Vaksinasi pencegahan terbaik
Page 1 of 1
13032008
Vaksinasi pencegahan terbaik
Vaksinasi pencegahan terbaik
DENGAN kemunculan pelbagai jenis penyakit berjangkit baru yang
sering menjadi tajuk-tajuk berita utama di seluruh dunia, adakah ini
bermakna, kita masih perlu risau dengan influenza yang diketahui wujud
sejak sekian lama dulu? Ya, masih!
Apatah lagi dengan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa
satu penyakit baru akan wujud hampir setiap tahun mulai sekarang dan
Malaysia tidak terlepas dari masalah itu.
Malah, trend itu sebenarnya sudah pun boleh dilihat di negara ini
sejak beberapa tahun lalu apabila pernah berhadapan dengan serangan
virus nipah, Japanese Encephalitis (JE), sindrom pernafasan akut teruk
(SARS), selesema burung dan terbaru, virus Melaka yang akan ditukar
namanya dalam masa terdekat.
Mungkin ramai yang tidak tahu, selama beberapa tahun, pihak berkuasa
kesihatan di Malaysia dan Singapura menjadi sebahagian program
pemantauan WHO. Penyiasatan mereka membuktikan bahawa flu memang wujud
di Malaysia dan Singapura – sepanjang tahun.
‘‘Ini sama sekali bertentangan dengan salah tanggapan paling popular
di kalangan masyarakat setempat bahawa flu hanya berlaku di negara yang
mengalami empat musim (flu muncul hanya pada musim sejuk), jadi mereka
tidak perlu risau.
‘‘Kekeliruan ini sebenarnya bukan berlaku di kalangan orang ramai
semata-mata tetapi ada juga profesional perubatan yang membuat
kesimpulan sama terutamanya dalam tempoh sedekad lalu,” kata Dr.
Rajbans Singh.
Mengulas lanjut, penyiasatan turut mendapati, terdapat dua tempoh
jangkitan flu meningkat di Malaysia dan Singapura iaitu semasa musim
hujan – dari April hingga Jun dan November hingga Januari.
Berita baiknya, flu boleh dicegah melalui vaksinasi yang terbukti
berkesan secara klinikal untuk memberikan perlindungan kepada individu
daripada mendapat jangkitan. Tujuh daripada 10 orang yang mengambil
vaksin ini akan dilindungi. Bagi tiga orang lain, jika mereka
dijangkiti flu, tanda-tandanya adalah sederhana.
Banyak negara-negara di seluruh dunia menyarankan agar vaksinasi flu diambil semasa musim flu.
Kementerian Kesihatan sendiri misalnya menyarankan barang siapa yang
akan melawat ke negara beriklim sederhana yang sedang mengalami musim
sejuk dan bakal-bakal haji di Mekah agar mendapatkan suntikan vaksin
influenza.
Bagaimanapun, suntikan hanya boleh diperoleh dari klinik atau hospital swasta yang mengenakan bayaran.
Berikut adalah soal jawab biasa mengenai pemvaksinan flu
Adakah vaksin flu selamat?
Vaksin ini tidak akan menyebabkan anda dijangkiti flu. Ia
mengandungi bahagian yang tidak berjangkit daripada virus flu yang
telah dinyahaktifkan. Peranan flu vaksin adalah untuk menyediakan
sistem pertahanan badan seseorang terhadap ancaman virus tersebut.
Vaksin flu adalah selamat dan diterima baik.
Kesan yang paling biasa dikaitkan dengan vaksinasi flu adalah
pembengkakan ringan di tempat suntikan yang akan surut dalam 24 hingga
48 jam. Jika anda mempunyai alahan kepada telur ayam, anda tidak
dinasihatkan mengambil vaksinasi flu.
Apakah kebaikan mengambil vaksin flu?
* Menyelamatkan nyawa mereka yang menghidapi masalah paru-paru yang
teruk, penyakit asma yang teruk dan diabetes (terutamanya jika anda
sudah berumur 65 tahun ke atas, dengan salah satu penyakit tersebut).
* Mengelakkan demam dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
* Mengelak daripada tidak hadir ke tempat kerja, sekolah ataupun merosakkan percutian anda.
* Mengurangkan risiko menyebarkan flu kepada orang lain terutamanya
yang anda sayangi seperti ahli keluarga, kawan-kawan atau rakan sekerja.
Kenapa saya harus mendapatkan vaksin flu setiap tahun?
Virus flu sentiasa berubah. Umumnya, jenis virus flu yang baru akan
merebak setiap musim flu. Jadi, setiap tahun sebelum musim flu, virus
yang teraktif dikenal pasti oleh WHO yang mempunyai pusat pengawasan di
seluruh dunia termasuk Malaysia. Jenis virus yang dikenal pasti
kemudiannya akan dimasukkan dalam formula vaksin yang baru untuk
memberikan perlindungan yang terbaik.
Bolehkah kanak-kanak diberikan vaksinasi flu?
Ya. Vaksin boleh diberikan kepada kanak-kanak berumur enam bulan ke atas.
Bilakah masa terbaik untuk mendapatkan vaksinasi flu?
Anda boleh mendapatkan vaksinasi flu pada bila-bila masa walaupun
amat disarankan untuk mendapatkan vaksinasi sebelum puncak aktiviti
flu. Vaksinasi mengambil masa antara 10 hingga 15 hari untuk mencapai
tahap imunisasi maksimum selepas disuntik.
Tanyalah doktor anda hari ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang
vaksin flu terkini yang terdapat di pasaran. Dapatkan vaksin yang tidak
mengandungi bahan pengawet merkuri. Lindungilah diri anda daripada
virus flu yang tersebar. – Dipetik daripada risalah Apakah Itu Flu oleh
firma farmaseutikal sanofi pasteur.

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Similar topics
» Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia
» PERLUNYA VAKSINASI UNTUK PENYAKIT-PENYAKIT UMUM
» 11 terbaik Eropah
» VIDEO TERBAIK
» Produk Kesihatan Terbaik??

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak