FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

ALERGI (Alahan)

2 posters

Go down

ALERGI (Alahan) Empty ALERGI (Alahan)

Post by Fieza Sat 15 Mar 2008, 11:40 am

ALERGI (Alahan)
Alergi atau alahan ialah suatu
gangguan pada tubuh yang menjadikannya teramat sensitif terhadap
antigen-antigen tertentu. Sebarang antigen yang menyebabkan reaksi
alergi dipanggil alergen. Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami alergi
sejak lahir atau dalam proses dia membesar.


Kanak-kanak yang alah kepada
sesuatu bahan memerlukan perhatian ibu bapa mengenai bahan-bahan yang
menjadi alergen. Bahan-bahan itu mungkin terdiri daripada makanan
seperti susu, kacang, telur, makanan laut atau ubat dadah tertentu yang
diberikan untuk merawat kanak-kanak berkenaan. Ini termasuk sesetengah
antibiotik, seperti penisilin dan tetracycline.


Sesetengah kanak-kanak
mengeluarkan reaksi yang melampau terhadap debu, asap, bulu binatang
atau udara tercemar. Ini dapat dilihat dalam sesetengah jenis asma atau
penyakit saluran pernafasan. Begitu juga, ada kanak-kanak yang sensitif
dengan debunga dan bahan-bahan kosmetik tertentu.


Lazimnya tanda-tanda alahan
segera dapat diperhatikan sebaik sahaja seseorang itu terdedah kepada
bahan yang menimbulkan alergi. Gejala-gejala itu berbeza di antara
kanak-kanak. Ada kanak-kanak menghadapi masalah sensitif di bahagian
kulit. Lalu bayi atau kanak-kanak tersebut mudah mengalami ruam kulit,
gatal-gatal, bersin atau berair hidung. Kadang-kadang hidung teruk
berhingus dan mata bengkak.


Ada kanak-kanak yang
hipersensitif mengalami batuk, gatal-gatal mata dan telinga serta
diarea. Mungkin nafas berbunyi dan rasa sesak. Semua kesan itu
membangkitkan rasa tidak selesa di kalangan kanak-kanak. Akibatnya
kanak-kanak boleh meragam atau menangis berpanjangan.


Sebagaimana simptom di antara
kanak-kanak itu berbeza, begitulah juga penyebabnya. Justru, adalah
penting ibu bapa atau penjaganya mengenalpasti bahan-bahan yang
menimbulkan alergi tersebut. Berusaha mengelak daripada bahan yang
menimbulkan alergi adalah lebih baik, sekurang-kurangnya sehingga tubuh
kanak-kanak itu boleh menyesuaikan dirinya.

Dalam keadaan yang teruk atau
apabila ibu bapa merujuk masalah alergi kepada hospital, selalunya
doktor memberikan ubat antihistamin. Bagaimanapun ianya sekadar
bertujuan meredakan kesan alergi tersebut. Merekapun akan turut
menyarankan agar mengelakkan daripada sebarang bahan yang menjadi
alergen.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : ALERGI (Alahan) Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

ALERGI (Alahan) Empty Re: ALERGI (Alahan)

Post by MLT_hidayah Thu 20 Mar 2008, 1:34 am

Individu yang ada alahan anafilaksis perlu waspada kerana tindak
balas badan berlaku dengan cepat
.ADA orang menganggap alahan bukan perkara yang sangat membimbangkan, tetapi mereka tidak tahu perkara ini sebenarnya boleh
membahayakan nyawa jika dipandang remeh.


Apabila seseorang mengalami alahan, perkara yang sering ditanya
ialah ‘makan apa semalam?’ Gejala alahan bukan hanya dicetuskan oleh makanan
kerana banyak benda lain boleh menyebabkan masalah ini.


Selain makanan, ada orang alah pada logam, nikel, minyak wangi,
getah, gigitan serangga, ubat dan senaman.


Kes Azlina Saian, 34, yang meninggal dunia selepas digigit
serangga, adalah contoh yang menunjukkan alahan tidak boleh dianggap masalah
ringan kerana ia boleh membawa maut jika lewat mendapat rawatan.


Ada pendapat mengatakan, sebenarnya hampir semua orang alah
terhadap bahan tertentu tetapi tidak menyedarinya. Ia mungkin disebabkan reaksi
alahan yang sedikit dan tidak mendatangkan masalah besar kepada individu
berkenaan.


Alahan yang sedikit boleh diatasi dengan menghindari faktor
penyebab atau alergen, tetapi individu yang mengalami alahan melampau (akut
atau dipanggil anafilaksis) perlu lebih berwaspada.


Tindak balas badan individu yang mengalami alahan melampau
berlaku dengan cepat. Apabila alergen memasuki aliran darah, badan membebaskan
sejenis bahan kimia iaitu histamin untuk menghapuskan alergen berkenaan.


Bagaimanapun, bagi individu dalam kumpulan ini, badan mereka
menghasilkan terlalu banyak histamin sehingga menyebabkan gejala gangguan
saluran pernafasan (lelah, bronkitis, asma); kulit menjadi gatal, tumbuh ruam
dan ekzema.


Sementara kanak-kanak pula sering mengalami sembelit,
cirit-birit, muntah dan kembung perut, sukar tidur, resah, gelisah, tidak
selesa serta pertumbuhan yang lambat.


Ketika sambutan Hari Alergi Malaysia, Presiden Persatuan Alergi
dan Imunologi Malaysia (MSAI), Dr Ranbir Kaulsay, berkata masalah anafilaksis
tidak boleh dianggap ringan kerana seseorang itu boleh menemui maut dalam masa
singkat jika tidak diberikan rawatan segera.


Kejadian alahan melampau tidak banyak dilaporkan, sama ada di
Malaysia atau negara Barat. Malah, di negara maju seperti Amerika Syarikat
hanya 30 kes dilaporkan bagi setiap 100,000 penduduk, tetapi dipercayai jumlah
kejadian sebenar jauh lebih tinggi.


Malah, risiko alahan meningkat bagi pesakit asma atau individu
yang mengalami alahan rinitis serta ekzema (alahan yang menyebabkan kulit gatal
dan kadangkala berubah menjadi seperti kudis).


Alahan boleh berlaku kepada sesiapa saja pada bila-bila masa.
Sehingga kini tiada siapa tahu bagaimana seseorang itu boleh alah kepada
sesuatu benda secara tiba-tiba.


Kajian mendapati, ramai di kalangan orang dewasa alah terhadap
makanan, ubat-ubatan, gigitan serangga dan senaman. Manakala kebanyakan
kanak-kanak pula mengalami alahan terhadap makanan. Jenis makanan yang boleh
mendatangkan alahan juga pelbagai, tetapi secara umumnya ia makanan kaya
protein seperti makanan laut, telur dan kekacang.


Reaksi badan terhadap alahan berlaku sangat pantas iaitu hanya
beberapa minit. Jika tidak diberikan rawatan segera, individu yang diserang
alahan melampau boleh meninggal dunia kerana histamin bertindak menyekat aliran
udara atau menyebabkan tekanan darah turun mendadak.


Justeru, jika berasakan anda seorang daripada kumpulan yang ada
masalah ini, anda disaran menjalani ujian alahan di mana-mana hospital besar.
Ujian alahan yang ada sekarang mempunyai ketepatan sehingga 95 hingga 99
peratus.


Ujian ini membolehkan anda tahu jenis alergen yang perlu
dihindari supaya tidak timbul masalah kemudian hari. Selain itu, cari maklumat
mengenai cara mengendalikan alahan dan rawatan yang ditawarkan di hospital
berdekatan rumah anda.
MLT_hidayah
MLT_hidayah
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri : ALERGI (Alahan) Selang10
Jawatan : juruteknologi makmal perubatan
Gender : Female
Jumlah Post : 1508
Umur : 40
Tarikh Register : 26/02/2008
Reputation : 3
Points : 5967

Character sheet
Mutiara Kata saya: "WaLaUaPaPUN Yg BeRLaKU..HidUP InI MesTi diTeRusKaN...i dOnT FoRGiVe PeOpLe BecOz I'm WeaK . i FoRGiVe ThEM BecOz I'm StRoNG EnoUGH tO UndERsTaND ThaT eVeRYoNE MaKEs MiSTaKE.."

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum