FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Cegah komplikasi kaki

Go down

Cegah komplikasi kaki Empty Cegah komplikasi kaki

Post by Fieza Thu 04 Sep 2008, 8:14 pm

Cegah komplikasi kaki


Cegah komplikasi kaki Ke_02.1
jangan meletakkan kaki di permukaan yang panas atau terlalu sejuk.




PESAKIT mempunyai tanggungjawab yang amat penting untuk mencegah
komplikasi pada kaki. Selain tanggungjawab di atas, pelbagai aspek
seperti berikut haruslah diikuti:
- Jangan guna sebarang peralatan pada kaki anda kecuali alat pemotong kuku yang dibenarkan oleh doktor.
-
Jangan potong kulit kematu (kulit yang keras) atau menggunakan
ubat-ubatan untuk menanggalkannya kecuali dibenarkan oleh doktor
- Jangan rendam kaki anda dalam air panas
- Jangan guna air panas, beg air panas atau sebarang alat elektrik pada kaki anda
- Jangan berjalan tanpa memakai kasut
- Jangan guna sebarang plaster bahan kimia yang boleh mengakibatkan kesan alahan pada kulit kaki
- Jangan pakai sebarang pelapik kasut tanpa nasihat doktor
- Jangan pakai kasut basah atau ketat semasa berjalan
- Jangan letak kaki di permukaan yang panas atau terlalu sejuk
- Jangan merokok kerana rokok boleh menambahkan lagi kerosakan pada salur darah.
Cegah komplikasi kaki Ke_02.2
elakkan daripada memakai kasut tanpa sarung kaki.


Memilih kasut dan sarung kaki:
- Jangan pakai kasut tanpa sarung kaki
- Jangan pakai selipar atau kasut yang terbuka
- Jangan pakai kasut tinggi dan muncung pada bahagian depan kaki
- Pakai pelapik kaki atau sarung kaki yang saiznya satu hingga dua inci lebih panjang daripada ibu kaki
- Tidak pakai sarung kaki yang ketat atau diperbuat daripada nilon
-
Belilah kasut anda pada waktu petang (kerana pada waktu petang kaki
anda agak bengkak sedikit dan boleh mengelakkan geseran pada kaki)
- Pakailah kasut baru secara bergilir-gilir dengan kasut lama selama satu jam setiap hari untuk beberapa hari
- Tukar sarung kaki anda setiap hari.Sediakan sekurang-kurangnya dua pasang untuk bergilir-gilir
- Periksa untuk sebarang perlatan, benda tajam atau benda asing sebelum anda memakai kasut
Tanda-tanda kaki bermasalah
Pesakit diabetes yang menghadapi masalah kaki biasanya mempunyai tanda-tanda seperti berikut:
- Rasa kebas pada kaki (neuropati)
- Pedih atau rasa macam terbakar
- Rasa menyucuk
- Kejang otot
- Perubahan warna kulit (kebiruan disebabkan oleh gangguan pengaliran darah dan kehitaman apabila tisu mati)
- Kulit jadi keras (callous)
- Urat kaki timbul (varicose vein)
- Kudis di kaki (foot ulcer)
- Kuku tebal dan rosak akibat jangkitan kulat.
KesimpulanPenjagaan kaki di kalangan pesakit
diabetes amat penting untuk mengelak komplikasi seperti ulser yang
sukar sembuh atau gangren yang menyebabkan kaki terpaksa dipotong.
Pesakit perlu menjaga kaki dengan baik, mengawal paras gula dalam
darah, mengelak jangkitan kuman dan mendapat rawatan dengan segera.
- Rencana ini disumbangkan dengan kerjasama Accu-Chek Roche
Diagnostics. Teknik penjagaan kaki yang lengkap dengan ilustrasi
diperoleh dalam buku bertajuk, Diabetes : Panduan untuk pesakit dan kakitangan kesihatan tulisan Prof. Madya Dr. Aziz al-Safi Ismail dan Shareen Nui. Pengarang boleh dihubungi di alamat emel: aiaziz@kb.usm.my

DICETAK DARI KOSMO ONLINE
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Cegah komplikasi kaki Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum