penyakit Sistemik Lupus Erithematosus (SLE)
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1

Sle Sukar Dikesan, Boleh Ancam Nyawa
Dr Cheah Tien Eang berbicara mengenai SLE. Foto BernamaPenyakit ini boleh mengundang 'maut', namun masih ramai lagi yang tidak menyedari mengenai bahaya penyakit Sistemik Lupus Erithematosus (SLE). Tanggapan salah akan penyakit ini dipercayai memburukkan lagi keadaan dengan artikel pertama ini cuba mengupas isu penyakit itu.
Oleh Sakini Mohd Said
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sukarnya penyakit Sistemik Lupus Erithematosus (SLE) dikesan sehingga ada antaranya mengambil masa sehingga bertahun-tahun lamanya.
Selain itu pemahaman cetek serta kurangnya pengetahuan mengenai penyakit yang berkaitan dengan sistem imun badan ini juga akhirnya telah mencetuskan pelbagai kepercayaan yang mana kesahihannya itu boleh diragui sama sekali.
Senario ini tidak boleh dipandang ringan kerana SLE merupakan penyakit auto-imun kronik yang terjadi apabila sistem imun badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisu badan sendiri.
Tindakan abnormal ini akan menyebabkan berlakunya keradangan pada bahagian tertentu tubuh sehingga boleh merosakkan organ dan tisu. Akibat daripada itu dan tanpa adanya kawalan awal serta sistematik, SLE sebenarnya mampu mengundang maut!
PUNCA MASIH MENJADI PERSOALAN
Presiden Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) Dr Cheah Tien Eang ketika menjelaskan mengenai kesukaran mendiagnos penyakit SLE berkata dunia perubatan masih belum lagi menemui jawapan tepat kepada punca penyakit ini.
Malahan, tidak ada penjelasan khusus mengapa sistem imun menghasilkan antibodi yang menyerang tisu badan sendiri walhal sistem imun direka khusus untuk menyerang ejen-ejen jangkitan seperti bakteria.
"Punca penyakit ini masih tidak diketahui. Namun, difahamkan penyakit kompleks ini kemungkinan besar disebabkan oleh kombinasi faktor genetik, alam sekitar mahupun hormon," katanya kepada Bernama.
Selain kerumitan itu, Dr Cheah berkata simptom penyakit ini juga tidak spesifik di mana ia boleh datang dan pergi serta dianggarkan bahawa lebih daripada 10,000 rakyat negara ini telah disahkan menghidap penyakit SLE dalam tempoh 30 tahun lepas.
Bagaimanapun, dipercayai masih ramai penghidap lupus yang belum didiagnosis.
Kajian juga menunjukkan penyakit ini lebih banyak menyerang wanita daripada lelaki.
SIMPTOM LUPUS
Dalam menjelaskan simptom SLE, Dr Cheah berkata kebiasaannya simptom yang berlaku dalam kalangan penghidapnya adalah radang kulit, sakit sendi (seperti arthritis), demam dan keletihan yang teramat sangat.
Ada juga pesakit yang menunjukkan simptom seperti ruam kulit yang serius di muka, telinga, di bahagian atas kedua-dua belah lengan dan tangan, bahu, dada serta ada yang mengalami keguguran rambut.
Manifestasi berlainan lupus ini yang mirip kepada simptom pelbagai penyakit lain telah menimbulkan pelbagai tanggapan salah selain daripada kebanjiran informasi Internet yang belum ditentukan akan kesahihannya itu.
"Kesedaran pesakit mengenai penyakit ini agak rendah dan ia banyak mengundang kepada kepercayaan palsu. Terutama sekali punca penyakit ini tidak diketahui serta kesukaran doktor untuk menerangkannya, menyebabkan ramai pesakit mempunyai pandangan sendiri dan mula mencari rawatan alternatif.
"Contohnya, bagi mereka yang mengalami demam berpanjangan, mereka mungkin mempercayai ia akibat disantau orang," katanya.
BAHAYA TUKAR DOKTOR
Oleh demikian, Dr Cheah menasihatkan mereka yang mengalami simptom itu, segera merujuk kepada doktor khususnya bagi kalangan mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap mana-mana penyakit berkaitan dengan sistem imun.
Ini kerana, mungkin penyakit yang dianggap biasa itu sebenarnya adalah petanda awal kepada penyakit SLE.
Akan tetapi, menjadi masalah apabila ada antara mereka yang bertukar doktor ketika mendapatkan rawatan yang secara tidak langsung menyukarkan lagi proses mendiagnosis penyakit lupus.
Kecederungan ini berpunca daripada rasa tidak puas hati dan putus asa dengan rawatan doktor sehingga mewujudkan persepsi bahawa 'doktor itu tidak bagus'.
Ini menyebabkan tiadanya rawatan susulan.
"Pesakit pula tidak menerangkan secara jelas keseluruhan riwayat perubatan walaupun tiada gejala, simptom yang timbul ketika itu dan ini antara sebabnya lupus sukar dikesan," katanya.
Akibat daripada itu, rawatan lambat diberikan dan ini amat berbahaya kerana ada kemungkinan besar SLE akan menyerang organ-organ seperti buah pinggang, jantung dan paru-paru serta saluran darah.
TIADA ADA PENAWAR
Apa yang menjadi kebimbangan adalah SLE masih belum ada penawarnya dan sehingga hari ini tiada cara untuk melindungi seseorang individu itu daripada diserang penyakit itu.
Biarpun demikian, kemajuan bidang perubatan telah membolehkan pengenalan rawatan serta ubat yang mampu mengawal tahap keseriusan SLE daripada terus memarak dan menyerang organ-organ badan.
Konteks memarak adalah merujuk kepada situasi di mana simptom-simptom SLE tiba-tiba aktif semula. Justeru, bagi mengelakkan simptom SLE daripada memarak, mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga.
Contohnya, mengelakkan diri daripada terkena sinaran cahaya matahari berlebihan yang dipercayai boleh menyebabkan terjadinya ruam kulit dan mencetuskan aktiviti penyakit menjadi lebih serius.
Rawatan yang diberikan juga adalah bergantung kepada gejala dan tahap penyakit yang dialami.
Dr Cheah menegaskan ketiadaan rawatan awal dan pengurusan kesihatan yang baik boleh menyebabkan penyakit terus menular dan menjadi punca kerosakan organ dan kematian pesakit SLE.
Penghidap juga memerlukan rawatan berpanjangan biarpun mereka akan berasa sihat selepas rawatan kerana ia merupakan penyakit yang boleh berulang.
KUALITI HIDUP
SLE, dikatakan boleh menjejaskan kualiti kehidupan pesakit. Contohnya, mereka yang mengalami kerosakan buah pinggang akibat SLE terpaksa menjalani proses dialisis seumur hidup.
Ini akan memberikan tekanan kepada mereka walhal antara satu matlamat penting kesihatan bagi pesakit lupus adalah menangani tekanan sebaiknya.
Rawatan awal dan berpanjangan ini juga sebenarnya membolehkan pesakit SLE menikmati kualiti kehidupan lebih baik dan aktif. Mereka boleh bersukan, melancong dan bekerja.
Menurut Dr Cheah, SLE juga mengganggu emosi pesakit berikutan sifat penyakit ini yang menyerang pada usia mereka paling produktif iaitu antara umur 20-40 tahun menyebabkan ada yang berhenti kerja.
Bagaimanapun, ini semua boleh diatasi dengan menyertai PSLEM, kata Dr Cheah yang turut senada dengan pesakit SLE, Mariani Zainol.
Jelas Mariani, 58, beliau pernah mengalami serangan teruk SLE sehingga membuatkan dirinya berasa takut untuk berada seorang diri dan memandu kenderaan.
"Persatuan membantu kita mengenali SLE seperti berkongsi pengalaman setiap pesakit. Yang mana, kita tahu bahawa simptom pesakit SLE adalah berbeza antara satu sama lain.
"Selain itu, mendekatkan diri kepada Allah dengan bersembahyang dan berzikir memohon agar Allah meringankan beban penyakit ini juga boleh memberikan ketenangan," katanya.
-- BERNAMA

Info Bola Sepak- STAFF PEMUDAH CARA (JR)
- Negeri :
Jawatan : Penyerang Sensasi Kebangsaan
Gender :
Jumlah Post : 317
Umur : 35
Tarikh Register : 10/12/2011
Reputation : 5
Points : 6749
Re: penyakit Sistemik Lupus Erithematosus (SLE)
Masih Ada Sinar 'Harapan' Bagi Pesakit SLE
Mariani meneruskan dengan kehidupan hariannya walaupun mengalami SLE Foto BernamaOleh Sakini Mohd Said
Sepertimana kanser yang sehingga hari ini masih belum lagi menemui 'penawarnya', maka begitu jugalah dengan penyakit Sistemik Lupus Erithematosus (SLE).
Artikel akhir ini sedikit sebanyak menyorot akan secebis kisah kehidupan pesakit SLE yang mana ia juga dikenali sebagai penyakit 'seratus wajah'.
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Mariani Zainol, 58, menganggap sakit sendi di bahagian hujung jari kaki dan lututnya sebagai antara simptom biasa bagi penyakit arthritis yang dialaminya.
Pada masa sama, beliau mengalami keguguran rambut luar biasa manakala badannya pula terasa letih yang teramat sangat walaupun tidak membuat apa-apa kerja berat.
Penderitaan yang ditanggungnya itu sejak disahkan menghidap penyakit berkaitan sendi itu pada tahun 1992 ini bertambah teruk dan lebih menyakitkan dengan peralihan masa.
Keadaan itu membuatkan beliau berasa takut dan terdetik persoalan sama ada simptom itu adalah daripada penyakit yang ditanggungnya selama ini ataupun merupakan petanda kepada penyakit lain.
Bimbang dengan keadaannya itu apatah lagi dirinya semakin tidak bermaya biarpun setelah mengambil vitamin, beliau merujuk kepada doktor bagi mengenalpasti status sebenar kesihatannya.
"Awak telah disahkan menghidap SLE dan bukan lagi arthritis...," kata doktor yang merawat beliau.
Sama sekali tidak menyangka bahawa penderitaan menghidap arthritis merupakan petanda awal kepada penyakit SLE, Mariani terpingga-pingga kerana tidak mengetahui apakah sebenarnya penyakit itu.
TERIMA DENGAN REDHA
Mengimbas kembali saat ketika disahkan menghidap lupus pada tahun 1998, Mariani berkata penyakit itu tidak pernah didengarinya walaupun beliau bekerja dalam persekitaran hospital.
Bagi beliau, menurut apa yang diberitahu oleh doktor, lupus merupakan penyakit misteri yang sukar untuk dijelaskan dalam kalangan pakar perubatan malahan 'penawarnya' juga masih menjadi persoalan sehinggalah hari ini.
Lebih menakutkan, penyakit ini berisiko mengundang kematian sekiranya ia tidak dikawal kerana berpotensi menyerang organ-organ lain seperti buah pinggang, otak, jantung, dan paru-paru serta saluran darah.
Ini kerana, lupus merupakan penyakit kronik 'auto-imun' yang mana sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu badan sendiri.
"Walaupun agak takut mendengarnya, namun saya menerimanya dengan redha dan menganggapnya sebagai ujian Allah," katanya kepada Bernama.
HOSPITAL, RUMAH KEDUAKU
Namun begitu, penderitaan akibat lupus agak memeritkan berbanding penyakit arthritis sekali gus menyebabkan beliau kerap kali keluar masuk wad.
"Serangannya sama seperti arthritis tetapi lagi dahsyat. Selalunya, ia akan menyerang sendi di bahagian lutut sehingga membuatkan saya lemah dan tidak boleh bangun serta berjalan.
"Pernah sekali, air mata saya mengalir tanpa henti kerana sakit teramat sangat. Penyakit ini tidak kenal waktu dalam menyerang, ada ketikanya kita tengah sihat tetiba sahaja boleh sakit dan kemudiannya elok balik," jelasnya.
Penderitaan menghidap penyakit lupus juga membuatkan tubuh badannya mengalami keletihan berpanjangan dan agak sukar bangun pagi disebabkan simptomnya itu.
Dan ini sedikit sebanyak telah menjejaskan kualiti kehidupannya sehinggakan beliau tidak lagi dapat memakai kasut tumit tinggi.
"Entah mengapa sejak doktor diagnos penyakit SLE, saya tidak boleh lagi pakai kasut tumit tinggi. Rasa macam tidak stabil dan ia akan menyerang dari tapak kaki sehinggalah ke paha manakala sendi rasa berdenyut-denyut," katanya.
KONTRAKTOR, PEKERJAANKU
Biarpun kualiti kehidupannya agak terjejas dan terpaksa melupakan apa yang diminatinya, Mariani tidak mahu terus berduka atau menyerahkan segalanya kepada takdir.
Sebagai seorang berpersonaliti ceria, beliau melihat keadaannya itu daripada sudut positif dan berazam membuktikan bahawa pesakit lupus juga boleh meneruskan dengan kehidupan sekiranya penyakit itu dikawal dengan baik.
Ini penting kerana lazimnya pesakit SLE berasa tertekan kerana antara satu simptom penyakit misteri ini adalah menyerang kulit sehingga menimbulkan tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung dalam bentuk 'kupu-kupu, yang membuatkan pesakit berasa malu keluar rumah.
Mariani bersyukur kerana lupus tidak menyerang kulitnya kerana difahamkan setiap pesakit SLE menunjukkan simptom agak berbeza dan dirinya pula hanya memaparkan gejala seperti keletihan berpanjangan dan arthritis.
Bagi mengekalkan cara hidup sihat, doktor telah menasihatkannya supaya menjaga kesihatan dan ini termasuklah berusaha mengelakkan diri daripada terkena sinaran cahaya matahari berlebihan yang akan mencetuskan simptom yang lebih teruk.
Walaupun begitu, agak memeranjatkan kerana Mariani mengambil keputusan berhenti kerja pada 2002 dan menjadi kontraktor binaan yang mana mendedahkannya kepada sinaran matahari.
"Sudah hampir 12 tahun saya menjadi kontraktor selepas bersara awal dan Alhamdulillah setakat ini lupus tidak pernah menyerang saya ketika di tapak projek.
"Doktor pun terkejut kerana saya memilih bidang itu. Bagi saya, buat apa hendak takut kerana kita mengambil langkah perlindungan seperti pakai krim pelindung cahaya matahari, baju lengan panjang, payung dan disiplin makan ubat " jelasnya.
JANGAN TERPENGARUH
Untuk membolehkan pesakit SLE menikmati kehidupan berkualiti, Mariani mengikuti nasihat doktor serta mendapatkan rawatan doktor pakar dalam bidang ini.
Amalan pematuhan ini penting biarpun pesakit berasa sihat selepas rawatan kerana ada kemungkinan lupus boleh berulang dan tanpa kawalan baik berpotensi menyerang organ lain.
Menceritakan mengenai perihal ini, Mariani berkata beliau pernah berhenti makan ubat selama dua tahun kerana merasakan diri sudah sihat dan terpengaruh dengan kata-kata rakan.
"Ketika itu, rakan-rakan saya kata buat apa makan ubat doktor, bahaya kerana ada bahan kimia. Mereka suruh saya makan ubat lain, tetapi apabila saya makan ubat yang mereka suruh itu keadaan jadi lagi teruk.
Mariani kini hidup gembira bersama keluarga dan penyakit lupus yang dihadapinya tidak menjadi masalah malahan beliau masih boleh aktif dalam pelbagai persatuan serta aktiviti melancong.

Similar topics
» Mengenali penyakit lupus
» PERLUNYA VAKSINASI UNTUK PENYAKIT-PENYAKIT UMUM
» Penyakit Talasemia
» Penyakit????
» Penyakit Asma
» PERLUNYA VAKSINASI UNTUK PENYAKIT-PENYAKIT UMUM
» Penyakit Talasemia
» Penyakit????
» Penyakit Asma
FORUM PARAMEDIK :: Seksyen Isu Kesihatan Mengikut Bahagian :: Bahagian Kesihatan Awam :: Seksyen Epidemiologi :: Ruangan Penyakit Tidak Berjangkit - Perkongsian Artikel, Nota & Pengalaman
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak