FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tanpa vaksin nyawa anak dalam bahaya

Go down

Tanpa vaksin nyawa anak dalam bahaya Empty Tanpa vaksin nyawa anak dalam bahaya

Post by Fieza Thu 13 Mar 2008, 9:01 pm

Tanpa vaksin nyawa anak dalam bahaya


Oleh Zuhayati Yazid
Kehadiran anak sememangnya ditunggu oleh kebanyakan pasangan yang
berumah tangga, bukan saja sebagai penyeri keluarga, lebih penting anak
adalah penyambung zuriat.
Begitupun, kegembiraan menyambut ‘ahli baru’ dalam keluarga boleh
bertukar menjadi mimpi sedih kepada ibu bapa akibat kurang pengetahuan
mengenai penjagaan dan keperluan kesihatan bayi khususnya di peringkat
tahun pertama kelahiran. Ini termasuk perkara-perkara yang sering
dianggap mudah seperti rutin rawatan di klinik bagi mendapatkan
suntikan vaksin.
Perunding Pediatrik dan Neonatologi, Pusat Pakar Damansara, Dr. Musa
Mohd. Nordin berkata, pengimunan vaksin bukan sahaja mencegah jangkitan
penyakit, malah mampu menyelamatkan nyawa dan menjimatkan perbelanjaan
perubatan.
Menurutnya, mengikut sejarah, vaksin pertama telah dihasilkan oleh
Louis Pasteur pada tahun 1888. Vaksin itu dicipta untuk melindungi
manusia daripada serangan penyakit anjing gila. Ia diikuti dengan
vaksin terhadap difteria dan tetanus yang diperkenalkan pada awal tahun
1900-an. Vaksin terhadap tibi pula ditemui pada tahun 1927, polio
(1955), campak dan beguk (1960).
“Vaksin sangat penting bagi merangsang sistem imunisasi tubuh bagi
melawan jangkitan yang seterusnya. Penyakit demam campak misalnya
pernah meragut 432 nyawa pada sekitar tahun 1958 hingga 1962.
“Jika tiada imunisasi mungkin nyawa anak kecil yang tidak berdosa
berada dalam bahaya. Kesihatan anak yang masih kecil tidak terjamin
daripada sebarang ancaman penyakit seandainya tidak diberi pengimunan
vaksin.
“Seperti kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati,
justeru pencegahan penyakit adalah kunci kepada kesejahteraan manusia
selain melindungi insan tidak berdosa seperti anak-anak kecil,’’
katanya ketika memberi ceramah Mendalami Vaksin, baru-baru ini.
Menurut Musa, vaksin diibaratkan sebagai perisai yang sangat penting
untuk semua bayi yang baru lahir. Perlindungan menerusi vaksin adalah
antara cara terbaik untuk melindungi tubuh daripada serangan penyakit
apabila usia meningkat.
Pada tahun 1963, vaksin demam campak diperkenalkan dan hasilnya
hanya 81 kes penyakit tersebut dicatatkan pada tahun tersebut di
Amerika Syarikat (AS). Perkara yang sama juga berlaku penyakit polio
yang boleh diubati dengan vaksin.
Dr. Musa memberitahu, penyakit polio suatu ketika dahulu merupakan
antara ancaman yang terbesar yang pernah dialami oleh masyarakat AS.
Angkanya hampir mencecah sehingga 20,000 kes.
Vaksin polio yang diperkenalkan telah memberi sinar baru kepada
pesakit dan hari biarpun penyakit tersebut masih wujud di sesetengah
negara di dunia, tetapi jumlahnya adalah kecil.
Musa menegaskan, tiada seorang pun kanak-kanak yang boleh dibiarkan
tanpa vaksin dan adalah lebih selamat menggunakan vaksin daripada
merawat sesuatu penyakit.
Sebaik sahaja antibodi dihasilkan dalam tindak balas terhadap vaksin
yang disuntik, ia akan menjadi antara bahagian paling kukuh dalam
sistem imunisasi badan manusia.
Bagaimanapun, jika seseorang itu dibiarkan terdedah kepada jangkitan
semula jadi, antibodi akan bertindak melawan jangkitan tersebut.
“Selain itu, pengimunan secara berkumpulan dapat mencegah merebaknya
sesuatu penyakit itu. Sebab itulah semakin ramai kanak-kanak yang
diberi vaksin, semakin besarlah lingkungan perlindungan yang diperoleh
semua orang,’’ ujarnya.
Musa menambah, kebanyakan vaksin akan diberikan sejak kanak-kanak
lagi kerana sebahagian besar penyakit lebih terdedah pada awal usia
memandangkan sistem imunisasi kanak-kanak tidak kuat.
Oleh itu, dos ekstra mungkin perlu terus diberikan.
Sebahagian daripada jadual vaksin untuk kanak-kanak
Hepatitis B
Dos pertama: sejak lahir hingga 2 bulan
Dos Kedua: 1 hingga 4 bulan
Dos ketiga: 6 hingga 18
bulan 11-12 tahun (jika perlu)
Difteria, Tetanus, Pertusis (DTaP)
Dos pertama (2 bulan), dos kedua (4 bulan), dos ketiga (6 bulan),
dos keempat (15 bulan), dos kelima (4 hingga 6 bulan) dan dos penggalak
(11-12 tahun).
Cacar air
Dos pertama (12-18 bulan) dan 11-12 tahun (jika belum pernah menerima dos).
Pneumococcal
Dos pertama (2 bulan), dos kedua (4 bulan), dos ketiga (6 bulan) dan dos penggalak (12-15 bulan).
Campak, rubela, beguk
Dos pertama (12-15 bulan), dos kedua (4-6 bulan) dan 11-12 tahun (jika belum pernah menerima suntikan.
Penidakaktifan Polio(IPV)
Dos pertama (2 bulan), dos kedua (4 bulan), dos ketiga (6 hingga 18 bulan) dan dos keempat (4-6 tahun).
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Tanpa vaksin nyawa anak dalam bahaya Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum