FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Terapi bayi atasi tekanan mental

Go down

Terapi bayi atasi tekanan mental Empty Terapi bayi atasi tekanan mental

Post by Fieza Sat 29 Mar 2008, 11:03 am

Terapi bayi atasi tekanan mental


Bersama Dr Noordin Darus (Doktor Perubatan lulusan Universiti Malaya dan Universiti London)
dnd@worldwellness.com.my







Berbual dengan anak kecil ditambah senyum dan agahan, redakan ketegangan


MINGGU ini, saya ingin menerangkan dua terapi lain yang
berkesan untuk mengatasi tekanan iaitu terapi bayi dan muzik. Tidak
ketinggalan ialah kesan terapeutik yang anda dapati daripada apa yang
saya suka sebut sebagai 'terapi bayi'.


Tanyalah ibu bapa, apakah yang menyerikan hari mereka dan
membasmi tekanan mental dan ketegangan selepas sehari penat bekerja.
Pastinya mereka akan memberitahu penawarnya adalah wajah anak
kesayangan yang tidak sabar menanti kepulangannya di pintu pagar rumah
dengan senyuman lebar lagi riang, menunggu untuk dipeluk ibu dan bapa.
Sebenarnya, itulah hadiah yang paling berharga di dunia.






Memerhatikan seseorang bayi bermain, melihatnya
meneroka dan mempelajari persekitaran barunya adalah suatu pengalih
perhatian yang menghiburkan. Apabila anda memikirkan dunia ini dari
sudut pandangan anak yang tidak tahu apa-apa itu, anda akan melupakan
dunia anda sendiri yang penuh tekanan mental dan kerisauan walaupun
untuk sejenak.

Justeru, apabila anda menghadapi masalah kesesakan lalu
lintas atau dengan pegawai atasan anda, cubalah berbicara dengan bayi
anda, lebih-lebih lagi sewaktu anginnya baik. Bayi itu bersedia
bergerak balas dan senyum serta mengagah-agah dengan seronoknya dengan
anda tanpa sebarang sebab tertentu kecuali dia suka anda mendekatinya.
Ini bukan saja dijamin dapat melegakan tekanan mental anda, malah anda
mungkin mendapati diri anda begitu gembira sekali seolah-olah terapung
di udara.


Anda tidak perlu segan untuk mengamalkan teknik yang saya
sampaikan sebelum ini. Anda boleh menjalankan latihan itu secara tidak
ketara dan tidak mudah dilihat. Saya sendiri menggunakan kebanyakan
teknik itu untuk bersantai setelah seharian penat bekerja, sewaktu saya
keluar berjoging di taman atau ketika berjalan di sekitar kawasan
perumahan tempat tinggal saya.









Kesan itu berkemungkinan dari segi psikologi saja namun setelah otak
menerima konsep itu, otak akan terangsang dan mengeluarkan hormon yang
menenangkan atau memberi tenaga yang diperlukan oleh badan untuk
bersantai. Ini dapat membantu mengimbangkan semula kimia dalaman badan.


Ambil masa 10 minit untuk menyenaraikan 10 perkara utama yang
menimbulkan tekanan mental dan kerisauan dalam diri anda. Cuba
senaraikan lima perkara yang berkaitan dengan kerja dan lima yang tidak
berkaitan dengan kerja. Anda akan mendapati yang punca masalah itu
adalah sifat manusia. Hanya selepas itu barulah faktor persekitaran dan
luaran lain terbabit. Dalam hal ini, jelas bahawa penyelesaian terletak
dalam tangan manusia sendiri. Kenyataan seterusnya yang perlu diberi
perhatian ialah bahawa bukan anda seorang yang menghadapi masalah itu.
Selanjutnya, walau teruk sekali pun hari anda, semestinya ada orang
lain yang keadaannya lebih buruk lagi.


Apa yang hendak saya tekankan di sini ialah bukan anda
seorang saja di dunia ini yang menghadapi hidup yang penuh tekanan
mental. Keduanya, tekanan mental yang menenggelamkan anda itu dapat
ditangani. Tekanan mental itu tidak semestinya membinasakan anda.
Ketiganya, tiada masalah yang tidak dapat diatasi. Dengan itu, sampai
di sini saja mengenai teknik yang boleh anda lakukan untuk mengatasi
masalah tekanan mental. Kita berjumpa lagi pada dua minggu akan datang
di mana saya akan menerangkan bahawa muzik juga boleh digunakan sebagai
terapi. Sebarang pertanyaan sila hubungi
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Terapi bayi atasi tekanan mental Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum