Jaga anak - Uji kesihatan pembantu rumah
2 posters
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Penjagaan Bayi / Anak (Cahayamata) :: Juga Menarik : Artikel-artikel Lama
Page 1 of 1
Jaga anak - Uji kesihatan pembantu rumah
Jaga anak - Uji kesihatan pembantu rumah
- copy from utusan online
Statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Pemantauan Pemeriksaan Kesihatan Pekerja Asing (Fomema) dari 1 Januari hingga 6 September 2004 mengenai jumlah pekerja warga asing yang menghidap pelbagai penyakit menunjukkan pekerja asing wanita lebih banyak mencatatkan penyakit berbanding pekerja warga asing lelaki.
Bagi kategori pembawa virus HIV, wanita mencatat sebanyak 30 orang; diikuti tibi seramai 222 wanita dan dua lelaki; malaria hanya didapati pada seorang wanita; penyakit daripada hubungan kelamin 292 wanita; diikuti dengan 679 wanita dijangkiti hepatitis dan 10 pekerja lelaki; 132 didapati mengandung dan 481 lain-lain penyakit.
Bersandarkan kepada kenyataan itu, wanita didapati lebih banyak menghidapi penyakit dan golongan itu julah yang paling ramai diambil bekerja sebagai pembantu rumah.
Berpotensi
Persoalannya sekarang, sanggupkah kita memperjudikan kesihatan anak-anak tersayang dengan meninggalkan mereka akrab dengan pembantu rumah warga asing yang berpotensi menghidap penyakit berjangkit yang berbahaya.
Fenomena ini sebenarnya dapat dielak jika ketua rumah, suami atau isteri melakukan langkah bijak membawa pembantu rumah masing-masing menjalani ujian pemeriksaan kesihatan di mana-mana klinik yang diiktiraf.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Pembangunan dan Perniagaan Agensi Pemantauan Pemeriksaan Kesihatan Pekerja Asing (Fomema), Datuk Kamaluddin Yusoff, pihak majikan mesti peka dan mengambil langkah bijak mengadakan ujian pemeriksaan kesihatan kepada pembantu rumah.
Hal demikian disebabkan setiap kali ibu bapa keluar bekerja orang yang paling hampir dengan anak-anak adalah pembantu rumah.
``Anak-anak rapat dengan mereka dan ada kalanya makan disuap, dimandi, dibelai malah ada diantaranya tidur bersama pembantu rumah.
``Pembantu rumah mesti bebas daripada sebarang penyakit berbahaya dan berjangkit dan jaminan kesihatan itu mesti diperoleh dari klinik yang telah diiktiraf oleh pihak kerajaan,'' katanya.
Kenyataan itu bagaimanapun menolak dakwaan kononnya pemeriksaan kesihatan pembantu rumah sewajarnya hanya dilakukan oleh pihak Fomema.
``Dalam hal ini, masyarakat perlu mengetahui terdapat perjanjian antara pihak kerajaan dengan kerajaan di negara asal warga asing yang masuk ke nagara ini mengenai pemeriksaan kesihatan di negara masing-masing sebelum masuk ke Malaysia.
``Mereka tidak perlu mengulanginya di negara ini tetapi apabila mahu memperbaharui permit untuk menyambung kontrak bekerja bagi tempoh setahun lagi, barulah perlu menjalani pemeriksaan,'' katanya.
Fonemena
Buat masa ini katanya terdapat 300 buah klinik yang berdaftar dengan fomema dan diiktiraf untuk mengeluarkan keputusan ujian pemeriksaan kesihatan pekerja warga asing.
Sambungnya, walaupun telah terdapat perjanjian mewajibkan pekerja asing menjalani pemeriksaan sebelum masuk ke negara sebagai langkah berjaga-jaga, Fomema bersama Kementerian Kesihatan membuat pemeriksaan secara rambang di pintu-pintu masuk utama seperti di lapangan terbang dan pelabuhan.
``Pemeriksaan biasanya akan melibatkan sejumlah 10 peratus pekerja warga asing dan lima peratus daripada mereka didapati memang membawa penyakit.
``Keputusan kumpulan lima peratus yang didapati berpenyakit akan diberitahu melalui majikan tempat mereka bekerja dan dinasihatkan supaya dihantar balik ke negara masing-masing,'' katanya.
Bagaimanapun kata Kamaludin, tidak nafikan terdapat segelintir majikan yang merayu agar pekerja asing tersebut tidak dihantar pulang ke nagara asal atas alasan mempunyai kemahiran tertentu.
``Rayuan tersebut akan dipertimbangkan namun apabila ujian sekali lagi menunjukkan pesakit menghidap penyakit yang boleh memudaratkan orang sekelilingnya, pembantu rumah tersebut tetap akan dihantar pulang.
``Penjelasan akan diberi kepada pihak majikan baik dan buruknya mendapatkan khidmat pekerja yang telah dikenal pasti tidak sihat kerana mungkin secara jangka panjang menjadi beban kepada pihak kerajaan,'' ujarnya
Contohnya apabila pekerja warga asing sakit dan mendapatkan rawatan ke hospital dalam banyak kes katanya, apabila diberi bil perubatan ramai yang enggan menjelaskan.
``Situasi ini merupakan satu kerugian kepada pihak kerajaan kerana dikhuatiri penyakit tersebut berjangkit pula kepada orang lain.
``Rawatan mereka ke hospital juga mengecilkan peluang rakyat tempatan untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan,'' katanya.
Kamaludin berkata, peranan Fomema sebenarnya menentukan sistem pemeriksaan kesihatan berjalan dengan betul.
``Sejak penubuhannya pada 1997, Fomema telah membentuk sebuah sistem pemantauan pusat yang menghubungi semua klinik, pembekal x-ray dan radiologis yang telah diluluskan bagi menjalankan pemeriksaan kepada pekerja asing.
Seragam
``Objektif Fomema ialah menubuhkan prosedur yang seragam bagi pemeriksaan kesihatan ke atas pekerja asing dan menentukan tahap prosedur ini diikuti oleh semua klinik, pembekal x-ray dan makmal yang diluluskan oleh Fomena.'' katanya.
Dalam tahun 2003, Fomema telah menyelia dan memantau pemeriksaan kesihatan ke atas 715,000 pekerja asing di mana 18,562 telah didapati tidak sihat.
``Kes-kes tersebut telah dirujuk kepada Kementerian Kesihatan dan Jabatan Imigresen untuk tujuan penghantaran pulang.
``Antara jenis penyakit yang dikenal pasti termasuk malaria, HIV, tibi, kusta, kanser, hepatitis dan lain-lain,'' katanya.

Lord Vlad- STAFF PEMUDAH CARA
- Negeri :
Jawatan : PPKP
Gender :
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7898
Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy
Re: Jaga anak - Uji kesihatan pembantu rumah
sebelum ambil pembantu rumah bawa dulu pegi buat medical c.up..
eriy- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Gender :
Jumlah Post : 1047
Umur : 46
Tarikh Register : 05/10/2006
Reputation : 2
Points : 6552
Character sheet
Mutiara Kata saya:
Similar topics
» Kesihatan Anak: Vaksin paling baik cegah penyakit
» 40 kesilapan dalam mendidik anak-anak
» Apa Beza Kesihatan Awam Dgn Kesihatan Persekitaran
» FAHAMI TUMBESARAN ANAK-ANAK
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» 40 kesilapan dalam mendidik anak-anak
» Apa Beza Kesihatan Awam Dgn Kesihatan Persekitaran
» FAHAMI TUMBESARAN ANAK-ANAK
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Penjagaan Bayi / Anak (Cahayamata) :: Juga Menarik : Artikel-artikel Lama
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak