FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

ubat tiruan

3 posters

Go down

ubat tiruan Empty ubat tiruan

Post by eriy Wed 30 Jan 2008, 11:55 am

Berita Harian
Oleh: NURUL ANUAR KARI

UBAT, ubat, ubat.

Boleh dikatakan ubat sudah seperti makanan ruji bukan sahaja untuk manusia malahan haiwan ternakan.
Bagaimanapun, tumpuan lebih diberikan kepada kesan terus pengambilan ubat tertentu kepada manusia terutamanya yang semakin banyak dan sering digunakan kini.

Bayangkan, ubat yang tulen, dalam dos bahan aktif yang terkawal serta mempunyai kesan sampingan tertentu walaupun ia amat berkesan.
Sekarang bayangkan ubat yang ‘sama’ tetapi merupakan ubat tiruan, dengan dos bahan aktif tidak diketahui tetapi dipromosikan penjual mempunyai kesan lebih cepat dan kuat serta harga yang lebih murah.
Secara logik, ramai akan berfikir pilihan pasti memihak kepada yang tulen tetapi sebaliknya lebih ramai yang rela mempertaruhkan nyawa sendiri dan keluarga semata-mata untuk menjimatkan duit.

Namun bukan semua pembeli begini. Ada juga yang tertipu akibat rupa ubat tiruan amat menyerupai yang tulen dan ada juga yang menjadi pembeli pertama kali ubat berkenaan yang tidak dapat membezakannya dari segi rupa, harga mahupun tahap keberkesanan.

Terus berleluasa
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan ubat tiruan sebagai produk yang ditiru dengan sengaja melalui penipuan label dan pengenalan untuk menampakkannya seperti ubat tulen.
Selain itu, ubat tiruan juga mempunyai kandungan dan kuantiti yang tidak sama dengan ubat tulen sama ada lebih banyak, kurang daripada sepatutnya atau tiada langsung bahan aktif.

WHO juga menganggarkan sebanyak enam hingga sepuluh peratus ubat-ubatan di pasaran seluruh dunia adalah tiruan dengan nilai mencecah AS$35 bilion (RM113.46 bilion) setahun dan angka ini dijangka lebih tinggi di negara-negara membangun.

Di Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan bertanggungjawab mendaftar semua produk farmaseutikal yang ingin dipasarkan melalui peruntukan undang-undang sedia ada. Pendaftaran semua produk farmaseutikal dapat menjamin ianya selamat, berkualiti dan berkesan.

Pakar Runding Urologi Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Dr. Peter Ng mendakwa sesetengah orang ramai menyamakan pembelian ubat tiruan dengan cakera video digital (DVD) cetak rompak yang lebih murah dan tidak membawa mudarat kepada diri mereka.

“Pandangan umum bahawa ubat tiruan tidak akan membawa mudarat, murah dan tidak perlu berjumpa doktor untuk mendapatkannya adalah tidak benar sama sekali.

“Semua jenis ubat-ubatan merupakan ‘racun’ kepada badan manusia. Oleh itu, amat penting untuk kita memahami dan mematuhi cara penggunaannya yang berbeza mengikut masalah kesihatan individu,” katanya.
Beliau memberikan contoh ubat untuk masalah mati pucuk atau ubat tenaga batin yang merupakan antara jenis ubat tiruan yang paling banyak dijual kini.

“Ubat jenis ini hanya sesuai digunakan jika anda mempunyai masalah berkaitan mati pucuk dan mempunyai jantung yang sihat.
“Seseorang yang tiada masalah mati pucuk atau mempunyai jantung bermasalah tidak sepatutnya menggunakan ubat jenis ini. Jika ubat nitrat pesakit jantung dicampurkan dengan ubat berkenaan, tekanan darah pesakit akan menjunam dan boleh membawa maut,” jelasnya.
Selain kesan sampingan, Dr. Peter turut membangkitkan satu lagi masalah dengan pengambilan ubat iaitu penggunaan lebih daripada satu jenis pada satu-satu masa.

“Masalah mungkin timbul akibat pengambilan beberapa jenis ubat bagi pesakit yang mengalami bermacam jenis penyakit.
“Ubat-ubat yang berbeza ini juga mungkin bertindak balas di antara satu sama lain dan menyebabkan tindak balas tidak diingini.
“Ubat tulen mungkin telah melalui ujian untuk mengelakkan kesan campuran ubat-ubat berkenaan tetapi berbeza pula bagi ubat tiruan yang tidak diketahui kandungan jenis dan jumlah bahan aktifnya,” ujar beliau.
Menurut beliau, bermacam ujian yang dijalankan bagi memastikan ubat tulen selamat digunakan menjadi punca ia jauh lebih mahal daripada ubat tiruan.

Tambahnya, ujian-ujian bukan sahaja memastikan piawaian tinggi untuk jaminan kesihatan pengguna malahan dapat menentukan kesan penggunaan ubat berkenaan.
Ubat tiruan bukan sahaja tidak ditetapkan jenis dan jumlah kandungan bahan aktifnya, malahan mungkin tercemar dengan bermacam bahan toksik akibat penghasilan yang dijalankan di tempat tidak bersih.
Ubat tiruan dapat dijual murah dengan proses penghasilan dijalankan di dapur, tandas mahupun belakang rumah di samping penggunaan alat dan bahan yang murah serta tidak bersesuaian.

Pilihan untuk membeli ubat tiruan mungkin akan menamatkan riwayat anda tetapi ini selalunya tidak berlaku serta-merta kecuali jika terdapat bahan cemar amat berbahaya atau jumlah bahan aktif terlalu banyak di ubat tiruan itu.

Pengguna
Dalam kebanyakan kes, pengguna yang memilih ubat tiruan akan mengalami kemerosotan kesihatan secara perlahan dan mengalami kesan lebih teruk mengikut tempoh pengambilan ubat berkenaan.
Dr. Peter turut menjelaskan kesan pengambilan ubat, terutamanya jenis tiruan ke atas buah pinggang yang mencuci badan daripada bahan di dalam ubat yang digunakan.

“Perlu diingat bahawa sesetengah ubat membahayakan kesihatan buah pinggang, terutamanya jika tidak diketahui kandungannya seperti ubat tiruan.
“Anda akan hanya merasakan kesakitan atau bermasalah dengan fungsi buah pinggang selepas hanya tinggal 15 peratus daripada struktur buah pinggang masih berfungsi,” ujarnya.

Menurut beliau, ini bermakna badan tidak akan menunjukkan sebarang masalah sehinggalah hanya tinggal sebahagian kecil organ ini masih berfungsi, selalunya sukar atau terlambat untuk diselamatkan lagi.
Tambahnya, organ hati yang turut mencuci badan daripada bahan toksik dapat bertahan lebih lama kerana lebih kuat daripada buah pinggang, tetapi organ ini juga pasti rosak jika pengambilan ubat secara berbahaya berterusan.

Dalam pada itu, ubat tiruan termasuk jenis herba turut dikatakan mengandungi kandungan steroid yang tinggi.
Menurut Dr. Peter, steroid akan menghasilkan rasa badan semakin kuat dan gembira jika diambil dengan banyak, menyebabkan pengguna memikirkan ubat berkenaan berkesan.

“Pengguna boleh mendapat sindrom steroid di mana sistem imuniti badan dan tekanan darah juga mungkin jatuh ketika menjalani pembedahan. Ini mendedahkan mereka kepada jangkitan kuman dan juga ulser peptik yang menyebabkan pesakit memuntahkan darah,” katanya.
Akibat ubat tiruan

Dr. Peter memberikan contoh seorang pesakitnya yang mengalami masalah ketika rawatan hasil penggunaan ubat tiruan berpanjangan.
“Pesakit ini mengalami masalah kanser prostat yang perlu dibedah. Bagaimanapun dia terpaksa dibedah sebanyak lima kali akibat berlaku pendarahan tidak henti.

“Siasatan mendapati dia telah lama menggunakan ubat tiruan jenis herba yang mempunyai bahan yang mempengaruhi proses pembekuan darah badan,” katanya.
Seorang lagi pesakit beliau turut mengalami masalah hampir sama tetapi menolak cadangan rawatan yang diberikan Dr. Peter.
“Pesakit ini mengalami kegagalan fungsi buah pinggang tetapi menolak rawatan dialisis dan memilih untuk mengambil ubat yang disyaki ubat tiruan.

“Selepas beberapa bulan, dia akhirnya kembali dalam keadaan yang sangat kurus dan bersetuju menerima rawatan dialisis.
“Pemeriksaan bagaimanapun menunjukkan dia perlu dibedah. Masalah timbul apabila berlaku pendarahan tanpa henti sehingga dia koma tiga hari kemudian dan meninggal dunia selepas seminggu dibedah,” jelasnya.
Kata beliau, pihak hospital tidak mengetahui jenis ubat yang digunakan pesakit ini sebelum pembedahannya tetapi dipercayai telah menyebabkan masalah serupa seperti pesakit pertama tadi.

Hukuman dan undang-undang
Peguam cara dan rakan kongsi Firma Guaman Tay & Partners, Linda Wang menjelaskan masalah ubat tiruan tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
“Tiada peruntukan untuk menangani penjual ubat tiruan dan selalunya kes akan ditentukan hakim dengan jumlah denda sekitar RM3,000 hingga RM5,000 sahaja.

“Ketiadaan hukuman berat mandatori seperti penjara menyebabkan penjual ubat tiruan meneruskan kegiatan mereka bagi mengaut keuntungan besar.
“Untung yang banyak membolehkan mereka mengupah peguam ternama yang dapat mematahkan dakwaan pendakwaraya,” jelasnya.
Menurut Linda, KKM dan KPDNHEP bukan sahaja perlu bekerjasama dalam menangani penjualan dan kemasukan ubat tiruan malahan dalam pendakwaan menggunakan semua bentuk perundangan yang diperuntukkan untuk agensi masing-masing.

Tambahnya, peranan bersama pasukan jenayah komersial dan kastam bersama agensi terbabit juga amat diperlukan.
“Gunakan semua perundangan untuk kesemua agensi berkaitan bagi mendakwa penyeludup dan penjual dengan hukuman atau denda maksimum sebagai langkah pencegahan jangka panjang.

“Pihak kastam juga yang merupakan benteng utama pintu masuk negara menjadi pertahanan pertama terhadap kemasukan semua bentuk barang tiruan, terutamanya ubat tiruan,” jelasnya.
Selain pendakwaan yang berkesan, Linda turut menegaskan perlunya tumpuan kepada penangkapan ketua aktiviti menyeludup dan menjual ubat tiruan.

“Penahanan dan denda kepada penjual runcit tidak dapat mematahkan kitaran penjualan ubat tiruan. Oleh itu, tindakan bersesuaian perlu diambil bagi mencari sumber kepada jualan ubat tiruan berkenaan,” katanya.
Beliau turut mencadangkan usaha meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai masalah ini ditingkatkan.

“Orang ramai yang memahami isu ini juga dapat membantu Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan memantau penjualan ubat-ubat tiruan di peringkat akar umbi,” ujarnya.
eriy
eriy
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Gender : Female
Jumlah Post : 1047
Umur : 45
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6489

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://eriy-apapaje.blogspot.com/

Back to top Go down

ubat tiruan Empty Re: ubat tiruan

Post by MLT Tue 15 Apr 2008, 10:34 am

bahaya tu makan ubat tiruan
MLT
MLT
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : MLT
Gender : Male
Jumlah Post : 46
Umur : 45
Tarikh Register : 17/11/2007
Reputation : 1
Points : 6174

Back to top Go down

ubat tiruan Empty Re: ubat tiruan

Post by azrunia Sun 18 Jul 2010, 12:15 am

ubat tiruan Lol betul2.......tapi banyak dalam pasaran............
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : ubat tiruan Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6700

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

ubat tiruan Empty Re: ubat tiruan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum