FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Denggi naik mendadak -- 800 kes baru dilaporkan seminggu ber

3 posters

Go down

Denggi naik mendadak -- 800 kes baru dilaporkan seminggu ber Empty Denggi naik mendadak -- 800 kes baru dilaporkan seminggu ber

Post by <<BLaCk>> Mon 27 Nov 2006, 8:10 am

Denggi naik mendadak -- 800 kes baru dilaporkan seminggu ber Aedes_albopictus1


Oleh SAHBULAH DARWI

NIBONG TEBAL 26 Nov. – Kes demam denggi di negara ini meningkat mendadak dalam tempoh seminggu lalu dengan 800 kes baru dilaporkan berbanding kadar biasa 400 kes.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon berkata, Pulau Pinang merupakan negeri yang mencatatkan jumlah kes tertinggi demam denggi diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

Katanya, lebih 100 kes denggi dilaporkan di Pulau Pinang iaitu hampir tiga kali ganda daripada kadar biasa sekitar 40 kes dalam tempoh yang sama.

‘‘Kebanyakan kes di negeri itu dilaporkan berlaku di bahagian pulau iaitu di daerah Timur Laut dengan kawasan Bayan Baru mencatatkan kes tertinggi,” kata Kah Choon selepas merasmikan Hari Penglihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2006 di Dewan Serbaguna Jawi di sini semalam.

Menurut beliau, kebanyakan kes denggi yang dilaporkan itu berlaku di kawasan bandar.

Beliau berkata, penyakit itu sering dikesan di kawasan bandar ekoran pembangunan pesat.

Katanya, tapak pembinaan di bandar menjadi lokasi pembiakan nyamuk Aedes lebih-lebih lagi pada musim hujan.

Beliau berkata, walaupun bilangan pesakit denggi yang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) bertambah setiap minggu, namun tidak ada kes demam denggi berdarah dilaporkan setakat ini.

“Walaupun jumlah kes meningkat tetapi keadaan masih terkawal,’’ jelasnya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya menjaga kebersihan kawasan sekeliling rumah mereka dan membuang air bertakung bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes.

Kah Choon juga meminta Jabatan Kesihatan di setiap daerah menjalankan pemantauan terutama di kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi berlaku kes denggi.

Pegawai jabatan itu turut diarah melakukan semburan membunuh nyamuk Aedes, membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah dan menjalankan kempen kesedaran dari semasa ke semasa.

Pada tahun lepas, kes demam denggi di seluruh negara adalah sebanyak 32,950 termasuk 1,635 kes demam denggi berdarah.

Selangor mencatatkan jumlah kes terkumpul tertinggi dengan 11,049 kes dan 24 kematian, diikuti Wilayah Persekutuan 4,875 kes dan 14 kematian.

Ini diikuti dengan Pulau Pinang (2,976 kes dan enam kematian) serta Perak (2,559 kes dan enam kematian).

IKHSAN UTUSAN ONLINE
<<BLaCk>>
<<BLaCk>>
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR

Jawatan : Tukang Make up forum nih
Gender : Male
Jumlah Post : 1584
Umur : 44
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 12745

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ketakwaan Itu Kunci Kesempurnaan

https://paramedik.catsboard.com/

Back to top Go down

Denggi naik mendadak -- 800 kes baru dilaporkan seminggu ber Empty Re: Denggi naik mendadak -- 800 kes baru dilaporkan seminggu ber

Post by MaStErMiNd Tue 28 Nov 2006, 11:01 am

Statistik denggi diumum setiap hari (dipetik dari utusan online)

BUTTERWORTH 27 Nov. – Kerajaan negeri akan mengumumkan statistik terbaru dengan lebih terperinci berhubung jumlah pesakit dan kes demam denggi di seluruh Pulau Pinang, esok.

Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Penyayang, Kebajikan dan Kesihatan negeri, P.K Subbaiyah berkata, ia akan diumumkan pada sesi rehat Persidangan Dewan Undangan Pulau Pinang pada 10.30 pagi.

‘‘Situasi pada waktu ini masih terkawal dan saya akan mengumumkan maklumat terperinci mengenainya esok,” kata beliau kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon berkata, kes demam denggi di negara ini meningkat mendadak, dalam tempoh seminggu 800 kes baru dilaporkan berbanding kadar biasa 400 kes.

Kah Choon memberitahu, Pulau Pinang merupakan negeri yang mencatatkan jumlah kes tertinggi diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurut Kah Choon, lebih 100 kes denggi dilaporkan di Pulau Pinang iaitu hampir tiga kali ganda daripada kadar biasa sekitar 40 kes dalam tempoh yang sama.

Rawatan

Subbaiyah memberitahu, statistik tersebut antara lain akan menyatakan jumlah bilangan pesakit yang menerima rawatan dan kes-kes baru dalam tempoh seminggu dan sebulan.

Selain itu, menurutnya beberapa langkah jangka pendek dan panjang yang berkesan bagi Pulau Pinang untuk membasmi kes-kes denggi turut akan diumumkan pada sidang akhbar tersebut.

Beliau menegaskan, orang ramai dinasihatkan supaya tidak berasa cemas dengan peningkatan kes denggi dan pada masa yang sama perlu lebih mengambil berat soal penjagaan kebersihan sekeliling rumah termasuk memusnahkan kawasan takungan air yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
MaStErMiNd
MaStErMiNd
WEBMASTER
WEBMASTER

Jawatan : Paramedic
Gender : Male
Jumlah Post : 353
Umur : 49
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 14096

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya Datang, Saya Lihat, Saya Takluk...

https://www.facebook.com/moblagata https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

Denggi naik mendadak -- 800 kes baru dilaporkan seminggu ber Empty Re: Denggi naik mendadak -- 800 kes baru dilaporkan seminggu ber

Post by <<BLaCk>> Wed 13 Dec 2006, 8:58 am

Kompaun biak aedes hampir RM1 juta
Oleh HASHNAN ABDULLAH

PUTRAJAYA 12 Dis. – Kementerian Kesihatan mengutip kompaun hampir RM1 juta yang dikenakan ke atas individu dan premis kerana didapati membiak jentik-jentik nyamuk aedes sepanjang tahun ini.

Pengarah Kawalan Penyakit, Datuk Dr. Ramlee Rahmat berkata, Selangor dan Kuala Lumpur mencatat kutipan kompaun tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Beliau berkata, premis yang dikenakan kompaun kerana kesalahan itu terdiri daripada sekolah, rumah, kompleks membeli-belah, kilang, tapak binaan dan kedai.

“Sepanjang tahun ini jumlah kompaun kerana membiak nyamuk aedes adalah RM924,506 atau boleh dikatakan hampir RM1 juta telah dikutip oleh kerajaan.

“Jumlah denda itu akan meningkat kerana bilangan kes demam denggi sehingga hujung bulan ini dijangka mencecah angka 1,000 kes,” katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan terbaru kes demam denggi di seluruh negara di pejabatnya di sini, hari ini.

Katanya, sejak 3 Disember sehingga 9 Disember lalu, Selangor mencatatkan peningkatan kes demam denggi dari 260 kes kepada 313 kes dan Kuala Lumpur dari 177 kes kepada 190 kes tetapi Pulau Pinang menunjukkan penurunan dari 116 kes kepada 110 kes.

Antara kawasan dan daerah yang dikenal pasti kritikal ialah Setapak, Subang Jaya, Shah Alam, Kajang, Gombak, Cheras, Melaka Tengah, Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya.

Pada tempoh yang sama, kira-kira 94 peratus daripada 917 kes disyaki demam denggi yang dikesan telah dimasukkan ke wad untuk ujian dan rawatan lanjut.

Dr. Ramlee memberitahu, sebanyak sembilan tapak pembinaan, 149 rumah dan kedai serta empat buah kilang di sekitar Selangor telah dikompaun.
<<BLaCk>>
<<BLaCk>>
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR

Jawatan : Tukang Make up forum nih
Gender : Male
Jumlah Post : 1584
Umur : 44
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 12745

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ketakwaan Itu Kunci Kesempurnaan

https://paramedik.catsboard.com/

Back to top Go down

Denggi naik mendadak -- 800 kes baru dilaporkan seminggu ber Empty Re: Denggi naik mendadak -- 800 kes baru dilaporkan seminggu ber

Post by <<BLaCk>> Wed 20 Dec 2006, 8:48 am

Biak aedes: RM2.6j kompaun dikutip
Oleh HASHNAN ABDULLAH

PUTRAJAYA 19 Dis. – Sebanyak RM2.6 juta kompaun dikutip daripada individu dan premis yang didapati membiak nyamuk aedes di seluruh negara sejak awal tahun ini.

Pengarah Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Ramlee Rahmat berkata, kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mencatatkan kutipan kompaun yang tinggi berbanding negeri-negeri lain.

‘‘Jumlah kompaun yang tinggi itu adalah sejajar dengan peningkatan bilangan mereka yang disyaki demam denggi setakat ini iaitu 35,402 orang dan kira-kira 28 peratus atau 10,040 orang daripadanya disahkan positif.

‘‘Sehingga kini, 72 orang meninggal dunia akibat demam denggi termasuk dua kematian pada minggu lalu melibatkan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Sabah dan seorang wanita berumur 53 tahun di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai perkembangan terbaru kes demam denggi di seluruh negara di pejabatnya di sini, hari ini.

Peningkatan

Menurutnya, bagi minggu ke-50 bermula 10 Disember sehingga 16 Disember lalu, sebanyak 1,016 kes disyaki demam denggi telah dikesan dengan kira-kira 26 peratus daripadanya disahkan positif.

Selangor pula, katanya mencatatkan peningkatan kes tertinggi iaitu daripada 313 kes (minggu ke-49) kepada 329 kes pada minggu ke-50 diikuti Kuala Lumpur daripada 190 kes (minggu ke-49) kepada 242 kes (minggu ke-50) tetapi Pulau Pinang menunjukkan penurunan daripada 110 kes kepada 86 kes sahaja bagi tempoh yang sama.

Sementara kawasan Setapak yang melibatkan Taman Melati, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak, Air Panas, Jalan Gombak Batu 3 1/2, Kem Wardieburn, Keramat Wangsa, Seksyen 10 Wangsa Maju dan Taman Danau Kota masih kekal mencatatkan bilangan kes demam denggi yang tertinggi.

Jelasnya, kawasan lain yang menunjukkan trend yang sama adalah MPSJ, MBSA dan MPKj.

Justeru itu, Dr. Ramlee memberitahu, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat kesihatan negeri di Selangor serta Kuala Lumpur diminta mempertingkatkan usaha memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan masing-masing secepat mungkin.

‘‘Mereka mungkin boleh menggunakan kaedah yang sama yang digunakan oleh PBT dan pejabat kesihatan negeri Pulau Pinang yang kini berjaya mengurangkan jumlah kes yang disyaki demam denggi,” katanya.
<<BLaCk>>
<<BLaCk>>
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR

Jawatan : Tukang Make up forum nih
Gender : Male
Jumlah Post : 1584
Umur : 44
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 12745

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ketakwaan Itu Kunci Kesempurnaan

https://paramedik.catsboard.com/

Back to top Go down

Denggi naik mendadak -- 800 kes baru dilaporkan seminggu ber Empty Re: Denggi naik mendadak -- 800 kes baru dilaporkan seminggu ber

Post by <<BLaCk>> Wed 27 Dec 2006, 8:13 am

Jaga kebersihan elak pembiakan nyamuk aedes
KUALA LUMPUR 26 Dis. – Denggi boleh merebak dalam tempoh tiga minggu dari sekarang di negeri-negeri yang dilanda banjir jika orang ramai tidak menjaga kebersihan dan membiarkan air bertakung, kata Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek.

Beliau berkata, ini kerana air yang bertakung dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes yang merupakan penyebab demam denggi.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk di kawasan yang terlibat dengan banjir supaya sentiasa menjaga kebersihan bagi mengelak daripada jangkitan penyakit berkenaan.

Soi Lek berkata, setakat ini kementerian tidak menerima sebarang laporan mengenai jangkitan penyakit seperti denggi, kepialu dan taun di empat negeri yang teruk dilanda banjir iaitu Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

“Tidak ada masalah besar di negeri-negeri berkenaan kerana hospital masih boleh berfungsi dengan ubat-ubatan dan tenaga kerja yang terlatih masih mencukupi.

“Yang penting ialah menjaga kebersihan diri, air dan sanitasi,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Sungai Buloh di sini, hari ini.

Soi Lek berkata, sebanyak 400 pasukan kesihatan yang terdiri daripada 1,400 anggota telah dihantar untuk bertugas di pusat pemindahan banjir di keempat-empat negeri terbabit.

Selain itu, beliau berkata, dalam tempoh 10 tahun kerajaan telah membina empat hospital iaitu Hospital Selayang, Hospital Ampang, Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh bagi mengurangkan beban Hospital Kuala Lumpur yang menampung pesakit di sekitar Lembah Klang.

Beliau berkata, setiap hospital yang dibina mempunyai kepakaran sendiri iaitu bagi Hospital Sungai Buloh, ia dikhususkan untuk penyakit berjangkit, pembedahan neuro, pembedahan plastik dan pembedahan tulang belakang.

Hospital Selayang pula khusus untuk penyakit hati, mata dan pembedahan tangan manakala Hospital Serdang mempunyai kepakaran dalam bidang kardiologi dan respiratori, katanya.

Beliau berkata, Hospital Putrajaya pula memberi fokus kepada masalah endokrin dan barah.

– Bernama
<<BLaCk>>
<<BLaCk>>
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR

Jawatan : Tukang Make up forum nih
Gender : Male
Jumlah Post : 1584
Umur : 44
Tarikh Register : 19/09/2006
Reputation : 47
Points : 12745

Character sheet
Mutiara Kata saya: Ketakwaan Itu Kunci Kesempurnaan

https://paramedik.catsboard.com/

Back to top Go down

Denggi naik mendadak -- 800 kes baru dilaporkan seminggu ber Empty Re: Denggi naik mendadak -- 800 kes baru dilaporkan seminggu ber

Post by Lord Vlad Thu 25 Jan 2007, 12:06 pm

Kes denggi: Selangor tertinggi, Melaka naik mendadak
Oleh: THOMAS CHONG (utusan online)

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Selangor mencatat jumlah kes disyaki denggi tertinggi di negara ini apabila sebanyak 574 kes dikesan sepanjang minggu lepas.

Melaka pula mencatat peratusan peningkatan tertinggi kes denggi, dengan pertambahan sebanyak 87.5 peratus pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Ramlee Rahmat berkata, selain Selangor, Kuala Lumpur juga mencatat kes disyaki denggi tertinggi iaitu sebanyak 312 kes pada minggu lalu.

‘‘Bagaimanapun, Pahang, Perak, Kedah dan Kelantan mencatat penurunan,’’ katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Katanya, negeri lain yang mencatat peningkatan kes denggi adalah Johor, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah dan Terengganu.

‘‘Melaka merekodkan 30 kes sepanjang minggu lepas berakhir Sabtu lalu berbanding 16 kes minggu sebelumnya, Johor 82 kes minggu lepas berbanding 66 kes minggu sebelumnya.

Beliau berkata, daripada 1,423 kes yang disyaki denggi yang dilaporkan minggu lalu , 403 kes disahkan positif.

‘‘Keseluruhannya, jumlah kes disyaki denggi di negara ini yang dilaporkan pada minggu lalu, telah berkurangan sebanyak 83 kes atau 5.5 peratus berbanding minggu sebelumnya,’’ ujarnya.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Denggi naik mendadak -- 800 kes baru dilaporkan seminggu ber Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Denggi naik mendadak -- 800 kes baru dilaporkan seminggu ber Empty Re: Denggi naik mendadak -- 800 kes baru dilaporkan seminggu ber

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum