Risiko jaundis bayi (Berita Harian Online)
Page 1 of 1

Risiko jaundis bayi
Oleh Dr Azam Mohd Nor
bminggu@bharian.com.my
Masalah serius boleh sebabkan kecacatan otak, pendengaran
SOALAN
ISTERI saya baru melahirkan anak sulung kami beberapa hari
lalu. Bayi itu berhadapan dengan masalah jaundis dan ditahan di wad.
Saya difahamkan jaundis satu masalah biasa bagi bayi-bayi yang baru
lahir. Bagaimanapun saya jadi resah melihat dia ditempatkan di bawah
sinaran lampu.
Saya ingin tahu adakah jaundis boleh menyebabkan komplikasi kesihatan
yang lain. Adakah rawatan tradisional misalnya memberi bayi minum susu
kambing boleh membantu memulihkan jaundis?
Bapa Muda
JAWAPAN:
Jaundis adalah masalah yang kerap berlaku dan lebih kurang separuh daripada
bayi cukup bulan dan antara 80 hingga 90 peratus bayi pramatang atau
lahir tidak cukup bulan, mengalami masalah jaundis.
Jaundis terjadi apabila tahap bilirubin yang lebih tinggi
daripada normal. Bilirubin pula adalah bahan yang dihasilkan daripada
pemecahan sel darah merah.
Selalunya ia bermula selepas hari pertama dan mungkin
berterusan selama satu atau dua minggu. dan ia juga lazimnya bermula
daripada bahagian muka dan kemudian kulit dada, perut dan kaki,
sekiranya tahap jaundis itu kian bertambah atau ketara.
Bayi yang berhadapan dengan jaundis yang sedikit bukanlah
satu perkara berbahaya, ia tidak akan menyebabkan bayi kurang selesa
dan biasanya akan hilang selepas dua minggu.
Bagaimanapun, jika tahap kuning tinggi ia boleh membawa bahaya seperti kecacatan otak atau pendengaran.
Cara paling mudah mengesan kuning ialah menekan kulit secara
perlahan dengan jari. Jika kulit berwarna kuning kemungkinan besar bayi
anda mengalami jaundis.
Jika masalah jaundis berterusan untuk lebih dua minggu, bayi berkenaan memerlukan pemeriksaan lebih terperinci.
Memang jaundis yang keterlaluan atau terlalu tinggi boleh
menyebabkan Komplikasi jika tidak ditangani sebaiknya. Misalnya
kerosakan pada otak dan pendengaran. Namun, rawatan awal berupaya
mengelak kemungkinan itu.
Bagaimana untuk tahu tahap jaundis yang bahaya?

Kuning yang keterlaluan. Kuning seperti kunyit.

Bayi tidur keterlaluan.

Menangis dengan nada yang tinggi

Tidak mahu menyusu

Lemah dan tidak aktif
Kalau di hospital, bayi anda akan ditempatkan di bawah lampu
biru. Lampu ini akan meninggikan proses penurunan bilirubin melalui
proses penyingkiran bilirubin melalui buah pinggang.
Jika tahap jaundis terlalu tinggi bayi mungkin memerlukan penukaran darah. Proses ini agak rumit dan perlu rawatan rapi.
Tidak dinafikan, ramai ibu bapa mencuba rawatan alternatif
atau tradisional seperti memberi susu kambing atau memandikan dengan
air herba sebagai satu cara rawatan jaundis. Sebenarnya, tidak ada
analisis yang menunjukkan bahan itu dapat menurunkan tahap jaundis dan
kadang kala mungkin menyebabkan masalah lain seperti cirit dan
sebagainya.

Jawapan disediakan: Dr Azam Mohd Nor, Pakar Runding Pediatrik dan Kardiologi Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.
Info
Bagi anda yang memiliki kemusykilan mengenai kesihatan, sila
hantarkan soalan kepada “Doktor di Berita Minggu” melalui e-mel,
bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Minggu, Berita
Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala
Lumpur.

Oleh Dr Azam Mohd Nor
bminggu@bharian.com.my
BAYI mengalami jaundis ditempatkan di bawah lampu biru. |
SOALAN
ISTERI saya baru melahirkan anak sulung kami beberapa hari
lalu. Bayi itu berhadapan dengan masalah jaundis dan ditahan di wad.
Saya difahamkan jaundis satu masalah biasa bagi bayi-bayi yang baru
lahir. Bagaimanapun saya jadi resah melihat dia ditempatkan di bawah
sinaran lampu.
Saya ingin tahu adakah jaundis boleh menyebabkan komplikasi kesihatan
yang lain. Adakah rawatan tradisional misalnya memberi bayi minum susu
kambing boleh membantu memulihkan jaundis?
Bapa Muda
JAWAPAN:
CARA mengesan kuning ialah menekan kulit secara perlahan dengan jari. |
bayi cukup bulan dan antara 80 hingga 90 peratus bayi pramatang atau
lahir tidak cukup bulan, mengalami masalah jaundis.
Jaundis terjadi apabila tahap bilirubin yang lebih tinggi
daripada normal. Bilirubin pula adalah bahan yang dihasilkan daripada
pemecahan sel darah merah.
Selalunya ia bermula selepas hari pertama dan mungkin
berterusan selama satu atau dua minggu. dan ia juga lazimnya bermula
daripada bahagian muka dan kemudian kulit dada, perut dan kaki,
sekiranya tahap jaundis itu kian bertambah atau ketara.
Bayi yang berhadapan dengan jaundis yang sedikit bukanlah
satu perkara berbahaya, ia tidak akan menyebabkan bayi kurang selesa
dan biasanya akan hilang selepas dua minggu.
Bagaimanapun, jika tahap kuning tinggi ia boleh membawa bahaya seperti kecacatan otak atau pendengaran.
Cara paling mudah mengesan kuning ialah menekan kulit secara
perlahan dengan jari. Jika kulit berwarna kuning kemungkinan besar bayi
anda mengalami jaundis.
Jika masalah jaundis berterusan untuk lebih dua minggu, bayi berkenaan memerlukan pemeriksaan lebih terperinci.
Memang jaundis yang keterlaluan atau terlalu tinggi boleh
menyebabkan Komplikasi jika tidak ditangani sebaiknya. Misalnya
kerosakan pada otak dan pendengaran. Namun, rawatan awal berupaya
mengelak kemungkinan itu.
Bagaimana untuk tahu tahap jaundis yang bahaya?

Kuning yang keterlaluan. Kuning seperti kunyit.

Bayi tidur keterlaluan.

Menangis dengan nada yang tinggi

Tidak mahu menyusu

Lemah dan tidak aktif
Kalau di hospital, bayi anda akan ditempatkan di bawah lampu
biru. Lampu ini akan meninggikan proses penurunan bilirubin melalui
proses penyingkiran bilirubin melalui buah pinggang.
Jika tahap jaundis terlalu tinggi bayi mungkin memerlukan penukaran darah. Proses ini agak rumit dan perlu rawatan rapi.
Tidak dinafikan, ramai ibu bapa mencuba rawatan alternatif
atau tradisional seperti memberi susu kambing atau memandikan dengan
air herba sebagai satu cara rawatan jaundis. Sebenarnya, tidak ada
analisis yang menunjukkan bahan itu dapat menurunkan tahap jaundis dan
kadang kala mungkin menyebabkan masalah lain seperti cirit dan
sebagainya.

Jawapan disediakan: Dr Azam Mohd Nor, Pakar Runding Pediatrik dan Kardiologi Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.
Info
Bagi anda yang memiliki kemusykilan mengenai kesihatan, sila
hantarkan soalan kepada “Doktor di Berita Minggu” melalui e-mel,
bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Minggu, Berita
Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala
Lumpur.

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Similar topics
» Barah hidung (Berita Harian Online)
» Kerajaan tak beri bonus bagi elak perbelanjaan melebihi pendapatan: PM (Berita Harian Online)
» Jaundis - Risikonya pada bayi baru lahir
» BERITA HARIAN JUMAAT 17 APRIL 2009M/S 8
» Cabaran siswa kejururawatan - berita harian

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak