FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

hukum muzik di dalam islam.

3 posters

Go down

hukum muzik di dalam islam. Empty hukum muzik di dalam islam.

Post by azrul Fri 20 Feb 2009, 9:36 am

(saya terjumpa dalam blog di internet)

Berbeza pula dengan pandangan ana...bagi ana yang hanya sebilangan kecil adalah
muzik yang dibenarkan syara' dan ini termasuklah nasyid2 yang dilagukan tanpa
wujudnya penggunaan alatan2 muzik yang diharamkan Islam. Adapun bakinya adalah
pelbagai jenis muzik yang membinasakan bahkan haram di sisi agama.
Lihatlah bagaimana muzik menyerang kita dari pelbagai sudut dan penjuru
dunia...dari hollywood, bolyywod...bahkan dari negara Arab sendiri.
Sesungguhnya syaitan telah mengubah kebatilan dan kemaksiatan agar ianya nampak
menarik di mata kita.....Adapun sebahagian pihak yang berkepentingan mereka
mengharuskan muzik dan berhujjah dengan kegelinciran ulama' misalnya kegelinciran
Dr. Yusof Qaradawy dlm Al-Halal wal haram fil Islam yang mengambil pendapat Ibn
Hazm mengatakan bahawa tidak ada satu pun hadith yang sahih mengenai haramnya
muzik/alatan muzik. Adapun Ibn Hazm juga tergelincir kerna banyak hadith2 sahih
mengenai haramnya alatan2 muzik/muzik... Wallahu'alam.

Kedudukan hukum muzik itu sebenarnya bergantung kepada bagaimana jenis alat
dan penggunaannya kerana ada alatan yang diharamkan syara' dan ada pula yang
dibenarkan. Justeru para ulama berpendapat kedudukan hukum muzik itu tertakluk
kepada beberapa perkara tersebut:
1) Menggunakan alatan muzik yang dilarang syara' maka kedudukan muzik ini adalah
haram

2) Menggunakan alatan muzik yang harus pada syara' maka kedudukannya adalah
harus umpamanya memukul 'ghirbal'(sejenis rebana) sewaktu majlis perkahwinan.

3) Menggunakan alatan muzik yang harus namun tercemar dengan perkara2 haram
seperti nyanyian cinta asmara, percampuran lelaki-wanita, disertai arak dan judi atau
seumpamanya. Maka para ulama' sepakat menghukumkan menggunakan atau
bermain alatan muzik dalam keadaan ini adalah haram hukumnya.

Adapun mengenai hukum penggunaan alatan muzik bertali maka menurut para ulama'
hukumnya adalah haram kerna alatan muzik bertali itu sendiri telah haram pada
syara', di sini ana sertakan beberapa hadith yang bersangkutan dengannya.

Diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a telah bersabda Rasulullah SAW : "Bahawa Allah
'Azza wa jalla telah membangkitkanku menjadi nabi dengan membawa hidayah dan
rahmat kepada org2 mukminin dan Allah telah memerintahkanku menghapuskan alat
ma'azif(alat-bunyi-bunyian) dan alat-alat2 mazamir(spt seruling) dan alat2
awtar(bunyi-bunyian bertali), salib dan perkara2 jahiliyyah dan Tuhanku telah
bersumpah dgn kebesaranNya dan kekuasaanNya dan KemuliaanNya : Tiada minum
seorang hamba drpd hamba-hambaKu itu akan seteguk drpd arak dgn sengaja ketika
berada di dunia melainkan Aku meminumkan dia ganti arak itu drpd darah nanah pada
hari Kiamat, samaada diampunkan dia atau diazabkan dia dan tiada siapa hambaKu
yang meninggalkan arak di dunia kerana takutkan Aku melainkan Aku berinya minum
arak di Syurga. Tiadalah halal dijual perkara-perkara itu dan tiadalah halal dibeli
akannya dan tiada halal diperniagakan dan harganya adalah haram.." ..(H/R Abu Daud
Al-Thayalisi)

Adapun hadith riwayat dari Ibnu 'Abbas r.a pula :
"Kubah(sejenis gendang yang panjang dan ramping di tengah) itu haram, dannu itu
haram, ma'azif(alat muzik bertali) itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram."

Juga diriwayatkan dari Abdullah bin 'Amr bin Al-'Ash bahwa Rasulullah SAW bersabda
:"Bahawasanya Allah mengharamkan ke atas umatku arak (yang diperbuat drpd
anggur) judi, arak(yang diperbuat drpd perahan jagung), kubah(sejenis gendang
yang panjang dan ramping di tengah) dan qinnin(alat muzik bertali).."

Dalam hadith yg lain Rasulullah SAW bersabda ;" Ditukarkan keadaan satu golongan
drpd umatku kepada keadaan yg lebih buruk dgn sebab mereka meminum arak dan
bermain kubah dan maa'zif"...

Banyak hadith2 sahih yang memperihalkan tentang haramnya alatan2 tertentu yang
banyak digunapakai dalam industri muzik masakini, namun malangnya tidak ramai
yang mengambilberat mengenainya bahkan turut bersama-sama dalam
meraikannya......

Adapun firman Allah SWT :
"Dan ada di antara manusia, org yg memilih serta membelanjakan hartanya kpd
cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan, yang berakibat
menyesatkan (dirinya dan org ramai) drpd agama Allah.."..(Surah Luqman : 6)

berkata Ibnu Abbas mengenai ayat ini.."sesungguhnya itulah alat-alat hiburan"..


Alhamdulillah.....mudah-mudahan dengan diskusi begini akan membawa byk manfaat
buat kita dalam melihat kebenaran dan menghancurkan kebatilan.

Harus ditekankan bahawa agama tidak boleh diolah mengikut kemahuan dan
kehendak diri dan hawa nafsu bahkan diri dan kehendak hawa nafsu itulah yang
harus tunduk dan patuh kepada segala acuan dan tuntutan agama. Apakah ra'yu
harus didahulukan mengatasi wahyu?


azrul
azrul
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 110
Umur : 45
Tarikh Register : 13/02/2009
Reputation : 5
Points : 6019

Back to top Go down

hukum muzik di dalam islam. Empty Re: hukum muzik di dalam islam.

Post by zen Wed 25 Feb 2009, 1:42 am

Sad study
zen
zen
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : hukum muzik di dalam islam. Kuala_10
Jawatan : Jammerz
Gender : Male
Jumlah Post : 210
Umur : 43
Tarikh Register : 03/09/2008
Reputation : 9
Points : 6156

Character sheet
Mutiara Kata saya: Kerana Pulut Santan Binasa...Kerana Mulut Pecah Kepala Badan Binasa...

Back to top Go down

hukum muzik di dalam islam. Empty Re: hukum muzik di dalam islam.

Post by rubaniibrahim Sun 08 Mar 2009, 12:51 am

suka dengar nasid memuji kebesaran Allah dan kekasihnya Nabi Muhammad SAW.
rubaniibrahim
rubaniibrahim
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : hukum muzik di dalam islam. Johor_10
Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Gender : Male
Jumlah Post : 173
Umur : 70
Tarikh Register : 21/02/2009
Reputation : 10
Points : 5943

Character sheet
Mutiara Kata saya: ALLAH TAHU SEGALA2NYA...

https://www.facebook.com/edtaccount.php http://www.tagged.com/jlq5083

Back to top Go down

hukum muzik di dalam islam. Empty Re: hukum muzik di dalam islam.

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum