FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kerajaan tak beri bonus bagi elak perbelanjaan melebihi pendapatan: PM (Berita Harian Online)

5 posters

Go down

Kerajaan tak beri bonus bagi elak perbelanjaan melebihi pendapatan: PM (Berita Harian Online) Empty Kerajaan tak beri bonus bagi elak perbelanjaan melebihi pendapatan: PM (Berita Harian Online)

Post by Fieza Sat 16 Oct 2010, 10:53 pm

Kerajaan tak beri bonus bagi elak perbelanjaan melebihi pendapatan: PM

2010/10/16

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan memberikan bantuan kewangan khas dan bukan bonus sebulan kepada kakitangan awam kerana tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan.

Perdana Menteri berkata, sekiranya kerajaan memberikan bonus sebulan ia menyebabkan implikasi perbelanjaan kerajaan sehingga RM3.1 bilion.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, pagi ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Kerajaan tak beri bonus bagi elak perbelanjaan melebihi pendapatan: PM (Berita Harian Online) Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Kerajaan tak beri bonus bagi elak perbelanjaan melebihi pendapatan: PM (Berita Harian Online) Empty Re: Kerajaan tak beri bonus bagi elak perbelanjaan melebihi pendapatan: PM (Berita Harian Online)

Post by fifie Sun 17 Oct 2010, 11:03 am

Tiada bonus untuk penjawat awam - sinar harian online

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa kerajaan tidak dapat memberikan sebulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan besar, iaitu RM3.1 bilion.

Oleh itu, katanya, pemberian bantuan khas kewangan RM500 setiap seorang adalah wajar.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, memang banyak pihak yang melobi supaya kerajaan dapat mengisytiharkan bonus sebulan kepada 1.2 juta penjawat awam.

“Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan membabitkan belanja RM3.1 bilion pada kerajaan. Kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara.

“Sebab itu yang saya dapat lakukan ialah beri RM500 sebagai bayaran khas kepada penjawat awam,” katanya berucap pada majlis Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia bersama Perdana Menteri di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, semalam.

Najib berkata, bantuan khas kewangan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan kewangan ibu bapa untuk persiapan persekolahan anak-anak pada hujung tahun.

“Wang RM500 ini sangat-sangat berguna sekali dan kerajaan akan bayar bantuan khas itu pada Disember ini,” katanya.

Menurutnya, kerajaan bermurah hati turut memanjangkan bantuan ini kepada pesara-pesara kerajaan, walaupun mungkin ada yang tiada lagi perlu menanggung anak-anak bersekolah.

Beliau berkata, walaupun tiada pemberian bonus, kerajaan memberikan ganjaran lain yang memberi faedah kepada penjawat awam seperti cuti bersalin tidak melebihi 90 hari.

Najib berkata, ini turut memberi faedah kepada guru wanita yang merupakan hampir 70 peratus daripada 400,000 guru di seluruh negara.

“Cuti bersalin ini hadiah untuk kaum wanita. Tapi kalau tak nak ambil 90 hari pun boleh juga. Itu terpulang kepada mereka,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan turut memberi faedah tambahan dari segi pinjaman perumahan di mana had maksimum pinjaman perumahan dinaikkan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini, agar penjawat awam lebih mampu membeli rumah lebih berharga.

Mengenai pelbagai memorandum yang disampaikan kepada beliau untuk melakukan penambahbaikan skim perkhidmatan perguruan, Najib berkata, beliau perlu sedikit masa menelitinya kerana melibatkan implikasi kewangan dan kumpulan guru yang besar.

“Sebab itu saya perlu teliti bersama JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan Kementerian Kewangan. Banyak cadangan dikemukakan, sekiranya kerajaan mampu, saya akan bincang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran), boleh buat pengumuman bila sampai pada masanya,” katanya. - Bernama
fifie
fifie
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri : Kerajaan tak beri bonus bagi elak perbelanjaan melebihi pendapatan: PM (Berita Harian Online) Selang10
Jawatan : jururawat terlatih
Gender : Female
Jumlah Post : 93
Umur : 39
Tarikh Register : 19/10/2006
Reputation : 8
Points : 6647

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

Kerajaan tak beri bonus bagi elak perbelanjaan melebihi pendapatan: PM (Berita Harian Online) Empty Re: Kerajaan tak beri bonus bagi elak perbelanjaan melebihi pendapatan: PM (Berita Harian Online)

Post by Lord Vlad Tue 19 Oct 2010, 10:12 pm

err.... no komen.....
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Kerajaan tak beri bonus bagi elak perbelanjaan melebihi pendapatan: PM (Berita Harian Online) Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Kerajaan tak beri bonus bagi elak perbelanjaan melebihi pendapatan: PM (Berita Harian Online) Empty Re: Kerajaan tak beri bonus bagi elak perbelanjaan melebihi pendapatan: PM (Berita Harian Online)

Post by azie8314 Fri 29 Jul 2011, 12:21 pm

alasan tetap alasan
avatar
azie8314
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri : Kerajaan tak beri bonus bagi elak perbelanjaan melebihi pendapatan: PM (Berita Harian Online) Pahang10
Jawatan : jururawat u29
Gender : Female
Jumlah Post : 3
Umur : 41
Tarikh Register : 29/07/2011
Reputation : 0
Points : 4805

Back to top Go down

Kerajaan tak beri bonus bagi elak perbelanjaan melebihi pendapatan: PM (Berita Harian Online) Empty Re: Kerajaan tak beri bonus bagi elak perbelanjaan melebihi pendapatan: PM (Berita Harian Online)

Post by Cik Pah Fri 29 Jul 2011, 7:39 pm

x bagi bonus elak perbelanjaan melebihi pendapatan adeh mcm x wajar lak alasan scratch
Cik Pah
Cik Pah
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Kerajaan tak beri bonus bagi elak perbelanjaan melebihi pendapatan: PM (Berita Harian Online) Kelant10
Jawatan : MLT
Gender : Female
Jumlah Post : 1946
Umur : 43
Tarikh Register : 07/11/2006
Reputation : 12
Points : 6999

Character sheet
Mutiara Kata saya: cHaiyoOoOk!!!

Back to top Go down

Kerajaan tak beri bonus bagi elak perbelanjaan melebihi pendapatan: PM (Berita Harian Online) Empty Re: Kerajaan tak beri bonus bagi elak perbelanjaan melebihi pendapatan: PM (Berita Harian Online)

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum