FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia

2 posters

Go down

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Empty Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia

Post by tomyejam Wed 23 Dec 2009, 7:27 am

Messi Pemain Terbaik Dunia
[img]
MESSI (kanan) dan Marta bangga mempamerkan trofi selaku Pemain Terbaik Dunia FIFA 2009.


[img]
ZURICH - Lionel Messi muncul pemain pertama dari Argentina yang berjaya memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA selepas diumumkan sebagai penerima bagi tahun 2009 awal pagi semalam.

Penyerang berusia 22 tahun itu yang turut memenangi anugerah Pemain Terbaik Eropah 2009 awal bulan ini meraih pengiktirafan tersebut selepas membantu Barcelona muncul juara empat piala, Liga Juara-Juara, Piala Kelab Dunia, Liga Sepanyol dan Piala Raja-Raja Sepanyol.



"Ini merupakan penutup kepada tahun paling gemilang buat Barcelona, rakan-rakan sepasukan dan juga diri saya sendiri," kata Messi selepas menerima trofi tersebut daripada Presiden UEFA yang juga bekas pemain Perancis, Michel Platini.

Messi yang menyertai Barcelona sejak berusia 13 tahun pada 2000 telah memperolehi 1,073 mata daripada undian para jurulatih kebangsaan dan juga ketua pasukan kebangsaan dari 147 buah negara.

Pemenang tahun lalu, Cristiano Ronaldo menduduki tempat kedua dengan 352 mata diikuti rakan sepasukan Messi di Barcelona, Xavi dengan 196 mata.

Namun undian terhadap Messi itu jelas berdasarkan prestasinya bersama Barcelona kerana aksinya ketika bersama skuad kebangsaan Argentina di bawah bimbingan Diego Maradona cukup mengecewakan.

Sebelum majlis berlangsung, Messi sempat memberitahu pemberita yang dia tidak mampu menjelaskan kenapa dia gagal beraksi pada tahap terbaik ketika bersama skuad kebangsaan negaranya itu.

"Saya tidak tahu. Saya cuba lakukan sama seperti saya lakukan untuk Barcelona. Tapi saingan kelayakan Piala Dunia cukup menyukarkan dan satu usaha keras sebelum akhirnya kami berjaya layak.

"Saya yakin pusingan akhir Piala Dunia 2010 pasti berbeza untuk kami. Ia pasti lebih baik untuk Argentina dan diri saya sendiri," kata Messi.

Anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu telah diperkenalkan pada tahun 1991. - Reuters
tomyejam
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2239
Umur : 43
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 8180

Back to top Go down

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Empty Re: Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia

Post by tomyejam Wed 23 Dec 2009, 7:27 am

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Su_02.3
tomyejam
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2239
Umur : 43
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 8180

Back to top Go down

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Empty Re: Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia

Post by tomyejam Wed 23 Dec 2009, 7:39 am

Messi, Marta pilihan Fifa



Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Mainpix
MESSI (kanan) bersama bintang bola sepak wanita Brazil, Marta riang bersama trofi Pemain Terbaik Fifa di Zurich, Switzerland, kelmarin.

ZURICH: Lionel Messi menjadi pemain Argentina pertama muncul selaku pemenang anugerah Pemain Tahunan Terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), kelmarin.

Penyerang berusia 22 tahun itu, juga meraih anugerah Pemain Terbaik Eropah awal bulan ini, meraih pengiktirafan itu selepas memenangi empat gelaran utama bersama Barcelona – Liga Juara-juara Eropah, Piala Kelab Dunia, La Liga dan juga Piala Raja Sepanyol.

"Ia melengkapkan tahun menakjubkan untuk Barcelona, rakan sepasukan dan juga kepada diri saya," kata Messi selepas menerima anugerah itu daripada Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) yang juga bekas bintang Perancis, Michel Platini.


Bintang Argentina itu, menyertai Barcelona ketika usia 13 tahun pada 2000, meraih 1,073 undi daripada undian yang dilakukan oleh 147 jurulatih dan kapten pasukan negara di dunia.

Pemain sayap Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo – pemenang tahun lalu – jauh di tempat kedua dengan 352 mata, diikuti pemain tengah Barcelona dan Sepanyol, Xavi (196 mata).

Messi adalah penjaring terbanyak pada kempen Liga Juara-juara Eropah musim 2008-09, menyumbat sembilan gol, termasuk satu gol ketika menang 2-0 di final ke atas Manchester United.

Dia juga menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan untuk menang 2-1 di final Piala Kelab Dunia ke atas Estudiantes di Abu Dhabi, Sabtu lalu.

Undian untuk Messi tampak lebih kerana prestasinya di peringkat kelab berbanding persembahannya untuk Argentina, di bawah kendalian jurulatih Diego Maradona, yang agak mengecewakan. – Reuters
tomyejam
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2239
Umur : 43
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 8180

Back to top Go down

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Empty Re: Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia

Post by tomyejam Wed 30 Dec 2009, 11:53 am

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Promo
tomyejam
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2239
Umur : 43
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 8180

Back to top Go down

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Empty Re: Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia

Post by tomyejam Wed 30 Dec 2009, 11:58 am

The stats of the best team in the world


Anna Segura
Over the 65 games they played during 2009 Barca became the best team in the world, winning six titles, something no other team has ever achieved. Barca’s superiority during 2009 has been unquestionable.Josep Guardiola’s team began 2009 with a 3-1 win over Mallorca to confirm their top spot in La Liga, which they went on to win in May. They finished it with the win over Estudiantes to bring home the club’s first ever World Club Cup and round off an astonishing year of success.

July 2008 – the beginning
Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia _M3_9659

When Josep Guardiola took over in July 2008, most observers expected an interim season as the team settled in with the new boss, but it was to be the most successful campaign in the club’s history and the last six months of 2008 laid the foundations for the celebrations that were to follow in 2009. Even so, not many could have imagined at the end of 2008 just what a fantastic year lay ahead.

65 games
Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia 27-05-09_MESSI_GOL_01
Barca played 65 official games over 2009 -38 in La Liga, 9 in the Spanish Cup, 13 in the Champions League, 2 in the Supercopa de Espańa, 1 in the European Super Cup and 2 in the World Club Cup.

Barca also finished the 2008/09 season as the Spanish team with most games under their belts -62 – ten more than their nearest rivals Valencia and Seville, but the physical effort never seemed to take its toll on the team who showed remarkable consistency throughout.

Six defeats
Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia WEB_02
One of the most impressive stats is that Barca have lost just 6 games since the start of the 2008/09 season, five of them in the 2008/09 La Liga campaign and two of those after the team had already been proclaimed champions. Another defeat was in the dead rubber against Shaktar in the 2008/09 Champions Group stage, whilst the other defeats came in their opening 2008/09 league game against Numancia and against Espanyol in the Nou Camp and Atletico Madrid.

Goals galore
Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia WEB_08
Another characteristic of the year has been the team’s scoring, notching up 165 goals at an average of 2.54 per game. In 16 of the 65 games, Barca scored three or more goals, with the most memorable surely the 2-6 win at the Bernabeu.


PJ
PG
PE
PP
GF
GC
League
38
27
6
5
105
35
Spanish Cup
9
7
2
0
17
6
Champions
13
7
5
1
32
13
Spanish Super cup
2
2
0
0
5
1
UEFA Super cup
1
1
0
0
1
0
Club World Cup
2
2
0
0
5
2
TOTAL
65
46
13
6
165
57
tomyejam
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2239
Umur : 43
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 8180

Back to top Go down

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Empty Re: Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia

Post by transpoter Wed 30 Dec 2009, 3:45 pm

messi ...10...
aku punyo!
transpoter
transpoter
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Perak_10
Jawatan : cari jodoh !
Gender : Male
Jumlah Post : 990
Umur : 40
Tarikh Register : 05/09/2009
Reputation : 3
Points : 6598

Character sheet
Mutiara Kata saya: `mulakanlah dengan bismillah dan di sudahi dengan alhamdullillah`

Back to top Go down

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Empty Re: Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia

Post by tomyejam Wed 30 Dec 2009, 4:02 pm

hehehe Viva Barca!!!!
tomyejam
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2239
Umur : 43
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 8180

Back to top Go down

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Empty Re: Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia

Post by transpoter Wed 30 Dec 2009, 4:08 pm

akiu ade 3 jersi ori
olen ade belang ade biru ade...heheheh
transpoter
transpoter
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Perak_10
Jawatan : cari jodoh !
Gender : Male
Jumlah Post : 990
Umur : 40
Tarikh Register : 05/09/2009
Reputation : 3
Points : 6598

Character sheet
Mutiara Kata saya: `mulakanlah dengan bismillah dan di sudahi dengan alhamdullillah`

Back to top Go down

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Empty Re: Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia

Post by tomyejam Thu 31 Dec 2009, 5:04 pm

wahhh nak jugak Porter ko kan baik port kat Tom la hehe
tomyejam
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2239
Umur : 43
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 8180

Back to top Go down

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Empty Re: Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia

Post by tomyejam Sat 02 Jan 2010, 7:22 pm

Barca mahu buka langkah kanan
Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Su_06.1
GUARDIOLA berjaya membimbing Barcelona meraih enam kejuaraan setakat ini.

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Su_06.2
MADRID - Selepas tahun 2009 diharungi dengan cemerlang apabila mencipta rekod menjulang enam piala, Barcelona mahu menempa lebih banyak kejayaan sepanjang 2010.
Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Su_06.2

Sebagai permulaan, mereka mahu memulakan tahun baru dengan langkah kanan apabila menghadapi Villarreal pada aksi Liga Sepanyol di Nou Camp awal pagi esok.
Selepas 15 perlawanan, Barcelona berada di tangga teratas dengan rekod tanpa kalah dan hanya dibezakan dua mata dengan Real Madrid.
"Kami tidak tahu apa yang bakal berlaku pada 2010 tetapi dengan jurulatih (Pep Guardiola), kami pasti tiada masa untuk kami bersenang-lenang.
"Kami cuma berharap dapat memulakan tahun baru ini dengan baik sama seperti kami akhiri tahun 2009," kata pemain perta- hanan Barcelona, Dani Alves.
Sementara itu, Real yang tidak membawa pulang sebarang trofi tahun lalu pasti memberi tekanan kepada jurulatihnya, Manuel Pellegrini untuk membawa perubahan pada 2010.
Anak-anak buah Pellegrini itu bakal bertemu Osasuna pada awal pagi Isnin ini dan kemenangan cukup penting bagi memastikan mereka terus mengekori rapat di belakang Barcelona.
Pemain pertahanan Real, Alvaro Arbeloa yakin pasukannya sudah menemui keserasian dan berkemampuan untuk menjuarai Liga Sepanyol dan juga Liga Juara-Juara pada penghujung musim nanti.
"Kami telah mempertingkatkan tahap permainan kami, menjaringkan lebih banyak gol dan bari- san pertahanan juga semakin mantap.
"Untuk memenangi dua piala tersebut memang sukar tetapi kami memiliki potensi ke arah itu," kata Arbeloa. - AFP
tomyejam
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2239
Umur : 43
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 8180

Back to top Go down

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Empty Re: Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia

Post by tomyejam Sat 02 Jan 2010, 7:23 pm

Barca sasar ulangi aksi mantap 2009




MADRID: Selepas mengharungi 2009 dengan cemerlang apabila memenangi enam trofi, pendahulu Liga Sepanyol, Barcelona berharap lebih banyak kejayaan dapat dikecapi pada 2010, bermula dengan kemenangan di tempat sendiri menentang Villareal, hari ini.

Juara bertahan, Barca mendahului liga dengan kelebihan dua mata daripada Real Madrid selepas mengharungi 15 perlawanan awal tanpa kalah, selain ditambah dengan keyakinan sesudah menjuarai Kejohanan Kelab Dunia sebelum berehat untuk perayaan Krismas.

“Kami tidak tahu apa yang akan dihadapi pada 2010 tetapi dengan jurulatih (Pep Guardiola), kami tidak mungkin boleh leka,” kata pertahanan Brazil, Dani Alves.
“Kami berharap dapat memulakan tahun ini dengan baik seperti kami mengakhiri 2009.”

Pada 2009, Barca menjuarai liga, Piala Raja dan Liga Juara-Juara sebelum menjulang Piala Super Eropah, Piala Super Sepanyol dan Kejohanan Kelab Dunia.

Villarreal memulakan musim mereka dengan prestasi paling buruk dalam sejarah mereka tetapi kini bangkit untuk menduduki tangga kesembilan di bawah bimbingan Ernesto Valverde.Prestasi mereka di tempat lawan adalah masalah utama selepas hanya menang sekali setakat ini, sekali gus menyebabkan segalanya nampak sukar buat mereka di Nou Camp di mana Barca belum mencicirkan sebarang mata di gelanggang mereka.

Real gagal mengutip sebarang trofi tahun lalu dan tekanan kian dirasai jurulatih, Manuel Pellegrini untuk mengubah nasib mereka tahun ini.

Pellegrini berjaya meletakkan Real rapat dengan Barca dan pasukannya akan memulakan cabaran tahun ini dengan berkunjung ke Osasuna, esok.

Real akan turun tanpa tonggak pertahanan Portugal, Pepe sehingga akhir musim akibat kecederaan selepas kelab itu mengetepikan hasrat mencari pemain gantian.Pertahanan, Alvaro Arbeloa percaya skuad Galacticos itu kini semakin serasi dan mampu menjuarai liga serta Liga Juara-Juara pada Mei depan.

“Permainan kami semakin baik, sudah dapat menjaringkan banyak gol selain pertahanan yang kian mantap,” kata Arbeloa. - AFP

tomyejam
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2239
Umur : 43
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 8180

Back to top Go down

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Empty Re: Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia

Post by tomyejam Tue 05 Jan 2010, 2:09 am

Barca terkilan lepas tiga mata




Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Mainpix
PENYERANG Barcelona, Zlatan Ibrahimovic (kanan) berebut bola dengan pemain Villarreal, Diego Godin dalam saingan Liga Sepanyol di Nou Camp, kelmarin.

Terikat 1-1 dengan Villarreal dalam saingan Liga Sepanyol

MADRID: Barcelona terlepas mata penuh di gelanggang sendiri buat pertama kali, musim ini apabila diikat 1-1 oleh Villarreal, kelmarin - sekali gus membuka peluang kepada Real Madrid untuk merampas takhta Liga Sepanyol.

Penyandang juara itu kini mengumpul 40 mata hasil 16 perlawanan tetapi pesaing di tangga kedua, Real mampu memintas dengan kelebihan perbezaan gol jika mengatasi Osasuna.
Pada perlawanan di Nou Camp yang diiringi hujan lebat, pemain terbaik dunia, Lionel Messi sekadar memerhati dari tempat duduk penonton selepas jurulatih Barca, Pep Guardiola memberikan penyerang Argentina itu cuti tambahan beberapa hari.

Selepas mempersembahkan keenam-enam trofi dimenangi pada 2009 kepada penyokong sebelum sepak mula, Barcelona hanya mengambil masa tujuh minit untuk mendahului pasukan pelawat dan tampak selesa dalam usaha mencatat kemenangan kelapan di Nou Camp musim ini.

Gol Barca bermula dengan rembatan kencang Thierry Henry yang terkena palang dan disambut baik Pedro sebelum dikembalikan ke gawang Villareal dengan sepakan tepat ke penjuru kanan. Pelawat bagaimanapun menyamakan kedudukan enam minit selepas rehat melalui David Fuster.Guardiola sebelum itu sudah memberi amaran kepada pemainnya mengenai hukuman bakal dihadapi dan keputusan perlawanan akan mempengaruhi kekuatan dan komitmen mereka.

"Ia satu perlawanan sukar, kembali dari bercuti dan bertemu pasukan hebat seperti Villareal," kata Guardiola. Pasukannya kini perlu bersiap menghadapi saingan pusingan pertama kelompok 16 terbaik Piala Raja pada Selasa menentang Sevilla.

Sementara itu dalam perlawanan lain pada Sabtu menyaksikan pemain simpanan Nikola Zigic menjaringkan gol saat-saat akhir untuk memberikan Valencia kemenangan 1-0 ke atas Espanyol dan melonjak pasukan ke tangga ketiga mengatasi Sevilla yang tewas 2-1 kepada Atletico Madrid. - Reuters

tomyejam
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2239
Umur : 43
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 8180

Back to top Go down

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Empty Re: Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia

Post by tomyejam Tue 05 Jan 2010, 2:10 am

Ibrahimovic diminta kawal sikap panas baran




MADRID: Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola memberi amaran kepada pemain penyerang, Zlatan Ibrahimovic supaya mengawal sikap panas baran dan cuba menerima setiap keputusan yang dibuat oleh pegawai perlawanan atau bakal di gugurkan daripada pasukan.

Ini berikutan pemain kelahiran Sweden yang yang baru beralih ke Barcelona akhir musim lalu memprotes pihak penganjur berikutan keputusan seri 1-1 di tempat sendiri dan di kenakan kad kuning pada minit 88 selepas mengasari Diego Godin, kelmarin.

“ Dia seorang pemain yang panas baran sedangkan sebarang kesilapan yang berlaku akan menyebabkan pasukan beraksi dengan 10 pemain dan ini merugikan pasukan,” kata Guardiola
“Ibrahimovic perlu tahu bagaimana untuk mengawal keadaan apa lagi dia adalah pemain yang hebat namun dia tidak boleh mengawal setiap keputusan pengadil.”

tomyejam
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2239
Umur : 43
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 8180

Back to top Go down

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Empty Re: Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia

Post by tomyejam Tue 05 Jan 2010, 11:43 pm

Villarreal ikat Barca



Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Ico_email Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Ico_print Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Ico_bmark Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Ico_txbig Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Ico_txsmall Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Ico_komen

MADRID: Barcelona mencicirkan mata di gelanggang sendiri buat kali pertama musim ini selepas diikat Villarreal 1-1 sekali gus memberi peluang kepada Real Madrid untuk merampas kedudukan teratas La Liga.Juara bertahan itu mengumpul 40 mata selepas 16 perlawanan, tapi Real mampu memintas menerusi perbezaan jaringan sekiranya menang ke atas Osasuna awal pagi tadi.

Jurulatih Barca, Pep Guardiola memberi cuti tambahan beberapa hari kepada Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi dan pemain Argentina itu hanya menyaksikan perlawanan dalam hujan dari tempat duduk penyokong di Nou Camp.

Selepas mempamer enam piala yang dirangkul pada 2009 kepada peminat mereka sebelum perlawanan bermula, Barcelona mendahului seawal minit ketujuh dan berada di landasan betul untuk mencatat kemenangan kelapan di gelanggang sendiri musim ini.

Thierry Henry melepaskan rembatan kencang yang hanya menggegar palang dan Pedro selepas itu mengawal bola dengan baik sebelum melepaskan tendangan jitu menerjah penjuru gawang Villarreal.

Pasukan pelawat selepas itu mempamer aksi baik dalam menutup segala ruang untuk Barca mencipta gerakan, malah pemain tengahnya, David Fuster berpeluang menyamakan kedudukan ketika perlawanan hampir memasuki minit ke-30, tapi tandukannya melepasi palang gol.
Fuster menebus kesilapannya enam minit selepas separuh masa kedua bermula apabila menyudahkan hantaran lintang Cani untuk menewaskan penjaga gol Victor Valdes.

Dengan hujan makin lebat, penjaga gol Villarreal, Diego Lomaz menumbuk keluar bola rembatan pemain gantian Barca, Andres Iniesta pada minit ke-65 selain menyelamatkan cubaan ketua pasukan lawan, Carles Puyol dan Giuseppe Rossi pada minit ke-87.

Guardiola memberi amaran kepada semua lawannya selepas perlawanan bahawa keputusan seri itu akan membuatkan pemainnya lebih kuat.

“Perlawanan itu memang sukar, kembali dari cuti terus menentang salah sebuah pasukan terbaik seperti Villarreal,” katanya dalam sidang media.

Barcelona perlu kembali mencari rentak dengan memperbaiki beberapa aspek sebelum beraksi di saingan 16 pasukan terbaik Piala Raja menentang Sevilla pada perlawanan pertama, esok.

Dalam perlawanan lain, jaringan pemain gantian Nikola Zigic ketika masa tambahan membolehkan Valencia menang 1-0 ke atas Espanyol, sekali gus membolehkan mereka melonjak ke kedudukan ketiga mengatasi Sevilla. - Reuters

tomyejam
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2239
Umur : 43
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 8180

Back to top Go down

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Empty Re: Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia

Post by tomyejam Tue 05 Jan 2010, 11:46 pm

Barca ramal saingan sengit Seville
Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Sl_06.1

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Sl_06.1
Aksi Penyerang Barcelona, Thierry Henry (kanan) pada perlawanan menentang Villarreal di Stadium Camp Nou, Barcelona, kelmarin. - AFP
MADRID - Barcelona yang memulakan tahun 2010 dengan aksi hambar apabila seri 1-1 dengan Villarreal di gelanggang sendiri kelmarin, tidak sempat berehat apabila akan berdepan Sevilla buat kali ketiga dalam tempoh 12 hari.Barcelona, penyandang juara Liga Sepanyol mengalih tumpuan kepada saingan Piala Raja Sepanyol hari ini dengan menanti kunjungan Sevilla di Nou Camp bagi perlawanan pertama peringkat 16 pasukan.Pep Guardiola menyaksikan pasukannya gagal memungut mata penuh pertama di tempat sendiri musim ini selepas seri dengan Villarreal, tetapi Real Madrid juga gagal mengambil kesempatan apabila seri 0-0 di Osasuna, semalam dan terus kekal dengan perbezaan dua mata."Pasukan ini mempunyai kepercayaan diri, ia membuatkan kami bertambah kuat."Ia adalah perlawanan yang sukar walaupun kami menguasainya. Ada masa kami beraksi dengan baik dan Villarreal pun sama. Kedua-duanya mempunyai peluang tetapi saya rasa seri adalah keputusan yang adil."Apa yang penting sekarang ialah mencari rentak dan bersedia untuk perlawanan Selasa ini (hari ini)."Ia perlawanan yang menarik dan kadangkala anda tidak boleh mengawalnya."Perlawanan yang hebat akan berlaku di Nou Camp begitu juga di Seville nanti," kata Guardiola.Kedua-dua pasukan akan bertemu sesama sendiri dengan lebih kerap selepas ini. Selepas perlawanan hari ini, mereka akan beraksi secara timbal balas pada 13 Januari depan di Seville.Empat hari kemudian, mereka akan berjumpa sekali lagi dalam saingan liga di Nou Camp, menjadikannya tiga perlawanan dalam tempoh 12 hari.Ia satu jadual yang memenatkan buat Barcelona yang baru sahaja tiba dari Abu Dhabi bagi saingan Piala Dunia Kelab."Bulan ini agak sukar buat kami, ia adalah yang paling sibuk sepanjang musim. - AFP
tomyejam
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2239
Umur : 43
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 8180

Back to top Go down

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Empty Re: Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia

Post by tomyejam Tue 05 Jan 2010, 11:47 pm

Real gagal pintas kedudukan Barca

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Su_03.1
Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Su_03.1


MADRID - Real Madrid mempersia-siakan peluang untuk memintas Barcelona di kedudukan teratas Liga Sepanyol apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Osasuna awal pagi semalam.
Kemenangan sepatutnya boleh meletakkan Real di persada liga dengan kelebihan jaringan setelah Barcelona melepaskan mata buat pertama kali di laman sendiri apabila terikat 1-1 dengan Villarreal pada Sabtu lalu.
Bagaimanapun, persembahan bertenaga Osasuna di hadapan penyokong sendiri selain ketumpulan barisan Manuel Pellegrini mengekalkan Real di tangga kedua dengan ketinggalan dua mata berbanding Barcelona selepas 16 perlawanan.
Barcelona kini mengumpul 40 mata manakala Valencia yang menewaskan Espanyol 1-0 pada Sabtu lalu kini menghuni tangga ketiga liga dengan 32 mata.
Real turun tanpa perancang utama mereka, Kaka yang cedera tetapi Cristiano Ronaldo beraksi dan hampir memecah kebuntuan pada minit ke-88 sebelum sepakannya dari jarak 30 meter sedikit sipi.
"Kami memiliki peluang untuk memenangi perlawanan ini tetapi pasukan lawan telah memberi kesukaran kepada kami dengan kerja keras mereka sepanjang perlawanan.
"Pemain-pemain kami telah berusaha sedaya upaya dan tiada cacat celanya persembahan mereka. Masih ada masa lagi untuk memintas Barcelona," kata pengarah urusan Real, Jorge Valdano. - Reuters
tomyejam
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2239
Umur : 43
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 8180

Back to top Go down

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Empty Re: Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia

Post by tomyejam Wed 06 Jan 2010, 9:58 pm

Sevilla beats Barcelona 2-1 in Copa del Rey




BARCELONA, Spain (AP): Sevilla beat defending champion Barcelona 2-1 in the Copa del Rey round of 16 on Tuesday. Sevilla
went ahead in Barcelona's Camp Nou in the 61st minute when Diego
Perotti dribbled past Daniel Alves and crossed, and Renato tapped the
ball on for Diego Capel to smash home. Barcelona equalized
through substitute Zlatan Ibrahimovic in a 75th-minute counterattack,
but Alvaro Negredo scored from the penalty spot after Diego Capel was
brought down in the area. Negredo dedicated the winning goal to
teammate Sergio Sanchez, whose playing future was in doubt after news
of his heart condition.

"These games are good to show that we're
here, that we're not just 11 players, that we have 24 players who will
give everything and we dedicate the victory to the fans and above all
to Sergio," said Negredo. Both teams had absences due to the
African Cup of Nations, with Barcelona missing Seydou Keita and Toure
Yaya and Sevilla without Frederic Kanoute. However, Lionel Messi
returned for Barcelona after an extended Christmas break and he led the
attack alongside Bojan Krkic and Pedro Rodriguez. Early on, Barcelona looked fresher than during Saturday's 1-1 draw against Villarreal and hoarded possession.

In
the 10th, Messi dribbled across the back of the area before unleashing
a left-footed shot that Andres Palop just turned round the post. In the 21st Palop failed to hold onto a long-range free kick by Daniel Alves but Rafael Marquez could not reach the rebound. Seconds later Messi curled a shot toward goal from an almost impossible angle, striking the crossbar. Having
soaked up Barcelona's attacks for half an hour, Sevilla nearly went
ahead against the run of play, although when Capel was put through to
score his goal was ruled out for offside. Straight after the
break Abdoulay Konko fed halftime replacement Renato in the area and
Pinto did well to save his shot. Barcelona substitute Zlatan
Ibrahimovic, meanwhile, scored his first goal in the competition. The return leg will be next week.

On
Wednesday it's Celta Vigo vs. Villarreal; Valencia vs. Deportivo La
Coruna; Alcorcon vs. Racing Santander; and Recreativo Huelva vs.
Atletico Madrid. On Thursday it's Hercules vs. Osasuna; Rayo Vallecano
vs. Mallorca; and Malaga vs. Getafe.
tomyejam
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2239
Umur : 43
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 8180

Back to top Go down

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Empty Re: Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia

Post by tomyejam Wed 06 Jan 2010, 10:00 pm

adehhhhh..malang tul mmg suweyy tul leh kalah ngan sevilla plak memalukan sungguh huh!!! Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia 36_2_42Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia 36_2_42
tomyejam
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2239
Umur : 43
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 8180

Back to top Go down

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Empty Re: Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia

Post by tomyejam Sat 09 Jan 2010, 12:05 pm

Barca mahu baiki prestasi goyah

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Sl_04.1
PENYERANG Barcelona, Lionel Messi (kiri) dicabar pemain Sevilla, Christian Ndri Romaric pada saingan Piala Raja Sepanyol di Camp Nou, Selasa lalu. Barcelona kalah 1-2. - AFP
MADRID - Selepas memulakan tahun baru dengan aksi kurang meyakinkan, Barcelona berharap untuk mencari kemenangan pertama pada 2010 apabila menentang pendatang baru Liga Sepanyol, Tenerife esok.Barcelona seolah-olah hilang taring ketika sekadar seri 1-1 dengan Villarreal di gelanggang sendiri, hujung minggu lalu. Kelab Catalan itu bernasib baik kerana tidak dipintas Real Madrid selepas musuh tradisinya itu turut mencatat keputusan seri dengan Osasuna.Barcelona masih kekal mengungguli Liga Sepanyol dengan memiliki kelebihan dua mata ke atas Real.Bagaimanapun, kekebalan juara Eropah, Liga Sepanyol dan Piala Raja Sepanyol musim lalu itu tercalar, Selasa lalu apabila tumpas 1-2 di pusingan pertama Piala Raja Sepanyol kepada Sevilla di Nou Camp."Kami berdepan permulaan yang kurang baik pada 2010 apabila gagal mencatat sebarang kemenangan. Walaupun begitu, perkaraitu tidak membuatkan kami berasa panik."Keputusan baik akan mula diperoleh tidak lama lagi dan pasukan ini akan terus beraksi untuk semua gelaran kejohanan," kata pemain tengah Barcelona, Sergi Busquets.Bagaimanapun kelab Catalan itu terpaksa menghadapi pertemuan esok tanpa penjaring terbanyak mereka, Zlatan Ibrahimovic akibat penggantungan. Namun, mereka masih mampu menggunakan sentuhan penyerang lincah Argentina, Lionel Messi.Selain itu, Barcelona bakal memperoleh suntikan semangat apabila pertahanan tengah Argentina, Gaby Milito bakal kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan lutut yang teruk.Pertemuan esok juga bakal perlawanan kompetitif pertama Milito sejak April 2008. Kecederaan lutut yang dialami Milito hampir mengancam kerjayanya sebagai pemain bola sepak.Dalam pada itu, Tenerife mempunyai rekod baik apabila beraksi di laman sendiri ketika ini. Kelab itu hanya kalah dua daripada lapan perlawanan di gelanggang sendiri.Malah Tenerife adalah satu-satunya pasukan baru yang dinaikkan ke La Liga tidak berada dalam kelompok tiga pasukan terbawah liga, meskipun hanya berkelebihan dua mata daripada zon penyingkiran.Sementara itu, Real yang mencatat keputusan seri tanpa jaringan di Osasuna berharap kembali menemui sentuhan jaringan dan mencipta kemenangan apabila bertemu Real Mallorca di laman sendiri, esok."Kami masih merasai keperitan apabila sekadar memperoleh satu mata ketika bertemu Osasuna. Oleh yang demikian, kami harus memberi tumpuan dalam usaha memburu tiga mata pada pertemuan menentang Mallorca," kata penyerang Real, Gonzalo Higuain.Bos Real, Manuel Pellegrini harus melakukan sesuatu untuk memperoleh tiga mata penuh tersebut, meskipun tidak dapat menggunakan khidmat Lass Diarra dan Sergio Ramos pada pertemuan esok.Namun Pellegrini bernasib baik apabila perancang utama Brazil, Kaka mungkin boleh diturunkan selepas pulih daripada kecederaan pangkal paha. - AFP
tomyejam
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2239
Umur : 43
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 8180

Back to top Go down

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Empty Re: Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia

Post by tomyejam Sat 09 Jan 2010, 12:32 pm

Barcelona tekad bangkit




MADRID: Langkah musim 2010 agak goyah buat kelab gergasi, Barcelona dan juara tiga piala itu berharap mampu untuk melakar kemenangan pertama tahun ini di Tenerife.

Barcelona bernasib baik apabila keputusan seri 1-1 di tempat sendiri dengan Villareal tidak dihukum - apabila Real Madrid juga seri 0-0 dengan Osasuna - untuk kekal berkelebihan dua mata tetapi keyakinan kian tergugat apabila kalah 1-2 kepada Sevilla pada aksi pertama Piala Raja Sepanyol.

“Kami malang pada awal 2010 apabila gagal menang perlawanan, tetapi tiada sebab untuk panik,” kata pemain tengah, Sergi Busquets. “Kemenangan akan menjelma tidak lama lagi dan kami akan bersaing untuk semua gelaran yang dipertaruhkan.”
Barcelona akan turun tanpa penjaring utama, Zlatan Ibrahimovic yang digantung tetapi akan kembali memiliki khidmat Lionel Messi.

Tenerife punya rekod agak baik di tempat sendiri, hanya kalah dua daripada lapan perlawanan, dan satu-satunya kelab baru dinaikkan ke liga utama yang tidak dalam kelompok tiga pasukan terbawah.

Real tiada perlawanan pada pertengahan minggu selepas tersingkir daripada Piala Raja dan selepas seri tanpa jaringan dengan Osasuna, jentera serangannya pasti mahu segera menemui sentuhan jaringan apabila menanti kehadiran Real Mallorca.“Satu mata bertemu Osasuna buat kami kurang selesa tetapi kami kini perlu fokus kepada usaha meraih tiga mata daripada Mallorca,” kata penyerang Real, Gonzalo Hugain. - AFP

tomyejam
tomyejam
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Jawatan : VaMpiRe (TWILIGHT) a.k.a A.M.0
Gender : Male
Jumlah Post : 2239
Umur : 43
Tarikh Register : 26/10/2009
Reputation : 6
Points : 8180

Back to top Go down

Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia Empty Re: Lionel Messi | Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia : Messi Pemain Terbaik Dunia

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum