FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Cabaran siswa kejururawatan - berita harian

Go down

Cabaran siswa kejururawatan - berita harian Empty Cabaran siswa kejururawatan - berita harian

Post by Fieza Sun 19 Jun 2011, 10:37 pm

Cabaran siswa kejururawatan
Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.my
2011/06/09









  • Cabaran siswa kejururawatan - berita harian Pix_gal1








MASYARAKAT amat menyanjung tinggi profesion jururawat, malah sering
menyamakannya dengan kerjaya keguruan apabila masing-masing berperanan
menyumbang bakti dan khidmat membantu masyarakat.

Namun,
hakikatnya masih ramai yang belum benar-benar memahami realiti cabaran
kerjaya itu yang tidak pernah mengenal erti penat dan cukup menguji
kesabaran terutama ketika melayani pesakit.











Dianggap sebagai kerjaya rumit dan tidak seglamor seperti kerjaya
lain, individu yang memilih kerjaya ini sering dilabelkan sebagai
seorang yang penyabar, penyayang, sentiasa tenang dan tidak mudah panik
apabila berdepan situasi cemas.












Tidak hairanlah jika kerjaya itu dimonopoli golongan wanita yang yang fitrah semula jadinya lembut dan bersopan santun.

Namun, senario hari ini sudah mula berubah apabila golongan lelaki
juga mula berminat menceburi bidang kejururawatan. Permintaan sektor
perubatan terhadap jururawat juga semakin meningkat dan buktinya, banyak
institusi pengajian tinggi (IPT) khususnya swasta berlumba-lumba
menyediakan program kejururawatan bagi menampung keperluan itu dengan
melahirkan graduan jururawat yang berkualiti dan berkaliber.


Penulis berkesempatan menyelami realiti kehidupan mahasiswa
kejururawatan di Management & Science University (MSU) di Shah Alam
yang mengakui melalui proses pengajian cukup mencabar sebaik bergelar
mahasiswa kejururawatan.

Rata-rata yang ditemui bagaimanapun
tidak pernah menyesal, malah cukup berbangga dan yakin dengan bidang
pengajian pilihan yang disifatkan banyak mengajar mereka mengenal erti
kemanusiaan.




Bagi mahasiswa tahun akhir, Diploma Kejururawatan MSU, Nurul
Akmarina Temuran, biarpun ada pelajar yang menyifatkan bidang
kejururawatan tidak begitu glamor jika dibandingkan dengan profesion
lain, kerjaya itu mampu memberi jaminan dan masa depan cerah kepada
mahasiswa yang mengikuti kursus berkenaan.

Akur dengan senario
generasi muda hari ini kurang berminat menceburi bidang kejururawatan
dan memilih kerjaya ini sebagai yang terakhir, Nurul Akmarina mengakui
bukan semua orang mampu menangani cabaran sebagai jururawat.


Katanya, kesabaran tinggi dan rasa kasih sayang dituntut pada diri
seseorang bagi memastikan mereka berupaya menjadi seorang jururawat yang
benar-benar berkaliber.

“Sebelum membuat keputusan memilih
bidang pengajian ini, saya tahu kesulitan yang bakal dihadapi. Jadual
kerja tidak menentu, persekitaran kerja yang tidak selesa dan kerenah
pesakit yang pelbagai latar belakang cukup menggambarkan kepayahan
kerjaya ini.

“Namun saya percaya dan yakin dengan diri sendiri,
jika kita lakukan sesuatu, lakukannya dengan terbaik. Saya berusaha
membiasakan diri dengan keadaan itu demi memastikan tanggungjawab masa
depan mampu dipenuhi sebaik mungkin,” katanya yang pernah menyertai
Persatuan Bulan Sabit Merah di sekolahnya sebelum ini.

Pendapat
Nurul Akmarina turut disokong rakannya, Norsahyidah Mohd Zaki yang
mengakui tugas jururawat tidak semudah yang disangkakan kerana ia
memerlukan kekuatan diri, disiplin dan kesabaran selain kemahiran
menjadi kunci utama kejayaan.

“Banyak pengetahuan dan kemahiran
yang perlu dipelajari selain perlu arif aspek perubatan secara
terperinci serta sistem tubuh manusia.
“Di MSU, kami disediakan
dengan tenaga pengajar terlatih dan kemudahan skill lab yang banyak
membantu proses pengajaran serta pembelajaran mahasiswa selain pengisian
kurikulum pengajian yang berkualiti,” katanya.

Katanya, amali
kemahiran klinikal menjadi pengalaman yang paling menyeronokkan kerana
selain merasai persekitaran sebenar hospital, peluang itu turut membantu
memantapkan pengetahuan teori dipelajari di bilik kuliah.

Bagi
Muhammad Afifi Matrebi, beliau agak ralat dengan persepsi segelintir
masyarakat yang masih belum dapat menerima sepenuhnya kehadiran lelaki
dalam bidang itu dan sering kali ia dianggap hanya sesuai untuk wanita.

Hakikatnya, katanya, keperluan jururawat lelaki juga dituntut
khususnya jika membabitkan kes pesakit lelaki yang memerlukan rawatan
dan khidmat jururawat lelaki.

“Faktor itu menarik minat saya
memilih bidang pengajian kejururawatan dan keluarga menyokong penuh
keputusan saya memilih bidang ini. Itu sedikit sebanyak memberi kekuatan
dan semangat untuk membuktikan lelaki juga mampu berjaya dalam kerjaya
yang sinonim dengan golongan wanita.

“Saya akui, bilangan
jururawat lelaki memang tidak ramai, tetapi ia dijangka akan terus
meningkat saban tahun biarpun bilangannya terlalu kecil,” katanya.

Sementara itu, pengalaman kerja selama dua tahun di sebuah hospital di
Lembah Klang banyak membantu Shalini a/p Balasubramaniam mendalami
bidang pengajian kejururawatan di MSU.

Meletakkan komitmen
sebagai faktor penting, katanya, mahasiswa kejururawatan perlu memiliki
sifat jujur dan ikhlas kerana semua elemen itu bukan sesuatu yang boleh
dibuat-buat.

“Setiap detik begitu bermakna kerana nyawa dan
keselamatan orang ramai yang menerima rawatan amat bergantung kepada
peranan jururawat. Oleh itu, tanggungjawab atau harapan yang disandarkan
amat besar.

“Walau sepenat manapun, semua itu bakal memberi
pengalaman berharga dan setiap detik yang dilalui sepanjang kerjaya itu
adalah sesuatu yang menarik. Soal maki hamun dan kerenah pesakit perlu
diketepikan kerana itu adalah sebahagian asam garam dalam kerjaya ini,”
katanya.


Pemilihan ketat berdasarkan personaliti

MELETAKKAN
kualiti sebagai asas kukuh dalam setiap program pengajian yang
ditawarkan, Management & Science University (MSU) antara institusi
pengajian tinggi swasta (IPTS) pilihan bagi kebanyakan pelajar yang
berminat mengikuti bidang pengajian kejururawatan.

Ketua
Pegawai Eksekutif dan Naib Canselor MSU, Prof Datuk Dr Junainah Abd
Hamid, berkata kekuatan institusi itu disandarkan kepada kepakaran
tenaga pengajar berkelayakan selain kemudahan skill lab yang menyamai
suasana dan kemudahan yang terdapat di hospital sebenar.


Katanya, aspek pemilihan pelajar program pengajian kejururawatan turut
dititikberatkan bagi memastikan hanya mereka yang layak saja diterima
memasuki program berkenaan.

“Selain syarat kelayakan akademik
yang perlu dipenuhi, calon juga perlu melepasi proses temu duga ketat
bagi menilai personaliti dan perwatakan mereka.

“Saringan dan
prasyarat sedemikian penting kerana kita mahukan pelajar yang
betul-betul ada minat dan kecenderungan untuk menjadi jururawat,”
katanya.

Prof Junainah menjelaskan, pengisian kurikulum
kejururawatan di MSU turut menetapkan setiap mahasiswa menjalani latihan
amali di hospital pengajaran terpilih sejak awal semester selain
pembelajaran teori dan praktikal di skill lab.

Setakat ini
katanya, MSU bekerjasama dengan beberapa hospital seperti Hospital
Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh
yang dijadikan hospital pengajaran bagi mahasiswa kejururawatan.

“Kerjaya jururawat sesuai untuk pelajar yang berjiwa besar, ikhlas
menjaga orang lain dan memiliki kesabaran yang tinggi dalam melaksanakan
tanggungjawabnya.
“Jururawat ialah petugas barisan hadapan
dalam industri penjagaan kesihatan. Mereka menjadi mata dan telinga
kepada doktor, malah kecekapan mereka mampu menyelamatkan nyawa mereka
yang memerlukan,” katanya.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Cabaran siswa kejururawatan - berita harian Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum