Jus keladi tikus sebagai penawar kanser
Page 1 of 1
Jus keladi tikus sebagai penawar kanser
Seluruh tanaman Keladi Tikus ini boleh digunakan bagi tujuan perubatan, mulai dari akar (ubi), batang, daun, sehingga kebunganya. Ada berbagai cara penyediaan, diantaranya ;
1. Rebusan
Rebus dan minum airnya. Boleh kalau diambil bersama-sama dengan herba lain seperti hempedu bumi, rumput mutiara, dan temu putih. Pengambilan berlebihan air rebusan ubi keladi tikus dikhuatiri akan menimbulkan kesan sampingan kepada pesakit. Kalau boleh minum sedikit sahaja iaitu diantara dua atau tiga sudu setiap hari.
2. Dikisar tanpa masak
i) Ambil tumbuhan Keladi Tikus segar sebanyak 50 gram (keseluruhan: terdiri dari ubi, daun, akar). Pilih bagian yang elok (sehat), buanglah bahagian-bahagian yang sudah rosak, bersihkan ubi yang membusuk dsb. Cuci sampai bersih pada air yang mengalir.
ii) Keringkan dahulu kemudian tumbuk / giling atau blend.Cuba elak dari memakai peralatan dari besi terutama yang mudah berkarat termasuk alumunium.
iii) Tambah air secukupnya. Gunakan air RO ia amat amat digalakkan kemudian diPerah dan tapis.
iv) Jus Keladi Tikus siap diminum. Kalau ingin merasa manis tambahlah madu.
3. Pengeringan / Serbuk
Tumbuhan yang hendak digunakan mestilah terlebih dahulu;
i) Dibasuh bersih,batang dan daun dari kotoran.
ii) Dibasuh bersih di celah celah batang dan dibawah lipatan.
iii) Di gosok ubinya sehingga bersih dari kulit kering dan kotoran.
iv) Di pisahkan batang dari ubinya dan dibasuh bersih
v) Di tos keluar air dari tumbuhan kemudian dijemur kering.
vi) Tumbuhan yang sudah kering di tumbuk / kisar dijadikan serbuk kemudian dijadikan dalam bentuk pil atau kapsul.
PENGAMBILAN:
3 x sehari @ 50 gram tanaman segar (pagi, petang,malam). Diminum ½ jam sebelum makan. Bagi yang mempunyai gangguan perut diminum ½ jam setelah makan.
Wanita hamil kurang dari 4 bulan dilarang minum Jus Keladi Tikus.
Catatan yang perlu diperhatikan
• Setelah minum Jus Keladi Tikus akan terasa sedikit gatal di tekak selama lebih kurang 2 – 3 minit. Untuk mengurang rasa miangnya makanlah manisan atau madu. Bagi yang menderita diabetes disarankan menelan garam sebagai penawar rasa gatal.
• Meminum air juga boleh. Tetapi disarankan tidak terlalu banyak.
• Jika tidak dapat minum habis jus yang telah dibuat, lebihan jus Keladi Tikus disimpan ditempat yang sejuk seperti peti ais. Perhatian!! Jus Keladi Tikus tidak boleh disimpan melebih 3 jam (mudah teroksidasi – akan rusak). Untuk itu tidak digalakkan penyediaan jus yang terlalu banyak buat sekadar untuk minum seharian itu sahaja. Esok buat yang baru
• Campuran air panas kedalam jus boleh mengurangi rasa gatal. Tetapi Keladi Tikus jangan direbus. Ini akan mengurangi khasiatnya secara drastis.
• Keladi Tikus tidak sesuai dibuat jamu / majun. Hati-hati dengan informasi yang menyesatkan.
• Kandungan zat penyembuh lebih banyak di ubi dari pada pada daunnya. Bila Anda menggunakan Keladi Tikus dalam bentuk kering, hindari pengunaan daun yang sudah dikeringkan, Ambil ubinya saja. Kerana efektif daun yang sudah dikeringkan sangat rendah – terutama untuk pengubatan kanser.
• Pastikan anda berpakaian panjang dan bersarung tangan dan kasut getah apa bila mencuci buah dan pokok keladi tikus kerana ia boleh menyebabkan gatal diagggota badan.
cik aini- AHLI FORUM
- Negeri :
Jawatan : Engineer
Gender :
Jumlah Post : 3
Umur : 34
Tarikh Register : 29/11/2013
Reputation : 0
Points : 4019
Similar topics
» Khasiat Keladi Tikus sebagai penawar kanser
» Kombinasi Nenas dan Keladi Tikus sebagai penawar kanser
» Kanser Serviks / Kanser Pangkal Rahim
» Kanser Kulit : Gadis 18 tahun dapat kanser kulit (Kosmo)
» Kisah Perangkap Tikus
» Kombinasi Nenas dan Keladi Tikus sebagai penawar kanser
» Kanser Serviks / Kanser Pangkal Rahim
» Kanser Kulit : Gadis 18 tahun dapat kanser kulit (Kosmo)
» Kisah Perangkap Tikus
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak