Jururawat Yuhana tabur bakti (Berita Harian)
3 posters
Page 1 of 1
Jururawat Yuhana tabur bakti (Berita Harian)
Yuhana tabur bakti
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
afzan@bharian.com.my
2010/05/10
YUHANA mengambil contoh darah ibu mengandung.
Pelbagai cabaran dilalui Yuhana sebagai jururawat bagi melihat Orang Asli maju seiring bangsa lain
JURURAWAT umpama lilin yang membakar diri menerangi kehidupan insan lain. Seperti
guru, tidak semua bernasib baik ditempatkan di kawasan bandar. Ada yang
'terpilih' berbakti kepada masyarakat di kawasan pedalaman yang ada
kalanya hanya boleh menggunakan kenderaan tertentu untuk sampai ke
destinasi.
Malah, ada yang terpaksa berjalan kaki dua hari dua malam
sebelum sampai ke klinik desa atau lokasi mereka bertugas. Namun,
pelbagai cabaran itu tidak menjadi kudis. Itulah antara cabaran Yuhana
Azwa Mohd Yusof, personaliti Pencarian Wanita Pilihan Berita Harian
2010 (WPBH 2010) minggu ini.
Berkhidmat sebagai Jururawat Terlatih di Hospital Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli, Gombak sejak dua tahun lalu, kini jururawat berusia
29 tahun itu menabur bakti di Perak, juga di klinik yang mengendalikan
hal ehwal masyarakat Orang Asli.
“Walaupun Orang Asli hidup di pinggir desa, itu bukanlah alasan untuk kita
meminggirkan mereka. Mereka perlu dididik dan diberikan pengetahuan
berhubung kesihatan kerana ia paling berharga, sungguhpun mungkin
mereka tidak berharta,” katanya mengulas mengenai kecintaannya terhadap
tugas dan taburan baktinya terhadap Orang Asli.
Sinar matanya bagaikan berkaca dan kata-kata yang dilontarkan daripada ulas bibirnya,
cukup bersemangat serta teruja apabila ditanya mengenai peranannya
sebagai jururawat dan cabaran dihadapi setiap kali berhadapan kumpulan
kecil Bumiputera itu.
“Orang Asli di negara ini perlukan perhatian dari pelbagai aspek khususnya kesihatan, kerana walaupun kita semakin maju, tahap kesihatan Orang Asli masih belum begitu
membanggakan. Dalam lawatan saya ke beberapa kampung orang asli,
pemahaman mereka mengenai kesihatan dan penjagaan kesihatan masih
rendah.
“Malah tidak keterlaluan dikatakan ramai yang tidak tahu mengenai
HIV/Aids dan jangkitan akibat penyakit pelamin. Sebagai jururawat, di
sinilah peranan kita mengajar mereka cara yang betul, khususnya ketika
melawat ke kampung penempatan Orang Asli,” katanya.
Yuhana bakal bersaing dengan 12 peserta akhir Wanita Pilihan Berita Harian (WPBH
2010) yang dijadualkan berlangsung 5 Jun depan. Juara berpeluang
merebut hadiah wang tunai bernilai RM10,000, selain sebahagian
sumbangan disalurkan ke rumah kebajikan pilihannya.
Tugas Yuhana memerlukan beliau mengadakan lawatan ke penempatan Orang Asli di seluruh negara.
Malah, kisah beliau yang penuh inspirasi sanggup menggalas cabaran berat
sebegitu antara sebab utama beliau dipilih sebagai peserta peringkat
akhir pencarian berkenaan.
Akui gadis manis itu, cabaran dihadapi cukup besar termasuk mengubah tanggapan berkenaan, bahawa ubat yang dibekalkan menerusi Kementerian Kesihatan mampu menyembuhkan penyakit seperti demam dan sebagainya.
“Ketika saya mula-mulabertugas, mereka sukar untuk berjumpa kita mendapatkan rawatan, keranalebih mempercayai rawatan bomoh walaupun kami membekalkan ubat untuk
merawat kegatalan, contohnya. Tetapi hari ini mereka lebih bersemangat
dan seronok setiap kali kami melawat ke penempatan mereka itu kerana
mereka sudah semakin yakin dengan kita,” katanya.
Pernahberdepan dengan kejadian dikejar seladang hutan, pengalaman itu
bagaimanapun tidak sedikitpun melunturkan hasratnya menabur bakti
selagi nyawa dikandung badan.
Katanya, untuk ceruk lokasi
termasuk di kawasan hulu di Kelantan dan Pahang, mereka menaiki
pelbagai kenderaan termasuk pacuan empat roda, sampan atau berjalan
kaki meredah hutan dan sebagainya, mengikut lokasi, keadaan cuaca dan
masa.
“Ketika berjalan kaki untuk ke Kampung Sanghoi di Grik,
Kelantan kami ingatkan dapat berjumpa haiwan ganas seperti gajah dan
harimau, tetapi yang ada hanyalah najis gajah. Di Pos Gua Musang pula
ketika mengadakan penggambaran bersama Orang Asli dengan sebuah stesen
televisyen, kami berpeluang makan daging kancil.
“Pengalaman dan
pengajaran hidup sepanjang bersama mereka, saya belajar erti bersyukur
dan melalui kepayahan hidup dengan lebih tenang. Di lokasi terpencil,
mereka masih menghidupkan api menggunakan cara tradisional. Tidak ada
mancis dan gas. Tetapi pengalaman itu amat mematangkan saya. Walaupun
sukar, saya tetap gembira dan seronok setiap kali ke tempat mereka,”
katanya yang turut mempelajari beberapa perkataan mudah orang asli di
tempatnya melawat untuk membina hubungan lebih baik dengan golongan itu
khususnya kanak-kanak.
Mengulas mengenai penyertaannya dalam
WPBH, katanya, beliau ingin menjadi seseorang yang dapat dibanggakan
terutama di kalangan masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia.
“Sebagai
insan yang dekat dengan mereka, saya mahu mereka menjadikan saya
sebagai ikon mereka untuk berjaya sebab tiada siapa yang dapat
memajukan diri kita melainkan kita yang berusaha memajukan diri
sendiri,” katanya.
Yuhana berkata, sekiranya muncul sebagai
pemenang pula, beliau ingin menyalurkan sebahagian sumbangan kepada
Pondok Penyayang Raudhah berhampiran tempat tinggalnya kerana keadaan
pondok itu sangat daif.
“Pondok Penyayang Raudhah perlu dibantu
kerana terdapat pelbagai jenis masalah seperti anak yatim, ibu tunggal,
remaja yang terbabit dengan dadah dan kanak-kanak yang tidak
bersekolah. Saya tidak kekok menjalankan kerja kebajikan. Malah
memikirkan wanita lain pun patut membabitkan diri dalam kerja
sukarela,” katanya.
Begitu pun, Yuhana amat memuji usaha Berita Harian melahirkan ‘Ratu’ menerusi pertandingan seumpama itu.
Katanya, pertandingan berkenaan membantu membina masa depan wanita sepertinya
kerana ia memperkasakan wanita khususnya dari segi kekuatan diri,
misalnya dirinya yang ingin membantu masyarakat Orang Asli untuk
bersaing bersama masyarakat lain.
Malah, beliau menafikan tanggapan segelintir masyarakat yang menganggap wanita muda menjadikan pertandingan sebegitu sebagai batu loncatan untuk menceburi bidang
glamor seperti menjadi artis.
Katanya, beliau menyertai
pertandingan seperti ini untuk membantu masyarakat terutama orang asli
yang jauh ketinggalan dari semua segi termasuk kesihatan, pembangunan
dan sebagainya padahal Malaysia melaung-laungkan 1 Malaysia.
Menyentuh
mengenai kecantikan pula, Yuhana berkata, setiap insan mempunyai
definisi tersendiri, tetapi baginya kecantikan wanita akan terserlah
apabila bersulam dengan kesopanan.
TIPS solekan oleh Zulfadzli:

Kulit
cerah menyebabkan Yuhana tidak sukar memilih rona solekan untuk
menyerlahkan kecantikan wajahnya. Raut wajah berpetak, tetapi agak
pendek dan memerlukan penyapuan pembayang pada bahagian rahang serta
pipi membolehkan bentuk wajahnya lebih tirus.

Kesan
parut pada wajah menyebabkan penyapuan bedak asas cecair dan taburan ke
seluruh wajahnya perlu disapu dengan lebih teliti. Kerana kalau
terlebih akan menyebabkan bercapuk, tetapi kalau terlalu tipis mungkin
tidak mampu menutup kekurangan yang ada itu.

Yuhana sesuai dengan banyak rona kerana kulitnya tidak terlalu gelap, tetapi warna redup mampu memberikan penampilan memukau.

Gaya
solekan untuk majlis glamor, Zulfadzli memilih gaya ‘smoky eyes’ untuk
menyerlahkan mata galak Yuhana sebagai titik tumpu pandangan. Kelebihan
gaya solekan ini ia sesuai untuk gaya malam. Pemakaian bulu mata palsu
mencetuskan gaya lebih dramatik.

Untuk bibir, sedikit biasan menggunakan pengilat bibir memberikan ilusi bibir lebih seksi.
INFO: Yuhana Azwa Mohd Yusof

Umur: 29 Tahun

Status: Bujang

Asal: Bandar Baru Kedah

Zodiak: Leo

Adik beradik: Anak ketiga daripada empat beradik

Pendidikan: Diploma kejururawatan, Kolej Teknologi Islam Melaka

Pekerjaan: Jururawat
Terlatih, Kompleks Pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan
Pusat Transit Kesihatan Sungai Siput Utara, Perak

Hobi: Melancong, menonton wayang

Warna kegemaran: Putih dan merah jambu

Pengalaman bekerja:

Bekerja di hospital swasta selama tiga tahun di Pusat Rawatan Islam
Azzahrah, Bangi di bahagian wad multidisiplin termasuk perubatan,
pembedahan dan O&G.
- Bekerja di hospital JHEOA di bahagian klinik kesihatan ibu dan anak.

Pencapaian:
- Ahli Jawatankuasa Kelab Prostar di JHEOA
- Ahli Jawatankuasa Kelab Puspanita di JHEOA anjuran kementerian
- Memasuki pertandingan model Dumex anjuran Dumex (2009). Mendapat tempat ketiga.
- Menjadi penceramah kesihatan di radio asyik.fm di RTM (2009)

Falsafah hidup: Keimanan asas kehidupan dan agi hidup agi ngelaban

Tokoh wanita dikagumi: Tun
Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali lantaran beliau banyak membantu negara di
samping suaminya dan kecekalan belaian di dalam pembangunan wanita
serta anaknya sendiri, Marina Mahathir adalah seorang yang mementingkan
hak wanita dan memperjuangkan isu HIV-Aids

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
nina90- AHLI FORUM
- Jawatan : Pelajar
Gender :
Jumlah Post : 12
Umur : 34
Tarikh Register : 11/05/2010
Reputation : 0
Points : 5324
Similar topics
» Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman
» Perlu jururawat lelaki - berita harian
» Jururawat kita berdepan 70 sebatan khalwat di Jeddah (Berita Harian)
» Laporan Khas: Tawaran gaji lumayan punca ramai jururawat berhijrah (Berita Harian)
» Jururawat menabur bakti - utusan

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak