FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Peribadi Muhammad teladan ummah sejagat

5 posters

Go down

Peribadi Muhammad teladan ummah sejagat Empty Peribadi Muhammad teladan ummah sejagat

Post by Fieza Fri 21 Mar 2008, 10:40 am

Peribadi Muhammad teladan ummah sejagat


Oleh Mohd Shukri Hanapi







ULANG
tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW diraikan penuh penghormatan dan
penghayatan dengan mengadakan pelbagai acara keagamaan di seluruh
negara seperti ceramah agama, nasyid, berselawat, berzanji, meraikan
golongan fakir dan miskin.


Walaupun kelahiran Baginda SAW pada 12 Rabiulawal, sambutan
yang dibuat bukan pada hari itu saja, sebaliknya diadakan mulai awal
bulan hingga kadangkala berlarutan ke Rabiulakhir.


Semua ini adalah sebagai tanda kasih umat Islam terhadap
pemimpin agung yang menjadi manusia istimewa pilihan Allah. Kelahiran
Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin agung adalah rahmat bagi sekalian
alam.






Malahan ia adalah berita besar dalam sejarah
kemanusiaan. Ia diibaratkan sebagai fajar yang menyinsing terhadap
manusia. Kelahiran Rasulullah SAW mengubah kehidupan umat manusia di
dunia daripada masyarakat yang dulunya kufur bertukar menjadi taat dan
mentauhidkan Allah.

Jelaslah kelahiran Baginda SAW benar-benar membawa perubahan
besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Itulah rahmat dan nikmat
daripada Allah mengutus junjungan besar Nabi Muhammad SAW ke muka bumi
ini.

Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tiada Kami mengutus
engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh
alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107)

Perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan dakwah Islam penuh dengan
peristiwa pahit dan getir. Baginda menempuh pelbagai ancaman dan
halangan; menghadapi bermacam kesengsaraan, penderitaan dan penindasan.








Namun begitu, Baginda tetap tabah, sabar dan tidak putus asa
menjalankan perintah serta amanah Allah. Akhirnya Baginda berjaya
menegakkan kebenaran di muka bumi ini. Lihatlah betapa besarnya
pengorbanan Rasulullah SAW dalam menghadapi kekufuran dan kezaliman
musuh Islam.


Sebagai umat Islam yang cinta dan kasih terhadap Rasulullah
SAW, sepatutnya kita mengenang kembali jasa dan pengorbanan Baginda
dengan mengadakan program keagamaan pada bulan yang mulia ini.

Program keagamaan yang diadakan jangan dilihat pada zahirnya
saja, tetapi hendaklah dihayati dan diamalkan ajaran yang terkandung di
dalamnya. Inilah tekad umat Islam mengukuhkan ingatan dan kasih sayang
terhadap Rasulullah SAW yang banyak menabur jasa bakti kepada umat
Islam, tamadun dan peradaban manusia seluruhnya.




Rasulullah SAW adalah manusia pilihan dan paling istimewa. Oleh itu,
Allah memperlengkapkan Baginda dengan budi pekerti mulia. Peribadi
baginda benar-benar luhur, manakala jiwa dan hatinya pula suci bersih.

Dengan memiliki keperibadian unggul Baginda berjaya melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab diamanahkan Allah kepadanya.


Keunggulan keperibadian Baginda SAW dijelaskan dalam firman
Allah yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri
Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa
mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta
dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan
senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Kehidupan Nabi Muhammad SAW mengandungi pengajaran dan
contoh teladan yang baik. Jika diikuti, maka kehidupan manusia
seluruhnya akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Banyak contoh ditunjukkan Rasulullah SAW dalam mentaati dan
beriman kepada Allah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia seperti
ibadah, muamalat, politik, hubungan kemasyarakatan dan akhlak. Baginda
juga pemimpin agama, negara, suami, bapa, pendidik, pendakwah dan
pejuang.


Kejayaan Rasulullah SAW yang paling ketara apabila Baginda
berjaya mengubah jiwa manusia daripada sifat kebatilan kepada
kebenaran; kezaliman kepada keadilan dan kemunduran kepada kemajuan.

Hasilnya, lahirlah manusia yang bertakwa kepada Allah dan
cintakan kebaikan. Contohnya, Saidina Umar al-Khattab yang pada mulanya
seorang yang memusuhi Islam menjadi komited dengan ajaran Islam,
berperibadi mulia dan dihormati.

Begitulah juga Bilal bin Abi Rabah, seorang sahabat yang
tabah dan sabar menghadapi penderitaan akibat penyeksaan musuh Islam
demi menegakkan agama Islam.

Sempena bulan mulia ini, umat Islam diseru supaya sentiasa
bertakwa kepada Allah dan mengingati sejarah pengorbanan Rasulullah SAW
dalam menegakkan agama Islam dengan membanyakkan selawat kepadanya.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Peribadi Muhammad teladan ummah sejagat Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Peribadi Muhammad teladan ummah sejagat Empty Re: Peribadi Muhammad teladan ummah sejagat

Post by nizamsha Mon 16 Jun 2008, 4:13 am

Rasullulah model insan cemerlang....

Para sahabat menyampaikan...cara nabi berjalan..cara pemakananan nabi..tingkahlaku nabi...hebat...hebat dan hebat....

Marilah kita berselawat ke atas nabi junjungan kita...sesungguhnya para malaikat juga berselawat ke atasnya....

Allahuma soli ala muhammad....
nizamsha
nizamsha
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Padam Api ler....
Gender : Male
Jumlah Post : 1264
Umur : 40
Tarikh Register : 14/09/2007
Reputation : 1
Points : 6126

Character sheet
Mutiara Kata saya: My life is on fire.....Put it off For me......Got no Hose to lay....No Nozzle to use....I AM TRAP.... MAYDAY, Fire Fighter Down........

Back to top Go down

Peribadi Muhammad teladan ummah sejagat Empty Re: Peribadi Muhammad teladan ummah sejagat

Post by ruyd Tue 02 Sep 2008, 12:47 pm

Tq Fieza... Smile
ruyd
ruyd
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : Pernah Merasa Pengalaman Sbg paramedic Student.
Gender : Male
Jumlah Post : 44
Umur : 47
Tarikh Register : 24/12/2007
Reputation : 0
Points : 6176

Character sheet
Mutiara Kata saya: ADA Seringkali Diabaikan Sehinggalah Ia TIADA.

http://www.kom135.com

Back to top Go down

Peribadi Muhammad teladan ummah sejagat Empty Re: Peribadi Muhammad teladan ummah sejagat

Post by tam Sun 26 Oct 2008, 6:08 pm

muhammad adalah kekasih allah...
sebab itu apa2 sahaja yg diminta oleh muhammad..
allah kabulkan bila di akhirat kelak....
kalo kita dah mengaku kita ni umat nabi muhammad..
kenalah ikut cara kehidupan baginda..tak bole buat byk pon
buat setakat yg kita mampu jer....sebab apa2 berlaku pd kita nanti adalah tanggungjawab rasulullah...sebab dia penghulu kita...
tam
tam
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : PETUGAS MULTIMEDIA BPFK
Gender : Male
Jumlah Post : 533
Umur : 45
Tarikh Register : 05/12/2006
Reputation : 0
Points : 7047

Character sheet
Mutiara Kata saya: aku telah tiada... aku telah fana diri

Back to top Go down

Peribadi Muhammad teladan ummah sejagat Empty Re: Peribadi Muhammad teladan ummah sejagat

Post by rubaniibrahim Sun 08 Mar 2009, 11:16 am

Junjungan Nabi Muhammad SAW adalah penghulu kepada semua nabi....
rubaniibrahim
rubaniibrahim
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Peribadi Muhammad teladan ummah sejagat Johor_10
Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Gender : Male
Jumlah Post : 173
Umur : 70
Tarikh Register : 21/02/2009
Reputation : 10
Points : 5944

Character sheet
Mutiara Kata saya: ALLAH TAHU SEGALA2NYA...

https://www.facebook.com/edtaccount.php http://www.tagged.com/jlq5083

Back to top Go down

Peribadi Muhammad teladan ummah sejagat Empty Re: Peribadi Muhammad teladan ummah sejagat

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum