FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Padang Bola Sepak Rumput Tiruan Pertama Di Malaysia Siap Untuk Diguna

Go down

Padang Bola Sepak Rumput Tiruan Pertama Di Malaysia Siap Untuk Diguna Empty Padang Bola Sepak Rumput Tiruan Pertama Di Malaysia Siap Untuk Diguna

Post by Info Bola Sepak Sat 23 Feb 2013, 10:08 am


Padang Bola Sepak Rumput Tiruan Pertama Di Malaysia Siap Untuk Diguna Image
SEREMBAN, 20 Feb (Bernama) -- Negeri Sembilan kini boleh berbangga kerana menjadi negeri pertama memiliki padang bola sepak rumput tiruan di negara ini setelah rumput tiruan jenis 'fieldturf' siap dipasang di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata padang bola sepak rumput tiruan bertaraf antarabangsa itu, melengkapkan lagi kemudahan sedia ada di kompleks itu untuk orang ramai bersukan dan beriadah.

"Kos untuk membina padang rumput tiruan ini berjumlah RM2.5 juta. Padang bola sepak rumput tiruan ini akan dibuka untuk kegunaan orang ramai mulai 1 Mac ini," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata padang rumput tiruan yang diguna itu telah mendapat akreditasi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) dan sesuai diguna untuk pertandingan antarabangsa.

Mohamad berkata kos penyelenggaraan padang rumput tiruan itu lebih murah berbanding padang rumput asli.

"Padang yang kita bangunkan ini mempunyai tahap kepudaran yang rendah iaitu 15 tahun penggunaannya, cuma lima peratus kepudaran dikesan dan boleh digunakan dalam apa juga keadaan cuaca, sama ada panas atau hujan," katanya.

Kompleks Belia dan Sukan Paroi menyediakan kemudahan pelbagai jenis sukan secara komprehensif dan dianggap yang terbaik untuk dijadikan model di negara ini.

Antara kemudahan sukan yang disediakan di kompleks itu ialah ruang kepada umum untuk aktiviti sukan luar dan dalam bangunan seperti padang bola sepak, futsal, badminton, tenis, ping pong, sepak takraw, boling padang dan snuker.

-- BERNAMA
Info Bola Sepak
Info Bola Sepak
STAFF PEMUDAH CARA (JR)
STAFF PEMUDAH CARA (JR)

Negeri : Padang Bola Sepak Rumput Tiruan Pertama Di Malaysia Siap Untuk Diguna Putraj10
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender : Male
Jumlah Post : 317
Umur : 34
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6687

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum