FAHAMI TUMBESARAN ANAK-ANAK
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Penjagaan Bayi / Anak (Cahayamata) :: Juga Menarik : Artikel-artikel Lama
Page 1 of 1
FAHAMI TUMBESARAN ANAK-ANAK
Fahami tumbesaran anak-anak
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
SETIAP anak yang baru lahir adalah anugerah dan amanah kepada ibu bapa yang harus dilaksanakan dengan sempurna.
Ibu yang bertanggung jawab akan mengambil inisiatif memberikan yang
terbaik untuk anak mereka seperti suntikan imunisasi yang wajib kepada
setiap bayi baru lahir.
Antaranya, vitamin K untuk mengelakkan pendarahan pusat serta
hepatitis B dan vaksin BCG yang diambil dalam tempoh 12 jam selepas
lahir.
Ketua Unit Seksualiti, Bahagian Reproduksi Manusia Lembaga
Pembangunan Penduduk Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Hamizah Mohd. Hassan
berkata, proses tumbesaran anak-anak perlu diberi perhatian sejak dari
dalam kandungan lagi bagi memastikan mereka membesar dengan sihat dan
cerdas.
“Umumnya bayi mudah terdedah kepada pelbagai penyakit, masalah
jangkitan boleh berlaku kepada bayi sejak dari dalam kandungan lagi.
“Jadi amatlah perlu bagi seorang ibu itu memberi perhatian yang
lebih dalam tempoh ini agar bayi tersebut boleh membesar menjadi
kanak-kanak dan seterusnya remaja yang sihat,” ujarnya ketika memberi
ceramah di Menara LPPKN, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dr. Hamizah berkata, penyakit yang sering menyerang kanak-kanak di
bawah usia setahun ialah jangkitan pada saluran pernafasan seperti
batuk dan selesema.
“Dalam usia ini mereka sangat rentan, namun sekiranya si ibu
memberikan susu ibu kepada anak, mereka akan mendapat antibodi serta
perlindungan daripada penyakit berjangkit.
“Selain jangkitan pada saluran pernafasan, kanak-kanak bawah umur
satu tahun juga kerap mengalami masalah kulit seperti ruam panas dan
ekzema. Masalah lain pula seperti jangkitan pada saluran penghadaman
yang menyebabkan sembelit, cirit-birit dan kembung perut,” jelas beliau.
Dalam tempoh itu, ibu bapa juga harus peka dengan keadaan alahan
anak-anak sebagai perlindungan awal sebelum penyakit tersebut merebak
sehingga menyebabkan ketidakselesaan.
“Pada peringkat usia satu hingga tiga tahun, kanak-kanak mula
menunjukkan ciri-ciri berdikari seperti mahu makan sendiri dan
mengadakan latihan penggunaan tandas kepada anak-anak.
“Peringkat seterusnya ialah kanak-kanak tiga hingga lima tahun. Pada
peringkat ini mereka kurang terkena masalah kesihatan, namun mudah
tercedera kerana sifat ingin tahu yang tinggi,” jelas beliau yang juga
bekas doktor perbidanan.
Jelasnya, apabila memasuki zaman kanak-kanak iaitu peringkat usia
lima hingga sembilan tahun dan 10 hingga 19 tahun, mereka mula
berjauhan dengan ibu bapa kerana mula bersekolah.
Remaja dan kanak-kanak ini belajar lebih banyak perkara di luar
rumah dan imuniti tubuh mereka juga lebih kuat serta dapat menumpu
perhatian lebih lama kepada sesuatu perkara.
“Namun, ibu bapa tetap perlu mengawasi anak sebaik mungkin dengan
memastikan alat permainan mereka selamat dan sesuai dengan peringkat
umur mereka.
“Pada peringkat kanak-kanak ini, ada di antara mereka yang mengalami
masalah yang dikenali sebagai disleksia. Punca penyakit ini tidak
diketahui dan dikatakan ia berkaitan dengan genetik.
“Mereka yang mengalami disleksia membaca dan menulis dalam keadaan
terbalik, mereka juga sukar menyebut perkataan dengan betul dan ada
kalanya menyebut perkataan dengan bunyi terbalik seperti ‘top’ disebut
‘pot’.
“Rawatannya ialah dengan menjalani terapi daripada guru terlatih dan
mengenalpasti kebolehan lain seperti seni, sukan dan sebagainya,” jelas
beliau.
Melewati peringkat remaja, iaitu apabila usia mencapai 10-14 tahun
(awal remaja), 15-17 (pertengahan) dan 18-19 (lewat remaja), adalah
zaman peralihan dari kanak-kanak kepada dewasa.
Dalam tempoh ini perkembangan seksualiti mereka sangat ketara dan emosi serta psikologi mereka ada kalanya memeningkan ibu bapa.
Di peringkat ini apa yang remaja perlu tahu ialah mendalami
perkembangan seksual menerusi pendidikan seks, belajar cara-cara
menangani masalah dan menghadapinya.
“Masalah kesihatan seksual remaja ialah seks tanpa perlindungan,
tanpa nikah dan penderaan serta eksploitasi seks. Jadi adalah penting
bagi ibu bapa menyediakan diri dan anak-anak tentang panduan kesihatan
yang betul agar mereka menjadi insan yang positif,” katanya.
Ibu bapa dan guru adalah orang terdekat yang bertanggungjawab
membentuk remaja menjadi dewasa dan berguna. Justeru mereka harus
mengambil kesempatan menambah ilmu keibubapaan sebagai panduan dalam
membesarkan anak-anak dengan cara yang terbaik.
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Kanak-kanak yang sihat akan menunjukkan potensi yang tinggi dalam pembelajaran mereka. – Gambar hiasan. <hr noshade="noshade" size="1"> |

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Similar topics
» anak-anak buah mama leong group 1/03
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» wasiat untuk keluarga dan anak-anak
» 40 kesilapan dalam mendidik anak-anak
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» ketahui suntikan untuk anak-anak anda
» wasiat untuk keluarga dan anak-anak
» 40 kesilapan dalam mendidik anak-anak
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Panduan Keibubapaan :: Panduan Penjagaan Bayi / Anak (Cahayamata) :: Juga Menarik : Artikel-artikel Lama
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak