FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Cegah komplikasi makrovaskular

Go down

Cegah komplikasi makrovaskular Empty Cegah komplikasi makrovaskular

Post by Lord Vlad Tue 04 Dec 2007, 9:01 pm

Cegah komplikasi makrovaskular

- copy from utusan online

Oleh: PRO. EMERITUS DATUK MUSTAFFA EMBONG (Pakar Perunding Diabetes, Institut Diabetes Negara) (NADI)

ANA, dalam usia 50-an, sentiasa sibuk dengan tugas beliau sebagai
seorang ketua pegawai eksekutif untuk sebuah syarikat. Terlalu sibuk
hinggalah tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan diri.

Pada suatu pagi, sewaktu beliau hendak ke pejabat, Ana mengalami
rasa sakit dada yang amat sangat. Rasa sakit itu merebak ke lengan kiri
dan akhirnya beliau terus tidak sedarkan diri.

Apabila beliau pulih dan sedar semula, Ana mendapati dirinya berada di hospital. Apakah yang telah berlaku?

“Ana, anda telah mengalami serangan jantung. Dan anda juga ada
menghidapi diabetes yang tidak terkawal. Serangan jantung adalah satu
komplikasi kebiasaan akibat daripada penyakit diabetes yang tidak
dirawat,” terang doktor.

Kisah Ana ini adalah lazim bagi kebanyakan mereka yang menghidap
diabetes tetapi belum lagi didiagnosis. Oleh yang demikian, mereka
menjalani kehidupan harian tanpa menyedari bahawa mereka sedang
menghidap penyakit ini.

Pada suatu hari nanti, mungkin dengan secara tiba-tiba sahaja,
mereka diserang dengan gejala-gejala terkejut seperti sesak nafas,
sakit dada atau debaran jantung.

Biasanya selepas ini berlaku, barulah mereka akan bergegas berjumpa
doktor di mana mereka akan diberitahu bahawa apa yang telah mereka
alami sebenarnya merupakan gejala-gejala komplikasi diabetes.

Diabetes, yang biasanya dikenali sebagai ibu kepada semua jenis
penyakit, merupakan keadaan di mana anda mempunyai terlalu banyak
glukosa dalam darah dan ini akan juga mengkucar-kacirkan paras
kolesterol darah serta tekanan darah anda.

Walaupun buat masa ini diabetes masih belum ditemui penawarnya, namun penyakit ini boleh sempurna dikawal.

Sebaliknya, jika tidak dikawal dengan baik, diabetes boleh membawa
kepada pelbagai komplikasi termasuk pada saluran-saluran darah kecil
(mikrovaskular) dan komplikasi makrovaskular.

Komplikasi makrovaskular merupakan penyakit-penyakit saluran darah
besar (tiub-tiub berongga yang membawa darah ke organ-organ dan
tisu-tisu) yang disebabkan oleh paras glukosa darah, paras kolesterol
darah dan tekanan darah yang tinggi - tiga faktor risiko yang biasa
terdapat pada penghidap diabetes.

Komplikasi-komplikasi makrovaskular yang lazim

Tiga komplikasi makrovaskular yang paling lazim akibat diabetes
adalah penyakit jantung koronari, strok dan penyakit arteri periferi
(PAD).

Penyakit jantung koronari & strok

Penyakit jantung koronari atau penyakit arteri koronari (CAD) adalah
bentuk penyakit jantung yang paling lazim dihidapi oleh mereka yang
menghidap diabetes yang tidak dikawal.

Ia berlaku apabila pengaliran darah melalui arteri koronari
(jantung) tersekat akibat pengumpulan enapan lemak (suatu keadaan yang
dipanggil aterosklerosis).

Enapan lemak (atau plak) ini terbentuk akibat kecederaan pada
bahagian lapisan dalam dinding arteri yang disebabkan oleh beberapa
faktor termasuk kolesterol darah tinggi, tekanan darah tinggi serta
penyakit-penyakit seperti diabetes.

Enapan-enapan lemak ini akan menyempitkan arteri-arteri dan mengakibatkan jantung anda kurang menerima darah.

Pengaliran darah yang semakin berkurangan ini boleh mengakibatkan sakit dada (angina), sesak nafas atau gejala-gejala lain.

Penyumbatan saluran darah ke jantung mungkin akan menyebabkan anda
terkena serangan jantung. Jika saluran darah ke otak anda tersumbat,
maka anda mungkin akan terkena serangan strok.

Penyakit arteri periferi

PAD adalah lebih kurang sama dengan penyakit jantung koronari tetapi
ia berlaku apabila plak terbentuk dalam arteri-arteri yang membekalkan
darah ke kaki.

Enapan lemak akan terkumpul pada bahagian lapisan dalam dinding
arteri kaki, menyempitkan arteri-arteri serta mengurangkan pengaliran
darah ke kaki anda.

Ini akan mengakibatkan sakit kaki terutama sekali semasa berjalan.
Anda juga akan lebih mudah mendapat jangkitan dan juga ulser pada kaki.


Jika tidak dirawat, PAD boleh menghentikan terus bekalan darah
hingga menyebabkan tisu-tisu pada jari-jari kaki dan kaki mati serta
mengakibatkan gangren kaki. Dalam kes-kes yang lebih teruk, kaki anda
mungkin terpaksa dipotong.

Oleh itu, jika anda ada mengalami sakit kaki semasa berjalan; rasa
kebas di kaki; ulser pada jari-jari kaki atau kaki yang sukar sembuh;
maka anda dinasihatkan agar segera berjumpa doktor kerana kesemua ini
mungkin merupakan gejala-gejala PAD.

Langkah-langkah untuk mencegah komplikasi makrovaskular

Walaupun menghidap diabetes, ini tidak pula bermakna yang anda
terpaksa menderita akibat komplikasi makrovaskular sepanjang hayat
anda.

Anda berupaya mengambil langkah-langkah mencegah atau melambatkan
daripada berlakunya komplikasi dengan menguruskan dengan sempurna
diabetes anda. Berikut adalah beberapa cara-caranya:

1. Mengetahui paras-paras Anda

Anda perlu menguruskan ketiga-tiga faktor risiko komplikasi
makrovaskular: paras glukosa darah, tekanan darah serta lipid (lemak)
darah anda.

Pertama, berjumpalah doktor untuk mengetahui paras-paras terkini
anda. Kemudian, bekerjasamalah dengan doktor anda untuk menghasilkan
satu pelan bagi memastikan ketiga-tiga faktor risiko ini sentiasa
berada dalam lingkungan paras yang sihat:

l Kekalkan paras glukosa darah anda dalam lingkungan yang disyorkan
iaitu 4 - 6mmol/L semasa berpuasa dan di bawah 8 mmol/L selepas makan.

Satu cara yang baik untuk memeriksa sama ada pengawalan glukosa
darah anda adalah baik ataupun sebaliknya dalam masa 2 atau 3 bulan
yang lepas, ialah dengan mendapatkan doktor anda memeriksa paras HbA1c
(kompleks hemoglobin berglukosa) anda. Paras HbA1c yang sihat adalah di
bawah 6.5 peratus

* Kekalkan tekanan darah anda pada 130/80 mmHg atau rendah

* Untuk lipid darah pula - kolesterol dan trigliserida - matlamat
anda adalah untuk mengekalkan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL)
atau kolesterol jahat kurang daripada 2.6 mmol/L, lipoprotein
berketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik lebih daripada 1.02
mmol/L (lelaki) atau lebih daripada 1.3 mmol/L (wanita) serta
trigliserida anda pula (satu lagi bentuk lemak jahat) di bawah 1.7
mmol/L.

2. Mengambil diet yang sihat

Diet yang sihat serta tabiat makan yang baik adalah sangat penting
untuk menguruskan diabetes anda. Makanlah diet yang seimbang serta
pelbagai yang mengandungi serat tinggi dan rendah lemak serta kurang
minyak.

Elakkan memakan makanan mengandungi lemak tepu, lemak trans serta makanan yang berkolesterol tinggi.

Ada baiknya juga jika anda langsung tidak minum minuman beralkohol
tetapi jika dirasakan perlu, minumlah dalam kuantiti yang sederhana.

Dapatkan pakar diet untuk menyediakan suatu pelan diet yang
praktikal yang dapat membantu anda untuk mengekalkan paras glukosa
darah, tekanan darah serta paras lipid darah pada paras yang sihat.

3. Gerakkan badan anda

Aktiviti fizikal yang sederhana cergas seperti berjalan pantas atau
berjoging selama sekurang-kurangnya 30 minit untuk tiga kali seminggu
akan membantu menurunkan paras glukosa darah serta lipid yang tidak
baik dalam darah dan juga akan membantu meningkatkan jumlah kolesterol
HDL yang baik.

Ia juga akan menguatkan jantung, membantu dalam penurunan berat
badan serta mengekalkan berat badan yang sihat dan menggalakkan
pengedaran darah.

Lakukan kerja-kerja rumah dengan lebih bertenaga, basuh kereta anda
sendiri, lakukan kerja di halaman rumah anda dan lebih banyak berjalan
(walaupun di pejabat).

Anda boleh mula menjalankan senaman aerobik secara kerap seperti
berbasikal, berenang atau bersukan, jika dibenarkan oleh doktor.

4. Tolong jangan merokok

Merokok akan mempercepatkan pembentukan plak dan boleh menyempitkan
saluran darah anda serta merta. Ini akan menyukarkan pengaliran darah
ke organ-organ penting seperti jantung dan otak anda.

Merokok bukan sahaja mempunyai kesan yang buruk pada diri anda tetapi juga terhadap orang tersayang anda.

5. Belajar untuk relaks

Berusaha untuk relaks atau bertenang (bagi fikiran serta juga tubuh
anda) menerusi meditasi atau sembahyang kerana ia dapat membantu
pengawalan tekanan darah anda serta mungkin juga akan memperbaiki
kawalan paras glukosa dan kolesterol darah anda.

6. Mengambil ubat-ubatan

Jika anda sedang mengambil ubat-ubatan, maka pastikan anda mengambil ubatan seperti mana yang dinasihatkan oleh doktor anda.

Jangan menukar ubat- ubatan atau dosej dengan sendiri atau terus
berhenti daripada mengambil ubat-ubatan melainkan telah disuruh oleh
doktor.

7. Dapatkan pemeriksaan doktor

Kerap mendapatkan pemeriksaan doktor. Doktor dan penjaga kesihatan
anda yang lain (seperti pendidik diabetes atau pakar diet) akan
membantu memastikan anda menguruskan diabetes (serta tekanan darah dan
kolesterol darah) dengan baik.

Jika mereka mendapati paras anda tidak berada dalam lingkungan yang
sihat dan anda berisiko tinggi akan terkena komplikasi makrovaskular,
maka mereka akan segera membantu untuk menyelaraskan pelan penjagaan
diabetes anda untuk lebih sempurna.

Pemeriksaan doktor yang kerap akan menjadi lebih penting jika anda sudah pun mengalami komplikasi makrovaskular.

Jika demikian, kumpulan penjaga kesihatan anda akan membantu anda
menguruskan komplikasi anda untuk mencegahnya dari menjadi lebih teruk
lagi.

Kebaikan serat larut

Paras glukosa darah yang tidak dikawal dengan baik digandingkan pula
dengan paras kolesterol darah serta tekanan darah yang tinggi boleh
merosakkan saluran-saluran darah dan akhirnya akan mengakibatkan
komplikasi- komplikasi mikro dan juga makrovaskular.

Satu cara bagaimana anda boleh menguruskan paras glukosa darah anda ialah dengan meningkatkan pengambilan serat.

Serat larut, yang banyak terdapat dalam oat, barli, legum serta
sesetengah roti yang dirumus khas, boleh membantu menstabilkan paras
glukosa darah anda dengan memperlahankan proses pencernaan serta
penyerapan.

Justeru, glukosa dalam makanan yang dimakan akan mengambil masa yang
lebih lama untuk memasuki aliran darah. Ini akan mencegah paras glukosa
darah daripada menaik secara mendadak.

Serat larut (terutama sekali beta-glukan) telah terbukti secara
klinikal mampu menurunkan paras kolesterol darah dengan memerangkap
asid-asid hempedu (yang mengandungi kolesterol) di dalam saluran
pencernaan.

Selepas itu, asid-asid ini akan dibuang bersama bahan-bahan buangan
tubuh anda mengakibatkan hanya sedikit sahaja kolesterol yang akan
diserap balik ke dalam aliran darah anda.

Ini memberikan kesan penurunan secara keseluruhan terhadap paras kolesterol darah anda.

Mahukan tip untuk mencegah diabetes dan penyakit jantung?

Penyakit jantung merupakan satu daripada komplikasi makrovaskular yang utama akibat pengawalan diabetes yang tidak baik.

Jika anda tidak menghidap diabetes, maka anda patut mula mengambil
langkah-langkah secara proaktif untuk mencegah diabetes agar tidak
terkena penyakit jantung atau komplikasi-komplikasi diabetes yang lain
yang boleh membawa maut.

Bagi mendapatkan tip-tip untuk mencegah diabetes, satu penyebab
utama penyakit jantung, sila hubungi Sekretariat Menangani Wabak
Diabetes (FAD) di talian 03-78761676/1677 untuk mendapatkan naskhah
PERCUMA buku kecil Sayangi Jantung Anda, Cegah Diabetes.

- ARTIKEL ini adalah sumbangan program Menangani Wabak Diabetes Fasa
2 (Penjagaan Jantung) yang dianjurkan oleh Institut Diabetes Negara
(NADI) dengan usahasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan
Pemakanan Malaysia, Persatuan Dietitian Malaysia dan Persatuan Kajian
Obesiti Malaysia. Program ini disokong dengan geran pendidikan tanpa
syarat daripada Roti Gardenia Breakthru. Untuk maklumat lanjut, sila
hubungi NADI di talian: (03) 7876 1676.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Cegah komplikasi makrovaskular Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7897

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum