FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lapan tahun di Arab Saudi beri pengalaman berharga (Berita Harian)

5 posters

Go down

Lapan tahun di Arab Saudi beri pengalaman berharga (Berita Harian) Empty Lapan tahun di Arab Saudi beri pengalaman berharga (Berita Harian)

Post by Fieza Mon 21 Dec 2009, 8:55 pm

Lapan tahun di Arab Saudi beri pengalaman berharga (Berita Harian) 91f5403ca0440bdb7ecda5492690-grande

Lapan tahun di Arab Saudi beri pengalaman berharga


"TEMPOH lapan tahun bekerja di Arab Saudi sebagai jururawat memberikan banyak pengalaman berharga yang tidak mungkin diperoleh di pusat perubatan tempatan selain dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi menepati standard di negara itu.

"Saya menganggap bekerja di Arab Saudi bukan untuk mengejar gaji lumayan semata-mata, sebaliknya ia juga dapat mendedahkan diri kepada situasi persekitaran yang berbeza terutama dari segi budaya, bahasa, corak kehidupan serta bergaul dengan pelbagai kakitangan perubatan di seluruh dunia," kata Ketua Jururawat, Siti Mariamah, 50, yang baru saja tamat kontrak bekerja di Hospital Tentera di Dhahran, Arab Saudi, September lalu.

Siti Mariamah, anak kelahiran Melaka, sanggup berkorban meninggalkan lima anak serta keluarga di Malaysia demi menimba pengetahuan dan pengalaman bekerja di perantauan serta mencari peluang lebih baik meningkatkan kerjaya.

Beliau berhijrah ke Arab Saudi selepas bekerja selama hampir 17 tahun dalam bidang kejururawatan di Malaysia.

Ketika memulakan tugas di Arab Saudi sekitar 1999, beliau ditawarkan jawatan ketua jururawat dengan gaji RM10,000 sebulan serta mendapat insentif lain seperti tempat tinggal dan pengangkutan percuma.

Kini, selepas lapan tahun bekerja, Siti Mariamah memperoleh gaji RM15,000 sebulan, iaitu jauh berbeza dengan gaji ditawarkan di Malaysia, iaitu sekitar RM3,000-RM4,000. Katanya, tawaran gaji lumayan di Arab Saudi memang dianggap faktor pendorong utama kepada sesetengah rakyat Malaysia berhijrah ke negara itu.

"Bagi saya yang penting, kita kena tentukan apa tujuan ke sama. Saya lihat peluang melanjutkan pelajaran di negara itu mudah dan terbuka luas kerana mempunyai banyak masa terluang berikutan hanya bekerja empat hari seminggu dan syif cuma 12 jam," katanya yang kini pemegang ijazah kejururawatan dari Melbourne, Australia.

Sepanjang lapan tahun, beliau bekerja di tiga hospital tentera di Wadi Al-Dawaser (empat tahun); Tabuk dan Dhahran (masing-masing dua tahun). Apa yang menarik, beliau bukan saja bekerja dengan rakan dari Malaysia, malah juga kakitangan perubatan dari 35 negara lain.

"Sebagai ketua jururawat saya mempunyai kakitangan di bawah saya yang datang dari pelbagai negara, iaitu di kalangan rakyat tempatan, Filipina, Afrika dan lain-lain.

"Di sini, kita dapat belajar antara satu sama lain mengenai bahasa, budaya, masakan dan adat resam masyarakat mereka. Selain bekerja di bawah satu pasukan kami juga melakukan pelbagai aktiviti luar bersama seperti berkhemah, bersukan dan melawat tempat bersejarah menerusi kelab rekreasi yang ditubuhkan. Dengan ini, tidak wujud tekanan ketika bekerja. Waktu cuti, kami adakan aktiviti bersama," katanya.

Arab Saudi sendiri, katanya, adalah sebuah negara unik kerana mempunyai masyarakat, budaya, adat resam dan gaya hidup berbeza dengan Malaysia. Rasa terasing di bumi Arab itu, hanya seketika kerana seronok bekerja, selain mampu bertutur dengan fasih dalam bahasa Arab.

"Majoriti iaitu 99 peratus pesakit adalah rakyat tempatan. Jadi kita kena bercakap bahasa Arab. Semua kakitangan perubatan asing yang datang diberi kursus bahasa Arab selama enam bulan sebaik saja memulakan tugas.

"Cuma ketika bertugas di hospital Dhahran ramai pesakit boleh bertutur bahasa Inggeris dan kehidupan mereka juga lebih moden kerana mereka mendapat pengaruh negara sekitar, iaitu Bahrain, Dubai dan Qatar.

"Sebenarnya kaedah bekerja bidang kejururawatan di Arab Saudi sama saja dengan Malaysia. Kenaikan pangkat tiada beza. Sesiapa yang bagus dan berkualiti peluang naik pangkat cepat," katanya.

Namun, katanya, bekerja di luar negara bukanlah semudah disangka kerana seseorang itu memerlukan semangat tinggi dari segi mental dan fizikal serta bersedia untuk berdaya saing.

Mengimbas rentetan kerjaya sebagai jururawat, belia menjelaskan: "Sebaik menamatkan sijil kejururawatan di Hospital Universiti saya terus bekerja di situ selama enam tahun. Kemudian bekerja di Mount Elizebth Singapura selama empat tahun.

"Saya juga bekerja di beberapa hospital lain di Malaysia termasuk Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Pakar Ampang Puteri. Pengalaman selama 17 tahun bekerja sebagai jururawat dan ketua jururawat di Malaysia sudah cukup. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk bekerja di luar negara untuk mencari kepelbagaian," katanya.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Lapan tahun di Arab Saudi beri pengalaman berharga (Berita Harian) Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Lapan tahun di Arab Saudi beri pengalaman berharga (Berita Harian) Empty Re: Lapan tahun di Arab Saudi beri pengalaman berharga (Berita Harian)

Post by kelisa Tue 22 Dec 2009, 3:54 pm

wow..Lapan tahun di Arab Saudi beri pengalaman berharga (Berita Harian) 4_1_204
kelisa
kelisa
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Lapan tahun di Arab Saudi beri pengalaman berharga (Berita Harian) Selang10
Jawatan : ('^')...keje...keje...keje.......
Gender : Female
Jumlah Post : 4246
Umur : 1133
Tarikh Register : 02/08/2009
Reputation : 24
Points : 10467

Character sheet
Mutiara Kata saya: HaRi InI MesTi D'trSkn KrNa SmLm AdAlH SeJaRaH & EsK AdLh HaRi Yg BeLum PaSt UnTk AkU..!!!!

https://www.facebook.com http://kelisa50932Gmail.com

Back to top Go down

Lapan tahun di Arab Saudi beri pengalaman berharga (Berita Harian) Empty Re: Lapan tahun di Arab Saudi beri pengalaman berharga (Berita Harian)

Post by puteri alia iffa Thu 02 Feb 2012, 12:32 pm

kan lebih bahagia bekerja di sana bawa sekali anak dan suami
avatar
puteri alia iffa
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Negeri : Lapan tahun di Arab Saudi beri pengalaman berharga (Berita Harian) Pahang10
Jawatan : staffnurse
Gender : Female
Jumlah Post : 1
Umur : 43
Tarikh Register : 02/02/2012
Reputation : 0
Points : 4677

Back to top Go down

Lapan tahun di Arab Saudi beri pengalaman berharga (Berita Harian) Empty Re: Lapan tahun di Arab Saudi beri pengalaman berharga (Berita Harian)

Post by farah hani Sun 19 Feb 2012, 11:58 am

best ke kje kt arab tu?
avatar
farah hani
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Negeri : Lapan tahun di Arab Saudi beri pengalaman berharga (Berita Harian) Negeri11
Jawatan : jurujual
Gender : Female
Jumlah Post : 76
Umur : 32
Tarikh Register : 15/05/2011
Reputation : 3
Points : 5040

Back to top Go down

Lapan tahun di Arab Saudi beri pengalaman berharga (Berita Harian) Empty Re: Lapan tahun di Arab Saudi beri pengalaman berharga (Berita Harian)

Post by Cik Pah Thu 15 Mar 2012, 7:48 am

hebat lh org mesia leh jd ketua jururawat kt sana lol!
Cik Pah
Cik Pah
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Lapan tahun di Arab Saudi beri pengalaman berharga (Berita Harian) Kelant10
Jawatan : MLT
Gender : Female
Jumlah Post : 1946
Umur : 43
Tarikh Register : 07/11/2006
Reputation : 12
Points : 7061

Character sheet
Mutiara Kata saya: cHaiyoOoOk!!!

Back to top Go down

Lapan tahun di Arab Saudi beri pengalaman berharga (Berita Harian) Empty Re: Lapan tahun di Arab Saudi beri pengalaman berharga (Berita Harian)

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum