berat badan yang lebih atau kurang daripada sepatutnya atau bersenam secara berlebihan boleh mengakibatkan masalah kesuburan.

UJIAN

Pasangan yang bermasalah perlu menjalani ujian kesuburan bagi mengenali punca masalah itu.

Bagi pasangan yang berumur lebih 35 tahun dan mempunyai masalah kesuburan, mereka memang digalakkan menjalani ujian itu.

"Dalam masalah itu, biasanya pasangan wanita mengalami pusingan menstrual (haid) yang tidak menentu (tidak normal).

"Ada beberapa ujian untuk mengenalpasti punca masalah bagi kedua-dua pasangan," kata Dr Surinder.

"Ini termasuk pemeriksaan fizikal, ujian hormon dan air mani bagi lelaki manakala bagi wanita, perlu menjalani ujian ovulasi, Laparoscopy selain ujian hormon dan ultrasound pelvik," jelas pakar itu.

Selepas pemeriksaan fizikal yang lengkap, pesakit akan ditanya mengenai riwayat perubatan, sebarang penyakit yang ada selain ubat yang diambil, kurang upaya yang ada, serta kegiatan seksual.

Analisis air mani (semen) lelaki juga dijalankan bagi mengetahui kuantiti, warna dan samada wujud sebarang jangkitan (infeksi).

Semua ujian ini membantu doktor mengetahui samada lelaki mengeluarkan sperma yang sihat dan cukup bagi persenyawaan, katanya.

Bagi pasangan wanita pula, ujian dijalankan untuk mengetahui samada beliau masih menjalani proses ovulasi yang normal (termasuk mengetahui tahap hormon yang ada).

Ujian Laparoscopy juga dijalankan (pesakit diberi bius am) untuk mengkaji tahap tiub falopian, ovari dan uterus beliau samada mempunyai masalah patologi.

"Ujian Laparoscopy boleh mengenalpasti samada wanita itu masih mengeluarkan benih yang sihat dan samada laluan reproduktifnya membenarkan sperma dan telur wanita melalui tiub falopian," jelas Dr Surinder, yang juga presiden Malaysian Society of Assisted Reproductive Technology (MSART).

HARAPAN

MSART, dengan kerjasama syarikat farmaseutikal Merck Serono, baru-baru melancarkan kempen 'Harapan Mendapatkan Anak'.

Kempen itu adalah mengenai program menggunakan kaedah holistik bagi mereka yang mengalami masalah kesuburan.

Selain menimbulkan kesedaran mengenai kesuburan dan masalah bersangkutan, program itu juga memberi maklumat mengenai rawatan yang ada selain menghulurkan panduan.

Ia juga menyentuh mengenai kemandulan (tidak subur), iaitu satu situasi yang dianggap 'janggal' dan memang jarang serta dijauhi dari diperkatakan.

Kos rawatan mungkin tinggi tetapi program berkenaan menyaksikan pasangan yang sebelum ini tidak mempunyai zuriat berjaya mendapat cahaya mata melalui kaedah Persenyawaaan dalam Vitro atau IVF (In Vitro Fertlisation).

Bagi yang masih gagal, bantuan susulan akan diberi dengan syarat pasangan berkenaan menjalani rawatan IVF pertama. Rawatan IVF hanya sesuai jika pasangan mempunyai bilangan sperma yang normal.

Opsyen lain termasuk Intra Cystoplasmic Sperm Injection (ICSI) bagi pasangan lelaki yang mempunyai masalah bilangan atau kuantiti sperma rendah.

Juga terdapat kaedah Gamete Intra Fallopian Transfer (GIFT) tetapi teknologi ini agak lama dan tidak berapa digemari berbanding kaedah IVF.

Untuk keterangan lanjut boleh layari www.fertilityasia.com.my.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Masalah 'Tidak Subur' Boleh Dirawat Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Masalah 'Tidak Subur' Boleh Dirawat Empty Re: Masalah 'Tidak Subur' Boleh Dirawat

Post by Alixa Mon 05 Jan 2015, 11:20 am

yg pnting ada RM RM RM... $$$$
Alixa
Alixa
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Negeri : Masalah 'Tidak Subur' Boleh Dirawat Kuala_10
Jawatan : Jururawat
Gender : Female
Jumlah Post : 25
Umur : 30
Tarikh Register : 22/10/2014
Reputation : 0
Points : 3665

Back to top Go down

Masalah 'Tidak Subur' Boleh Dirawat Empty Re: Masalah 'Tidak Subur' Boleh Dirawat

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum