FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Hormon ayam daging undang komplikasi

2 posters

Go down

Hormon ayam daging undang komplikasi Empty Hormon ayam daging undang komplikasi

Post by falci Mon 26 Oct 2009, 11:53 am

Hormon ayam daging undang komplikasi

[Berikut adalah petikan dari Akhbar Utusan Malaysia Muka Depan.]
Oleh: KHAIRUN NIZAM MOHAMMAD YUSUFF

KUALA LUMPUR 29 Sept. (2006) – Amaran
kepada penggemar daging ayam. Mereka yang kerap memakan daging ayam kini perlu
lebih berhati-hati berikutan kadar hormon yang tinggi pada haiwan itu boleh
mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan.



Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Mohd
Zulkefeli Md. Jusoh berkata, kekerapan memakan daging ayam khususnya daripada
jenis ‘ayam daging’ akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh.


Lebih membimbangkan lagi katanya, dalam tempoh jangka panjang, mereka yang
kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser.


‘‘Secara amnya, tubuh kita memang mempunyai sistem kawalan bahan-bahan
asing. Tetapi ia hanya berfungsi untuk tindak balas jangka pendek sahaja dan
tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku selepas itu, ‘’ katanya.


Menurut Mohd Zulkefeli, kulit ayam juga boleh mendatangkan kemudaratan
kerana ia banyak terdedah kepada pelbagai bahan kimia yang beracun.


Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya memastikan kebersihan
bahagian itu ketika membeli ayam daging di pasar.


Beliau bagaimanapun tidak menggalakkan orang ramai memakan kulit ayam kerana
mengandungi kolestrol yang tinggi dan berpotensi menyumbang kepada penyakit
jantung.


Perkara sama turut dibangkitkan oleh pakar pemakanan daripada Jabatan
Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra
Malaysia (UPM).


Pakar tersebut yang enggan dikenali berkata, pembesaran ayam daging yang
bergantung kepada tindak balas hormon dan bahan kimia boleh memudaratkan sistem
pertahanan badan manusia yang memakannya.


‘‘Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh menjadi punca kepada
penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal meneutralkannya (hormon) dalam
tempoh yang singkat.


‘‘Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses ini gagal disintesis dan
dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua kelak,’’ katanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia
hari ini.


Tambahnya, selain hormon, ayam daging juga mempunyai kadar kolestrol yang
tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein.


Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi penyakit-penyakit seperti
penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan.


‘‘Satu perkara yang perlu disedari adalah ayam daging membesar secara tidak
normal. Justeru, adalah dikhuatiri ia juga boleh menjadi penyebab kepada
penyakit-penyakit baru yang tidak pernah wujud sebelum ini,’’ ujarnya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya mempelbagaikan makanan bagi
mengelak mendapat komplikasi daripada amalan memakan ayam daging.

Ini kerana katanya, mempelbagaikan makanan boleh menjamin tubuh mendapat
nutrien yang seimbang.





~kulit ayam tu la yang paling sodap, buat sate ke, goreng rangup ke...hehehe cuma takleh makan selalu.. Hormon ayam daging undang komplikasi Fresse
falci
falci
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)
STAFF PEMUDAH CARA (CHIEF)

Negeri : Hormon ayam daging undang komplikasi Sarawa10
Jawatan : Skodeng Kuman
Gender : Female
Jumlah Post : 736
Tarikh Register : 17/06/2007
Reputation : 35
Points : 7449

Character sheet
Mutiara Kata saya:

Back to top Go down

Hormon ayam daging undang komplikasi Empty Re: Hormon ayam daging undang komplikasi

Post by fasha_wanna Fri 27 Nov 2009, 8:04 pm

huhuhu...

mcm2 da..

skrang nk mkn apape, kne bhati2..

anyway thnxx 4 da info..
fasha_wanna
fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Hormon ayam daging undang komplikasi Kuala_10
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender : Female
Jumlah Post : 2527
Umur : 37
Tarikh Register : 06/01/2008
Reputation : 36
Points : 9045

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum