steri solehah...harus mencontohi keperibadian Khadijah
Page 1 of 1

Bahkan, kedudukan seorang wanita di mata suami terus dikagumi jika
beliau mampu menghasilkan suasana tenang dan harmoni dalam rumah tangga.
Ketenangan jiwa yang dinikmati menjadi pendorong kepada suami untuk bekerja dengan rajin, cekap dan dedikasi.
Justeru itu, isteri yang solehah merupakan lambang kebahagiaan
anak-anak dan yang berperangai sebaliknya menandakan keruntuhan
kebahagiaan keluarga dan masyarakat.
Secara tidak langsung peranan isteri dalam memberi sumbangan ke arah
pembangunan ummah, negara dan agama adalah sama penting dengan peranan
kaum lelaki.
Ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Wanita Ideal:
Keperibadian Sayyidatina Khadijah r.a., Timbalan Pengarah Usuluddin,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Prof. Madya Muhammad Kamil
Abdul Ghani berkata, wanita mesti melibatkan diri dengan perjuangan
Islam dengan mencontohi pengorbanan isteri Rasulullah s.a.w itu.
"Setiap wanita yang mengidamkan ge-laran isteri solehah harus
mencontohi keperibadian Khadijah yang tidak putus-putus dipuji oleh
Rasulullah kerana kebijaksanaannya, kecantikan dan kekayaan dirinya,''
katanya lagi.
Beliau berkata demikian di Forum Syakhsiyyah Wanita Islam Alaf Baru
di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Petaling Jaya, Selangor
baru-baru ini anjuran persatuan bekas penuntut wanita universiti itu.
Dalam ceramahnya, Prof. Madya Muhammad Kamil memberitahu, seorang
suami bukan sahaja mengharapkan wanita dapat memberikan keturunan
kepadanya tetapi seorang wanita seperti Khadijah yang berupaya
mengangkat martabat dirinya ketika masyarakat jahiliah
merendah-rendahkan taraf wanita.
"Khadijah hidup di tengah kemungkaran, tetapi mampu menepis segala gejala buruk,'' ujarnya.
Tambahnya lagi, Khadijah juga adalah lambang penyertaan aktif wanita
dalam gerakan Islam, beliau berdiri di samping suaminya mempertahankan
Islam hingga merakamkan namanya sebagai pembela agama yang kental.
Beliau bukan hanya sanggup memberikan sokongan moral tetapi juga material.
Semua ini menyebabkan Khadijah mempunyai kedudukan yang istimewa di
hati Rasulullah sehinggakan meninggal dunia pun, Aisyah r.a
mencemburuinya.
Di samping isteri solehah, wanita mulia ini juga merupakan pendidik
dan pembimbing kepada anak-anak sehingga mereka menjadi insan mulia di
sisi Allah.
Prof. Madya Muhammad Kamil menjelaskan, sifat keibuan Khadijah yang
tinggi dapat menenangkan hati Rasullah yang sering dimusuhi oleh
penentang-penentangnya.
Walaupun tidak banyak fakta sejarah yang menceritakan peranan
Khadijah sebagai ibu kepada tujuh anak, namun dari apa yang difahami
dia memberikan perhatian berat kepada pendidikan anak-anak perempuan
yang mana diketahui kesemua anak lelakinya telah meninggal dunia.
"Pendidikan melalui teladan menjadi teras bagi Khadijah. Hasil
didikannya, melahirkan anak-anaknya seperti Ruqayah dan Fatimah yang
mampu bersabar menghadapi kesulitan hidup.
"Berbanding anak zaman sekarang yang dimanjai oleh ibu bapa
hinggakan mereka tidak tahu bagaimana memasak, membasuh baju serta
menguruskan diri sendiri,'' jelasnya.
Beliau juga mengingatkan punca keharmonian rumah tangga adalah kasih
sayang, saling mengerti dan suami isteri mempunyai kecenderungan yang
sama.
Sifat ini kata Prof. Madya Muhammad Kamil terdapat dalam diri isteri
Baginda, Khadijah. Beliau melaksanakan segala tanggungjawab sehingga
suaminya mendapat kedamaian.
Mereka adalah pasangan secocok yang mempunyai hubungan kesetiaan yang tiada tolok bandingannya.
Apabila suaminya berangkat ke gua Hiraq di Mekah untuk bersendirian, Khadijah mempersiapkan bekalan yang diperlukan.
"Jika suaminya lambat pulang dia amat gelisah. Bila dilihat suaminya
bermunajat, dia merasa tenang dan sabar tanpa mengomel,'' ujarnya.
Khadijah menjadi inspirasi wanita dunia yang begitu teguh,
berpendirian, amat setia, beramanah dan bertanggungjawab serta menjadi
ibu yang terbaik.
Dia mengutamakan pendidikan anak-anak melebihi tugas yang lain.
"Tidak hairanlah, dia diiktiraf sebagai wanita di dunia dengan gelaran 'ibu semua kaum mukminin','' katanya lagi.
Lantaran itu bagi mereka yang bekerja untuk mencari nafkah hidup,
tidak boleh menjadikan alasan untuk tidak dapat menyempurnakan tugas
asasi mereka sepertimana yang dilakukan oleh Khadijah.

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Similar topics
» Siti Khadijah binti Khuwailid
» Gigi harus dijaga seawal bayi
» WANITA SOLEHAH
» ciri2 wanita solehah
» Elaun Bagi Kakitangan KKM yang harus Kita Ketahui.

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak