Islam jamin duniawi dan ukhrawi
5 posters
Page 1 of 1
Islam jamin duniawi dan ukhrawi
Islam jamin duniawi dan ukhrawi
Oleh QAMARUL MUNIRAH SAID
WALAUPUN usia penghijrahannya belum pun menjangkau setahun tetapi
jika dilihat daripada penampilan dan peribadinya, ia seolah-olah telah
lama sebati dalam dirinya.
Menurut Maria a/p Bah Ujek, sebenarnya Islam itu telah lama dekat
dengan dirinya. Ini kerana, sejak menuntut lagi, dia telah banyak
bergaul dan bercampur dengan rakan-rakan yang beragama Islam.
“Semasa saya dihantar untuk menjalani latihan praktikal di Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), saya menyewa dan tinggal serumah
dengan orang Islam.
“Kebetulan pula rumah tersebut berhampiran dengan surau dan
tiap-tiap hari saya akan mendengar azan dari surau berkenaan. Dari
situ, bermulalah detik baru dalam hidup saya,” ujarnya tersenyum.
Tambah wanita berusia 22 tahun ini, oleh kerana selalu melihat
rakan-rakannya menunaikan solat, hatinya juga telah terbuka dengan
agama yang suci ini.
Katanya, selain itu, dia juga seronok melihat rakan-rakannya hidup
di dunia ini yang mempunyai pegangan dan agama, berlainan sekali dengan
dirinya pada ketika itu.
“Saya sebelum ini tidak mempunyai apa-apa pegangan agama, jadi ini
sedikit sebanyak memudahkan saya menerima sesuatu yang baru dalam diri
dan tidak perlu untuk membandingkannya dengan agama yang lain.
“Kehidupan saya sebelum Islam juga seperti biasa dan tidaklah sosial
dan saya sentiasa berhati-hati supaya tidak terjerumus dalam perkara
yang tidak baik.
“Walaupun tidak mempunyai pegangan agama, ini tidak bermakna ia
memberi peluang untuk saya melakukan perkara-perkara yang tidak baik.
Peribadi saya sebelum dan selepas Islam adalah sama cuma yang
membezakan saya sekarang ialah agama yang saya anuti,” jelasnya yang
kini selesa menggunakan nama Islamnya, Nur Mariah Bah Ujek.
Jelas bekas penuntut Kolej Pergigian Antarabangsa Pulau Pinang ini
lagi, pengislamannya ini tidak mendapat banyak tentangan daripada ahli
keluarganya.
“Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana niat suci saya ini tidak mendapat
halangan keluarga cuma mereka menasihatkan saya supaya
bersungguh-sungguh dan jangan hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’ sahaja.
“Mereka takut saya tidak biasa dengan agama ini kerana sebelum ini
kami tidak mempunyai pegangan dan tidak ada apa-apa yang menghalang
kami.
“Jadi, mereka takut saya kembali kepada pegangan asal saya sebelum
ini. Oleh itu, tugas saya pada ketika itu adalah memberi penerangan
kepada mereka tentang agama ini dan saya bersungguh dengan penukaran
agama ini.
“Akhirnya mereka setuju. Walaupun sedikit terkejut tetapi mereka
menerimanya dengan rela hati,” ujar anak kelahiran Tapah, Perak ini.
Dia yang ditemani suaminya ketika ditemui di bangunan Pertubuhan
Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) menjelaskan bahawa dirinya kini
mendapat lebih ketenangan setelah mengucap dua kalimah syahadah pada 6
September 2007 lalu.
“Dalam Islam, kita tahu bahawa apa yang kita lakukan pasti ada garis
panduannya agar kita tidak terkeluar dari landasannya. Itulah yang
menjadikan masa depan saya lebih terjamin.
“Saya tidak pernah menjadikannya sebagai halangan dan rintangan buat
saya untuk menjadi Muslim yang sejati. Itu semua membuatkan saya berasa
lebih seronok dan tenang dalam agama ini,” ujarnya yang mendirikan
rumah tangga dengan Muhammad Jamal Pathudin, petugas HUKM.
Kata Nur Mariah, suaminya banyak membantu dan memberi galakan kepadanya dalam mendalami agama Islam ini.
“Saya berkenalan dan berjumpa dengannya ketika melakukan latihan
praktikal di HUKM. Pada waktu itu, suami adalah pekerja di hospital
berkenaan.
“Apabila dia tahu tentang niat saya dan pengislaman ini, dia
membelikan banyak buku agama untuk saya dan selepas berkahwin, dia
sentiasa menemani saya setiap kali saya menghadiri kelas-kelas agama.
“Sebelum berkahwin, saya banyak belajar solat melalui buku panduan
yang dihadiahkan olehnya. Namun setelah mendirikan rumah tangga, suami
menghantar saya untuk menghadiri kelas-kelas agama seperti di Perkim
ini dan di Sekolah Yayasan al-Quran untuk belajar Iqra’, solat dan
fardu ain,” jelas anak kesembilan daripada 11 beradik ini lagi.
Menurut Mariah lagi, rakan-rakannya juga banyak mengajarnya dan memberitahu serba sedikit mengenai Islam.
“Apabila saya mengadu kepada mereka masalah-masalah yang saya
hadapi, mereka banyak menitipkan nasihat-nasihat yang berguna dan
selalu mengaitkannya dengan Islam.
“Jika dulu, rakan-rakan tempat saya mengadu tetapi kini pada-Nya
saya mengadu selain kepada suami,” ujarnya tersenyum memandang suami
tercinta.
Akui Pembantu Pembedahan Pergigian di Seremban ini lagi, puasanya
yang baru lepas juga tidak mempunyai masalah walaupun pada ketika itu
dia baru sahaja memeluk Islam.
“Saya telah mula belajar berpuasa melalui rakan-rakan. Kali pertama
puasa, ia sangat meletihkan dan saya rasa ia sangat susah. Pada waktu
itu, lebih kurang seminggu sahaja saya berpuasa.
“Tetapi sekarang alhamdulillah. Saya bersyukur kerana cubaan
berpuasa sebelum Islam membolehkan saya menghabiskan puasa dengan baik
dan tanpa halangan seperti orang lain.
“Saya berharap penghijrahan ini akan memberi saya seribu kemanisan
dan ditetapkan hati untuk terus berada dalam agama ini,” katanya.
Oleh QAMARUL MUNIRAH SAID
Mariah bersama suaminya yang banyak membantu mendalami Islam sebelum dan selepas penghijrahannya. <hr noshade="noshade" size="1"> |

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Re: Islam jamin duniawi dan ukhrawi
Islam itu logik akal...fikirkanlah mengapa Allah menyatakan manusia terjadi dari tanah......fikirkan sejenak pemakanan manusia...dan kamu akan mengagumi kebesarannya....
nizamsha- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Jawatan : Padam Api ler....
Gender :
Jumlah Post : 1264
Umur : 40
Tarikh Register : 14/09/2007
Reputation : 1
Points : 6126
Character sheet
Mutiara Kata saya: My life is on fire.....Put it off For me......Got no Hose to lay....No Nozzle to use....I AM TRAP.... MAYDAY, Fire Fighter Down........
Re: Islam jamin duniawi dan ukhrawi
Setuju...
ruyd- AHLI JUNIOR
- Jawatan : Pernah Merasa Pengalaman Sbg paramedic Student.
Gender :
Jumlah Post : 44
Umur : 47
Tarikh Register : 24/12/2007
Reputation : 0
Points : 6176
Character sheet
Mutiara Kata saya: ADA Seringkali Diabaikan Sehinggalah Ia TIADA.
Re: Islam jamin duniawi dan ukhrawi
selamat di dunia belum tentu selamat di akhirat..tp
kalo akhirat selamat..automatik dunia pon selamat..

tam- KERABAT SUPER SENIOR
- Jawatan : PETUGAS MULTIMEDIA BPFK
Gender :
Jumlah Post : 533
Umur : 45
Tarikh Register : 05/12/2006
Reputation : 0
Points : 7047
Character sheet
Mutiara Kata saya: aku telah tiada... aku telah fana diri
Re: Islam jamin duniawi dan ukhrawi
kita tak tau, Allah sahaja yang tau segala2nya, kita sebagai makhlok yang segala2nya serba kekurangan, buatlah apa yang agama suruh dan jauhkan perkara kemungkaran dan yang tegah , insaAllah, tuhan mengtahui segala2nya....
rubaniibrahim- SUPER SENIOR
- Negeri :
Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Gender :
Jumlah Post : 173
Umur : 70
Tarikh Register : 21/02/2009
Reputation : 10
Points : 5944
Character sheet
Mutiara Kata saya: ALLAH TAHU SEGALA2NYA...
Similar topics
» hukum muzik di dalam islam.
» Tanggungjawab Wanita Islam
» Jackson dikebumi cara Islam
» kisah susu ibu mengikut islam
» Orang Islam tak perlu disusun
» Tanggungjawab Wanita Islam
» Jackson dikebumi cara Islam
» kisah susu ibu mengikut islam
» Orang Islam tak perlu disusun
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak