FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kesihatan Anak: Vaksin paling baik cegah penyakit

Go down

Kesihatan Anak: Vaksin paling baik cegah penyakit Empty Kesihatan Anak: Vaksin paling baik cegah penyakit

Post by Lord Vlad Fri 27 Jul 2007, 10:19 am

Kesihatan Anak: Vaksin paling baik cegah penyakit

Oleh Hafizah Iszahanid

Imunisasi yang lengkap dapat melindungi bayi daripada pelbagai penyakit

MENGIKUT laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 1.4 juta kanak-kanak berusia di bawah usia lima tahun di negara membangun meninggal dunia kerana masalah kesihatan yang mudah dan boleh ditangani dengan vaksin.

Ketika dalam kandungan, bayi dilindungi daripada sesetengah penyakit kerana antibodi yang diterima melalui plasenta ibu. Selepas lahir, bayi yang menyusu badan terus menerima tambahan antibodi. Bagaimanapun dalam kedua-dua kes ini, perlindungan itu hanya sementara.

Suntikan vaksin adalah cara mencipta ketahanan pada sesetengah penyakit dengan menggunakan sejumlah kecil mikoorganisma yang sudah dilemahkan atau dibunuh. Mikroorganisma ini adalah penyebab kepada sesetengah penyakit.

Mikroorganisma itu boleh jadi virus, seperti virus campak atau mungkin juga bakteria seperti pneumococcus. Vaksin menstimulasi sistem imun untuk bertindak jika ada jangkitan sebenar. Ia menentang jangkitan dan akan mengingati organisma penyebab jangkitan dan dapat menentangnya dengan cepat setiap kali cuba masuk ke dalam tubuh selepas itu.

Vaksin adalah cara mencegah dan terbukti berkesan menentang masalah kesihatan kanak-kanak dan menjadi sebahagian proses pembesaran.

Sebagai contoh, pada 2000, jumlah kes campak di Ireland meningkat daripada 148 kepada 1,200 dalam tempoh setahun disebabkan pemberian vaksin campak dikurangkan hingga 70 peratus. Malah ia menyebabkan beberapa kematian.

Pada 1999, berlakunya wabak rubela di Nebraska. Kebanyakan pesakit adalah golongan dewasa yang tidak pernah menerima vaksin rubela. Manakala pada 1994 apabila Russia membatalkan vaksin asasnya, berlaku 5,000 kematian disebabkan difteria (jangkitan penyakit serius di kalangan kanak-kanak yang disebabkan bakterium Corynebacterium diphtheriae). Sebelum vaksin asas itu dihentikan, difteria adalah kes terpencil dan tidak membabitkan kematian.

Satu lagi contoh keberkesanan vaksin, Hib. Sebelum vaksin Hib dibangunkan, 30 peratus bakteria Haemophilus influenzae jenis B (Hib) yang kerap menjadi penyebab meningitis di kalangan kanak-kanak, kebal pada antibiotik.

Sejak vaksin Hib diperkenalkan, jumlah jangkitan Haemophilus influenzae jenis B (yang disebabkan bakteria yang kebal dengan ubat) menurun 99 peratus di kalangan bayi dan kanak-kanak. Justeru, jalan terbaik kepada bakteria yang kebal pada antibiotik adalah vaksin.

Contoh lain seperti vaksin menentang pelentung. Kulit kanak-kanak yang diserang pelentung, dijangkiti bakteria ‘Staphylococcus aureus’ yang boleh masuk ke salur darah. Vaksin pelentung menghalang kanak-kanak bukan saja mendapat pelentung tetapi menentang jangkitan disebabkan bakteria.

Salah anggap mengenai vaksin masih wujud. Antaranya vaksin tidak selamat, memiliki kesan sampingan jangka panjang atau mengandungi racun.

Ini mungkin disebabkan komponen vaksin itu adalah mikroorganisma yang dilemahkan atau dibunuh. Dalam sesetengah kes hanya sebahagian mikrooganisma digunakan, justeru ia tidak mungkin menjadi penyebab jangkitan serius.

Sesetengah vaksin mungkin menyebabkan reaksi yang kecil seperti kemerahan, demam dan sedikit bengkak tetapi jangkitan serius amat jarang. Risiko vaksin kecil berbanding risiko kesihatan yang dikaitkan dengan penyakit mungkin dihadapi.

Tetapi di seluruh dunia, keselamatan dan keberkesanan vaksin adalah keutamaan. Ada banyak kajian mengenai vaksin dilakukan dan semuanya menunjukkan vaksin tidak menyebabkan masalah kerosakan otak, lelah, autism atau sindrom kematian mengejut (sudden infant death syndrome).

Memang antibiotik dianggap penemuan terbaik dunia perubatan. Ia berupaya menentang banyak penyakit yang disebabkan bakteria, menyelamatkan banyak nyawa dan membantu mengelak risiko mendapat kesan sampingan pelbagai penyakit dan jangkitan.

Bagaimanapun selepas hampir 50 tahun penggunaan antibiotik, banyak masalah kesihatan tidak lagi berupaya ditangani dengan hanya antibiotik. Ini disebabkan cara penggunaan oleh ibu bapa atau penjaga yang tidak mengikut arahan atau tersalah memberi antibiotik menyebabkan sesetengah bakteria menjadi mutan. Apabila bakteria tidak lagi boleh ditangani dengan antibiotik, biasanya antibiotik lain yang lebih kuat akan digunakan.

Antibiotik juga biasanya diberikan apabila kanak-kanak menunjukkan simptom penyakit, tetapi dengan imunisasi (lebih tepat imunisasi yang lengkap), boleh membantu mereka mengelak daripada dijangkiti beberapa jenis penyakit berjangkit.

Melalui imunisasi (menggunakan vaksin) sistem pertahanan badan dapat dibangunkan secara tiruan. Antibodi ini akan melindungi bayi dari penyakit tertentu apabila mereka terdedah kepada penyakit itu.

Kesihatan Anak: Vaksin paling baik cegah penyakit 1kesi5aINFO: Anda perlu tahu


<LI>Jika anak memiliki reaksi alahan (seperti masalah pernafasan atau bengkak pada kulit dan mulut yang teruk) pada vaksin, beritahu doktor sebelum anak anda diberi imunisasi lain


<LI>Selepas disuntik vaksin, memang biasa di kawasan yang disuntik, kulit akan kelihatan kemerahan, bengkak dan sakit.


<LI>Sesetengah kanak-kanak akan demam selepas disuntik. Tanya doktor vaksin yang diberi itu akan menyebabkan anak demam dan ubat terbaik untuk diberikan. Ini kerana bukan semua vaksin menyebabkan kanak-kanak demam.


Jika anak sangat sakit ketika disuntik, beritahu doktor.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Kesihatan Anak: Vaksin paling baik cegah penyakit Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7897

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum