FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Komplikasi kehamilan - Sejuta wanita mati setiap tahun

Go down

Komplikasi kehamilan - Sejuta wanita mati setiap tahun Empty Komplikasi kehamilan - Sejuta wanita mati setiap tahun

Post by Fieza Mon 24 Mar 2008, 9:37 pm

Komplikasi kehamilan - Sejuta wanita mati setiap tahun


MUKADIMAH

LAPORAN Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
menunjukkan, setiap hari sekurang-kurangnya 1,600 wanita mati akibat
komplikasi kehamilan dan kelahiran. Ini bermakna dianggarkan 85,000
wanita mati setiap tahun.
Menurut laporan itu, kira-kira dua peratus daripada kematian itu
berlaku di negara-negara membangun tetapi majoriti daripada kira-kira
85,000 kematian setahun di negara membangun dan negara miskin khususnya
rantau Asia dapat diselamatkan.
Di Malaysia, kadar kematian ibu mencatatkan penurunan dalam tempoh
40 tahun ini berikutan beberapa faktor termasuklah tahap kehidupan yang
semakin meningkat, status pendidikan, penjagaan antenatal dan neonatal
yang lebih baik.
Wartawan Roslah Othman melaporkan kertas kerja yang dibentangkan pada seminar Kesihatan Keibuan dan Neonatal: Ke Arah Pendekatan Yang Menyeluruh, anjuran Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Antarabangsa (IAMANEH), di ibu negara baru-baru ini.
SEJAK dua dekad yang lalu, kesihatan reproduktif wanita merupakan satu isu hebat yang diperkatakan.
Ini jelas dapat dilihat, dengan wujudnya program-program dan
undang-undang yang menekankan aspek kehamilan, impak kepada bayi dan
kesihatan kanak-kanak terbabit.
Menyedari hakikat bahawa setiap manusia di dunia ini berhak dan
berpeluang menikmati kehidupan yang sihat persediaan awal diperlukan.
Persediaan ini melibatkan kesihatan dua golongan istimewa iaitu
wanita dan kanak-kanak yang dikenal pasti memerlukan perhatian dan
penjagaan khusus.
Penekanan kesihatan yang melibatkan aspek kesihatan ini melibatkan proses kehamilan dan kelahiran.
Menurut Pengarah Kawasan Persekutuan Perancang Keluarga
Antarabangsa, Datuk Dr. Raj Karim, hakikat yang perlu diakui bahawa
kehamilan dan kelahiran merupakan satu proses semula jadi, namun ini
tidak bermakna ia bebas dari sebarang risiko.
``Wanita di Malaysia tidak terkecuali menghadapi komplikasi semasa hamil, kelahiran dan selepas bersalin.
``Risiko ini termasuklah dari aspek penyakit, kematian, penjagaan semasa dan selepas kelahiran,'' katanya.
Sama ada mahu diakui atau tidak, setiap hari, setiap minit ramai wanita mati akibat komplikasi semasa hamil atau kelahiran.
Beliau berkata demikian dalam ceramahnya yang bertajuk Keibuan Yang
Selamat Di Malaysia, di Persidangan Kesihatan Keibuan dan Neonatal: Ke
Arah Pendekatan Menyeluruh.
Seminar tiga hari ini dianjurkan oleh Persatuan Kesihatan Ibu dan
Bayi Antarabangsa (IAMANEH), yang antara lain bertujuan membincangkan
isu-isu mengenai keibuan yang selamat.
Jelasnya, dalam setiap minit, ada saja bayi mati kerana pengurusan yang tidak sempurna semasa kehamilan dan kelahiran.
Kebanyakan kematian ini berlaku di kalangan wanita miskin di mana keperluan kesihatan mereka sering diabaikan.
Risiko
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan, kematian ibu
ialah kematian wanita yang hamil sehingga 42 hari selepas melahirkan
anak.
Setiap tahun lebih daripada sejuta wanita di seluruh dunia mati akibat komplikasi kehamilan.
Ekoran masalah ini, berjuta-juta lagi menderita akibat kecacatan kekal yang terpaksa ditanggung seumur hidup.
Lebih mendukacitakan lagi, kesemua komplikasi ini merupakan sesuatu yang boleh dielakkan.
Sebaliknya, wanita di negara-negara maju secara puratanya, mempunyai risiko kematian kehamilan yang terlalu sedikit.
Dr. Raj memberitahu, wanita di Malaysia masih menghadapi komplikasi semasa hamil, kelahiran dan selepas bersalin.
Bagaimanapun katanya, kadar kematian ibu di Malaysia dalam tempoh 40
tahun mencatatkan penurunan hingga 20 kematian dalam setiap 100,000
pada 1996 berbanding 530 kematian dalam 100,000 kelahiran hidup pada
1950.
Menurut beliau, pelbagai sebab yang boleh menyebabkan kematian ini
antaranya tumpahan darah semasa hamil, bersalin dan selepas bersalin,
jangkitan kuman dan hipertensi.
``Kurangnya kesedaran berhubung pentingnya penjagaan kehamilan
sehingga selepas melahirkan anak, antara faktor timbulnya masalah ini.
``Sikap suka melengah-lengahkan pemeriksaan antenatal awal apabila menyedari mereka hamil sebenarnya merugikan,'' katanya.
Di Malaysia, katanya kematian perinatal, neonatal dan bayi juga menunjukkan penurunan sejak kebelakangan ini.
Penurunan ini banyak kaitannya dengan tahap kehidupan yang semakin
meningkat, status pendidikan, penjagaan antenatal dan amalan obstetrik
dan neonatal yang lebih baik.
``Meningkatnya kecekapan dan kehandalan para anggota kesihatan yang
terlatih di sektor kerajaan mahupun swasta turut memainkan peranan
dalam menangani masalah seumpama ini,'' jelasnya.
Perbandingan dengan beberapa buah negara di Asia mendapati, Malaysia
mencatatkan penurunan yang agak ketara sebanyak 24.2 peratus dalam
tempoh lima tahun (1991- 1996).
Wanita hamil, katanya harus sedar bahawa mereka adalah golongan yang
berisiko terdedah kepada sebarang komplikasi kesihatan, justeru hanya
pemeriksaan awal dan tindakan susulan dapat dilaksanakan untuk
mengelakkan sesuatu yang tidak diingini.
Menurut beliau, trend kematian selepas bayi dilahirkan dalam tempoh
seminggu (perinatal) yang diperoleh dari WHO mendapati, berjuta-juta
bayi mati pada peringkat akhir kehamilan, kelahiran dan minggu pertama
kehidupan.
Statistik mendapati, bayi-bayi itu juga mati sebelum atau semasa lahir dan mati dalam minggu pertama kelahiran.
Walaupun jumlah bilangan bayi yang mati pada tahun pertama kelahiran
menurun sejak sedekad yang lalu, namun bilangan bayi yang mati pada
minggu pertama dilahirkan tidak menunjukkan sebarang perubahan.
Sementara itu, katanya, kematian perinatal ini dikatakan lebih kerap berlaku di negara membangun.
Jumlah ini dikatakan lima kali ganda tinggi berbanding di negara
maju. Sebaliknya, keadaan yang lebih kritikal berlaku di bahagian
barat, tengah dan timur Afrika.
``Kematian perinatal ini banyak kaitannya dengan status, pemakanan
dan penjagaan yang kurang sempurna wanita dan bayi terbabit,''
jelasnya.
Menyedari hakikat itu, WHO menggariskan empat komponen utama
berhubung keibuan yang selamat iaitu amalan perancang keluarga,
penjagaan antenatal (ibu hamil), kelahiran yang selamat dan bersih dan
penyediaan penjagaan obstetrik asas.
Amalan
Melalui amalan perancang keluarga ini, keluarga terbabit akan
dibekalkan dengan pengetahuan mengenai cara untuk menjarakkan anak,
bilangan anak dan masa yang sesuai untuk hamil.
Selain itu, setiap ibu yang hamil dapat menerima penjagaan kesihatan yang sempurna bagi mengesan sebarang risiko.
Pengesanan ini dapat mencegah komplikasi yang bakal berlaku akibat daripada kandungan dan proses kelahiran.
Kelahiran yang bersih dan selamat banyak bergantung kepada
pengetahuan dan kemahiran pembantu kelahiran di samping penggunaan
peralatan suci hama.
Manakala penyediaan penjagaan obstetrik asas amat penting untuk dinikmati oleh semua wanita yang memerlukan.
``Dalam merealisasikan hasrat ini, ia merupakan satu cabaran baru yang memerlukan sokongan dari semua pihak yang terbabit.
``Ini kerana, kesihatan wanita memerlukan satu perspektif yang lebih
meluas seperti perancangan keluarga, kehamilan dan kesihatan bayi,''
katanya.
Dalam hal ini wanita seharusnya bersikap lebih berpandangan jauh dan
bersikap lebih terbuka, bahawa kesihatan reproduktif bukan hanya terhad
kepada soal-soal sakit puan.
Apa juga alasannya, matlamat yang ingin dicapai ialah setiap ibu
berhak memastikan bayi yang bakal dilahirkan selamat dan sihat, pada
masa yang sama ibu tersebut juga selamat dan sihat selepas proses
kelahiran.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Komplikasi kehamilan - Sejuta wanita mati setiap tahun Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum