FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Memahami punca serangan strok

Go down

Memahami punca serangan strok Empty Memahami punca serangan strok

Post by Lord Vlad Tue 04 Dec 2007, 10:09 pm

Memahami punca serangan strok

Strok membunuh kira-kira 2,000 rakyat Malaysia setiap tahun dan
angka ini dijangka meningkat memandangkan perubahan profil penduduk dan
gaya hidup Malaysia selaras dengan kemajuan yang dicapai.

Oleh kerana strok ialah penyebab kematian ketiga terbesar di negara
ini, tidak menghairankan bahawa rakyat Malaysia ingin tahu apakah punca
strok dan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risikonya.

Apa yang menyebabkan strok?
Melalui penyelidikan dan
kajian selama berdekad-dekad, para doktor telah mengenal pasti beberapa
faktor risiko yang akan meningkatkan kebarangkalian seseorang diserang
strok. Faktor tersebut boleh dibahagikan secara kasar kepada faktor
risiko boleh dicegah dan faktor risiko tidak boleh dicegah.

1. - Faktor risiko boleh dicegah

- Tekanan darah tinggi/Hipertensi

- Sakit jantung

- Kencing manis

- Merokok

- Tahap homosistin yang tinggi

Menurut Presiden Persatuan Neurosains Malaysia, Profesor C T Tan,
hipertensi atau tekanan darah tinggi ialah penyebab tunggal paling
biasa bagi strok. Orang yang menghidap tekanan darah tinggi menghadapi
risiko yang jauh lebih tinggi menghidap strok, serangan jantung dan
penyakit vaskular lain yang berkaitan, kata Profesor Tan.

Beliau menjelaskan: Apabila tekanan darah meningkat, beban pada
arteri dan salur darah turut meningkat. Secara beransur-ansur, beban
ini akan menyebabkan arteri menjadi semakin keras dan sempit, satu
proses yang dinamakan aterosklerosis. Arteri juga mungkin menjadi
semakin lemah, menyebabkannya pecah. Akibatnya ialah serangan strok
berdarah (strok hemoragik).

Para penyelidik telah menunjukkan bahawa tekanan darah tinggi
dialami oleh lebih ramai lelaki berbanding wanita. Antara usia 24
hingga 34, bilangan lelaki yang mungkin menghidap tekanan darah tinggi
adalah dua kali ganda berbanding wanita. Perbezaan ini kekal sehingga
usia 55 tahun. Kebarangkalian berlakunya tekanan darah tinggi di
kalangan wanita meningkat selepas menopaus.

Profesor Tan mengulas: Orang yang mengalami sakit jantung koronari
menghadapi risiko dua kali ganda lebih tinggi berbanding orang yang
sihat untuk menghidap strok. Jantung, yang berdenyut secara tidak
seragam atau yang bengkak, sama ada dengan injap yang sempit atau tidak
- juga menjadi sumber gumpalan darah pada otak. Ini adalah satu proses
yang dinamakan embolisme yang menjadi punca strok iskemia.

Strok iskemia ialah strok yang disebabkan oleh salur darah tersekat
yang tiba-tiba memperlahankan atau menghentikan aliran darah ke otak.

Kencing manis, walaupun boleh dirawat, juga meningkatkan risiko
seseorang mengalami strok. Ini kerana kencing manis menyebabkan arteri
mengalami arterosklerosis (mengeras dan menyempit) dan menjadi semakin
lemah. Kombinasi penyakit kencing manis dan hipertensi meningkatkan
lagi risiko bagi penghidap kencing manis.

Merokok adalah satu lagi faktor risiko. Nikotin dan karbon monoksida
dalam asap tembakau mengurangkan jumlah pengambilan oksigen.
Bahan-bahan ini juga merosakkan dinding salur darah, menyebabkan
gumpalan terbentuk dan menyekat aliran darah.

Merokok adalah satu faktor risiko strok yang boleh dicegah.

Kajian-kajian terbaru menunjukkan bahawa tahap homosistin yang
tinggi secara langsung meningkatkan risiko strok. Dengan mengurangkan
tahap homosistin menerusi pengambilan harian asid folik dan vitamin,
seseorang boleh mengurangkan risiko berlakunya strok.

2. - Faktor risiko tidak boleh dicegah

- Usia

- Jantina

- Keturunan

Strok tidak mengenal usia. Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa usia
memainkan peranan penting dalam profil pesakit strok. Walaupun strok
boleh menyerang orang dari setiap peringkat usia, termasuk kanak-kanak,
di Malaysia lebih daripada separuh mangsanya berusia lebih 60 tahun,
dedah Profesor Tan. Memandangkan proses penuaan tidak boleh dihentikan,
warga tua boleh mengurangkan risiko dengan mengawal gaya hidup dan
pemakanan mereka.

Satu perkara menarik yang diperhatikan ialah walaupun strok lebih
kerap berlaku di kalangan lelaki berbanding dengan wanita,
kebarangkalian wanita mati akibat strok lebih tinggi daripada lelaki.
Penggunaan pil pencegah hamil dan kehamilan membawa risiko khusus
kepada wanita.

Keturunan (sejarah keluarga) dan bangsa ialah faktor kelahiran dapat
menentukan tahap risiko seseorang terhadap strok. Seseorang menghadapi
risiko yang lebih tinggi menghidap strok sekiranya salah seorang
daripada ahli keluarga terdekat mengalaminya. Di Amerika Syarikat,
rakyat Amerika berkulit hitam berkemungkinan lebih tinggi diserang
strok berbanding dengan penduduk kulit putih. Di China pula,
penyelidikan mendapati bahawa penduduk di bahagian utara China
mempunyai kadar strok yang lebih tinggi berbanding dengan penduduk
bahagian selatan dan tengah China. Pemakanan mungkin menjadi salah satu
sebab perbezaan tersebut.

Bolehkah strok dicegah?
Profesor Tan mendedahkan bahawa
kira-kira 70 peratus daripada serangan strok mungkin boleh dicegah
menggunakan pendekatan dua cabang - iaitu pendidikan kesihatan umum dan
pengurusan faktor-faktor risiko.

Pendidikan kesihatan adalah penting dalam usaha menentang strok.
Ramai yang masih jahil tentang perkara ini. Kebanyakan rakyat Malaysia
tidak sedar tentang sebab dan gejala strok, lantas menyebabkan kematian
dan penderitaan yang sepatutnya boleh dielakkan.

Doktor perlu mendidik pesakit, penjaga kesihatan dan orang ramai
tentang kesedaran dan pencegahan strok, menurut Profesor Tan. Pada
asasnya dua faktor penting perlu diubah - gaya hidup dan pemakanan.

Ini termasuk mengamalkan gaya hidup sederhana atau mengetepikan
tabiat buruk seperti merokok dan minum alkohol serta mengelakkan
tekanan dan berat badan berlebihan. Senaman kardiovaskular selama 30
hingga 45 minit sangat penting untuk mengekalkan tahap kecergasan dan
mengelakkan berat badan yang berlebihan.

Pemakanan yang seimbang, dengan kandungan lemak dan karbohidrat
sederhana membantu mengurangkan berat badan, kerana berat badan
berlebihan merupakan sebab utama kencing manis dan hipertensi.
Pengambilan garam yang sederhana juga membantu mengurangkan tekanan
darah. Seseorang juga harus mengelakkan diri daripada pengambilan
makanan yang mengandungi tahap kolesterol yang tinggi seperti daging
merah, lemak dan produk susu.

Profesor Tan merumuskan: Pengurusan faktor risiko strok adalah satu
lagi langkah positif yang harus diambil. Ini termasuk merawat
hipertensi, sakit jantung, kencing manis dan mengurangkan tahap
homosistin dengan pengambilan asid folik dan vitamin. - Rencana ini
diusahakan oleh Servier Malaysia Sdn. Bhd. sebagai satu projek
kebajikan masyarakat.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Memahami punca serangan strok Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7897

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum