Ketuat kelamin ada kaitan kanser
Page 1 of 1
28032008
Ketuat kelamin ada kaitan kanser
Ketuat kelamin ada kaitan kanser
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
ANDA ada ketuat alat kelamin? Atau, anda tidak tahu menahu pun
mengenainya? Bukan salah anda kerana sememangnya, ketuat atau kutil
pada alat sulit sukar dikesan.
Sudahlah ia tumbuh kecil-kecil, ada yang kelihatan sedikit menonjol
(seperti bengkak atau benjol) dan ada juga yang rata, berwarna kulit,
tidak ketara hingga tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Sesetengahnya pula langsung tidak menunjukkan apa-apa simptom walaupun telah dijangkiti.
Ia mungkin berukuran garis pusat (diameter) dari sekecil-kecil satu
hingga dua milimeter - lebih kecil daripada mata pena atau boleh juga
menjadi sekelompok yang agak besar.
Genital wart (Condyloma, Condylomata acuminata, Venereal wart)
merupakan ketumbuhan kecil dan benigna kulit (sering kali keras), pada
dubur dan alat kelamin.
Atau anda mungkin lebih biasa mendengar perkataan ketuat atau kutil
- biasanya terdapat pada bahagian muka, jari, tangan, siku dan lutut
sebelum ‘ghaib’ secara spontan.
Menurut Pakar Sakit Puan dan Perbidanan, Hospital Pakar Putra,
Melaka, ketuat alat kelamin merupakan salah satu daripada penyakit yang
ditularkan melalui hubungan kelamin (STD), yang paling biasa terjadi.
“Ketuat kelamin menghinggapi tisu-tisu lembap pada bahagian alat sulit seseorang, baik lelaki, wanita dan juga kanak-kanak.
“Ia disebarkan oleh virus Human Papillomavirus (HPV) yang sangat
mudah berjangkit, menjangkiti permukaan atas kulit. Terdapat kira-kira
90 jenis virus HPV,’’ kata Dr. Amaranathan a/l Pathmanthan.
Tambahnya, penyakit ketuat kelamin tersebar melalui sentuhan
langsung daripada kulit ke kulit ketika melakukan hubungan seks melalui
faraj, dubur atau secara oral dengan seseorang yang telah pun
dijangkiti penyakit tersebut.
Jangkitan turut dikaitkan dengan perkongsian barangan penjagaan
kulit, alat-alat yang diperbuat daripada logam seperti nikel pada tali
jam dan duit syiling, aluminium di dalam teko atau kuali.
“Tanda-tanda ketuat kelamin mula kelihatan dalam tempoh
sekurang-kurangnya, tiga minggu selepas mengadakan hubungan kelamin
dengan seseorang yang telah dijangkiti penyakit ini.
“Oleh kerana tempoh pengeraman yang agak panjang, kadangkala
tanda-tanda ketuat kelamin hanya akan kelihatan dalam tempoh beberapa
bulan atau tahun dan ada kalanya ia tidak kelihatan langsung,’’ katanya.
HPV, jelas beliau, terutamanya merebak melalui hubungan seks. Ia
juga boleh menjangkiti bayi semasa proses kelahiran atau melalui
sentuhan dengan jari yang dijangkiti (biasanya kepada kanak-kanak).
Kebanyakan jangkitan ini adalah benigna (bukan barah), disebabkan
oleh HPV jenis sub-type 6 dan 11. Namun, ada juga jenis yang onkogenik
dan boleh menyebabkan barah dalam jangka masa panjang.
Dr. Amaranathan berkata, ketuat boleh menyebabkan rasa gatal di
bahagian yang terlibat. Tetapi, lebih menyusahkan seseorang yang
dijangkiti adalah rupa kutil ini yang bengkak dan hodoh.
“Ketuat kelamin boleh ditemui di mana-mana bahagian alat sulit dan
juga pada bahagian dubur. Tidak semestinya disebabkan oleh perhubungan
seks melalui dubur.
“Di kalangan wanita, ia boleh bersembunyi di dalam faraj, vulva
(bibir faraj), di antara alat kelamin dengan dubur atau pangkal rahim
(serviks),’’ ujar beliau.
Sementara itu, di kalangan pesakit lelaki, ketuat alat kelamin boleh bertempat di lubang zakar, skrotum (buah zakar) atau dubur.
Ia juga boleh tumbuh di dalam mulut atau tekak sekiranya seseorang
itu melakukan seks oral dengan mereka yang telah dijangkiti selain
boleh juga ditemui di bola mata dan dalam hidung.
*Komplikasi kanser serviks
Walaupun ketuat kelamin boleh dirawat dengan ubat-ubatan mahupun
pembedahan, namun ia tetap menjadi satu masalah kesihatan yang serius.
“Faktor utama yang menyebabkan kanser serviks dan keadaan prakanser
untuk kaum wanita adalah virus HPV. HPV tertentu juga mempunyai kaitan
dengan kanser vulva, kanser dubur dan kanser penis.
“Ini lebih penting berbanding faktor-faktor lain yang berisiko bagi
kanser serviks seperti latar belakang sosioekonomi yang rendah, seks
rambang, mempunyai ramai anak, merokok dan usia yang muda semasa
hubungan seks yang pertama,’’ kata Dr. Amaranathan.
Untuk rekod, virus HPV didapati dalam 99.7 peratus kes kanser serviks.
Mengulas lanjut, di antara 90 jenis virus HPV yang dikenal pasti,
virus yang menyebabkan kanser serviks di seluruh dunia datang dari
jenis HPV 16 kecuali di Indonesia, di mana jenis HPV 18 lebih kerap
ditemui.
Ujian saringan untuk virus HPV boleh dibuat tetapi ia adalah lebih
bermakna kepada wanita-wanita yang berisiko rendah untuk jangkitan ini
(selepas umur 30 hingga 35) dan dengan ujian pap smear yang tidak
muktamad.
Pap smear adalah suatu ujian saringan yang murah, ringkas, tidak
memerlukan banyak masa, selesa dan boleh didapati di kebanyakan
pusat-pusat perkhidmatan kesihatan.
Ujian ini dilakukan oleh seorang pekerja kesihatan sama ada doktor atau jururawat di mana pemeriksaan dalaman dibuat.
Sedikit lendir dan lapisan luar pangkal rahim diambil dan dihantar untuk menyelidiki sel-sel yang terdapat di makmal.
Tujuan ujian ini adalah sebagai saringan bagi sesuatu populasi
wanita untuk kanser atau prakanser serviks, agar wanita yang terlibat
akan mendapat rawatan awal dan berkesan.
*Gejala-gejala
* Bengkakan halus, berwarna kelabu, merah jambu dan kemerah-merahan.
Ada yang hitam atau gelap. Ia juga boleh membesar dengan pantas
* Ketuat boleh tumbuh bersendirian atau banyak. Beberapa ketuat yang
tumbuh berhampiran di antara satu sama lain boleh membentuk bunga kubis
* Gatal dan rasa panas membakar di sekitar alat kelamin
* Rasa tidak selesa, sakit atau berlaku pendarahan semasa melakukan hubungan seks
*Pencegahan dan rawatan
Kata Dr. Amaranathan, penggunaan kondom dapat mengurangkan merebaknya penyakit ini dan harus digalakkan.
“Rawatan adalah tidak selesa dan kadang-kadang menyakitkan. Rawatan
juga tidak semestinya selalu berkesan dan boleh gagal atau masalah
berulang semula.
“Rawatan bergantung kepada jenis, bilangan dan kedudukan ketuat itu
di mana ketuat yang lembut dan belum diselaputi keratin boleh dirawat
dengan ubat sapuan,’’ jelasnya.
Ubat-ubatan sapu yang dimaksudkan termasuklah podophyllin, podophyllotoxin dan asid trikloroasetik.
Sementara itu, imiquimod (agen yang mengubahsuai sistem imun) juga
didapati berguna. Rawatan ini boleh dilakukan oleh pesakit di rumah
sahaja dengan jangka masa rawatan antara satu hingga empat bulan.
“Wanita yang mendapat rawatan ini haruslah mengambil langkah-langkah
mencegah kehamilan yang berkesan untuk mengelakkan kesan sampingan
kepada anak di dalam kandungan’’
Sebaliknya, ketuat keras yang diselaputi keratin memerlukan
pembuangan fizikal dengan prosedur pembedahan kecil atau memusnahkannya
dengan krioterapi atau elektrokauteri.
Krioterapi adalah penggunaan kesejukan dalam rawatan penyakit
manakala elektrokauteri merujuk pembinaan tisu berpenyakit melalui
jarum atau penjerut yang dipanaskan secara elektrik.
Rawatan laser agak mahal dan selalunya direzabkan untuk kes-kes ketuat yang sangat besar atau sukar untuk dirawat sahaja.
“Pesakit juga harus menjalani ujian penyaringan untuk
penyakit-penyakit kelamin lain seperti sifilis dan HIV,’’ kata Dr.
Amaranathan.
*Ketuat kelamin semasa mengandung
Penyakit ini boleh mendatangkan masalah semasa hamil sekiranya ketuat membesar, mendorong kepada kesukaran membuang air kecil.
Ketuat pada dinding faraj mungkin mengurangkan keupayaan tisu-tisu faraj untuk meregang semasa proses bersalin.
Walaupun jarang berlaku tetapi bayi yang dilahirkan oleh ibu yang
menghidap ketuat alat kelamin mungkin mendapat bonjol daging lembut di
dalam tekaknya dan memerlukan pembedahan bagi menghalang saluran
pernafasan tersumbat.
Dr. Amaranathan menarik perhatian: “Ubat sapu yang dinyatakan
seperti di atas tidak sesuai digunakan semasa hamil, mengambil kira
kemungkinan kesan sampingannya terhadap bayi di dalam kandungan.
“Tujuan rawatan semasa hamil adalah untuk mengurangkan kesan
jangkitan kepada bayi. Pembedahan untuk melahirkan anak secara
caesarean mungkin dipertimbangkan.’’
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
ONTOH ketuat yang biasa terjadi pada jari tangan (kiri) dan tapak kaki (kanan).<hr noshade="noshade" size="1"> |

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Ketuat kelamin ada kaitan kanser :: Comments
Perawatan Barah/Kanser/Tumor/Migrain dengan Herba Nusantara
oleh Guru Tauhid/Tasawuf dengan izinNya.
Antara klasfikasi Barah utama, di tubuh ialah:
Ketumbuhan pundi kencing , Darah dan sum-sum tulang) Hematological malignancies
Leukemia , Lymphoma , Penyakit Hodgkin , Lymphoma bukan Hodgkin , pelbagai myeloma ( Multiple myeloma )
Tumor otak , Barah payu dara , Barah pangkal rahim ( Cervical cancer ), Barah Kolorectal ( Colorectal cancer )
Barah esophageal , Barah endometrial (uterus) , Hepatocellular carcinoma (hati) , Tumur gastrointestinal stromal (GIST) ,Barah laryngeal , Barah paru-paru , Mesothelioma,Barah mulut , Osteosarcoma (tulang) , Barah ovari , Barah pancreatik,Barah prostate , Renal cell carcinoma (ginjal) , Rhabdomyosarcoma (otot) , Barah kulit (termasuk benign Tahi lalat),Barah perut , Barah testikular dan Barah thyroid.
Rawatan barah biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang tumor dan nod lymph berhampiran yang
mungkin dijangkiti barah, digabung bersama terapi radiasi dan ( chemotherapy ). Dua rawatan terakhir
mensasarkan sel dalam tubuh yang membiak dengan pantas. Ini termasuk sel barah tetapi juga membabitkan
sel sihat, yang merupakan sebab kesan sampingan yang buruk dari rawatan ini. Antara rawatan nya ialah : -
Pembedahan , Chemotherapy ,Terapi radiasi , Immunoterapi , Terapi cytoluminescent (CLT) .
KOS RAWATAN KANSER / BARAH / TUMOR
Jika di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), rawatan 25 kali radioterapi adalah lebih kurang RM1,500 hingga RM1,750 (RM50 sekali rawatan dan RM500 untuk caj peralatan dan perancangan radioterapi). Jika hospital swasta mengenakan bayaran RM200-500 sehari, kos keseluruhan bagi radioterapi sebanyak 25 kali RM5,000 hingga RM12,500.Yang ada, jelasnya, pesakit yang tidak mahu menunggu lebih lama dan pergi ke hospital swasta. Ketika inilah, mereka memerlukan wang yang banyak untuk membiayai sendiri sepenuhnya kos rawatan.
ADAKAH SEL-SEL KANSER AKAN MATI / MUSNAH SELEPAS RAWATAN RADIOTERAPI SEBANYAK 25x ?
APAKAH KESAN SAMPINGAN(KEMUSNAHAN SEL SIHAT) YANG PERLU DITANGGUNG OLEH PESAKIT ?
Sesungguhnya segala penyembuhan dari ALLAH s.w.t , Walaupun menurut kajian rawatan radioterapi
adalah terbaik bagi pengamal perawatan moden , kami disini juga berusaha dengan ilmu dan akal yang
diberi oleh Allah s.w.t untuk berkongsi keadah penyembuhan optima tanpa sebarang kimia / bahan asing /
pembedahan organ yang boleh menjejaskan sistem - sistem badan semulajadi dan iringan doa/wirid
kepada Maha Pencipta Segala Penyakit(Musibah) dan Maha Memberi Penyembuhan ..
insya ALLAH ( dengan izinNya )......... amin.
Adzhar / Pak Syeikh Ramli
013 3622787 / 012 2427087
Info : http://www.flickr.com/photos/lemanspring/4085899366/sizes/l/
Sila panjangkan risalah ini..mungkin ada insan dapat kita bantu
Insya Allah anda mendapat keberuntungan dari Yang Maha Esa.
Wa-Sallam

Similar topics
» Kanser Serviks / Kanser Pangkal Rahim
» Penyakit Kelamin: Gonorrhoea
» Kanser Kulit : Gadis 18 tahun dapat kanser kulit (Kosmo)
» tau tak mana2 kursus yg kaitan ngan mlt
» ALZHEIMER : KAITAN DENGAN PERUT BUNCIT

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak