FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Masih Ku Ingat: Jadi bidan pakai baju tidur - berita harian

2 posters

Go down

Masih Ku Ingat: Jadi bidan pakai baju tidur - berita harian Empty Masih Ku Ingat: Jadi bidan pakai baju tidur - berita harian

Post by Fieza Sun 19 Jun 2011, 10:34 pm

Masih Ku Ingat: Jadi bidan pakai baju tidur
Oleh Noraini Ismail
norain@bharian.com.my
2011/06/12










SI kecil berusia 6 tahun ligat benar bermain dengan rakan sebaya. Tidak
seperti adik beradiknya yang lain, Muhammad Haziq Abdul Hamid, petah
bercakap.


“Mulut dia macam bidan yang menyambutnya, kuat bercakap dan mudah
mesra dengan orang,” kata Rafidah Rafie, 34, isteri Abdul Hamid Hussain,
40, sambil memandang ke arah saya. Tentu pembaca ingin tahu apa kaitan
tugas saya sebagai wartawan dan gelaran bidan diberikan oleh ibu
Muhammad Haziq itu.












Pagi Jumaat, 7 Januari 2005, itulah detik cemas yang tidak saya
lupakan sehingga hari ini. Baru saja terlena selepas balik kerja jam 2
pagi, apabila terdengar pintu rumah diketuk. Saya bangun, ternampak
kelibat lelaki di luar.













“Kak... panggil abang sebentar,” kata suara lelaki dari luar. “Oh
Hamid rupanya,” kata saya terus ke bilik air memanggil suami. Hamid
adalah rakan sekerja suami dan tinggal di tingkat bawah kuarters empat
tingkat Asrama Sentosa, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Sentul. Asrama
Sentosa adalah pusat tahanan reman juvana.


Saya tertanya-tanya juga apa berita dibawa Hamid. Jam ketika itu baru menunjukkan 4.30 pagi.


Tiba-tiba suami menyuruh saya bersiap untuk ke rumah Hamid.


“Mah.... isteri Hamid nak bersalin. Cepat ke rumahnya, abang dan Hamid akan ke klinik,” arah suami.





Saya sempat basuh muka saja dan dalam baju tidur itu, saya terus
turun ke tingkat bawah, rumah Hamid. Ketika sampai di rumah Hamid, saya
lihat sudah ada dua jiran lain iaitu Sarimah dan Kamsiah di samping
isteri Hamid, Rafidah, mengerang kesakitan. Hamid dan suami balik tidak
lama kemudian dengan perasaan hampa tiada doktor yang sanggup datang
ke rumah.


“Kita papah Rafidah ke kereta untuk dibawa ke hospital,” cadang
saya. Rafidah cuba bangun, tetapi tidak dapat melangkah kerana katanya,
bayi tunggu masa hendak keluar. Hamid dan suami kemudian menghubungi
999.


Sementara menunggu bantuan tiba, saya minta Rafidah bertenang dan menahan sakit.


Sakit hendak bersalin semakin kerap. Dalam keadaan panik, saya
memintanya berbaring saja di atas permaidani di ruang tamu yang
beralaskan kain.


Siapa yang patut menjadi bidan untuk menyambut bayi? Sarimah dan
Kamsiah masing-masing saling berpandangan dan mencadangkan saya saja
menjadi bidan.


Teringat pengalaman mengintai ibu bersalin adik berbidankan
jururawat desa di rumah. Ketika itu saya ditugaskan menyediakan air
panas buat membasuh peralatan. Saya tengok bagaimana bidan memotong
tali pusat dan mengikatnya dengan benang.


Antara percaya dan tidak, saya pula kena berdepan saat genting
memberi semangat kepada Rafidah. Saya selawat dalam hati untuk
mengurangkan rasa takut. Sempat juga saya azan sejurus menyambut bayi
yang menangis buat kali pertama itu.


Sementara menunggu uri keluar, saya mengikat tali pusat bayi
menggunakan benang sebelum memotongnya dengan gunting yang sudah dicuci
air panas. Saya masih pegang tali pusat selebihnya dan hanya melepaskan
selepas uri keluar.


Saya masih ingat kata orang tua, kalau tali pusat terlepas, uri akan kekal di dalam rahim dan boleh membahayakan nyawa ibu.


Saya memang berhasrat membersihkan bayi itu, tetapi tak dapat
dibuat apabila ambulans yang membawa seorang jururawat tiba. Jururawat
itu memeriksa Rafidah dan bertanya siapa yang mengikat dan memotong
tali pusat bayi. Saya dengan selamba mengaku melakukannya.


Ingatkan dapat pujian, sebaliknya memberi peringatan tidak patut berbuat begitu kerana dibimbangi jangkitan kuman.


Masa itu apa yang saya fikir ialah untuk menyelimutkan bayi dan
berasa sukar untuk melakukannya jika bayi masih berantai dengan tali
pusat. Apabila mengingatkan amaran jururawat itu, timbul perasaan takut
jika berlaku perkara tidak diingini selepas itu.


Semua kegusaran itu sudah lama berlalu. Anak keempat Rafidah itu
sudah pun mempunyai adik baru. Menurut Rafidah pengalaman melahirkan
Muhammad Haziq masih diingat dan jadi pengajaran untuk tidak berlengah
ke hospital.


Bila mengenangkannya, saya terfikir bagaimana wanita yang
terlanjur melalui keperitan bersalin seorang diri dan kemudian membuang
bayi untuk mengelak perbuatan terkutuknya dihidu masyarakat. Apakah
wanita seperti ini tiada sifat keibuan sehingga sanggup membiarkan bayi
tidak berdosa mati.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Masih Ku Ingat: Jadi bidan pakai baju tidur - berita harian Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Masih Ku Ingat: Jadi bidan pakai baju tidur - berita harian Empty Re: Masih Ku Ingat: Jadi bidan pakai baju tidur - berita harian

Post by Puteri Kayangan Fri 25 Nov 2011, 4:37 pm

byk cite yg menarik sbnarnya boleh kongsi
Puteri Kayangan
Puteri Kayangan
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Masih Ku Ingat: Jadi bidan pakai baju tidur - berita harian Kuala_10
Jawatan : Orang Kesihatan
Gender : Female
Jumlah Post : 175
Umur : 33
Tarikh Register : 05/06/2011
Reputation : 5
Points : 5303

https://www.facebook.com http://www.google.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum