Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) | Apa Fungsi Persatuan?
Page 1 of 1

Apa fungsi PFAM?
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
“KALAU persatuan itu wujud sepatutnya sekarang mereka sudah bersuara bagi pihak pemain tapi kenapa diam saja,” kata bekas jurulatih dan pemain kebangsaan, Reduan Abdullah yang menyuarakan rasa terkilan dengan kegagalan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) memainkan peranan membela nasib pemain bola sepak tanah air.
Luahan Reduan itu ada benarnya kerana sejak ditubuhkan secara rasmi pada September 2009, PFAM yang mendapat restu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta menjadi anggota kepada Persekutuan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Antarabangsa (FIFPro) dilihat kurang menonjol.
Persoalannya, apakah PFAM yang melaungkan misi membela nasib pemain tempatan pada awal penubuhannya itu menjalankan operasi secara ‘low profile’ ataupun sudah terkubur? Tidak hairanlah apabila pemain kebangsaan, Mohd Safee Sali baru-baru ini menyeru Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional ditubuhkan di Malaysia walaupun sebenarnya persatuan itu sudah wujud lebih tiga tahun.
Reduan tertanya-tanya sama ada pihak yang menguruskan PFAM itu tidak proaktif ataupun pemain tidak peka dengan penubuhannya.
“Mungkin selepas ditubuhkan ia tidak mendapat sambutan pemain dan mungkin juga pemain tidak peka wujudnya persatuan ini. “Kita kini tidak tahu berapa ramai ahli yang berdaftar dengan persatuan itu,” katanya kepada Arena Metro.
Pelbagai isu yang timbul termasuk isu pembayaran gaji tertunggak pemain serta terbaru, kes disiplin membabitkan dua pemain Terengganu, Ismail Faruqi Asha’ri dan Mohd Muslim Ahmad menyebabkan Reduan berpendapat PFAM sepatutnya sudah tampil membantu.
“Mereka sepatutnya membantu menyelesaikan isu gaji tertunggak yang masih lagi berlaku. “Tapi selepas tiga tahun apa mereka buat? Jika benar persatuan itu masih berfungsi, mereka perlu bergerak lebih aktif sekarang,” kata Reduan.
PFAM yang menggunakan tema ‘Demi Permainan Bola Sepak’ sebelum ini menyuarakan untuk memberi kesedaran mengenai hak pemain, memperjuangkan hak pemain sekiranya dicabuli dan membantu mereka berdepan pihak yang menindas mereka.
Tinjauan Arena Metro terhadap laman web rasmi PFAM, www.pfamalaysia.com.my mendapati tiada sebarang maklumat mengenai siapakah peneraju dan ahli jawatankuasa persatuan itu serta maklumat terkini aktiviti yang dijalankan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/06
- Harian Metro

Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6749
Similar topics
» Safee Simpati Dengan Muslim Dan Ismail, Saran Tubuh Persatuan Pemain Profesional
» Kelantan Calon Juara Piala Malaysia 2013 - Pemerhati Bola Sepak
» Malaysia Juara bola sepak Sukan SEA ke-26
» Selangor memang kuasa besar Bola Sepak Malaysia..
» SELANGOR PASUKAN BOLA SEPAK TERHEBAT PERNAH WUJUD DI MALAYSIA

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak