FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Serangan jantung - Kolestrol tinggi antara punca

Go down

Serangan jantung - Kolestrol tinggi antara punca Empty Serangan jantung - Kolestrol tinggi antara punca

Post by Lord Vlad Tue 04 Dec 2007, 10:14 pm

Serangan jantung - Kolestrol tinggi antara punca

Oleh Rahana MD

Kita gemar makan nasi lemak berlauk sotong tumis semasa
bersarapan tetapi tahukah anda kita perlu bersenam atau berjalan selama
dua jam setengah untuk membakar kalorinya.

Sebagai wanita, perkhidmatan tawaran pelangsingan tubuh melalui
teknik urutan sering menjadi tarikan. Semasa proses rawatan, kita akan
berpeluh namun ia sebenarnya hanya mengeluarkan air dan bukannya
memecahkan lemak. Ini disebabkan 70 peratus daripada tubuh manusia
adalah air.

Ramai wanita yang tidak mahu gemuk kerana mempengaruhi penampilan, kini apa yang lebih ditakuti ialah risiko serangan jantung.

Menurut Konsultan Kardiologi dan Elektrofisiologi Institut Jantung
Negara (IJN), Dr. Azhari Rosman, semakin ramai wanita sedar kegemukan
mendedahkan mereka dengan pelbagai jenis penyakit.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk
Penyakit Jantung di Kalangan Wanita anjuran Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) baru-baru ini.

Menurut Dr. Rosman, kegemukan mengundang pelbagai jenis penyakit termasuk darah tinggi, kencing manis dan serangan jantung.

``Penyakit jantung merupakan pembunuh utama di kalangan wanita dan ia telah mengatasi penyakit kronik yang lain termasuk kanser.

``Pada amnya, oestrogen yang dikeluarkan oleh wanita sepanjang
tempoh kedatangan haid dikatakan mampu melindungi wanita daripada
pelbagai ancaman kesihatan termasuk penjagaan jantung, namun selepas
putus haid, wanita mengalami tiga kali lebih risiko untuk diserang
penyakit yang sama.

``Malah selepas serangan pertama, 33 peratus wanita menemui maut
dalam tahun pertama selepas serangan berbanding 25 peratus di kalangan
pesakit lelaki,'' katanya.

Insiden ini sekali gus meminggirkan tanggapan serangan jantung lebih banyak menyerang kaum lelaki berbanding wanita.

``Anggapan yang menyatakan wanita dilindungi daripada serangan
jantung tidak benar kerana secara amnya, penyakit ini menyerang tanpa
mengenal jantina.

``Walaupun kajian menunjukkan wanita diserang lebih 15 tahun lewat
daripada lelaki namun selepas putus haid, mereka menghadapi tiga kali
lebih ganda risiko berbanding sebelum putus haid.

``Sehubungan itu jika di kalangan wanita dalam usia 40-an yang bakal
menempuhi era menopaus tidak menjaga jantung masing-masing secara
intensif, ia akan membebankan sistem jantung selepas putus haid.

``Ketika itu mereka lebih mudah diserang dan pencegahan untuk mengelak juga telah terlambat,'' katanya.

Faktor

Menurut kajian, terdapat empat faktor utama yang menyebabkan berlaku
serangan jantung, antaranya merokok, darah tinggi, kencing manis dan
juga lebihan kolesterol di dalam badan.

``Ada banyak faktor yang boleh merosakkan fungsi jantung dan sebab utama kerosakan pada otot jantung.

``Ia dikenali sebagai penyakit kardiovaskular di mana berlaku
kesempitan pembuluh darah disebabkan lemak-lemak melalui proses
ateriosklerosis atau pembuluh darah tersumbat.

``Keadaan ini menyebabkan otot jantung kekurangan oksigen dan
akhirnya rosak atau mati. Apabila rosak, sebahagian daripada jantung
akan menjadi parut dan tidak berfungsi. Lama kelamaan jantung menjadi
bengkak dan kegagalan jantung akan timbul,''katanya.

Katanya, arterosklerosis adalah proses pengumpulan bahan-bahan lemak
dan kolesterol dalam pembuluh darah menyebabkan bekalan darah ke
jantung tersekat dan menyebabkan berlakunya serangan jantung.

Faktor risiko paling ketara akibat sakit jantung ialah tabiat
merokok dan mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebanyak 50
peratus masyarakat Malaysia merokok.

``Sejumlah RM9.1 juta sehari dibelanjakan oleh rakyat Malaysia untuk
membeli rokok dan kini jumlah remaja dan wanita merokok semakin
bertambah.

Faktor kedua penyumbang kepada serangan sakit jantung apabila tubuh
mengandungi tahap kolesterol yang tinggi. Ia disebabkan cara
pengambilan makanan yang kurang sihat, keturunan dan kekurangan
aktiviti sihat.

``Wanita digalakkan melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu selama 30 hingga 40 minit. Di samping mengelak makanan
berminyak dan berlemak sebaliknya melebihkan sayur-sayuran, buah-buahan
dan penggunaan minyak jagung.

``Penyebab lain akibat penyakit darah tinggi. Tekanan darah yang
melebihi 140/90 mmHG dianggap tinggi dan mengikut data Kementerian
Kesihatan kira-kira 30 peratus masyarakat dewasa yang dikaji mengalami
darah tinggi tetapi baru sahaja dikesan.

``Manakala 41 peratus daripada mereka yang sudah dikenal pasti
menghidap darah tinggi tetapi tidak mengambil sebarang jenis
rawatan,''katanya.

Seterusnya penyakit kencing manis juga menyebabkan sakit jantung
koronari. Penghidap mesti mengawal tahap kandungan gula dalam darah
dengan rapi dan bersungguh-sungguh untuk mengelak sebarang komplikasi.

Tambahnya, faktor lain yang menyebabkan jantung rosak ialah alkohol,
infeksi jantung dengan virus dan bahan kimia tetapi faktor
penyumbangnya dalam jumlah yang kecil.

``Kebanyakan masyarakat juga tidak berusaha mengawal makanan atau pun berat badan sehinggalah terlambat.

``Sering kali faktor risiko ini dikesan hanya apabila seseorang itu
dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung ataupun angin ahmar
(strok).

``Sikap ini harus diubah terutama di kalangan masyarakat berusia 40
tahun ke atas, jika mempunyai faktor risiko jalani pemeriksaan asas
sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun,''.

``Apabila usia meningkat, kemungkinan penyakit kardiovaskular juga
turut meningkat. Jantina juga memainkan peranan di mana kaum lelaki
berumur 65 tahun ke bawah lebih kerap menghidap penyakit jantung
manakala wanita pula selalu mengalaminya ketika berusia 65 tahun ke
atas atau selepas menopaus,'' katanya.

Beliau menambah serangan selalunya berlaku selepas pesakit makan
atau lepas mandi dan antara tanda awal serangan jantung, pesakit akan
berpeluh walaupun cuaca sejuk, sesak nafas atau panik.

``Lazimnya pesakit memberi tahu sakit di bahagian dada seperti
dihempap batu berat. Cara rawatan yang disyorkan ialah pembukaan
kesempitan menggunakan belon (angioplasty) untuk melebarkan pembuluh
darah.

``Sejenis rawatan lagi menggunakan rerelung dawai logam (stent) yang dimasukkan ke dalam pembuluh darah.

``Semua jenis rawatan adalah bertujuan memulihkan bekalan darah
kepada jantung dengan melitar pintas kesempitan itu (bypass) atau
membuka kesempitan (angioplasty). Bagaimanapun kejayaannya bergantung
kepada keadaan otot yang sihat.







[size=7][size=9][size=9][size=7][size=9][size=7][size=9][size=9][size=9][size=9][size=9] [/size][/size][/size][/size][/size][/size][/size][/size][/size][/size][/size]
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Serangan jantung - Kolestrol tinggi antara punca Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7897

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum