FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Barah hidung (Berita Harian Online)

Go down

Barah hidung (Berita Harian Online) Empty Barah hidung (Berita Harian Online)

Post by Fieza Fri 09 Oct 2009, 8:32 pm

Barah hidung sukar dikesan

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my


Penyakit lazim rakyat Malaysia dengan kaum Bidayuh catat kes tertinggi di dunia

APAKAH hidung anda sering berdarah? Jika ya, anda
berkemungkinan mengalami masalah barah hidung atau 'nasopharyngeal
carcinoma' (NPC) yang kerap kali sukar dikesan kerana kedudukannya yang
jauh di belakang hidung.

Malah, lazimnya, pesakit hanya dikesan mengidap NPC apabila
mendapatkan rawatan akibat masalah kesihatan lain seperti hidung
berdarah atau bengkak pada kelenjar di leher. Namun, malang sekali
apabila mereka disahkan menghidap NPC pada tahap ketiga.

Pakar Runding Telinga, Hidung dan Tekak Hospital Pantai Ampang, Dr
Raymond Tan berkata, barah hidung adalah penyakit yang paling lazim
dikesan dihidapi kalangan warga Malaysia.

Malah di peringkat global, kaum Bidayuh yang menjadi antara
etnik utama Sarawak, terbukti menjadi bangsa paling tinggi dikesan
menghidap barah hidung.

Di Semenanjung Malaysia, mereka yang berketurunan Cina dan Melayu lebih kerap didiagnos dengan barah hidung.

Masyarakat India, bagaimanapun, amat jarang dikesan mengalami masalah ini.

Barah hidung adalah ketumbuhan yang wujud di 'nasopharynx'
iaitu bahagian yang terletak di belakang hidung dan di atas bahagian
belakang tekak.

"Pada peringkat awal, barah hidung memang sukar dikesan
kerana bahagian nasopharnyx payah diperiksa. Lebih sukar lagi, simptom
penyakit itu juga menyerupai gejala masalah kesihatan lain," katanya.

Dr Raymond berkata, ada kalanya juga, pesakit percaya hidung yang berdarah disebabkan suhu badan terlalu panas.

"Ini menyebabkan mereka tidak berjumpa doktor kerana menganggap masalah itu kecil dan boleh sembuh dengan sendiri."

Bagaimanapun, tegasnya, hidung berdarah hanya satu daripada
simptom barah hidung. Lebih membimbangkan, simptom itu ada kalanya
menunjukkan barah berkenaan sudah pun berada di tahap akhir.

Di negara Asia Tenggara, NPC mencatatkan antara lima hingga
15 kes bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala di China, terutama di
Selatan China, Taiwan dan Hong Kong mencatat 30 kes bagi nisbah jumlah
penduduk yang sama.

Jelas Dr Raymond, pada peringkat awal, NPC tidak menyebabkan
sebarang simptom. Bagaimanapun apabila barah itu merebak ke tahap
seterusnya, beberapa simptom mula kelihatan.

Katanya, ada beberapa faktor risiko yang dikaitkan dengan
serangan NPC. Antaranya jantina. Lelaki berhadapan dengan risiko NPC
dua kali ganda lebih tinggi berbanding wanita. Manakala orang Asia dan
Utara Afrika lebih banyak dikesan menghidap NPC.

"Satu lagi faktor risiko yang dikaitkan dengan NPC adalah
makanan yang diawet dengan kandungan garam yang tinggi, misalnya ikan,
itik atau sayur-sayuran,"katanya.

Selain itu virus Epstein-Barr, virus paling biasa ditemui
pada manusia dan hidup di sekitar hidung. Virus ini dikaitkan dengan
beberapa jenis barah.

Jelas Dr Raymond, barah NPC tahap satu bermaksud, barah masih
berada dalam hidung. Barah NPC tahap dua dan tiga, ketumbuhan semakin
besar dan sudah merebak ke bahagian. NPC tahap akhir, barah masuk jauh
ke paru paru, tulang atau hati.

"Kerana simptom awal NPC kerap dianggap masalah biasa,
kebanyakan pesakit datang ketika sudah berada di tahap kedua dan
ketiga," katanya.

Mengikut statistik, hampir 54 peratus dikesan dengan NPC
selepas mendapatkan rawatan bengkak di leher, 25 peratus ketika berlaku
pendarahan pada hidung, 18 peratus kerana masalah kurang pendengaran
pada sebelah telinga, 13 peratus kerana menjadi juling dan 12 peratus
terasa telinga berdengung.

INFO: Simptom NPC


Simptom awal
1. Hidung berdarah, bukan pendarahan yang teruk tetapi kesan darah.
2. Salah satu telinga berdengung.
3. Salah satu hidung tersumbat dan tidak boleh bernafas dengan betul.


Simptom lewat
1. Bengkak pada leher.
2. Mata juling - barah sudah memasuki bawah otak dan menyerang saraf otak yang mengawal pergerakan mata.
3) Sakit kepala yang kronik.
4) Sakit pada tulang kaki atau belakang (tahap empat).Rawatan


1) Radiasi - memusnahkan sel barah dengan cepat. Namun
ada kesan sampingan yang bersifat sementara, misalnya hilang
pendengaran, mulut yang kering atau sukar menelan.


2) Kemoterapi - bertindak memusnahkan sel dengan pantas
tetapi seperti diketahui ia juga mungkin memusnahkan sel yang sihat
berdekatan sel yang terjejas. Kemoterapi bertindak merawat NPC dengan
tiga cara, digunakan bersama-sama terapi radiasi, digunakan selepas
terapi radiasi atau sebelum terapi radiasi.


3) Pembedahan - bukan rawatan yang kerap dipilih untuk
menangani NPC. Bergantung pada keadaan pesakit, doktor akan menilai
rawatan terbaik dengan peratusan untuk pulih yang memihak kepada
pesakit.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Barah hidung (Berita Harian Online) Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum