FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mengenali penyakit lupus

3 posters

Go down

Mengenali penyakit lupus Empty Mengenali penyakit lupus

Post by Fieza Sat 29 Mar 2008, 8:53 am

Mengenali penyakit lupus


Oleh ROSMAH DAIN
NAMA penyakit ini mungkin tidak sepopular penyakit kencing manis,
sakit jantung, kanser payu dara dan sebagainya kepada orang awam, malah
kekerapan penyakit ini untuk dihidap oleh pesakit juga kecil jumlahnya.
Adakalanya, si penghidap juga tidak mengetahui mereka menghidap penyakit ini sehinggalah berjumpa doktor pakar.
Bagaimanapun penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) atau lupus ini tidak boleh dipandang ringan.
Namun, kekurangan maklumat dan pendedahan mengenai penyakit ini
kepada umum seringkali menyebabkan penghidapnya menerima tanggapan
negatif daripada individu lain kerana salah faham berkenaan penyakit
itu.
Menurut Pakar Perunding Perubatan dan Rheumatologi, Jabatan
Perubatan Hospital Selayang, Selangor, Dr. Ong Swee Gaik, penyakit SLE
merupakan penyakit kronik berpanjangan yang berlaku akibat kecelaruan
sistem pertahanan tubuh iaitu autoimmune disease.
‘‘Sistem pertahanan tubuh merupakan rangkaian sel yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.
“Sistem pertahanan tubuh yang normal akan menghasilkan antibodi
apabila ia mengesan organisme yang masuk ke dalam tubuh untuk mengelak
serangan jangkitan organisme berkenaan. Antibodi yang terhasil akan
menyerang organisme tersebut untuk mempertahankan tubuh,” katanya.
Malangnya bagi seorang pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang
sel-sel tubuh sendiri yang menyebabkan organ di dalam tubuh pesakit
mengalami keradangan.
Dr. Ong berkata, penghidap SLE lebih ramai di kalangan wanita
berbanding lelaki dengan nisbah 9:1 (sembilan wanita kepada seorang
lelaki) dan kebanyakan wanita yang menghidap SLE berada di dalam
lingkungan umur 15 hingga 40 tahun.
Penyakit ini boleh juga melibatkan kanak-kanak dan kerap menimpa orang-orang Asia berbanding dengan orang Barat.
‘‘Kekerapan ini pasti menyebabkan masalah kepada wanita kerana pada
usia ini wanita sedang berada pada tahap produktif dari segi pencapaian
kerjaya dan biologikal (mengandung).
‘‘Kira-kira sepuluh peratus pesakit SLE terdiri daripada lelaki dan kanak-kanak,” katanya.
Apabila ditanya kenapa penyakit ini lebih banyak menyerang wanita,
Dr. Ong berkata, punca sebenar berlakunya SLE masih tidak diketahui,
namun katanya terdapat beberapa faktor yang dapat dikaitkan dengan SLE.
Antaranya ialah akibat jangkitan virus, hormon seks, faktor persekitaran dan keturunan.
Terdapat tiga jenis penyakit “lupus” iaitu Discoid Lupus
Eritematosus (DLE) iaitu yang melibatkan kulit sahaja, Sistemik Lupus
Eritematosus (SLE) yang boleh melibatkan pelbagai organ di dalam
tubuh., dan jenis ketiga ialah Drug Induced Lupus yang diakibatkan
daripada sesetengah ubat-ubatan.
Katanya, penyakit ini kadang-kadang sukar didiagnos pada peringkat
awalnya kerana gejala-gejalanya tidak begitu ketara. Ini adalah kerana
gejala-gejala awal penyakit SLE tidak spesifik termasuk rasa letih
lesu, demam, sakit sendi dan keguguran rambut.
Kebanyakan pesakit SLE (70 hingga 80 peratus) mengalami masalah
kulit. Selalunya bahagian muka akan terjadi ruam yang dikenali sebagai
malar rash atau butterfly rash. Ruam ini terjadi di bahagian pipi dan
hidung dan oleh kerana bentuk ruam ini merupai bentuk sayap rama-rama,
ia juga dikenali sebagai butterfly rash.
Ruam ini terdapat di bahagian badan yang terdedah kepada cahaya
matahari iaitu di bahagian muka, leher dan lengan. Pesakit SLE juga
mengalami keadaan di mana kulitnya lebih sensitif kepada cahaya
matahari dan ruam yang dialaminya akan menjadi lebih merah apabila
terdedah kepada cahaya matahari.
Oleh kerana penyakit SLE boleh melibatkan pelbagai organ dalam
tubuh, penghidap SLE akan mengalami gejala yang berbeza di antara satu
sama lain. Selalunya, menurut Dr Ong, gejala penyakit ini terjadi di
bahagian muka dahulu iaitu ruam-ruam di muka, ulser di mulut termasuk
lelangit, dan keguguran rambut yang ketara.
Bercerita mengenai latar belakang penyakit SLE, Dr. Ong berkata,
penyakit ini mula digambarkan pada kurun ke 19 oleh pakar perubatan
Perancis yang bernama Pierre L. Cazenave.
“Beliau menyifatkan ruam merah di bahagian muka pesakit bagaikan gigitan serigala.”
‘‘Perkataan SLE berasal dari bahasa Latin iaitu Lupus yang bermaksud serigala dan eritematosus yang bermakna merah.
Antara tanda-tanda dan gejala-gejala yang dikaitkan dengan SLE ialah
ruam-ruam pada kulit muka dan badan, kulit yang sensitif kepada cahaya
matahari, ulser pada mulut, keguguran rambut, sakit dan radang pada
sendi, demam yang berlarutan, rasa letih-lesu, sakit di bahagian dada
apabila bernafas (pleurisy) dan vasculitis (radang pada saluran darah).

Penyakit ini buat masa ini, menurut Dr. Ong, tidak boleh sembuh tetapi ia boleh dirawat dan dikawal.
“Keadaan penyakit SLE menjadi lebih teruk apabila organ dalaman
terlibat. Ia sering menyerang buah pinggang (lebih kurang 40 peratus
daripada pesakit SLE) dan sekiranya rawatan awal tidak diberi, pesakit
SLE boleh mengalami kegagalan buah pinggang. Selain daripada buah
pinggang yang merupakan organ penting, SLE boleh juga melibatkan otak,
jantung, paru-paru dan darah.
Namun ada di kalangan pesakit yang tidak mengalami masalah yang
serius pada awalnya, tetapi ia akan jadi melarat sekiranya ia menyerang
di bahagian organ-organ dalaman yang boleh menyebabkan maut sekiranya
tidak dirawat.
Walaupun setakat ini masih belum terdapat statistik sebenar mengenai
jumlah pesakit SLE di negara ini, namun dianggarkan 30 hingga 40
daripada setiap 100,000 penduduk di negara ini penghidap kepada
penyakit ini.
‘‘Mengikut statistik dari negara China, penyakit ini dihidapi oleh
70 orang dalam setiap 100,000 penduduk di negara berkenaan,” katanya.
Tambah Dr. Ong, penghidap SLE memerlukan rawatan yang berpanjangan,
biarpun pesakit akan rasa sihat selepas rawatan. Katanya, oleh kerana
penyakit SLE agak rumit (complicated), mereka yang menghidap penyakit
SLE perlu mendapatkan rawatan doktor pakar dalam bidang ini
Oleh kerana penyakit SLE merupakan penyakit yang boleh berulang
(remitting and relapsing course), maka penghidap SLE perlu mendapatkan
rawatan ulangan yang berterusan. Ini adalah bagi memastikan penyakit
dalam keadaan terkawal dan juga untuk mengesan tanda-tanda penyakit SLE
yang bangkit/aktif semula supaya rawatan boleh diberi dengan segera
sebelum fungsi organ yang terlibat terjejas.
Pesakit juga akan dirujuk kepada beberapa doktor pakar yang
bertanggungjawab bergantung kepada mana-mana organ yang terlibat
diserang penyakit berkenaan.
Sekiranya terdapat ruam di bahagian luar badan seperti di kulit dan
wajah, mereka akan diberikan krim pelindung matahari yang mempunyai SPF
yang tinggi selain daripada ubat makan seperti prednisolone dan
hydroxychloroquine.
Mereka juga dinasihatkan untuk memakai topi dan lengan panjang apabila berada di bawah cahaya matahari.
Kaunseling juga akan diberikan kepada pesakit SLE untuk memberikan
mereka sokongan moral di samping membantu pesakit memahami tentang
penyakit yang dialami mereka. Dengan adanya pemahaman tentang penyakit
SLE, pesakit akan lebih mematuhi arahan doktor dalam pemakanan ubat,
dan pemeriksaan darah serta kencing yang berkala.
Selain daripada kaunseling daripada doktor pakar rheumatologi yang
merawat, perkhidmatan kaunseling boleh didapati dari Persatuan SLE
Malaysia
‘‘Sokongan keluarga dan rakan-rakan amat diperlukan oleh pesakit SLE dan mereka harus memahami keadaan yang menimpa pesakit.
‘‘Perlu diingatkan penyakit SLE adalah penyakit yang tidak
berjangkit dan tujuan rawatan adalah supaya pesakit dapat menjalani
kehidupan normal sebagaimana individu lain,” katanya.
Info
* Penyakit kronik berpanjangan berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan tubuh.
* Penghidap SLE lebih ramai di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah 9 wanita kepada seorang.
Tanda dan gejala SLE
* Sakit pada sendi, demam berlarutan, lesu, ruam pada kulit muka dan
badan, anemia, sensitif pada cahaya matahari, ulser mulut dan keguguran
rambut.
* Kulit muka menjadi merah apabila terdedah kepada cahaya matahari.
* Kegagalan fungsi buah pinggang, masalah pada sistem saraf, sakit sendi.
Panduan untuk pesakit SLE
* Kenali makanan yang sesuai dengan pertahanan tubuh, makan seimbang dan berkhasiat, bersenam dan elakkan aktiviti lasak.
* Elakkan stres kerana ia boleh menyebabkan penyakit ini menjadi aktif, sentiasa berfikiran positif.
* Perlindungan kulit.
* Memakai perlindungan matahari sekurang-kurangnya SPF 30, guna
payung, topi, berlengan panjang untuk mengelakkan daripada terkena
cahaya matahari.
* Ubat-ubatan.
* Makan ubat atas arahan doktor.
* Jangan berhenti makan ubat tanpa arahan doktor dan jangan makan ubat bersama ubat lain dikhuatiri interaksi ubat berlaku.
* Patuhi jadual susulan yang ditetapkan.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Mengenali penyakit lupus Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Mengenali penyakit lupus Empty Re: Mengenali penyakit lupus

Post by aieyda Thu 29 May 2008, 6:36 pm

hmm..yang paling teruk aku dgr la kan boleh sebabkan buta.ni pun aku taw dari keratan akhbar pasal budak uitm diploma sains buta akibat SLE..
but,alhamdulillah aku still survive sampai hari ni selama 14 tahun aku dapat SLE ni berkat doa mummy aku dn famly aku..
aieyda
aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri : Mengenali penyakit lupus Penang10
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 3994
Umur : 40
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 8108

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

Back to top Go down

Mengenali penyakit lupus Empty Re: Mengenali penyakit lupus

Post by zamasy20 Fri 18 Jul 2008, 1:06 pm

Mengenali penyakit lupus Fig20-6-110
Erythema - ruam pada muka dan badan.


Mengenali penyakit lupus Sle_od_hcr_1 Mengenali penyakit lupus Sle_os_hcr_1
Necrotizing scleritis - jarang berlaku
zamasy20
zamasy20
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Jawatan : Misi
Gender : Female
Jumlah Post : 388
Umur : 64
Tarikh Register : 06/10/2006
Reputation : 0
Points : 6595

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUM ITU PENAWAR SEGALA DUKA & AWET MUDA..

Back to top Go down

Mengenali penyakit lupus Empty Re: Mengenali penyakit lupus

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum