FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pendapatan bidang kejururawatan di Malaysia masih rendah (berita Harian)

Go down

Pendapatan bidang kejururawatan di Malaysia masih rendah (berita Harian) Empty Pendapatan bidang kejururawatan di Malaysia masih rendah (berita Harian)

Post by Fieza Mon 21 Dec 2009, 8:51 pm

Pendapatan bidang kejururawatan di Malaysia masih rendah

KONGRES Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan mengkaji semula kadar gaji dan menawarkan insentif menarik dalam bidang kejururawatan bagi memastikan profesion lebih berdaya saing.

Presidennya, Omar Osman, berpendapat gaji ditawarkan di negara kita masih ketinggalan jauh lebih rendah berbanding negara lain khususnya Arab Saudi. Walaupun sudah ada kajian berkaitannya dibuat pada 2005, ia masih belum mencapai tahap memuaskan.

Oleh itu, beliau menggesa kerajaan mengkaji semula kenaikan gaji kepada jururawat di seluruh negara kerana masih berada pada tahap rendah sedangkan mereka berdepan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Skim gaji baru serta insentif itu juga perlu untuk mengelak jururawat berkenaan berhijrah ke negara lain kerana kecewa dengan pendapatan yang diperoleh sekarang. Omar berkata, walaupun skim baru U29 hingga U42 diwujudkan dalam perkhidmatan itu, ia belum memuaskan dan dianggap masih rendah.

"Kerajaan juga sepatutnya sediakan insentif tertentu untuk menggalakkan lebih ramai lepasan sekolah menyertai kerjaya ini. Apa yang mengecewakan kita, jururawat yang sudah mengambil sijil asas, tidak mendapat elaun RM100 sekiranya tidak terbabit dalam kerja. Apa gunanya mereka menghabiskan masa selama setahun bagi mendapatkan sijil itu tetapi tidak dapat apa-apa insentif," katanya.

Omar berkata, pihaknya juga sedang dalam tindakan untuk menghantar memorandum kepada kerajaan bagi mengkaji bidang kejururawatan serta kerjaya lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang turut berdepan isu sama.

"Kita juga menerima aduan ada jururawat yang berkhidmat di pulau seperti Pulau Pangkor dan Pulau Langkawi tidak menerima sebarang elaun. Kita anggap kawasan itu perlu diberi insentif. Jika guru pedalaman ada elaun, maka jururawat yang bertugas di pulau juga perlu dapat insentif sama.

"Saya percaya jika penambahbaikkan dilakukan dalam kerjaya ini dari segi insentif, gaji dan kemudahan kenaikan pangkat, ia akan menjadi lebih menarik. Malangnya apa yang saya lihat kerjaya ini agak statik. Contohnya, kenaikan gaji bagi gred P1T1 (RM827.94) ke P3T24 (RM2,423.63) memerlukan tempoh 30 tahun berkhidmat.

"Jadi, tidak mustahil mengapa, ramai jururawat yang sudah tamat kontrak mencari peluang bekerja di negara lain seperti Arab Saudi yang menawarkan pelbagai insentif menarik termasuk gaji yang tinggi," katanya

Secara keseluruhan bidang kejururawatan dibahagikan kepada empat bidang asas, iaitu mencakupi jururawat kesihatan, jururawat perubatan, jururawat masyarakat dan jururawat akademik.

Sebagai perbandingan, jururawat yang mempunyai pengalaman dan berkelayakan boleh dinaikkan pangkat ke jawatan ketua jururawat dan penyelia jururawat atau ke bahagian pengurusan.

Sebagai contoh, gaji permulaan bagi jururawat ialah pada Gred, iaitu:
P1T1 RM827.94 � P1T24 RM2,177.15
P2T1 RM880.88 � P2T24 RM2,298.18
P3T1 RM935.33 � P3T24 RM2,423.63.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Pendapatan bidang kejururawatan di Malaysia masih rendah (berita Harian) Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum