FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

AGM 2008

+3
princess_pirates
gurlses
dhiyamirza
7 posters

Go down

AGM 2008 Empty AGM 2008

Post by dhiyamirza Sun 30 Mar 2008, 8:53 pm

AGM tahun ni dengar2 nya akan diadakan awal iaitu pada bulan 6 dan di terengganu katanya. tapi tak tahula..ade sape2 boleh confirmkan?
dhiyamirza
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri : AGM 2008 Johor_10
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 511
Umur : 41
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 6305

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

Back to top Go down

AGM 2008 Empty agm

Post by gurlses Thu 05 Jun 2008, 3:37 pm

sal2
xtau la buat kt mana??? yg tau kt trengganu tp kaw mana xtau...sy bru jd ahli union hujung thn lps tp surat maklumn ape pn xdpt lg..ada sapa2 leh bantu nk hub sapa?..maklum la keja kt hosp baru senior xramai..
gurlses
gurlses
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : pharmacist asst
Gender : Female
Jumlah Post : 62
Umur : 44
Tarikh Register : 22/07/2007
Reputation : 0
Points : 6260

Character sheet
Mutiara Kata saya: Senyumlah Seikhlas Hati..Kerana Senyum itu Penawar Segala Kedukaan..

https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

AGM 2008 Empty Re: AGM 2008

Post by dhiyamirza Thu 05 Jun 2008, 7:45 pm

hari sabtu ni la sayang. di permai inn kuala terengganu..7.6.2008
dhiyamirza
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri : AGM 2008 Johor_10
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 511
Umur : 41
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 6305

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

Back to top Go down

AGM 2008 Empty Re: AGM 2008

Post by princess_pirates Thu 05 Jun 2008, 10:43 pm

hmm..nape la dia org pilih tarikh yg kurang sesuai...
mane x??ramai yg terlibat ngan sukan kkm..
ape-ape pun,kita tgk la nnt ramai x yg g ke agm thn ni nnt Smile
avatar
princess_pirates
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : PeNoLoNg PeGaWaI FaRmAsI
Gender : Female
Jumlah Post : 64
Umur : 43
Tarikh Register : 27/05/2008
Reputation : 0
Points : 5962

Back to top Go down

AGM 2008 Empty Re: AGM 2008

Post by gurlses Fri 06 Jun 2008, 9:05 am

tah la kita tgok je nti...ksian gak yg dok kk sorang2 mcm mana nk g...ape2 prkembangan war2kn dlm laman wed kesatuan...dh lama diaorng x update...still thn lps nye lg
gurlses
gurlses
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : pharmacist asst
Gender : Female
Jumlah Post : 62
Umur : 44
Tarikh Register : 22/07/2007
Reputation : 0
Points : 6260

Character sheet
Mutiara Kata saya: Senyumlah Seikhlas Hati..Kerana Senyum itu Penawar Segala Kedukaan..

https://paramedik.catsboard.com

Back to top Go down

AGM 2008 Empty Re: AGM 2008

Post by princess_pirates Mon 09 Jun 2008, 5:59 pm

dah x de sape nak update gurlses..
dengar2 cite webmaster dah merajuk Surprised
tapi x pe..nnt kita cuba cr webmaster baru Smile
avatar
princess_pirates
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : PeNoLoNg PeGaWaI FaRmAsI
Gender : Female
Jumlah Post : 64
Umur : 43
Tarikh Register : 27/05/2008
Reputation : 0
Points : 5962

Back to top Go down

AGM 2008 Empty Re: AGM 2008

Post by dhiyamirza Mon 09 Jun 2008, 9:41 pm

a ah..dhiya dengar webmaster tu dah merajuk..tak tahu lah kenape dia merajuk tapi tahun ni pun dia tak datang mesyuarat. tapi mungkin juga beliau ni terlibat dengan sukan kkm. tak tahu lah...
dhiyamirza
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri : AGM 2008 Johor_10
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 511
Umur : 41
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 6305

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

Back to top Go down

AGM 2008 Empty Re: AGM 2008

Post by princess_pirates Mon 09 Jun 2008, 10:06 pm

apa kata kita lak cuba jd webmaster dhiya..hahahaha
princess ingat,msti x siap2 ek web yg kita wat tu hehehehe Very Happy
avatar
princess_pirates
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : PeNoLoNg PeGaWaI FaRmAsI
Gender : Female
Jumlah Post : 64
Umur : 43
Tarikh Register : 27/05/2008
Reputation : 0
Points : 5962

Back to top Go down

AGM 2008 Empty Re: AGM 2008

Post by dhiyamirza Tue 10 Jun 2008, 12:29 pm

princess, aku ni bukan pe...aku bukan pandai sangat nak menggodek2 komputer ni. silap2 aku tersalah plak upload gambar. naya je.. confused
dhiyamirza
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri : AGM 2008 Johor_10
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 511
Umur : 41
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 6305

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

Back to top Go down

AGM 2008 Empty Re: AGM 2008

Post by princess_pirates Wed 11 Jun 2008, 12:03 am

dhiyamirza wrote:princess, aku ni bukan pe...aku bukan pandai sangat nak menggodek2 komputer ni. silap2 aku tersalah plak upload gambar. naya je.. confused

hahahaha.....x pe semua tu dhiya..kita blaja la pelan2 :-)
avatar
princess_pirates
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : PeNoLoNg PeGaWaI FaRmAsI
Gender : Female
Jumlah Post : 64
Umur : 43
Tarikh Register : 27/05/2008
Reputation : 0
Points : 5962

Back to top Go down

AGM 2008 Empty Re: AGM 2008

Post by hius2007 Thu 25 Dec 2008, 11:18 pm

AGM 2008 dah berlalu tampa kita sedari dan ianya terus meninggalkan kita. 2009 lagi hebat sebab ada AGM PPFM dan AGM Union. Maksudnya dua kali kita berkampong. Apapun harap semua forumer taipkan apa2 yg nak di bawa ke AGM 2009 nanti. Jgn bila tiba masanya tiada apa2 usol pun dan AGM berlalu tampa erti yg bererti.

Bersiaplah mulai sekarang sebab AGM akan di adakan pada bila2 masa je. Akaun PPFM tutup 31 Dis dan akaun Union tutup 31 Mac dan pastikan tiada yuran tertunggak. Nanti kantoi dan tak boleh join AGM. 2009 adalah AGM pertama PPF sebab tahun lalu cuma AGM Pem Far je. Isu jika di beritahu awal, bolehlah PPFM/Union selesaikan nya sebelum AGM dan AGM yg di adakan nanti tak lah panas sangat dgn isu2 yg di bawa kehadapan dan isu2 semasa.

Lagi satu jika isu di beritahu awal, bolehlah PPFM/Union sediakan jawapannya tetapi jika di bawa on the sport, alamat hanya makluman je yg dapat di berikan.

Pengisian jawatan PPF dan kenaikan pangkat, tak usah lah di bawa lagi sebab kita dah isi borang ABM8 bagi perjawatan 2010 pada Dis 2008 .Tentu semua dah selesai dan cuma tunggu je 2010. Sesiapa yg tak isi borang tu, by by by je.
avatar
hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 136
Umur : 60
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 6016

Back to top Go down

AGM 2008 Empty Re: AGM 2008

Post by hius2007 Tue 10 Mar 2009, 9:08 am

AGM 2008 dah berlalu
Terengganu telah menjadi kenangan
2009 AGM PPFM di Langkawi
Dan ada pertandingan utk Ahli Majlis baru
Jika rasa aka kemampuan, boleh lah isi borang
Penamaan calon dan pengundian akan di tetapkan kemudian

Untuk 2008 yg telah berlalu
Eloklah semua PPF buatkan satu ringkasan
Tentang uso-usol yg telah dibincangkan
Dan bawa semula pada AGM 2009 jika masih belum selesai

Pepatah mengatakan di mana ada kemahuan
Di situ ada jalan
Tetapi jalan penyelesaiannya masih jauh
Bukan kerana tiada usaha
Tetapi jalan yg berliku pasti sukar di tempuhi

2009 jika boleh semua PPF perlu berubah
Cuba usolkan cara-cara penyelesaiannya
Ahli Majlis PPFM dan Exco Union mmg tak mampu
Mereka hanya 20 orang sahaja
Jika semua PPF bersatu, idea seramai 3000 orang blh di kumpul
Barulah jalannya jadi mudah.

PPF yg aktif, bolehlah mula booking Hotel Langkasuka Langkawi
Jika lambat alamat, full house
Pengalaman PPF semasa di Cameron Highland
Kita terpaksa tempah 3 buah hotel
Baru cukup untuk semua PPF dan Keluarga
Hebat juga PPF ni ye.

by
avatar
hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 136
Umur : 60
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 6016

Back to top Go down

AGM 2008 Empty Re: AGM 2008

Post by hius2007 Fri 13 Mar 2009, 1:16 pm

PERKEMBANGAN KKM PADA TAHUN 2009



Farmasi :

Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa A )

Timbalan Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa C )

Ketua Penolong Pengarah Kanan ( U54 )

Polisi Ubat Kebangsaan ( U52 )

Pengurusan Ubat & IT ( U52 )

Pembangunan Organisasi & Sumber Manusia ( U52 )

Pengurusan Kualiti ( U52 )



Amalan Farmasi Klinikal ( U48 )

Amalan Farmasi ( Hospital dan Kesihatan ) – ( U48 )

Pemonitoran Harga Ubat ( U48 )

Urusetia Senarai Ubat-Ubatan KKM ( U48 )

Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat ( U48 )

Maklumat Ubat dan Pendidikan Pengguna ( U48 )

Pengurusan Latihan dan CPD ( U48 )

Pembangunan Inter Organisasi dan Antarabangsa ( U48 )

Penyelidikan Pembangunan dan Perolehan Teknologi ( U48 )

Urusetia Lembaga Farmasi ( U48 )



Itu sahajalah perkembangan BPF KKM



Lain-Lain Paramedik :

Semasa ABM8 2009 di keluarkan, amat jelas di perhatikan KKM telah berkembang maju. Di seretakan di sini di mana jawatan-jawatan baru dan tambahan yang telah di luluskan . Di bahagian tersebut terdapat juga Pakar Pakar KKM :



A KESIHATAN AWAM

Pengurusan Kesihatan Awam Ibu Pejabat / Negeri

- Pembangunan Kesihatan Keluarga

- Pendidikan Kesihatan



B RAWATAN PERUBATAN

- Pengurusan Perubatan Ibu Pejabat / Negeri

- Pengurusan Hospital



C FARMASI DAN BEKALAN

( kosong – tiada bahagian dan unit )



Unit-Unit Rawatan Perubatan:

Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar

Rawatan Am Pesakit Dalam

Perubatan Am

Pembedahan Am

O & G

Pediatrik

Orthopedik

Anastesiologi

ENT

Oftalmologi

Dermatologi

Neurologi

Pembedahan Neuro

Perubatan Transfusi

Perubatan Forensik

Urologi

Pembedahan Plastic

Radioterapi dan Onkologi

Pengimejan Diagnostik

Patologi

Pembedahan Kardiothorasik

Kardiologi

Perubatan Nuklear

Perubatan Respirotori

Psykiatrik dan Kesihatan Mental

Rehabilitasi



Itu sahajalah perkembangan lain lain Paramedik :



Ini juga adalah sejajar dengan tugas-tugas utama PPF :

- Tugasan Penyelengaraan Setor

- Tugasan Pembantu Makmal Kimia Ubat

- Tugasan Penolong Pegawai Farmasi





he he he
avatar
hius2007
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Jawatan : Pembantu Farmasi U29
Gender : Male
Jumlah Post : 136
Umur : 60
Tarikh Register : 07/04/2008
Reputation : 0
Points : 6016

Back to top Go down

AGM 2008 Empty Re: AGM 2008

Post by nori Tue 27 Oct 2009, 10:16 am

Budget dah di bentangkan, dan pada 2010 akan ada 50 buah Klinik Satu Malaysia. Beroperasi mulai jam 10 am hingga 10 pm ( 12 jam ). PPF perlu maklumkan pada pihak atasan untuk menempatkan minimum 2 PPF di setiap Klinik Satu Malaysia. Kertas kerja ini dah berusia 16 tahun, tetapi kita lihatlah sendirinya hasilnya. apabila PPF dah PENGSAN di KK, barulah akan ada PPF tambahan. Oleh itu, pakatlah semua PPF kita pengsan di KK. Semua PPF perlulah bertindak dengan memikirkan masa hadapan. sebab apabila masa hadapan sampai, PPF masih belum bersedia. Disertaka kertas kerja bertarikh 14 Ogos 2009.

PROGRAM PERKEMBANGAN KERJAYA DAN






PENINGKATAN MUTU PRKHIDMATAN




PEN PEG FARMASI DI KKM










MENEMPATKAN MINIMUM


DUA ORANG PEN PEG FARMASI GRED U 29


DI KLINIK KESIHATAN KKM


SELUROH NEGARA.














OLEH :







Penolong Setiausaha Agong

Kesatuan Kebangsaan Pembantu Farmasi

Kerajaan Malaysia Barat.







14 Ogos 2009















  1. Ringkasan Eksekutif :





Kertas kerja ini bertujuan bagi menempatkan MINIMUM dua orang Pen Peg Farmasi Gred U 29 bagi setiap Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Penempatan ini adalah penting bagi membolehkan pesakit mendapat ubat yang lebih cekap, teratur dan mesra serta cepat. Jika sekali pandang, memang tiada bezanya antara seorang dan dua orang Pen Peg Farmasi.




Tujuan penempatan MINIMUM dua orang ialah :-






  • Memastikan pesakit berpuas hati dengan segala perkhidmatan yang diberikan. Ruang masa antara pesakit dan Pen Peg Farmasi di kaunter akan bertambah.







  • Menjelaskan segala kesulitan samaada dari segi pengetahuan tentang drug dan pengetahuan tentang rawatan terhadap pesakit . Dan ini akan keyakinan pesakit terhadap rawatan serta sekaligus mengurangkan risiko kegagalan rawatan.







  • Memastikan semua ubat dalam keadaan terkawal dan mencukupi kerana aktiviti pre-packing boleh dijalankan sepanjang masa tampa mengganggu urusan di kaunter.







  • Kawalan iventory setor, pungutan, menghantar pesanan ke Setor Intergrasi, merekod, memeriksa setok dan lain-lain tugas Pengurusan Setor dan Bekalan Farmasiutikal cekap dan teratur. Ini akan dapat mengurangkan pembaziran dalam tarikh luput dan setok yang berlebihan. Perkhidmatan Setor Farmasi akan lebih cekap.







  • Bekalan Farmasiutikal kepada lain-lain unit juga akan lebih berkesan kerana pada masa ini semua Klinik Desa ( KD ) mengambil bekalan ubat dalam bentuk Bulk (kuantiti yang besar) dan akan di bungkus semula di Klinik Desa masing-masing tampa pengawasan Pembantu Farmasi dari segi kebersihan, label dan tarikh luput .







  • Penempatan Pen Peg Farmasi Gred U 29 Kedua juga akan memastikan semua pesakit akan mendapat bekalan ubat daripada Pen Peg Farmasi terutama apabila Pen Peg Farmasi Pertama bercuti rehat, bercuti bersalin ataupun berkursus.







  • Dengan adanya dua orang Pen Peg Farmasi Gred U 29 Perkhidmatan Farmasi Masyarakat ( Community Pharmacy ) akan lebih berkembang kerana terdapat ruang bagi menyampaikan ceramah, melawat pesakit di rumah tentang penyimpanan ubat, nasihat kepada ahli keluarga tentang penyakit dan rawatan dll.







  1. Rasional :





Pen Peg Farmasi adalah satu golongan kakitangan yang paling ramai sekali di Bahagian Perkhidmatan Farmasi. Boleh dikatakan, Pen Peg Farmasi adalah tulang Belakang perkhidmatan. Tetapi jika dibandingkan nisbah antara penduduk dan Pen Peg Farmasi, bilangan Pen Peg Farmasi masih terlalu sedikit. 26 juta orang Penduduk : 2124 orang Pembantu Farmasi ( 1 : 11,770 )




Jika cadangan menempatkan dua orang Pen Peg Farmasi bagi setiap Klinik Kesihatan diluluskan , bilangan Pen Peg Farmasi akan dapat ditingkat kepada 4000 orang. Dengan bilangan seramai 4000 orang Pen Peg Farmasi, Perkhidmatan Pesakit Luar di Klinik Kesihatan akan lebih berkesan dan ini akan mengurangkan kegagalan rawatan .




Pen Peg Farmasi perlu mempunyai bilangan yang mencukupi bagi menjayakan konsep Penjagaan Yang Menyeluruh ( Total Care ) memandangkan hanya Pen Peg Farmasi yang dilatih dalam pemberian ubat di kaunter dan pengurusan setor. Latihan yang diperolehi boleh digunakan sepenuhnya bagi membantu kejayaan Wawasan Kementerian Kesihatan Malaysia.









  1. Senarai Tugas Pen Peg Farmasi





Perkhidmatan Pen Peg Farmasi terdapat di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Perkhidmatan Hospital diletakkan di bawah Bahagian Hospital dan Klinik Kesihatan di letakkan di bawah Bahagian Kesihatan Awam.




Tugas-tugas Pen Peg Farmasi adalah mengikut dimana mereka ditempatkan, iaitu :-






  • Pen Peg Farmasi Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar ( Hospital )


Bahagian Kaunter



  • Pen Peg Farmasi Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar ( Hospital )


Bahagian Pengeluaran ( Prabungkus )



  • Pen Peg Farmasi Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar


( Klinik Kesihatan ) Bahagian Kaunter



  • Pen Peg Farmasi Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar


( K. Kesihatan ) Setor dan Bekalan Farmasiutikal




Senarai Tugas Pen Peg Farmasi Gred U 29

di Bahagian Farmasi Pesakit Luar (Hospital) Bahagian Kaunter Ubat.






  1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m melalui saluran tertentu.


  2. Memastikan kebersihan tempat bertugas setiap waktu.


  3. Menokoktambah stok ubat-ubatan dan bahan-bahan mendispen di kaunter.


  4. Memeriksa semua preskripsi supaya jelas , lengkap dan sempurna.


  5. Mengisi dan melabel ubat-ubat yang betul dalam kuantiti yang mencukupi mengikut preskripsi yang diterima.


  6. Mendispen dan memberi arahan penggunaan ubat kepada pesakit yang betul dengan jelas dan lengkap.


  7. Mengendali penyediaan “ extemporaneous bila diperlukan.


  8. Merekod ubat-ubatan tertentu seperti yang ditetapkan


  9. Menjalankan tugas lebih masa atau atas panggilan mengikut jadual yang ditetapkan


  10. Merujuk sebarang masaalah yang timbul kepada pegawai atasan.


  11. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.








Senarai Tugas Pen Peg Farmasi gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar (Hospital) Bahagian Pengeluaran ( Prabungkus )






  1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m melalui saluran tertentu.


  2. Memastikan kebersihan tempat bertugas setiap waktu dan memakai pakaian seragam dengan kemas.


  3. Menjalankan tugas harian dengan teliti, cekap, berdedikasi, berkesan dan bersopan santun.


  4. Memastikan semua aktiviyi dalam penyediaan ubat dilakukan mengikut “ Standard Operating Procedures ( SOP ) “ dan Amalan Perkilangan Baik ( GMP ) .


  5. Menentukan kerja-kerja kebersihan bilik penyediaan ubat dijalankan mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Amalan Perkilangan Baik ( GMP ).


  6. Memastikan bahan-bahan mentah dan kertas yang diperlukan sentiasa mencukupi untuk penyediaan ubat setiap hari .


  7. Melibatkan diri dalam penyediaan Farmaseutikal Non-Steril dan antiviti prabungkus.


  8. Mengambil sampel semua sediaan non-steril untuk ujian-ujian kawalam mutu dilakukan.


  9. Merekod ubat-ubat tertentu seperti yang ditetapkan.


  10. Menjalankan tugas lebih masa atau atas panggilan mengikut jadual yang ditetapkan.


  11. Merujuk sebarang masaalah yang timbul kepada pegawai atasan.


  12. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.








Senarai Tugas Pen Peg Farmasi Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar

( Klinik Kesihatan ) Bahagian Kaunter Ubat.






  1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Perubatan & Kesihatan y/m


  2. Memastikan kebersihan tempat bertugas setiap waktu.


  3. Menokoktambah stok ubat-ubatan dan bahan-bahan mendispen di kaunter.


  4. Memeriksa semua preskripsi supaya jelas , lengkap dan sempurna.


  5. Mengisi dan melabel ubat-ubat yang betul dalam kuantiti yang mencukupi mengikut preskripsi yang diterima.


  6. Mendispen dan memberi arahan penggunaan ubat kepada pesakit yang betul dengan jelas dan lengkap.


  7. Mengendali penyediaan “ extemporaneous bila diperlukan.


  8. Merekod ubat-ubatan tertentu seperti yang ditetapkan


  9. Memastikan stok ubat-ubatan dan barang-barang bukan ubat sentiasa mencukupi dan tiada pembaziran.


  10. Mengambil, menerima, memeriksa, merekod serta menyimpan barang yang diterima.


  11. Mengeluar, merekodkan pengeluaran, memeriksa dan membekalkan semua pesanan yang diluluskan.


  12. Menyimpan dan merekodkan baucer penerimaan dan pengeluaran.


  13. Menyimpan data-data statistik untuk keperluanlaporan tahunan dan projek-projek tertentu.


  14. Menjalankan tugas lebih masa atau atas panggilan mengikut jadual yang ditetapkan


  15. Merujuk sebarang masaalah yang timbul kepada pegawai atasan.


  16. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.








Apabila Cadangan Penempatan Tambahan Pen Peg Farmasi Gred U 29 di luluskan, Senarai Tugas Pen Peg Farmasi Gred U 29 adalah terbahagi kepada dua tugas utama iaitu Perkhidmatan Kaunter Farmasi dan Perkhidmatan Setor dan Bekalan Farmasiutikal. Tugas serta tanggungjawab Pen Peg Farmasi Gred U 29 tersebut adalah seperti berikut :




PERKHIDMATAN KAUNTER FARMASI .




Senarai Tugas Pen Peg Farmasi Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar (Klinik Kesihatan ) Bahagian Kaunter Ubat.






  1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Perubatan & Kesihatan y/m


  2. Memastikan kebersihan tempat bertugas setiap waktu.


  3. Menokoktambah stok ubat-ubatan dan bahan-bahan mendispen di kaunter.


  4. Memeriksa semua preskripsi supaya jelas , lengkap dan sempurna.


  5. Mengisi dan melabel ubat-ubat yang betul dalam kuantiti yang mencukupi mengikut preskripsi yang diterima.


  6. Mendispen dan memberi arahan penggunaan ubat kepada pesakit yang betul dengan jelas dan lengkap.


  7. Mengendali penyediaan “ extemporaneous bila diperlukan.


  8. Merekod ubat-ubatan tertentu seperti yang ditetapkan


  9. Memastikan stok ubat-ubatan dan barang-barang bukan ubat sentiasa mencukupi dan tiada pembaziran.


  10. Mengambil, menerima, memeriksa, merekod serta menyimpan barang yang diterima.


  11. Mengeluar, merekodkan pengeluaran, memeriksa dan membekalkan semua pesanan yang diluluskan.


  12. Menyimpan dan merekodkan baucer penerimaan dan pengeluaran.


  13. Menyimpan data-data statistik untuk keperluanlaporan tahunan dan projek-projek tertentu.


  14. Menjalankan tugas lebih masa atau atas panggilan mengikut jadual yang ditetapkan


  15. Merujuk sebarang masaalah yang timbul kepada pegawai atasan.


  16. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.








PERKHIDMATAN SETOR DAN BEKALAN FARMASIUTIKAL.







Senarai Tugas Pen Peg Farmasi Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar

( Setor dan Bekalan Farmaseutikal ) - Hospital / Klinik Kesihatan









  1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m melalui saluran tertentu.


  2. Memastikan kebersihan tempat bertugas setiap waktu dan memakai pakaian seragam dengan kemas.


  3. Menjalankan tugas harian dengan teliti, cekap, berdedikasi, berkesan dan bersopan santun.


  4. Memastikan semua aktiviyi dalam penyediaan ubat dilakukan mengikut “ Standard Operating Procedures ( SOP ) “ dan Amalan Perkilangan Baik ( GMP ) .


  5. Menentukan kerja-kerja kebersihan bilik penyediaan ubat dijalankan mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Amalan Perkilangan Baik ( GMP ).


  6. Memastikan bahan-bahan mentah dan kertas yang diperlukan sentiasa mencukupi untuk penyediaan ubat setiap hari .


  7. Melibatkan diri dalam penyediaan Farmaseutikal Non-Steril dan antiviti prabungkus.


  8. Mengambil sampel semua sediaan non-steriluntuk ujian-ujian kawalam mutu dilakukan.


  9. Merekod ubat-ubat tertentu seperti yang ditetapkan.


  10. Memastikan stok ubat-ubatan dan barang-barang bukan ubat sentiasa mencukupi dan tiada pembaziran.


  11. Mengambil, menerima, memeriksa, merekod serta menyimpan barang yang diterima.


  12. Mengeluar, merekodkan pengeluaran, memeriksa dan membekalkan semua pesanan yang diluluskan.


  13. Menyimpan dan merekodkan baucer penerimaan dan pengeluaran.


  14. Menyimpan data-data statistik untuk keperluanlaporan tahunan dan projek-projek tertentu


  15. Menjalankan tugas lebih masa atau atas panggilan mengikut jadual yang ditetapkan.


  16. Merujuk sebarang masaalah yang timbul kepada pegawai atasan.


  17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.







  1. Tempat-tempat Penempatan Pen Peg Farmasi Gred U 29 Tambahan.





Pada masa ini semua kemudahan kesihatan milik Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai Pen Peg Farmasi Gred U 29. Ini adalah selaras dengan Norma Perjawatan Pembantu Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia.




Norma Perjawatan adalah seperti berikut :-




Aktiviti Perkhidmatan : Nisbah :




Pesakit Luar ( K. kesihatan / Hospital ) 1 orang : 1 Unit Farmasi

( Tambahan Pembantu Farmasi ) 1 orang setiap tambahan 50 pesakit sehari.




Cadangan Norma Perjawatan yang baru ialah Dua Orang Pen Peg Farmasi Gred U 29 bagi setiap Klinik Kesihatan / Pesakit Luar.




Pen Peg Farmasi Gred U 29 tambahan ini boleh ditempatkan diseluroh negara yang mana di Klinik Kesihatan tersebut hanya mempunyai seorang Pen Peg Farmasi Gred U29 sahaja.







Cadangan Norma Perjawatan Pen Peg Farmasi

Yang Baru Adalah Sepoerti Berikut :-




Aktiviti / Perkhidmatan : Nisbah :




- Pesakit Luar ( Hospital ) 1 orang : 1 unit farmasi

( tambahan ) 1 orang setiap tambahan

50 pesakit / hari

- Pesakit Luar ( K. Kesihatan ) 2 orang : 1 unit farmasi

( tambahan ) 1 orang setiap tambahan

50 pesakit sehari.

- Pesakit Dalam 1 orang : setiap 2 wad

( 28-30 katil / wad )




- Khidmat TPN / IV Admix. 1 orang : setiap 300 kes sebulan.




- Khidmat Farmasi Onkologi 1 orang : setiap hospital




- Perkhidmatan Pengeluaran Farmasiutikal 1 orang : setiap 300 pek mendispen sehari




- Gantian Tambahan untuk gantian

1 orang setiap 5 orang Pen Peg Farmasi.












  1. Data-Data Sokongan :





Dengan bertambahnya bilangan Pen Peg Farmasi di Klinik-Klinik Kesihatan di seluroh negera, peranan dan tanggungjawab yang lebih besar boleh di serahkan kepada Pen Peg Farmasi bagi kesejasteraan rakyat.




Didalam Rancangan Malaysia Ke sembilan ( RM9 ) beberapa hospital baru dan klinik kesihatan baru akan di bina dan ini akan menyebabkan, akan terdapat hospital dan klinik kesihatan yang berhampiran dengan rumah pesakit. Perawatan yang menyeluruh akan dapat diberikan melalui penglibatan Pembantu Farmasi di dalam aktiviti rawatan pesakit dan termasuk pencegahan. Perkhidmatan Pen Peg Farmasi akan menjadi lebih berkesan dan selamat.






  1. Implikasi Kewangan :





Pada masa ini, satu pertiga dari Klinik Kesihatan di seluroh negara , telahpun mempunyai dua orang Pen Peg Farmasi Gred U 29. Pengisian tambahan dua pertiga Pen Peg Farmasi di klinik kesihatan lain, tidak akan membebankan kerajaan kerana , pesakit akan mendapat ubat yang berkualiti dan perkhidmatan yang cekap dan selamat.




Skim Gaji Pen Peg Farmasi ialah Gred U 29




P1T RM - P1T26 RM

P2T2 RM - P2T26 RM

P3T1 RM - P3T26 RM




Implikasi Kewangan Tambahan adalah tidak begitu ketara jika dibandingkan kemudahan yang pesakit akan dapat . Penempatkan seorang Pembantu Farmasi Gred U 29 tambahan akan menyebabkan sistem rawatan kesihatan KKM akan dipertingkatkan lagi .




Faedah yang diperolehi daraipada penempatan

Tambahan Pen Peg Farmasi Gred U29 ialah :-






  • Pengurusan Setor dan Bekalan Farmasiutikal Yang Lebih Baik Tampa Pembaziran.


  • Pesakit Akan Mendapat Ubat Yang Berkualiti, Berkesan dan Selamat.


  • Pessakit Akan Mendapat Ubat Dalam Masa maksimum 10 minit (dlm keadaan biasa)


  • Pengawalan Ubat Mahal Dengan Lebih Cekap Tampa Pembaziran.


  • Peningkatan Aktiviti Pusat Maklumat Drug ( PMD )





Apabila dibandingkan Kebaikan Yang Diperolehi dan Implikasi Kewangan, kebaikan Penempatan Pembantu Farmasi Gred U 29 adalah lebih banyak daripada keburukan.












  1. Carta Organisasi Pen Peg Farmasi Gred U 29 Tambahan di Poliklinik Komuniti.



PEGAWAI PERUBATAN DAN KESIHATAN Y/M






Pen Peg Farmasi Gred U 29 Pen Peg Farmasi Gred U 29

( Pesakit Luar ) ( Setor dan Bekalan Farmasiutikal )









  1. Lain-lain Fakta dan Data :





Sebagaimana yang diketahui umum, semakin negera bertambah maju, jenis-jenis penyakit juga bertambah. Klinik Kesihatan akan sentiasa penuh sesak dengan pesakit yang ingin mendapatkan rawatan. Ini ditambah pula dengan peningkatan harga ubat-ubat baru yang berkualiti serta kesan sampingan yang minimum. , pesakit yang tidak mampu akan membanjiri Farmasi KKM. Kemelesetan ekonomi juga akan menyebabkan perkhidmatan Farmasi KKM akan digunakan sepenuhnya oleh rakyat negara ini.




Dengan adanya Pen Peg Farmasi Gred U 29 tambahan, Pen Peg Farmasi sedia ada akan menumpukan tugas-tugas yang lebih penting di kaunter. Tugas di kaunter bukanlah hanya membekalkan ubat sahaja. Beberapa aspek perawatan yang sepenuhnya boleh dimainkan oleh Pen Peg Farmasi . Sessi kaunseling dengan pesakit semasa pemberian ubat boleh dijalankan agar pesakit benar-benar faham tentang penyakit serta tatacara perawatannya.




Apabila terdapat dua orang Pen Peg Farmasi Gred U 29 di setiap Klinik Kesihatan di seluroh negara, kedua-dua Pen Peg Farmasi tersebut ada mempunyai peranan masing dalam memajukan perkhidmatan farmasi agar setanding dengan negara-negara lain di dunia ini.




Antaran tajuk-tajuk ceramah dan tugas-tugas pendidikan serta latihan yang boleh dilakukan oleh Pen Peg Farmasi Gred U 29 kedua ialah :-












INTERAKSI UBAT-UBATAN



( DRUG INTERACTION )




Interaksi ubat-ubatan dikatakan berlaku apabila kesan sesuatu ubat di dalam badan kita berubat di sebabkan kehadiran ubat lain , makanan , minuman atau sesuatu bahan kimia dan kesan keracunan akan terjadi. Betapa beratnya interaksi ubat haruslah di pandang secara serius oleh semua Pen Peg Farmasi dan pesakit agar perawatan yang maksimum boleh dicapai. Tugas ini penting semasa pemberian ubat kepada pesakit di kaunter.




Pada masa dekad ini, terdapat berbagai-bagai jenis penyakit yang memerlukan rawatan. Jika pesakit mendapatkan rawatan untuk 2 jenis penyakit , kemungkinan berlakunya interaksi ubat tetap ada. Terdapat berbagai-bagai jenis ubat yang bertindak secara berlawanan dan jika di beri bersama akan menyebabkan keracunan ubat.




Bagi kejayaan perawatan, Pen Peg Farmasi perlu mempunyai banyak masa bersama pesakit bagi menilai kesan-kesan positif dan negatif interaksi ubat .




Faktor-faktor interaksi ubat :






  • mekanisma penyerapan yang tidak sama


  • perubahan pH gasterousus


  • penyerapan berkurang disebabkan pengabungan ion


  • perubahan kadar peristalsis


  • perubahan tapak di lasma antara 2 ubat


  • perubahan pada metabolisma ubat


  • tindakan enzim dalam badan


  • perubahan aliran darah


  • perubahan pada buah pinggang dan air kencing


  • interaksi berlawanan ( antagonis )


  • dan lain-lain.





Sehubungan dengan itu, apabila dua orang Pen Peg Farmasi Gred U 29 ditempatkan di setiap Klinik Kesihatan, Pen Peg Farmasi dikaunter boleh menitikberatkan aspek mengenai interaksi ubat semasa membekalkan ubat kepada pesakit dan Pen Peg Farmasi kedua menumpukan kepada tugas-tugas Setor dan Bekalan Farmasiutikal.






PENGELUARAN FARMASIUTIKAL MAKMAL FARMASI



( MANUFACTURING PHARMACY )




Dengan adanya dua orang Pen Peg Farmasi Gred U 29 di Klinik Kesihatan , tugas-tugas semasa membuat kerja bungkus semula boleh dilakukan secara sistemetik serta teratur mengikut prosedur GMP. . Aspek-aspek GMP amat sukar dipraktikkan jika hanya seorang sahaja Pen Peg Farmasi Gred U 29 bertugas di Klinik tersebut.




Objektif bahagian Pengeluaran Farmasi ialah :



  • memberi perkhidmatan yang cekap


  • perlaksanaan program kualiti ( Quality Assurance Program – QAP )


  • memberi kefahaman tentang amalan pengilangan yang baik ( Good Manufacturing Practice – GMP )


  • mendedahkan tentang kawalam mutu dalam proses.





Kebaikan GMP ialah memastikan hasil-hasil pengeluaran adalah tetap kepada satu tahap yang ditetapkan. Tetapi semasa ianya dikendalikan oleh semua paramedik, tahap tersebut haruslah dijaga supaya tidak tercemar. Kerosakan boleh berlaku apabila paramedik cuai semasa mengendalikan hasil pengeluaran tersebut.




Jenis-Jenis Hasil Pengeluaran Farmasi :



  • ubat ubat cecair kegunaan luar dan dalam


  • ubat titis ( persediaan steril )


  • ubat kerin dll.





Dengan adanya dua orang Pen Peg Farmasi Gred U 29 di setiap Klinik Kesihatan, keluaran yang bersih serta selamat boleh dibekalkan dengan lebih cekap , teratur serta berkesan.







AMALAN DISPENSING YANG BAIK

( GOOD DISPENSING PRACTICE )



Apabila dua orang Pen Peg Farmasi Gred U29 di tempatkan di setiap Klinik Kesihatan amalan dispensing yang baik boleh dipraktikkan sepenuhnya.




Takrif dispensing bagi ubat dan racun menurut undang-undang ialah




membekalkan ubat atau racun mengikut preskripsi yang di terima dari pengamal perubatan , doktor gigi atau doktor haiwan yang berdaftar “




Dalam praktis sebenar, aktiviti dispensing melangkaui lebih dari maksud perundangan dan melibatkan pembancuhan, pengbungkusan, penglabelan dan pembekalan.




Pada masa ini ubat-ubat lebih banyak terdapat dalam bentuk siap untuk digunakan yang tersedia untuk dibekalkan. Ubat-ubat yang perlu disediakan terlebih dahulu semakin berkurangan.




Pengetahuan yang mendalan perlu semasa menjalankan tugas mendispen drug kerana ianya bukan sekadar membekalkan ubat tetapi juga merangkumi pemberian maklumat dan nasihat kepada pesakit.

Matlamat dispensing ialah membekalkan ubat dengan cekap, tepat dan selamat. Ciri-ciri komunikasi yang baik mesti terjalin semasa dispensing. Disamping itu, keadaan fizikal juga perlu.




Antara aktiviti dispensing ialah :



  • pembancuhan


  • pembungkusan


  • pengisian ubat


  • melabel dengan sempurna


  • membekalkan


  • nasihat tentang drug.





Pen Peg Farmasi Gred U 29 boleh mengamalkan amalan dispensing yang baik semasa membekalkan ubat kepada pesakit. Penempatan Pen PegFarmasi Gred U 29 tambahan akan membantu dalam pemberian ubat yang berhati-hati dan menumpukan perhatian kepada pesakit.




UBAT-UBAT SAIKIATRIK

( PSYCHIATRIC DRUG )




Ubat saikiatric ialah ubat yang mengawal sisitem otak manusia. Ia di gunakan bagi mengurangkan kesan-kesan penyakit mental. Satu paras yang stabil ubat di dalam darah diperlukan sebelum kesan sesuatu ubat tersebut di peolehi. Amatlah penting bagi semua pesakit saikiatrik mengambil ubat dengan dos yang betul dan dalam kuantiti yang betul. Kadar pematuhan yang tinggi akan menyebabkan penyakit mental boleh di rawat.




Dalam keadaan biasa apabila pesakit tidak mengambil ubat tersebut, terdapat penurunan kepekatan ubat dalam darah yang mendadak dan akan menyebabkan perubahan dalam diri pesakit . Pen Peg Farmasi mesti mempunyai masa yang mencukupi semasa mendispen . Ubat saikiatrik juga adalah racun terkawal dan kefahaman tentang aspek undang-undang akan membantu Pen Peg Farmasi semasa menjalankan tugas seharian. Penyimpanan yang rapi dan rekod yang tepat perlu kerana ubat ini sering di salahgunakan.




Kesan yang lebih serius adalah akibat dari tidak mengambil ubat dan diantaranya ialah membunuh diri sendiri dan juga orang lain. Kebanyakan ubat saikiatrik juga adalah di bawah pengawasan Doktor Pakar dan ubatnya adalah mahal, sukar diperolehi dan mempunyai kuasa yang amat kuat. Pengetahuan yang mendalam serta tambahan Pen Peg Farmasi Gred U 29 perlu bagi mengendalikan pesakit dan ubat berkenaan memandangkan semua pesakit tersebut perlu diberi perhatian yang lebih sedikit berbanding dengan pesakit-pesakit biasa.







PENGURUSAN SETOR

( STORE MANAGEMENT )




Setor peralatan dan setor perubatan mempunyai sistemnya yang tersendiri . Ini adalah kerana semua barang-barang nya adalah cepat rosak dan mempunyai tarikh luput .




Sepintas lalu organisasi setor adalah seperti berikut :



  • Bahagian Kawalan Setok


  • Bahagian Perolehan Barang-Barang


  • Bahagian Iventori





Aktiviti bahagian penyimpanan ialah :



  • Penerimaan Barang-barang


  • Penyimpanan Barang-Barang


  • Pengeluaran Barang-Barang


  • Pengiraan Setok


  • Pelupusan Barang-Barang.





Aktiviti Bahagian Perolehan Barang-Barang :



  • Pembelian Runcit


  • Pembelian Terus


  • Sebut Harga


  • Tender


  • Kontrak Pusat





Aktiviti Bahagian Iventory



  • Borang Pesanan Rasmi


  • Buku Vot


  • Buku Ledger


  • Kad Kawalan Setok


  • Kad Petak





Aktiviti Penerimaan barang-Barang :



  • Pemeriksaan


  • Bilangan Kotak


  • Timbangan





Aktiviti Bahagian Penyimpanan :



  • Suhu yang terkawal


  • Bahan mudah terbakar


  • Bahan mneghakis


  • Mengikut Abjad, jenis, kelas , kegunaan, bentuk dan lain-lain.





Aktiviti Bahagian Pengeluaran :



  • Masuk dahulu keluar dahulu








Aktiviti bahagian Pengiraan setok :



  • Sekali Setahun


  • Catitan dan Fizikal mesti sama





Aktiviti bahagian Pelupusan :



  • Lembaga Pemeriksa


  • Tampa Lembaga Pemeriksa


  • Cara-cara pelupusan.





Semua Klinik Kesihatan haruslah mempunyai Pen Peg Farmasi Gred U 29

( Setor dan Bekalan Farmasiutikal ) tambahan agar segala tatacara pengurusan dan pengendalian setor dapat dipraktikkan secara berkesan .







KAUNSELING ( COUNCELLING )




Kaunseling bertujuan memberi pendidikan kepada pesakit khasnya dan kaum keluarga pesakit amnya agar membolehkan beliau mengamalkan cara-cara tertentu dalam pengubatan dan perawatan dengan tujuan menyembuhkan dari penyakit serta mengelakkan komplikasi-komplikasi tertentu.




Objektif kaunseling ialah :



  • mengekalkan status kesihatan pesakit


  • menyebarkan maklumat di kaunter berkenaan penyakit dan ubatnya.


  • membantu kaum keluarga pesakit agar memahami keadaan penyakit pesakit


  • mengubah tingkahlaku terhadap kepentingan menjaga kesihatan


  • membantu pesakit memahami dirinya sendiri


  • membantu pesakit mengubah tabiat hidupnya untuk kepentingan perawatannya


  • menekankan kepentingan pematuhan memakan ubat.





Tumpuan kaunseling :



  • pesakit sendiri


  • kaun keluarganya yang akan membantu





Pematuhan memakan ubat :



  • nama ubat


  • kegunaan ubat


  • tempoh dimakan


  • cara mengambil / menggunakan


  • kesan sampingan


  • penyimpanan


  • dan lain-lain.





Apabila semua Klinik kesihatan mempunyai dua orang Pen Peg Farmasi Gred U 29 , Aktiviti kaunseling boleh ditingkatkan kepada pesakit agar penyembuhan yang segera diperolehi.




PENGGUNAAN UBAT SECARA RASIONAL

( RATIONAL USE OF DRUG )




WHO dalam konvensyennya di Nairobi Kenya pada 1985 menyatakan :




Penggunaan Ubat Secara Rasional ialah pesakit menerima ubat yang sepatutnya untuk tujuan klinikalnya, dalam dos yang sesuai pada dirinya, dalam jangka masa yang sepatutnya, pada kos yang rendah untuk dirinya sendiri dan masyarakat amnya.




Kriteria yang perlu ada pada penggunaan ubat secara rasional ialah :



  • kegunaan yang sesuai dalam keadaan penyakitnya dan ubat tersebut selamat serta berkesan


  • jenis ubat tersebut adalah sesuai pada dasar keberkesananya , keselamatan dan kos yang berpatutan.


  • Ubat tersebut diberikan kepada pesakit yang tiada kontraindikasi , sesuai dan kesan sampingan yang minimum


  • Memberikan maklumat yang secukupnya kepada pesakit tentang kepekatan dos, kestabilan ubat, cara penyimpanan dan kesan kepada perawatanya.


  • Pemantauan yang secukupnya bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.





Kesalahan yang biasa dilakukan semasa memberikan ubat :



  • pemberian ubat yang salah apabila tiada ubat diperlukan


  • pemberian antibiotik kepada kanak-kanak yang tidak perlu


  • pemberian ubat yang tahap kesannya tidak diketahui


  • pemberian ubat yang tahap keselamatanya tidak diperolehi


  • gagal memberikan ubat yang paling berkesan yang boleh diperolehi


  • memberikan ubat yang betul dalam persediaan yang salah





Sebab berlakunya penggunaan ubat yang tidak rasional :



  • kurang latihan dan pengetahuan


  • role model yang tidak mencukupi


  • tiada maklumat ubat yang terkini


  • pesakit yang terlalu ramai dan beban tugas tinggi


  • kurang pengalaman dan pengetahuan yang silap tentang keberkesanan ubat





Kesan penggunaan ubat yang tidak rasional :



  • mengurangkan kualiti rawatan


  • ubat yang berkesan kurang digunakan dan berlaku pembaziran


  • menambahkan kesan sampingan ubat


  • menambahkan kekebalan kuman terhadap ubat





Cara meningkatkan penggunaan ubat secara rasional :



  • komunikasi antara paramedik dan pesakit akan membantu pesakit mematuhi pengambilan ubat.


  • Pembungkusan ubat yang sesuai bagi memudahkan pesakit mengambilnya


  • Label yang terang, lengkap serta penerangan yang jelas kepada pesakit.





Apabila terdapat dua orang Pen Peg Farmasi Gred U 29 di Klinik Kesihatan berkenaan, aspek Penggunaan Ubat Secara Rasional boleh dipraktikkan secara serius serta berkesan.



KOMUNIKASI

( COMMUNICATION )




Terdapat dua jenis kominikasi iaitu :



  • komunikasi massa ( maklumbalas berbeza , penyebaran luas )


  • komunikasi bersemuka (maklumbalas baik, penyebaran terhad)





Komunikasi massa amat sesuai bagi maklumat-maklumat ternyata ( factual imformation ) manakala komunikasi bersemuka lebih berkesan dalam mempengaruhi perubahan sikap, pemikiran dan amalan.




Kandungan dan mesej komunikasi :



  • banyaknya komunikasi


  • kekerapan komunikasi


  • penglibatan satu pihak atau dua pihak





Komunikasi antara Pen Peg Farmasi Gred U 29 dan pesakit amatlah penting dalam kejayaan sesuatu rawatan kerana Pembantu Farmasilah yang akan membekalkan semua maklumat yang diperlukan oleh pesakit. Dengan adanya Pen Peg Farmasi Gred U 29 tambahan, semua pesakit akan dilayan dengan mesra dan jujur adil dan saksama memandangkan terdapat banyak masa untuk mendispen.




KESELAMATAN SETOR

( SECURITY OF STORE )




Sebuah setor samaada setor perubatan ataupun setor barang-barang mesti dijaga keselamatannya agar perkara yang buruk boleh di elakkan.




Ciri-ciri keselamatan setor :



  • menyediakan sistem pengawasan dan penyimpanan kunci-kunci.


  • mengadakan peraturan memeriksa setor pada akhir waktu pejabat.


  • menyediakan senarai semak tentang keselamatan setor





Menyediakan sistem keselamatan setor yang lengkap dan teratur :



  • lokasi setor tersebut


  • penggunaan ruang ang maksimum


  • rak yang boleh diubah-ubah bentuknya serta rak yang teguh


  • penyimpanan barang-barang berat


  • penyimpanan barang-barang dalam bekas standard


  • penyimpanan barang-barang tercerai, berharga dan menarik.


  • penyimpanan cecair mudah terbakar, gas, asid, bahan kimia dan lain-lain.


  • pemeriksaan keluar masuk pegawai dan kakitangan


  • sistem pencegahan dan melawan kebakaran.





Keselamatan setor yang baik bererti penjagaan harta yang mustahak dan berharga. Setor yang baik akan sentiasa berusaha untuk membekalkan barang-barang tampa ada gangguan . Apabila terdapat Pen Peg Farmasi Gred U 29 tambahan, penjagaan setor dari aspek keselamatan akan menjadi lebih mudah dan teratur.







PERKHIDMATAN FARMASI 24 JAM /

BEKERJA PADA MASA YANG DILANJUTKAN /

TINGGAL ATAS PANGGILAN .




Aktiviti farmasi telah banyak mengalami peribahan pada masa ini. Salah satunya ialah perkhidmatan farmasi 24 jam.




Farmasi perlu di buka 24 jam kerana :



  • memberikan ubat kepada pesakit luar dan pesakit dalam dan ini akan membantu pesakit dalam perawatannya


  • pesakit boleh mengambl bekalan ubatnya pada bila-bila masa sahaja dan ini penting kepada pesakit yang mempunyai rawatan berpanjangan yang mana jika tidak mengambil ubat akan menyebabkan rawatannya tergendala.


  • pesakit akan dibekalkan ubat dengan berkesan, selamat, pantas dan cekap serta kos terhadap pesakit akan berkurangan.


  • pengendalian ubat secara individu boleh dilakukan.


  • kekerapan menyukat paras ubat dalam darah dapat di kawal


  • perkhidmatan 24 jam perlu bagi menampong keperluan yang tidak dapat diperolehi dari pengilang.





Sejarah perkhidmatan farmasi 24 jam :



  • pada permulaanya hanya pada waktu pejabat sahaja


  • ditambah kepada selepas waktu pejabat dan sehingga pesakit habis


  • seterusnya dilanjutkan hingga 10 malam bagi unit kecemasan


  • kini perkhidmatan 24 jam di perkenalkan





Kebaikan perkhidmatan 24 jam :



  • bekalan yang sedikit sahaja dibekalkan kerana 24 jam beroperasi


  • tiada ubat yang luput tarikh dan tiada pembaziran


  • percampuran ubat iv boleh dibuat pada bila-bila masa


  • berhubung rapat dengan unit dos/unit use


  • semua pesakit akan ada ubat secara individu


  • paramedik hanya memberi sahaja ubat yang telah disediakan.





Percampuran ubat iv yang lebih baik kerana :



  • jika farmasi tidak buat, paramedik pasti akan membuatnya sendiri


  • farmasi mencampurkan ubat tersebut secara steril


  • terdapat ubat yang hanya stabil pada masa yang tertentu dan farmasi mencampurkanya hanya apabila hendak digunakan .





Dengan adanya Tambahan Pen Peg Farmasi Gred U 29 , tugas membekalkan ubat akan tiada batasan ( Seamless, Borderless Dispensing ).




PROGRAM JAMINAN KUALITI

( QUALITY ASSURANCE PROGRAM – QAP )




Qap Bahagian Perkhidmatan Farmasi mula diperkenalkan pada tahun 1987 dan dilancarkan secara rasminya pada tahun 1990. Pada peringkat awalnya , kualiti yang dititikberatkan ialah :






  • purata bilangan perkara bagi setiap preskripsi


  • bilangan pesakit yang faham cara pengambilan ubat setiap 1000 preskripsi





Memandangkan Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah berkembang, beberapa indikator baru telah diperkenalkan dan dijadikan indikator kebangsaan, antaranya ialah :




  • maksima bilangan perkara yang di tulis atas preskripsi ( 3 )
  • kesalahan semasa mendispen ( 0 % )
  • kadar ‘ turn over ‘ jumlah nilai stok di setor perubatan ( antara 3-6 )
  • kadar nilai lupus dari setor ( kurang dari 0.5 % )





Dengan adanya Pen Peg Farmasi Gred U 29 tambahan, beberapa indikator boleh dipantau dan ini meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan farmasi.







PERKHIDMATAN MAKLUMAT DRUG

( DRUG IMFORMATION SERVICES – DIS )




Tujuan DIS di ujudkan ialah :



  • memberi pendedahan kepada paramedik tentang pusat tersebut, matlamat penubuhanya dan perkhidmatan yang boleh diberikan.


  • memberi pengetahuan kepada paramedik tentang berbagai sumber rujukan, jenis maklumat drug yang penting dan menerangkan bagaimana sumber-sumber ini dapat digunakan dalam melaksana tugas-tugas seharian.


  • memberi satu rangkaian sumber terhadap racun dan ubat yang terdapat di Malaysia serta cara-cara sistem ini dapat di manfaatkan dalam usaha meningkatkan penjagaan kesihatan pesakit.





Sumber-sumber rujukan :



  • rujukan umum seperti artikal-artikal dan monograf sesuatu ubat


  • rujukan primer seperti Medline, Medicus, IOWA, laporan klinikal, laporan kes, penyelidikan farmakologi, laporan epidemiologi dan lain-lain.





Fungsi yang berguna bagi DIS :



  • penilaian ubat dari segi penggunaan, kekerapan dan dos


  • melaporkan kesan buruk drug


  • mengedarkan formula standard


  • pendidikan dan latihan mengenai DIS





Dengan adanya Pen Peg Farmasi Gred U 29 Tambahan, perkhidmatan DIS akan diperluas dan semua maklumat yang perlu akan disebarkan kepada pesakit / paramedik / Doktor.







PENGLABELAN UBAT-UBATAN DENGAN NAMA GENERIK

( WRITING PRESCRIPTION IN GENERIC )




Peraturan ini bertujuan bagi melatih semua paramedik / Doktor agar membiasakan diri dengan penulisan secara generik. Nama generik sesuatu ubat itu tidak akan berubah walau di negara manapun ianya di gunakan . Ianya adalah tetap. Sedangkan nama perdagangan adalah sentiasa berubah mengikut syarikat yang mengeluarkan ubat tersebut.

Contoh yang paling jelas ialah PANADOL;

Nama Generik ialah PARACETAMOL




Nama Synonim ialah ACETAMENOPHANE



Nama Perdagangan Nama Syarikat



Panadol Smith Kline Beecham Sdn Bhd

Setamol Hovid Pharmacy Sdn Bhd

Uphamol Upha Pharmaciutical Sdn Bhd




Banyak kekeliruan yang timbul jika nama perdagangan yang digunakan. Ketua Pengarah Kesihatan juga telah mengeluarkan perkeliling pada tahun 1992 mengarahkan penulisan dengan nama generik.




Pemantauan yang dilakukan pada tahun 2000 mendapati hanya 40 % sahaja paramedik / Doktor mematuhi arahan ini. Pengetahuan tentang penulisan generik ini perlu dipelajari oleh semua paramedik / Doktor agar perlaksanaannya serta kebaikannya boleh diperolehi bersama.

Dengan adanya Pen Peg Farmasi Gred U 29 Tambahan, aspek latihan dan bimbingan tentang penulisan secara generik dapat di pergiatkan.







PENYALAHGUNAAN DADAH

( DRUG ABUSE )




Masyarakat perlu mengetahui isu-isu berkaitan dengan penyalahgunaan dadah, serta memahami dan menghargai usaha-usaha dan rancangan antidadah. Masyarakat juga boleh membantu dalam usaha-usaha mencegah penyalahgunaan dadah.




Jenis-jenis dadah yang sering disalahgunakan :



  • heroin (77 % )


  • morphin ( 8.7 % )


  • ganja ( 3.27 % )


  • candu ( 1.7 % )


  • amphetamin ( 0.4 % )


  • barbiturate ( 0.29 % )


  • Dadah Dadah Lain ( 7.61 % ) ( sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat )


Penyalahgunaan dadah akan memberi akibat buruk kepada negara dari segi ekonomi, politik dan sosial. Pengawalannya juga sukar jika tidak mendapat kerjasama semua lapisan masyarakat.



Agensi-Agensi Pencegah Bidang Kuasa



Jabatan Peguan Negara perundangan

Polis, Kastam,UPP penguatkuasa undang-undang

Bahagian Farmasi KKM penguatkuasa undang-undang dan pengawalan bahan-bahan racun dan psikotropik

Bahagian Rawatan dan Pemulihan rawatan dan pemulihan penagih dadah

Kementerian Dalam Negeri

Jabatan Penjara rawatan dan pemulihan banduan dadah

Hospital KKM penentuan penagih dan rawatan detoksifikasi

Jabatan Kebajikan Masyarakat kemudahan latihan kaunseling

Kementerian Pendidikan pendidikan pencegahan

Kementerian Penerangan penerangan dan pencegahan umum

Kementerian Belia dan Sukan penerangan dan pencegahan umum.

Pusat Dadah USM Penang kajian-kajian epidemiologi dan sosiologi

Pemadam dan lain-lain NGO jagaan lajutan, pencegahan dan penerangan.




Dengan adanya Pen Peg Farmasi Gred U 29 Tambahan, aspek pencegahan dan penyalahgunaan dadah boleh ditingkatkan dengan penglibatan Pembantu Farmasi di Kaunter.



















SEKIAN.







Penolong Setiausaha Agong

Kesatuan Kebangsaan Pembantu Farmasi

Kerajaan Malaysia Barat.







14 Ogos 2009
nori
nori
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Negeri : AGM 2008 Pahang10
Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 283
Umur : 59
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5740

Back to top Go down

AGM 2008 Empty Re: AGM 2008

Post by ppfkkpa Fri 06 Aug 2010, 7:14 pm

14 Ogos 2009, dah dekat 2 tahun berlalu, AGM PPF tahun 2010, BPF KKM kata ada 500 KK masih hanya ada 1 PPF je, maksudnya KKM kena ambil 500 studen PPF, dan lepas 3 tahun, masaalah ini akan selesai, tetapi jika ambil 100 je, cuma cukup ganti yang pencen je, PPF boleh gunakan saluran kedua iaitu mohon PPF kontrak di tambah sebanyak 500 orang, maksudnya PPF tiada yang pencen, lepas pencen terus sabung kontrak selama 4 tahu, 2 kali sain le tu, itu pun jika BBF KKM kuat sokong dan PPFM/KKPFKMB kuat bersuara, jika tidak kerja le sorang PPF tu di KK sepanjang hayat, 15 tahun dapat KUP32, kerja tetap sama, ataupun ambil je PRA untuk bantu prepaking , kan dah selesai 50% problem,
avatar
ppfkkpa
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : Paramedik
Gender : Male
Jumlah Post : 90
Umur : 55
Tarikh Register : 13/10/2009
Reputation : 0
Points : 5548

Back to top Go down

AGM 2008 Empty Re: AGM 2008

Post by azrunia Fri 06 Aug 2010, 7:17 pm

AGM 2008 Fresse
azrunia
azrunia
KERABAT TEGAR
KERABAT TEGAR

Negeri : AGM 2008 Perak_10
Jawatan : tukang tarik kereta
Gender : Male
Jumlah Post : 898
Umur : 1945
Tarikh Register : 23/12/2009
Reputation : 15
Points : 6700

https://www.facebook.com/?ref=home#!/profile.php?id=100000709795036

Back to top Go down

AGM 2008 Empty Re: AGM 2008

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum