Profesion kejururawatan berkembang seiring peredaran masa (Berita Harian)
5 posters
Page 1 of 1
Profesion kejururawatan berkembang seiring peredaran masa (Berita Harian)
Titisan Harapan: Profesion kejururawatan berkembang seiring peredaran masa
Oleh Karim Sulaiman
2010/05/15
PADA zaman kanak-kanak, kami pantang melihat wanita bergaun putih
membawa kotak besi. Nampak saja kelibat mereka, kami pasti
bertempiaran, bagaikan tidak cukup tanah dibuatnya. “Lari, lari. Misi
(jururawat) datang, nanti kena cucuk.” (Misi mengikut Kamus Dewan Edisi
Empat adalah panggilan umum bagi jururawat).
Ketika belum bersekolah pada zaman 1960-an, kanak-kanak seperti
saya begitu takut dengan jururawat. Ibu bapa kerap menggunakan taktik
menakutkan anak nakal dan degil dengan jarum suntikan jururawat. Kalau
tidak mahu pakai seluar, digertak akan memanggil misi untuk mencucuk
punggungnya. Begitu juga jika enggan makan ubat, dikatakan akan dicucuk
dengan jururawat. Takut kena cucuk, terpaksa makan ubat walaupun pahit.
Taktik itu tidak lut lagi untuk anak zaman ini. Dengan perkembangan
pesat bidang kesihatan negara, kita banyak didedahkan dengan kerjaya
kejururawatan sejak kecil lagi. Jururawat kini, menjadi teman sewaktu
sakit, dalam rawatan dan pemeriksaan kesihatan.
Dalam tempoh tiga tahun keluar masuk hospital, khususnya di Wad
Dermatologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), saya dapat merasakan betapa
mencabarnya tugas jururawat. Jika sewaktu kecil, yang saya tahu
jururawat memberi suntikan dan ubat, tetapi sebenarnya ia lebih
daripada itu. Jururawat adalah profesion mulia, yang memerlukan
kesabaran dan dedikasi tinggi. Mereka sentiasa mewujudkan sikap
mementingkan kerja di atas kepentingan diri sendiri. Profesion ini
banyak berkembang, daripada memberi bed side nursing care kepada kerja
yang ‘berteknikal tinggi’.
Jika dulu jururawat hanya mengambil arahan daripada doktor untuk
mengambil tindakan merawat pesakit, kini jururawat ada diagnosis
kejururawatan sendiri. Dengan itu mereka boleh mengenal pasti masalah
pesakit serta merancang keperluan dan kehendak pesakit mengikut
keadaannya. Jururawat adalah tangan kanan dan kiri doktor.
Janganlah ingat kerja jururawat ini mudah. Tugas mereka sentiasa
dibayangi risiko sama ada di dalam atau luar wad. Saya masih ingat
melihat jururawat berjalan kaki, berbasikal atau bermotosikal ketika
menjalankan tugas mereka di kampung. Di kawasan pedalaman ada yang
terpaksa berperahu, bersampan atau menaiki bot untuk memberi
perkhidmatan kepada orang ramai. Dalam wad pula mereka terdedah dengan
pelbagai penyakit berjangkit dan berisiko tinggi seperti HIV dan H1N1.
Pada saya tanggungjawab ini memerlukan pengorbanan tinggi.
Jururawat juga perlu mempunyai tahap kesabaran tinggi kerana
mereka berhadapan dengan kerenah pesakit yang pelbagai. Mereka sentiasa
diingatkan supaya melayan pesakit dengan baik dan mesra serta
profesional. Anggaplah mereka sebagai ibu bapa atau keluarga sendiri
yang datang meminta bantuan untuk merawat penyakit mereka.
Mereka juga diingatkan supaya sentiasa memberikan senyuman kerana
ia terapi paling mujarab untuk meredakan sakit pesakit. Ingatlah wajah
ceria mengubati, sebaliknya waja masam dan garang tidak akan menyatakan
keprihatinan seorang jururawat. Pada saya prestasi kejururawatan adalah
di tangan pengamalnya sendiri.
Dulu kerjaya ini, hanya milik wanita, tetapi kini semakin ramai
lelaki yang berminat menjadi jururawat. Pada saya perkembangan ini baik
kerana kadang-kadang kasihan melihat jururawat wanita yang terpaksa
melakukan kerja berat seperti memapah pesakit, khususnya lelaki
berbadan besar. Ada kalanya, dalam hal tertentu lelaki segan untuk
meminta bantuan jururawat wanita.
Saya bertuah kerana selama tinggal di Wad Dermatologi HKL menerima
layanan baik dan mesra daripada jururawat di sini. Hubungan kami bukan
setakat pesakit dengan jururawat, malah lebih daripada itu. Mereka juga
mengenali keluarga saya. Jika tidak masuk wad pun, kami saling
berhubungan, walaupun sekadar bertanya khabar. Saya melihat betapa
berdedikasi mereka menjalankan tugas walaupun ada kalanya terpaksa
bertugas dengan giliran berganda.
Mereka bekerja sepanjang masa – di kala, ramai nyenyak tidur dibuai
mimpi indah pada waktu malam, jururawat sibuk melaksanakan tugas.
Baktinya diperlukan pada bila-bila masa, tidak kira sewaktu hari tidak
bekerja atau sedang bercuti. Terima kasih warga jururawat Wad
Dermatologi HKL kerana mampu memberikan perkhidmatan dan rawatan
berkelas tinggi kepada pesakit.
Pada kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Jururawat yang
disambut 12 Mei lalu kepada semua jururawat, khususnya di HKL.
Pengorbanan mereka memang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit,
tetapi pengiktirafan dengan imbuhan lebih setimpal perlu untuk terus
memotivasikan mereka dalam kerjaya ini.

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Re: Profesion kejururawatan berkembang seiring peredaran masa (Berita Harian)
kerjaya nurse ni patut di hormati dan di sanjungi tinggi.sy turut berminat untuk menjadi nurse.tp di mana silap nye belajar pe yang sy tak minat.so,kau orang yang jadi nurse ini,selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.jamgan nak curi tulang plk
leogirl- AHLI SENIOR
- Negeri :
Jawatan : student
Gender :
Jumlah Post : 77
Umur : 32
Tarikh Register : 23/05/2010
Reputation : 0
Points : 5385
Character sheet
Mutiara Kata saya:
Re: Profesion kejururawatan berkembang seiring peredaran masa (Berita Harian)
Teringat kenangan lalu sekitar kerja
berani x korang melintasi sungai ni? Dah ler air keruh semacam.. Pastu rakit buluh goyang je masa melangkah. Kasut tumit tinggi pun kena tinggal lam keta klu x nanti tumit tenggelam lam selut je

Put3bulan- AHLI JUNIOR
- Jawatan : Suri
Gender :
Jumlah Post : 48
Umur : 48
Tarikh Register : 12/10/2009
Reputation : 4
Points : 5588
Character sheet
Mutiara Kata saya: Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan.
Re: Profesion kejururawatan berkembang seiring peredaran masa (Berita Harian)
haha teringat dulu. mak aku pon misi.. lau pergi kes. bawak kotak besi.... sampailah tahun 1999 xsilap. era tahun 2000 dah pakai beg mcm skg ni. beg nursing/case yg kain. =)
so.. xsangka. tahun 2003. masok nursing.... dan pernah ptikal kt klinik mak aku. =) pergi nursing/home visit same2.. alangkah indah kalo mak aku masih posting tempat lama. sure... org2 kampung akan kenal aku dan ingat aku masa zaman kecik dulu. selalu folow mak aku pergi nursing/h.visit/case. maklumlah. dulu duk pendalaman.. so xde orang nak jaga ak. tpaksa lah mak aku jaga ak juga time keje.

ejak- AHLI JUNIOR
- Negeri :
Jawatan : Tentera (Jururawat)
Gender :
Jumlah Post : 39
Umur : 39
Tarikh Register : 08/10/2010
Reputation : 9
Points : 5209
Character sheet
Mutiara Kata saya: 200
Similar topics
» Cabaran siswa kejururawatan - berita harian
» Pendapatan bidang kejururawatan di Malaysia masih rendah (berita Harian)
» Profesion kejururawatan diiktiraf
» Jururawat Yuhana tabur bakti (Berita Harian)
» Perlu jururawat lelaki - berita harian

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak