Bidan termasyhur AS
2 posters
Bidan termasyhur AS
Bidan termasyhur AS
GASKIN (kiri) yang tidak pernah
mendapat pendidikan formal dalam bidang perbidanan kini digelar Ibu
Perbidanan Tulen kerana sumbangannya yang cukup besar dalam bidang
tersebut.
<hr noshade="noshade" size="1">Gaskin yang kelihatan seperti seorang warga emas tanpa sebarang
kelebihan sebenarnya pakar perbidanan terkenal di Amerika Syarikat (AS).
DENGAN rambut beruban dan gaya pakaian 60-an, Ina May Gaskin mungkin
tidak glamor seperti kebanyakan 'pakar' kehamilan dan kelahiran seperti
yang dapat dilihat di televisyen atau majalah keibubapaan.
Namun pengarang majalah Midwifery Today, Jan Tritten, menggelarnya 'ibu perbidanan tulen'.
"Sumbangan Gaskin terhadap budaya kelahiran anak di AS amat besar," kata Robbie Davis-Floyd, penulis buku Birth as an American Rite of Passage dan penyelidik di Jabatan Antropologi Universiti Texas.
"Selama beberapa tahun saya mengenalinya sebagai bidan terkenal di
Amerika. Kini saya boleh katakan tanpa teragak-agak bahawa dia jugalah
bidan paling terkenal di dunia."
Tokoh perbidanan wanita ini dilahirkan pada tahun 1940 di Marshalltown, Iowa dan diberi nama Ina May Middleton.
Beliau membesar sebagai kanak-kanak perempuan yang agresif dan
sering bergaduh dengan abangnya, melakukan kerja seperti menghantar
surat khabar serta mempunyai tabiat membaca yang amat tinggi.
Gaskin sendiri menyatakan beliau tidak pernah membayangkan bahawa
suatu hari nanti beliau akan menjadi bidan kerana sebenarnya beliau
bercita-cita menjadi jurutera.
Namun, beliau masih ingat mengenai buku yang dibacanya di
perpustakaan mengenai kelahiran bayi klasik secara semula jadi bertajuk
Childbirth Without Fear oleh Grantly Dick-Read.
Malah Gaskin mengakui ia merupakan satu bahan bacaan yang luar biasa untuk gadis berusia 16 tahun di Iowa pada tahun 1956.
"Kelahiran sentiasa mengagumkan saya. Sebagai seorang remaja, saya
boleh menceritakan setiap butir-butir mengenai cerita kelahiran dalam
novel sejarah romantik yang dibaca," jelas Gaskin.
Sebagai pelajar cemerlang, Gaskin menamatkan pengajian di sekolah
tinggi di Marshalltown pada tahun 1958. Berkahwin pada usia 19 tahun,
Gaskin menghadiri kolej komuniti sebelum bertukar ke Universiti Iowa.
Di situ, beliau memperoleh ijazah dalam jurusan bahasa Inggeris.
Selepas tamat pengajian, beliau menyertai Peace Corps bersama
suaminya dan menetap di Malaysia sebelum kembali ke Midwest untuk
memperoleh sarjana dari Universiti Northern Illinois pada tahun 1967.
Ketika masih bergelar pelajar universiti, Gaskin melahirkan anak
pertamanya di hospital. Meskipun yakin beliau boleh melahirkan anak
secara normal, pengalaman yang diperoleh ketika itu tidak disukainya.
"Sewaktu melahirkan anak di hospital, saya ditinggal sendirian dan
dilayan seperti saya melakukan sesuatu yang teruk dan menjijikkan.
"Kemudian datang sekumpulan pembantu dalam bilik bersalin dan
memperlakukan saya seperti mangsa ritual. Mereka menggunakan forsep dan
selepas proses melahirkan, saya tidak dibenarkan melihat bayi saya
sehingga 18 jam," ujar Gaskin.
Tidak lama selepas bergelar ibu dan menjadi radikal oleh pengalaman
melahirkan anak sendiri, Gaskin yang berusia 27 tahun ketika itu dan
suami serta anaknya berhijrah ke California.
Perubahan Gaskin daripada seorang ibu kepada ibu perbidanan bermula
dengan kesungguhan. Beliau mula menghadiri siri ceramah yang
disampaikan oleh Stephen yang ketika itu belum menjadi suaminya.
Stephen menyampaikan ucapan kepada sekumpulan anak-anak muda dalam
pelbagai perkara dari segi agama, politik hinggalah ke hubungan seksual.
Dalam kelas ini, Gaskin didedahkan buat kali pertama kepada pelbagai
perkara yang berkait rapat dengan wanita terutamanya proses melahirkan
anak.
Buat kali pertama, Gaskin berkata, beliau memahami betapa indahnya
sesuatu kelahiran itu jika kena pada masanya dan mendapat sokongan.
Pada tahun 1970, Gaskin bersama suaminya merancang satu program bersama 250 pengikutnya yang dikenali sebagai The Caravan iaitu sesi jelajah AS dalam siri ceramah selama lima bulan.
Dalam siri penjelajahan itu, kumpulan tersebut akan berhenti di
bandar-bandar, pekan dan kampus kolej untuk memberi ceramah mengenai
kelahiran.
Namun, pada suatu petang, ketika berhenti di Universiti
Northwestern, seorang wanita yang sarat hamil dalam kumpulan tersebut,
sudah tiba masanya untuk melahirkan anak.
Tanpa kehadiran doktor atau pegawai perubatan, Gaskin bersama suami
wanita tersebut berjaya melakukan tugas dengan baik dan menyambut
kelahiran seorang bayi lelaki yang sihat.
Ia merupakan bayi pertama daripada 11 yang telah dilahirkan dalam bas sepanjang program The Caravan.
Sejak itulah Gaskin mula dipanggil sebagai bidan meskipun tidak
belajar ilmu tersebut secara rasmi di mana-mana kolej atau pusat
pengajian.
Bagaimanapun, seorang pakar obstetrik dari Rhode Island terbaca di
dalam sebuah akhbar tempatan mengenai lawatan Gaskin dan menyambut
kelahiran di dalam bas. Lantas beliau terus menawarkan kepada Gaskin
dan beberapa wanita untuk menjalani latihan penting dalam proses
perbidanan.
Tidak lama selepas kembali ke San Francisco pada tahun 1971, Gaskin
bersama suaminya, Stephen menubuhkan sebuah perkhidmatan komuniti yang
dikenali sebagai The Farm di Summertown Tennessee.
Di sana, beliau dan beberapa bidan telah mengasaskan salah sebuah pusat perbidanan selain hospital yang pertama di AS.
Sejak itu, wanita-wanita hamil dari luar komuniti tersebut boleh
mendapatkan khidmat bidan-bidan Farm. Mereka juga boleh memilih sama
ada untuk melahirkan bayi di rumah atau di pusat tersebut.
Kemudian, pada tahun 1976, Gaskin menghasilkan sebuah buku bertajuk, Spiritual Midwifery
yang mendapat sambutan hangat dan terjual lebih daripada setengah juta
naskhah. Malah buku tersebut sehingga kini telah diulang cetak beberapa
kali.
Gaskin juga telah diundang untuk memberi ceramah dalam ilmu perbidanan di seluruh dunia.
Pada tahun 1996 hingga 2002, Gaskin diberi penghargaan untuk
memegang jawatan Presiden Persatuan Midwives Alliance Amerika Utara.
Dia juga penerima anugerah ASPO/Lamaze Irwin Chabon dan Tennessee
Perinatal Association Recognition pada tahun 1997. Selain itu
Universiti Yale turut menghargainya dengan anugerah Visiting Fellow of
Morse College.
Dalam kerjayanya sebagai bidan terkenal, Gaskin telah mengasaskan
Safe Motherhood Quilt Project. Ia adalah satu projek kebangsaan untuk
menarik perhatian umum mengenai kadar kematian dalam kelahiran dan
memberi maklumat yang sepatutnya untuk ibu-ibu hamil.

<hr noshade="noshade" size="1"> |

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Re: Bidan termasyhur AS
wau... mmg wanita hebat la beliau...
meqsover- AHLI JUNIOR
- Jawatan : paramedik jugak
Gender :
Jumlah Post : 45
Umur : 41
Tarikh Register : 05/03/2008
Reputation : 0
Points : 6100
Character sheet
Mutiara Kata saya: motivasi diri menjadi motif diri...
Similar topics
» Ramaikan Bidan Untuk Tangani Kematian Ibu Mengandung
» Masih Ku Ingat: Jadi bidan pakai baju tidur - berita harian

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak