FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Rokok bukan keperluan hidup

2 posters

Go down

Rokok bukan keperluan hidup Empty Rokok bukan keperluan hidup

Post by Fieza Thu 13 Mar 2008, 8:56 pm

Rokok bukan keperluan hidup


Oleh Dr. Khalib Abdul Latiff
Hari ini (31 Mei 2003) sekali lagi seluruh dunia merayakan Hari
Tanpa Tembakau. Perayaan yang bertemakan Filem Tanpa Rokok, Fesyen
Tanpa Rokok, ACTION! menuntut usaha bersepadu digembleng oleh pelbagai
pihak dalam industri hiburan dan sukan agar tidak lagi menggunakan
saluran filem dan fesyen bagi mempromosikan tabiat merokok kepada
masyarakat.
Kekerasan gesaan ini terpapar menerusi perkataan ACTION! yang sekali
gus meminta agar dunia tidak lagi bercakap tetapi sebaliknya cepat
bertindak bagi membendung risiko merokok khususnya kepada generasi
muda.
Kebimbangan terhadap malapetaka yang dikaitkan dengan amalan merokok
disifatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai penyakit
jangkitan paling teruk di dunia. WHO juga menganggap risiko penyakit
dan kematian yang diakibatkan olehnya jauh lebih dahsyat berbanding
dengan penyakit berjangkit seperti malaria, penyakit TB dan kolera yang
lazim berlaku terutamanya di kalangan negara membangun.
``Setiap lapan saat seorang penduduk dunia akan mati akibat
tembakau,'' tegas Ketua Pengarah WHO, Dr. Gro Harlem Brundtland dalam
ucapan perasmiannya di Hari Tanpa Merokok 2000. Statistik ini begitu
ketara apabila sejumlah lima juta manusia akan mati setiap tahun ekoran
penyakit akibat tembakau. Dan jika tabiat merokok yang ada sekarang
tidak dibendung secara global, kadar kematian akan meningkat tahun demi
tahun. Adalah dijangkakan menjelang 2020 sejumlah sepuluh juta manusia
akan mati ekoran bermacam penyakit berkaitan tembakau.
WHO mentaksirkan bahawa kebanyakan kematian yang berlaku pada hari
ini adalah kerana tembakau - baik secara langsung atau tidak langsung.
Apabila tembakau memasuki tubuh sama ada melalui amalan menghisap
rokok, menghisap paip, cerut, menghidu asap tembakau (dalam kes perokok
pasif), menyedut asap tembakau, sentel tembakau atau songel, menerusi
kesan yang kumulatif dan menahun, bahan-bahan kimia yang terdapat pada
tembakau akan merosakkan sebahagian besar sistem terutama tubuh.
Antaranya termasuklah sistem kardiovaskular (menyebabkan penyakit
jantung koronari dan strok), sistem pernafasan (menyebabkan kanser
paru-paru, penyakit bronkitis, batuk yang berpanjangan dan asma yang
bertambah teruk), sistem penghadaman (kanser mulut, tekak dan perut),
sistem pembiakan (mati pucuk dan kemandulan) dan juga sistem perkumuhan
(kanser buah pinggang dan pundi kencing).
Malah proses penyakit yang menahun (lama menghidap) ini juga akan
menjejaskan struktur anatomi dan fungsi sistem pertahanan tubuh, dan
dalam masa yang singkat kematian akan menyusul.
Yang menjadi isu utama bukanlah masalah atau risiko merokok, kerana
sebilangan besar masyarakat sudah tahu akan keburukan tembakau atau
rokok. Sebaliknya yang menjadi masalah ialah dalam diri individu itu
sendiri - kekuatan dalaman. Bandura seorang ahli psikologi menyifatkan
ini sebagai kelemahan keberhasilan diri (self efficacy). Individu yang
tidak percaya dia boleh meninggalkan tabiat merokok adalah individu
yang lemah. Individu yang yakin tidak ada lagi amalan yang baik bagi
menggantikan tabiat merokok adalah juga individu yang lemah. Kerana
rokok bukanlah satu keperluan hidup. Manusia boleh hidup tanpa rokok.
``Tiada seorang pun mengakui bahawa dirinya lemah untuk membuang
tabiat merokok,'' demikian tegas Prochaska, seorang penyelidik yang
banyak mengkaji gelagat manusia yang ingin berhenti merokok. ``Mereka
ingin berhenti tapi sebenarnya self efficacy mereka masih lemah.''
Kelemahan inilah yang menjadikan tabiat menghisap, menyentel dan
menghidu bahan-bahan yang dibuat daripada tembakau begitu berleluasa
dari saat ke saat.
Soalnya bagaimana kekuatan diri sebenar dapat dibentuk bagi membendung tabiat ini?
Umum mengetahui bahawa kekuatan dalaman adalah sesuatu yang penting,
begitu pun ia terbentuk secara diperoleh daripada interaksinya dengan
persekitaran. Jika pengaruh persekitarannya baik, maka baiklah
natijahnya, dan jika pengaruh persekitarannya tidak baik maka buruklah
natijahnya. Inilah dua kuasa yang mempengaruhi kekuatan dalaman
masyarakat. Satu yang mengajak kepada kebaikan (kuasa positif) -
janganlah merokok. Satu yang mengajak kepada kemusnahan (kuasa negatif)
- hisaplah rokok! Ahli psikologi berpendapat pengukur kepada kekuatan
diri seseorang adalah kemampuannya mengimbangi dua kuasa ini kerana
kedua-duanya memang sentiasa berlumba untuk mempengaruhi.
Walaupun dari sudut teorinya kuasa terkuat akan berjaya. Katakan
kuasa positif lebih kuat dari kuasa negatif, bermakna individu tidak
akan merokok. Namun di sudut realitinya ia sangat berbeza. Kita boleh
lihat apabila ramai kalangan masyarakat khususnya remaja senang dan
mudah terjebak kepada tabiat merokok meskipun mereka telah dididik
dengan pelbagai kaedah agar tidak terpengaruh dengan amalan merokok.
Bagaimana pula mereka yang tidak mendapat kuasa ini? Sudah tentu risiko
untuk merokok akan menjadi lebih lagi.
Data statistik membuktikan fenomena ini, di mana kelaziman merokok
di Malaysia sahaja telah meningkat daripada 21.5 peratus (1986) kepada
24.8 peratus (1996). Dianggarkan tidak kurang 1.2 bilion (19 peratus)
daripada penduduk dunia adalah perokok. Jika tiada usaha bersepadu
dibuat, kelaziman global nescaya akan terus meningkat. WHO menjangkakan
menjelang tahun 2020 terdapat tidak kurang daripada 1.6 bilion penduduk
dunia adalah perokok.
Tahun ini serangan terhadap organisasi tembakau, media dan hiburan
diperhebatkan lagi dengan meminta semua pihak mengakui keburukan
tembakau dan produk tembakau. Dunia diseru cepat bertindak agar bumi
dapat diselamatkan daripada ancaman pandemik (wabak) yang sudah semakin
parah ini. Bertumpukan kepada industri perfileman terutamanya Hollywood
dan Bollywood bertemakan - Tobacco Free Films dan industri rekaan
fesyen - Tobacco Free Fesyen, semua bentuk pengaruh sama ada dilakukan
secara jelas (menerusi pengiklanan) atau tidak jelas (aksi merokok atau
membeli rokok) hendaklah diberhentikan - ACTION! Tema kali ini begitu
terperinci sehingga sebarang mesej yang ada perbuatan merokok sekalipun
(walaupun tidak disengajakan) khususnya yang dipergayakan oleh aktor
mestilah dibuang.
Usaha yang sangat serius selama bertahun-tahun ini nampaknya
berbaloi apabila buat julung-julung kalinya dalam sejarah, satu
ketetapan bersama secara global bagi menghapuskan tabiat merokok dapat
dijadikan realiti. Perhimpunan Kesihatan Antarabangsa ke-56 yang
dianjurkan oleh WHO di Geneva pada 21 Mei 2003 telah mendapat mandat
antarabangsa dan ia sekali gus menjadikan perayaan Hari Tanpa Tembakau
Sedunia begitu bermakna sekali. Tambah bermakna lagi bagi Ketua
Pengarah WHO, Dr. Gro Harlem Brundtland kerana persaraan beliau pada
bulan Jun ini diiringi dengan satu ketetapan yang akan menyelamatkan
berbilion manusia daripada bencana tembakau.
Berkisar kepada pengharaman atau sekatan ketat terhadap pengiklanan,
penajaan dan promosi tembakau, konvensyen ini juga menetapkan agar
segala perkara berkaitan dengan pengilangan dan penjualan rokok seperti
catatan di kotak rokok, urusan jual beli, tempat dibenar merokok dan
dispensing rokok juga turut diambil kira. Sehingga hal yang berkaitan
penyeludupan juga cuba dikekang menerusi memperketatkan perundangan dan
penguatkuasaan.
Meskipun ketetapan yang tidak begitu disenangi oleh kebanyakan
organisasi gergasi tembakau dan media pengiklanan dipersetujui untuk
dilaksanakan, namun kesan daripada perakuan ini masih sukar untuk
dipastikan.
Pertama, bolehkah ketetapan ini diperakukan secara rasmi oleh 40
negara yang akan memberikan sokongan nanti. Jika diperakukan, bolehkah
hasrat yang terkandung dalam garis panduan itu nanti diserapkan dalam
perundangan negara terbabit. Jika boleh diserap, berapa lama
kerja-kerja membuat pindaan akta atau mewujudkan akta baru dapat
dilaksanakan. Dan jika akta dapat dipinda atau diwujudkan atau satu
peraturan baru dapat dibentuk, apakah kemudahan infrastruktur dan
kerjasama penguatkuasaan dapat berlaku dengan baik.
Kedua, apakah syarikat gergasi ini akan diam akur 100 peratus
walaupun ia tentunya akan mengancam operasi membuat keuntungan yang
telah lama dinikmatinya? Atau adakah diam tersebut diam simbolik yang
hanya mengaburi mata masyarakat? Ini adalah sesuatu yang ditakuti
kerana banyak usaha yang digembleng oleh agensi yang membawa kuasa
positif ini hanya indah khabar dari rupa. Justeru, usaha pemantauan
perlu dibuat agar kerjasama yang diberikan itu benar-benar jujur. Yang
penting kedua-dua kuasa mendapat faedah.
Yang akan menjadi masalah ialah masyarakat. Adakah masyarakat mampu
hidup tanpa rokok atau tanpa nikmat menyepit rokok? Faktor ketiga ini
nampaknya sangat kritikal kerana dunia yang telah terbudaya dengan
kehidupan begini telah lama wujud sejak berabad-abad. Lihat sahaja
budaya merokok dan mengambil tembakau di kalangan masyarakat kita.
Bolehkah budaya mengedarkan rokok kepada pekerja bangsal kenduri di
belakang rumah dibuang? Bolehkah berborak kosong di warung kopi tanpa
menghisap rokok? Bolehkah idea timbul jika berfikir tanpa sedutan asap
rokok? Bolehkah memandu jauh selesa tanpa hisapan rokok? Bolehkah
`ditutupi' makan tengah hari tanpa menyedut rokok? Dan pelbagai lagi
budaya dan cara hidup yang menjadikan rokok atau songel tembakau
sebagai sebahagian cara hidup?
Ketiga-tiga faktor yang disebutkan adalah sebahagian rintangan kasar
yang mungkin berlaku sepanjang pelaksanaan garis panduan yang
disarankan. Tetapi menerusi perancangan yang strategik dan dengan
kesabaran, nescaya ia boleh dijadikan realiti.
Untuk membasmi tabiat merokok adalah sesuatu yang mustahil kerana
merokok kini adalah sebahagian sosiobudaya masyarakat dan produk
tembakau juga adalah sumber ekonomi negara yang sangat penting.
Yang ingin dicapai dalam usaha ini adalah membangunkan pelbagai
pendekatan dan langkah-langkah yang dengan perlahan-lahan akan
menjadikan merokok bukan lagi budaya masyarakat umum tetapi sebaliknya
ia hanyalah tinggal sebagai amalan kumpulan tertentu yang telah kemaruk
dengan rokok.
Pihak berkuasa sama ada di peringkat antarabangsa atau peringkat
nasional hanya mampu membuat garis panduan untuk diikuti - ia menagih
pelaksanaan, ia menagih ACTION. Keberkesanan ACTION - sama ada tabiat
merokok boleh dibanteras atau tidak akan terletak di bahu pelaksana -
mereka yang dikategorikan sebagai pendidik, ibu bapa, ahli masyarakat,
penguat kuasa undang-undang, rakan rapat, peniaga, peruncit dan sesiapa
sahaja yang merasakan mereka bertanggungjawab. Dengan cara ini sahaja
wawasan untuk menghapuskan tabiat merokok dapat dijadikan realiti.
- Dr. Khalib Abdul Latiff ialah Perunding Kesihatan Perilaku dan
Pakar Perubatan Promotif, Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti
Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Rokok bukan keperluan hidup Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Rokok bukan keperluan hidup Empty Re: Rokok bukan keperluan hidup

Post by tam Sun 25 May 2008, 11:18 pm

1. Perokok pasif lebih berbahaya
daripada perokok
aktif, maka untuk mengurangi risiko tersebut aktiflah
merokok.

2. Menghindarkan dari perbuatan jahat kerana tidak
pernah ditemui orang yang membunuh, mencuri dan berkelahi
sambil merokok.

3. Mengurangi risiko kematian: Dalam berita tidak
pernah ditemui orang yang meninggal dalam posisi merokok.

4. Berbuat amal kebaikan: Kalau ada orang yang mau
pinjam mancis paling tidak sudah siap / tidak mengecewakan
orang yang
ingin meminjam.

5. Baik untuk keakraban: Kalau bertemu
orang misalnya di Hotel kita boleh tawarkan rokok.
Kalau kita tawarkan duit kan agak lucu.

6. Boleh menambah suasana nature bagi
ruangan ber AC dengan asapnya sehingga se-olah berkabut.

7. Menghilangkan bau wangian bagi yang alergi
bau parfum.

8. Melatih kesabaran dan menambah semangat pantang
menyerah kerana bagi pemula merokok itu tidak mudah, batuk
dan tersedak
tapi tetap diteruskan (bagi yang lulus).

9. Untuk indikator kesihatan: Biasanya orang yang
sakit pasti dilarang dulu merokok. Jadi yang merokok itu
pasti orang sihat.

10. Menambah kenikmatan: pagi hari minum kopi dan
makan pisang goreng sungguh nikmat. Apalagi ditambah
merokok!

11. Membantu shooting film keji, rokok digunakan
penjahat buat deraan pada hero yang terikat dikerusi…
Haa penderitaan itu pedih … jeneral…!!!

12. Film Koboy pasti lebih gaya kalau merokok sambil
naik kuda
tam
tam
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : PETUGAS MULTIMEDIA BPFK
Gender : Male
Jumlah Post : 533
Umur : 45
Tarikh Register : 05/12/2006
Reputation : 0
Points : 7047

Character sheet
Mutiara Kata saya: aku telah tiada... aku telah fana diri

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum