FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Susu ibu penawar alergi

Go down

Susu ibu penawar alergi Empty Susu ibu penawar alergi

Post by Fieza Thu 13 Mar 2008, 8:34 pm

Susu ibu penawar alergi

Oleh SITI AISHAH IBRAHIM

SI MANJA yang asyik meragam dan menangis sepanjang hari pastinya menimbulkan rasa kebimbangan si ibu.
Keadaan itu mungkin disebabkan si manja berasa tidak selesa sama ada
kerana kembung perut, gatal-gatal, ruam pada kulit mahu pun hidung
berair.. Gejala sebegini kebiasaannya adalah berpunca daripada alergi
atau alahan.
Alergi berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘allon argon’ (to
react differently) iaitu reaksi abnormal di dalam tubuh. Ia adalah
keadaan di mana tubuh kanak-kanak yang hiper-sensitif kepada
bahan-bahan asing yang dipanggil antigen. Sebarang antigen yang
menyebabkan reaksi alergi dipanggil alergen.
Pakar Kanak-kanak di Klinik Pakar Kanak-kanak Saiful, Bangi,
Selangor, Dr. Saiful Bahri Jaudin berkata, bayi atau kanak-kanak
cenderung mengalami alergi sejak lahir atau ketika dalam proses
tumbesarannya kerana sistem ketahanan badannya masih tidak matang
seperti orang dewasa.
Keadaan ini menyebabkan tubuh si manja bertindak balas di luar
kebiasaan apabila terdedah kepada bahan-bahan asing yang menjadi
alergen.
“Bahan-bahan itu mungkin boleh jadi makanan seperti susu, kacang,
telur, makanan laut atau mungkin juga ubat tertentu termasuk sesetengah
antibiotik.
“Sesetengah kanak- kanak juga mengeluarkan reaksi melampau terhadap
bahan-bahan luaran seperti debu, asap, bulu binatang, debunga, hama
atau udara tercemar seperti jerebu.
“Ini dapat dilihat dalam sesetengah penyakit alergi yang melibatkan
saluran pernafasan seperti asma atau lelah,” kata Dr. Saiful.
Menurut beliau lagi, reaksi imunologi (tidak tahan daya penyakit)
berlaku apabila tubuh terdedah kepada molekul-molekul asing yang
kemudiannya melekat kepada antibodi IgE.
Molekul-molekul ini seterusnya bercantum pada sel mast, iaitu sel
yang terlibat dalam reaksi alergi yang akan merembeskan bahan-bahan
menyebabkan timbulnya gejala-gejala alergi.
“Bahan-bahan reaksi alergi yang dirembeskan oleh badan adalah Histamin, prostaglandin, leucotrine dan Cytokines,” katanya.
Menurut Dr. Saiful, gejala yang paling kerap terjadi adalah ruam
pada kulit dan gatal, selain tanda lebih bahaya seperti susah bernafas
yang memerlukan rawatan segera.
Gejala alahan ini boleh dikenal pasti daripada hampir keseluruhan
sistem di dalam badan sama ada secara umum atau spesifik. Ia
termasuklah di kawasan permukaan kulit menjadi kering dan gatal-gatal,
saluran pernafasan menjadi ketat dan hidung tersumbat atau bersin.
Manakala alergi pada bahagian dalaman pula seperti bengkak,
pengeluaran lendir pada saluran pernafasan dan pengembangan saluran
darah yang menyebabkan kawasan kulit menjadi kemerahan.
“Kebanyakan reaksi alergi boleh dianggap ringan, tetapi ada juga
yang mengalami reaksi teruk sehingga boleh menyebabkan tekanan darah
rendah, pitam atau pengsan dan saluran nafas menjadi bengkak,
seterusnya membawa maut jika tidak dirawat,” katanya.
Kebanyakan kanak-kanak akan bebas daripada sesetengah alergi apabila
mereka mencapai umur persekolahan, akan tetapi ramai juga yang
mengalaminya sehingga dewasa.
Menerangkan tentang risiko alergi di kalangan kanak-kanak, Dr.
Saiful berkata, mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami
alergi berisiko tinggi untuk mengalami penyakit ini.
‘‘Sekiranya salah seorang daripada ibu atau bapa mempunyai alahan,
risiko bagi bayi atau kanak-kanak akan mengalami alergi adalah anggaran
20 hingga 40 peratus.
“Selain daripada faktor genetik, si manja tetap berisiko untuk
mengalami alahan iaitu lebih kurang lima hingga 15 peratus disebabkan
faktor-faktor tertentu seperti sistem ketahanan badan yang tidak
matang, tempoh penyusuan susu ibu yang singkat dan pendedahan awal
terhadap susu formula,” katanya.
Menurutnya lagi, sekurang-kurangnya enam bulan pertama selepas
kelahiran, bayi perlu mendapat penyusuan susu ibu secara eksklusif
kerana susu ibu adalah susu hipoalegenik.
“Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu, ia mengandungi anti
jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Susu ibu juga
mengandungi sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria
dan antibodi (immunoglobulins) bagi menentang jangkitan penyakit biasa
sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri,” katanya.
Namun, tidak dinafikan ada juga sebab-sebab tertentu menyebabkan
susu ibu tidak dapat diberi pada bayi, jadi alternatif terbaik adalah
dengan memberikan bayi susu hipoalegenik (formula) bagi mengurangkan
risiko alergi.
Rawatan
Kebiasaannya rawatan terhadap kanak-kanak yang mengalami alergi diberi mengikut jenis alergi.
“Sekiranya hanya gatal pada kulit dan kelihatan merah atau alahan
biasa sahaja, kanak-kanak hanya akan diberi ubat anti alergi untuk
dimakan dan ubat sapu.
“Namun, alergi yang agak teruk seperti sukar untuk bernafas,
kemungkinan besar kanak-kanak tersebut akan ditahan di wad dan mendapat
suntikan anti alergi,” katanya.
Walaupun kini terdapat rawatan yang berkesan, tetapi pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati.
Pencegahan daripada alergi di kalangan bayi dan kanak-kanak sangat penting ketika mereka di dalam kandungan ibu lagi.
‘‘Pengambilan diet yang sihat semasa mengandung dan ketika tempoh
penyusuan juga amat penting bagi mencegah bayi daripada mendapat
alahan,’’ katanya.
Tambah beliau, susu ibu merupakan pencegahan utama daripada alergi.
Dengan memberi susu ibu sepenuhnya kepada bayi yang baru lahir semasa
enam bulan pertama kelahirannya, dapat mengelakkan kanak-kanak mendapat
alahan.
‘‘Memberi makanan tambahan hanya selepas enam bulan kelahiran dan
memulakan makanan yang tidak mendatangkan alergi terlebih dahulu
seperti nasi, lobak merah, pear, epal dan prun.
“Ini kerana alahan juga boleh disebabkan udara iaitu melalui saluran
pernafasan serta perut iaitu usus yang mencerna makanan,’’ katanya.
Sementara itu, ibu bapa perlu
menjaga kebersihan persekitaran di dalam dan luar rumah bagi mengurangkan alergi kepada habuk
dan hama.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Susu ibu penawar alergi Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum