FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman

+4
Mohd.Azlan
3D
osien
Fieza
8 posters

Go down

Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman Empty Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman

Post by Fieza Sun 22 Jun 2008, 10:14 am

Tabur bakti di pedalaman

Oleh Hassan Omar
bhnews@bharian.com.my


Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman Mainpi10


DAITAN dan Fitriyana serta kakitangan Klinik Kesihatan Pinangah baru pulang dari merawat pesakit di kampung terpencil dengan menggunakan perahu di Kampung Penangah.


Dua Jururawat Masyarakat berkorban demi kelangsungan hidup anggota masyarakat


MENABUR bakti memelihara kesihatan masyarakat di kawasan jauh di pedalaman dikelilingi hutan menuntut kekuatan mental dan fizikal yang bukan sedikit.

Tidak seperti Jururawat Masyarakat di bandar dan desa yang memiliki infrastruktur lengkap, Jururawat Masyarakat di pedalaman terpaksa mengharungi pelbagai kesukaran.

Pengalaman inilah yang diharungi dua Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan Pinangah, di tengah-tengah Sabah yang mana mereka bukan setakat bertugas, malah berkorban demi kelangsungan hidup anggota masyarakat.

Daitan Jainy, 44, dan Fitriyana Sjafie, 24, tidak pernah menyifatkan kampung yang dikelilingi hutan berbukit-bukau itu sebagai pelemah semangat dalam berkhidmat.

Daitan yang sudah berkhidmat selama 23 tahun ketika ditemui di klinik itu baru-baru ini, nyata tetap bersemangat menabur bakti demi penduduk yang rata-ratanya hidup di bawah paras miskin dan miskin tegar.

Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman Mainpi11
FITRIYANA tetap sabar merawat ibu dan anak di Klinik Kesihatan Penangah, Kuamut, Kinabatangan Sabah.

Ibu lima anak berusia antara satu hingga 19 tahun itu mengikut suaminya bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Pinangah sejak sembilan tahun lalu.

"Sebelum ini saya bertugas di Pulau Jambongan, Beluran. Di sini, saya menolong Pembantu Perubatan, Jakin Masikat, memberi rawatan kepada pesakit, khususnya wanita mengandung.

"Awalnya memang saya agak tertekan bertugas di sini... maklumlah tiada jalan raya, air, elektrik dan kemudahan lain seperti di bandar tetapi saya kuatkan semangat untuk bertugas," katanya.

Mengimbas kenangan pahit sepanjang perkhidmatan di kampung itu, Daitan berkata, empat tahun lalu, beliau dijemput suami seorang wanita yang mengalami kesukaran melahirkan anak di Kampung Saguon.

Kalau ikut laluan darat, terpaksa mengambil enam jam. Saya kuatkan semangat menaiki perahu kecil yang digunakan suami wanita itu.

"Hujan lebat di hulu Sungai Kinabatangan menyebabkan arus deras. Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya rasa perahu itu seperti mahu karam tetapi saya bersyukur kerana berkat kecekapan suami wanita itu mengendalikan enjin, kami selamat tiba.

"Masa pergi, kami menghilir sungai, maka dalam setengah jam sudah sampai di rumah mereka. Saya menyambut bayi itu dari jam 9.30 pagi hingga 11 pagi. Selepas selesai, saya minta suami wanita itu menyediakan perahu besar sedikit," katanya.

Suami wanita berkenaan terpaksa meminjam perahu rakannya untuk menghantar Daitan pulang ke klinik. Arus sungai yang deras ketika mereka mudik ke hulu menyebabkan perjalanan pulang menjadi dua jam.

Pada cuti Tahun Baru Cina Februari 2007, Daitan menempuh cabaran paling hebat sepanjang kerjayanya. Beliau didatangi seorang wanita berusia 34 tahun dalam keadaan kesakitan melahirkan anak kelima.

"Bayinya sudah meninggal dalam kandungan tetapi pendarahan tidak berlaku. Wanita itu menanggung sengsara hingga seluruh tubuhnya pucat.

"Ketika itu pula pemandu ambulans (kenderaan pacuan empat roda) pulang ke bandar kerana cuti panjang sedangkan kes perlu dirujuk ke Hospital Sandakan. Saya bersama seorang jururawat kanan terpaksa menolong Pembantu Perubatan mengendalikan kes bertarung nyawa antara hidup dengan mati itu," katanya.

Pembantu Perubatan terbabit meminta Hospital Sandakan mengambil wanita itu dengan menggunakan helikopter tetapi urusan penyewaan pesawat pada saat kecemasan seperti itu terpaksa mengambil masa.

"Sepanjang berkhidmat, belum pernah saya berdepan kes genting seperti itu. Kami berhubung dengan doktor di Hospital Sandakan untuk mengendalikan kes berkenaan tetapi talian telefon terputus.

"Jadi, kami terpaksa gunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan panduan doktor di Hospital Sandakan. Saya dan jururawat kanan menangis tak tahu apa harus dibuat kerana wanita itu betul-betul menyabung nyawa," katanya.

Selepas enam jam mengendalikan kes itu, helikopter akhirnya tiba pada jam 3 petang dan mereka terbang selama satu setengah jam dalam hujan lebat sebelum tiba ke Hospital Sandakan. Wanita berkenaan sempat diselamatkan beberapa jam selepas itu.

"Kalau ikutkan hati, mahu saja saya berhenti kerja tetapi inilah pengorbanan saya kepada masyarakat di kampung ini," katanya.

Selain menerima kunjungan wanita mengandung di klinik, Daitan dan Fitriyana juga perlu melakukan lawatan ke atas wanita yang baru melahirkan anak di kampung itu dan kampung lain seperti Kampung Diwara, Malikuk, Pinangah Dalam, Langgar dan Inarat.

Ketiadaan jalan berturap dan jalan raya menyebabkan mereka terpaksa menggunakan perahu untuk melaksanakan tugas.

Bagi Fitriyana yang berasal dari Tawau, tempoh perkhidmatan yang baru menjangkau dua tahun sudah cukup untuk memberikan pengalaman pahit dan manis.

"Pengalaman paling pahit ialah pada Mei 2006. Saya dan Daitan mengendalikan kes ibu melahirkan anak keempat. Bayinya dilahirkan tidak cukup bulan dan tali pusat melilit di lehernya menyebabkan bayi malang itu meninggal enam jam selepas dilahirkan," katanya.

Bagaimanapun, Fitriyana tidak pernah menjadikan kesukaran hidup di kampung itu sebagai pelemah semangat untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Hidup bergantung kepada tenaga elektrik yang dijana daripada generator dan hujan yang ditadah dalam tangki tidak pernah melunturkan semangatnya untuk menabur bakti.

Hanya apabila ada cuti panjang, beliau akan pulang ke kampung halamannya di Tawau menaiki kenderaan pacuan empat roda milik penduduk kampung.

Dengan tambang RM15 dan tempoh perjalanan empat jam, beliau tiba di pekan Telupid sebelum menaiki bas ke Sandakan. Di Sandakan, beliau terpaksa menyewa hotel murah sebelum meneruskan perjalanan ke Tawau.

Sesungguhnya, pengorbanan Jururawat Masyarakat yang dicurahkan Daitan dan Fitriyana adalah dua daripada ribuan lagi pengorbanan Jururawat Masyarakat di pedalaman Sabah.

Hanya Tuhan yang mampu memberi ganjaran atas setiap pengorbanan mereka.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman Empty Re: Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman

Post by osien Tue 05 Aug 2008, 1:07 pm

akum fieza leh ringkas kan kit x panjag sangat....x lah nak cut page...2 lis je ape yg fieza faham.sotrrrrry
osien
osien
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : selidik perangai manusia
Gender : Female
Jumlah Post : 82
Umur : 42
Tarikh Register : 09/01/2008
Reputation : 0
Points : 6095

Back to top Go down

Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman Empty Re: Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman

Post by 3D Mon 08 Sep 2008, 12:45 am

secare ringkas...besar nye pengorbanan individu tersebut....
3D
3D
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman Kelant10
Jawatan : BATMAN dlm LAB
Gender : Male
Jumlah Post : 178
Umur : 40
Tarikh Register : 26/08/2008
Reputation : 0
Points : 5867

Back to top Go down

Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman Empty Re: Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman

Post by Mohd.Azlan Mon 08 Sep 2008, 2:49 am


FITRIYANA tetap sabar merawat ibu dan anak di Klinik Kesihatan Penangah, Kuamut, Kinabatangan Sabah.

Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman Mainpi10



DAITAN dan Fitriyana serta kakitangan Klinik Kesihatan Pinangah baru pulang dari merawat pesakit di kampung terpencil dengan menggunakan perahu di Kampung Penangah.
Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman Mainpi11
FITRIYANA tetap sabar merawat ibu dan anak di Klinik Kesihatan Penangah, Kuamut, Kinabatangan Sabah.


Nak tambah sikit leh... Laughing Laughing macam ku kenal aje semua org dkt atas tu....
Mohd.Azlan
Mohd.Azlan
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 321
Umur : 45
Tarikh Register : 29/12/2007
Reputation : 12
Points : 6509

Back to top Go down

Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman Empty Re: Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman

Post by Mohd.Azlan Wed 10 Sep 2008, 8:31 pm

nak tau.....semua tu adalah member 1 kerja dgan sye Very Happy Very Happy ...ppp tak ditemuramah time 2...pt bnyak sangat,biasa le tan seri masuk kg...lawat klinik lg gitu..da lah klinik pun nak roboh..bayangkan dibena pada tahun 1958(zaman koloni british)tiang klinik pun masih jenis kayu belian bulat.kerja tetap seronok dan selesa.....
Mohd.Azlan
Mohd.Azlan
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 321
Umur : 45
Tarikh Register : 29/12/2007
Reputation : 12
Points : 6509

Back to top Go down

Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman Empty Re: Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman

Post by AhTuck Fri 12 Sep 2008, 4:30 am

huhu..khidmat mu dihargai
AhTuck
AhTuck
SUPER DUPER SENIOR
SUPER DUPER SENIOR

Jawatan : ------PerAwaT AwaM
Gender : Male
Jumlah Post : 236
Umur : 42
Tarikh Register : 29/03/2007
Reputation : 11
Points : 6419

Character sheet
Mutiara Kata saya: Senyum Sokmo

Back to top Go down

Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman Empty Re: Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman

Post by silentkiller Sat 25 Oct 2008, 5:40 am

khidmat untuk negara... cheers
silentkiller
silentkiller
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Negeri : Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman Johor_10
Jawatan : penolong pegawai perubatan
Gender : Male
Jumlah Post : 41
Umur : 40
Tarikh Register : 27/05/2007
Reputation : 0
Points : 6321

Character sheet
Mutiara Kata saya:

http://www.friendster.com/jhv7943

Back to top Go down

Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman Empty Re: Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman

Post by radiohead Tue 23 Dec 2008, 10:03 am

Ada siapa2 mengenali Norsharmiza Hamid?? kawan lama saya yang berkerja sebagai jururawat masyarakat di penangah.
avatar
radiohead
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Cikgu
Gender : Female
Jumlah Post : 1
Umur : 41
Tarikh Register : 23/12/2008
Reputation : 0
Points : 5750

Back to top Go down

Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman Empty Re: Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman

Post by syidahef Thu 25 Dec 2008, 5:54 pm

taniah untuk anda berkhidmatla..dengan dedikasi. moga jasa anda di balas olehNYA.
avatar
syidahef
AHLI SENIOR
AHLI SENIOR

Jawatan : jururawat terlatih
Gender : Female
Jumlah Post : 71
Umur : 48
Tarikh Register : 27/05/2008
Reputation : 0
Points : 5976

Character sheet
Mutiara Kata saya: 200

Back to top Go down

Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman Empty Re: Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman

Post by Mohd.Azlan Sun 01 Feb 2009, 10:48 pm

paste...from radiohead,
kenal dgn nursharmiza hamid...suda pasti kenal?sama tempat kerja...
Mohd.Azlan
Mohd.Azlan
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 321
Umur : 45
Tarikh Register : 29/12/2007
Reputation : 12
Points : 6509

Back to top Go down

Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman Empty Re: Jururawat Masyarakat Tabur bakti di pedalaman

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum