FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

ciri2 wanita solehah

+5
wolfwerine
aieyda
tam
angellus_aniq
mia
9 posters

Go down

ciri2 wanita solehah Empty ciri2 wanita solehah

Post by mia Wed 22 Oct 2008, 12:36 pm

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita
menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang
penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-
galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada
mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di
rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah
tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor
dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material
sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu
wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara
anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak
menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat
kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya
bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar
memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya
sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya.
Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan
tutupan atas penglihatannya. "

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa
cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi
termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke
perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah
memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama
bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka
kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu
sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:

" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan
kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-
orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita
yang solehah.
avatar
mia
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : ppkp u29
Gender : Female
Jumlah Post : 47
Umur : 43
Tarikh Register : 07/01/2008
Reputation : 1
Points : 6165

Back to top Go down

ciri2 wanita solehah Empty Re: ciri2 wanita solehah

Post by angellus_aniq Wed 22 Oct 2008, 5:50 pm

aniq nak cari f yg macam ni la....hihihi
angellus_aniq
angellus_aniq
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : jalan-jalan cari pasal
Gender : Male
Jumlah Post : 1037
Umur : 41
Tarikh Register : 12/03/2008
Reputation : 3
Points : 5954

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

ciri2 wanita solehah Empty Re: ciri2 wanita solehah

Post by tam Sun 26 Oct 2008, 6:29 pm

semua lelaki nak wanita solehah...
masalahnya cane kita nak tahu wanita tu solehah ke tak..
pada aku x kisah pompuan tu mcmana....yg aku tahu..
aku yakin aku boleh bntuk dia jadi isteri solehah...
tam
tam
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : PETUGAS MULTIMEDIA BPFK
Gender : Male
Jumlah Post : 533
Umur : 45
Tarikh Register : 05/12/2006
Reputation : 0
Points : 7047

Character sheet
Mutiara Kata saya: aku telah tiada... aku telah fana diri

Back to top Go down

ciri2 wanita solehah Empty Re: ciri2 wanita solehah

Post by mia Wed 29 Oct 2008, 11:08 am

bgus la klu camtu..
llaki mudah untuk mmbtuk wanita mnjadi isteri solehah
avatar
mia
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : ppkp u29
Gender : Female
Jumlah Post : 47
Umur : 43
Tarikh Register : 07/01/2008
Reputation : 1
Points : 6165

Back to top Go down

ciri2 wanita solehah Empty Re: ciri2 wanita solehah

Post by angellus_aniq Tue 04 Nov 2008, 6:04 pm

susah nak cari f yg solehah sekarang...ramai yg bermuka2....dan tak kurang jugak...talam dua muka......
angellus_aniq
angellus_aniq
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : jalan-jalan cari pasal
Gender : Male
Jumlah Post : 1037
Umur : 41
Tarikh Register : 12/03/2008
Reputation : 3
Points : 5954

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

ciri2 wanita solehah Empty Re: ciri2 wanita solehah

Post by mia Wed 05 Nov 2008, 9:21 pm

kenal ati budi dlu..tp nak cari llki yang soleh ramai ke
avatar
mia
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : ppkp u29
Gender : Female
Jumlah Post : 47
Umur : 43
Tarikh Register : 07/01/2008
Reputation : 1
Points : 6165

Back to top Go down

ciri2 wanita solehah Empty Re: ciri2 wanita solehah

Post by aieyda Tue 11 Nov 2008, 10:52 pm

nak cari yang soleh mmg dah susah skang..
ramai yang pura2..
aieyda
aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri : ciri2 wanita solehah Penang10
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 3994
Umur : 40
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 8109

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

Back to top Go down

ciri2 wanita solehah Empty Re: ciri2 wanita solehah

Post by angellus_aniq Thu 13 Nov 2008, 6:03 pm

mia wrote:kenal ati budi dlu..tp nak cari llki yang soleh ramai ke



nak cari laki yg soleh pun payah....aku bukan cakap hal pompuan aje..... Very Happy
angellus_aniq
angellus_aniq
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : jalan-jalan cari pasal
Gender : Male
Jumlah Post : 1037
Umur : 41
Tarikh Register : 12/03/2008
Reputation : 3
Points : 5954

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

ciri2 wanita solehah Empty Re: ciri2 wanita solehah

Post by wolfwerine Fri 14 Nov 2008, 2:25 pm

kalau bab ni,sy ada soalan khas ditujukan kpd wanita,kalau ada lelaki nk jawab pun saya terima pendapat tersebut.....Dulu ada satu umat nabi kerja dgn saya,tp die dah berhenti kerja sbb tak tahan,org pun tak tahan tengok perangai die...die dah kawen dan ada 2 org anak...cara die uruskan isteri die lain sikit...die tak benarkan isteri die guna apa2 jenis shampoo lebih2 lagi keluaran syarikat USA,sabun guna sabun hijau india tu je,KFC,Mac D,Pizza dan ape jua fast food ni jgn mimpi la.Make up dan bedak isteri muka jauh sekali,bile mmbr sy buat jamuan,die datang bawak family die,yg saya kesian bile ank2 die tercengang tengok ayam kfc dlm pinggan die,...perkara ni keluar dari mulut kawan saya sendiri ketika kami masih bekerja.........die bangge bile isteri die jadi mcm tu.ape pendapat kengkawan semua? Ni bukan nak cerite buruk org atau jaga tepi kain org,cuma renungan jgn kite lelaki2 ni menyeksa isteri2 kite dengan sikap ego kite,sy panjatkan doa pd Allah,jgn la saya jadi begitu,...Nauzubillah.....
wolfwerine
wolfwerine
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : tecnical supervisor
Gender : Male
Jumlah Post : 15
Umur : 45
Tarikh Register : 30/10/2008
Reputation : 0
Points : 5867

Back to top Go down

ciri2 wanita solehah Empty Re: ciri2 wanita solehah

Post by aieyda Fri 14 Nov 2008, 3:26 pm

hohoho..kalau aku kene kontrol mcm tu aku angkat kaki la blah..
mana buleh sampai nak kongkong mcm tu sekali..ni dah melebihi hak2 kebebasan seseowng individu..
kene tgk lu mcmana bakal suami t..kalau jenis yang kongkong mcm tu babai la sayang..hehehee
aieyda
aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri : ciri2 wanita solehah Penang10
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 3994
Umur : 40
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 8109

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

Back to top Go down

ciri2 wanita solehah Empty Re: ciri2 wanita solehah

Post by tam Sat 15 Nov 2008, 2:03 am

dimana kita pegi ...atau jauh mana kita duduk...
kena tengok rasulullah...macamana dia bentuk isteri2 dia...
kalo sebenar nak jadi umat dia kena buat la macamana dia buat...
baru selamat...
tam
tam
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : PETUGAS MULTIMEDIA BPFK
Gender : Male
Jumlah Post : 533
Umur : 45
Tarikh Register : 05/12/2006
Reputation : 0
Points : 7047

Character sheet
Mutiara Kata saya: aku telah tiada... aku telah fana diri

Back to top Go down

ciri2 wanita solehah Empty Re: ciri2 wanita solehah

Post by noni Mon 17 Nov 2008, 4:20 pm

Klu nak cari yg solehah,kena lah jadi insan yg soleh jugak.Allah maha besar,adil lagi saksama......Klu kita sdiri tak soleh,masakan nak jumpa yg solehah...................Betul tak?????
noni
noni
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : ciri2 wanita solehah Johor_10
Jawatan : surirumah takde tangga
Gender : Female
Jumlah Post : 1148
Umur : 44
Tarikh Register : 28/12/2007
Reputation : 24
Points : 6595

Character sheet
Mutiara Kata saya: KEJUJURAN itu lambang KEIKHLASAN hati............

Back to top Go down

ciri2 wanita solehah Empty Re: ciri2 wanita solehah

Post by hantu_chot Thu 20 Nov 2008, 8:38 am

Mana Satu Pilihan Hati Wanita Solehah mcm chot..hehhehe


Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?

Mak jawab, dua-dua bukan..

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.

Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. Yang paling tahu hanya Allah.. mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..

Saya memintas, Tak faham..


Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.. Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah..
Siapakah jodohnya itu? mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak..
Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak.. mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.
Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..
emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya.
Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.. mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?

Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.. Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.
Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.
Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya. emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .


Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.


Redha

Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.
Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.. Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
hantu_chot
hantu_chot
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : ciri2 wanita solehah Selang10
Jawatan : IT
Gender : Male
Jumlah Post : 519
Umur : 41
Tarikh Register : 28/05/2008
Reputation : 6
Points : 6336

https://www.facebook.com/zaidatul.abdullah

Back to top Go down

ciri2 wanita solehah Empty Re: ciri2 wanita solehah

Post by angellus_aniq Thu 20 Nov 2008, 1:59 pm

panjangnnye citer...xlarat nak baca....huhuhu
angellus_aniq
angellus_aniq
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : jalan-jalan cari pasal
Gender : Male
Jumlah Post : 1037
Umur : 41
Tarikh Register : 12/03/2008
Reputation : 3
Points : 5954

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

ciri2 wanita solehah Empty Re: ciri2 wanita solehah

Post by neskobeng Wed 26 Nov 2008, 11:12 pm

minda org sekarang dah berubah.... kalu dulu2 nk kawin org tua tanya anak tuan hamba sudah habis baca quran?.... tp sekarang anak komu keja apa?
apa yang patut didahulukan sama-sama kita pk...
neskobeng
neskobeng
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Jawatan : juru x-ray
Gender : Male
Jumlah Post : 868
Umur : 44
Tarikh Register : 02/03/2008
Reputation : 3
Points : 6008

Character sheet
Mutiara Kata saya: Saya mesti PILIH!!!!!!!

Back to top Go down

ciri2 wanita solehah Empty Re: ciri2 wanita solehah

Post by angellus_aniq Mon 01 Dec 2008, 6:42 pm

ape tu beng? dak la aku paham.... scratch
angellus_aniq
angellus_aniq
KERABAT TEGAR SENIOR
KERABAT TEGAR SENIOR

Jawatan : jalan-jalan cari pasal
Gender : Male
Jumlah Post : 1037
Umur : 41
Tarikh Register : 12/03/2008
Reputation : 3
Points : 5954

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

ciri2 wanita solehah Empty Re: ciri2 wanita solehah

Post by rubaniibrahim Sun 08 Mar 2009, 12:00 pm

dah jodoh, kalau memilih tak kawin nanti, tapi kena pilih dengan hati2 juga. tapi jika ditakdirkan dah jodoh, sama2lah tunjuk ajar supaya menjadi soleha dan solihin....
rubaniibrahim
rubaniibrahim
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : ciri2 wanita solehah Johor_10
Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Gender : Male
Jumlah Post : 173
Umur : 70
Tarikh Register : 21/02/2009
Reputation : 10
Points : 5944

Character sheet
Mutiara Kata saya: ALLAH TAHU SEGALA2NYA...

https://www.facebook.com/edtaccount.php http://www.tagged.com/jlq5083

Back to top Go down

ciri2 wanita solehah Empty Re: ciri2 wanita solehah

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum