FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jururawat menabur bakti - utusan

2 posters

Go down

Jururawat menabur bakti - utusan Empty Jururawat menabur bakti - utusan

Post by Fieza Wed 18 May 2011, 5:49 pm

Jururawat menabur bakti

Oleh ZUHAYATI YAZID
Gambar AB. RAZAK LATIF

Jururawat menabur bakti - utusan Ke_03.1
Jururawat Hospital Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Gombak, Nur Azlina Ashaari (kiri) membantu Akam Ngah untuk menjamah makanan.

MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui tanggal 12 Mei setiap tahun merupakan Hari Jururawat Sedunia.

Ia diiktiraf sebagai hari untuk memperingati jasa-jasa jururawat yang telah banyak melakukan kerja yang melibatkan nilai-nilai kemanusiaan dan kasih sayang serta tanggungjawab yang tinggi sesama manusia.

Kerjaya yang digelar 'bidadari suci' ini biarpun dilihat seperti kerjaya biasa namun ia sebenarnya melibatkan tanggungjawab dan kasih sayang.

Hanya yang benar-benar mempunyai kesabaran dan ketelusan hati sahaja layak untuk menggalas tanggungjawab ini.

Bahkan golongan ini, mereka sanggup memperjudikan diri sendiri semata-mata untuk membantu orang lain.

Pengalaman penulis kira-kira setahun yang lalu yang terpaksa 'bermastautin' di hospital kerana menemani ayah yang dirawat mampu membuka mata penulis terhadap pengorbanan murni dan tugas suci golongan ini.

Melihat tugas jururawat yang sedang tekun mengambil tekanan darah setiap dua jam di awal pagi serta menukar beg air kencing memberikan gambaran bahawa tugas tersebut bukanlah sesuatu yang mudah dan bukan semua orang mampu untuk menggalas .

Mungkin ada yang akan berkata, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk merawat pesakit dan mereka dibayar untuk melakukan tugas-tugas tersebut.

Namun realitinya tidak semua daripada kita sanggup melakukannya waima untuk saudara sedarah sedaging.

Tanyalah pada diri sendiri, siapa yang sanggup bergelumang dengan nanah dan darah setiap hari, malah bukan sekadar itu tetapi terpaksa membersihkan najis pesakit.

Tetapi demi kemuliaan yang ada pada diri, mereka yang lengkap seragam putih ini rela mengetepikan semua itu semata-mata kerana tanggungjawab.

Sememangnya bergelar jururawat bukan sekadar menuntut kesabaran tetapi menghadapi pelbagai ragam dan kerenah pesakit, di samping berperanan menangani kecemasan dalam semua keadaan.

Malangnya, kemuliaan hati jururawat kurang diberi perhatian menyebabkan tidak ramai menyedari kerjaya itu bukan sekadar mengambil tekanan darah, memberi suntikan mahu pun meladeni kerenah pesakit tetapi ia melebihi daripada itu.

Tetapi peranan mereka bukan sekadar membantu doktor sebaliknya perlu melaksanakan kelancaran tugas merawat dan menjalankan prosedur klinikal dengan penuh profesional.

Tidak keterlaluan jika 'bidadari suci' ini dikatakan berperanan dalam memastikan kelancaran tugasan doktor dan boleh dianggap sebagai tulang belakang kejayaan sesuatu operasi perubatan.

Hakikatnya tugas dan tanggungjawab yang digalas jauh besar sehingga kadang kala mendedahkan nyawa sendiri kepada bahaya

Justeru sempena Hari Jururawat baru-baru ini penulis cuba menyelami nurani tiga jururawat yang penulis temui di Hospital Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Gombak.

Ketua jururawat hospital berkenaan, Halijah Midin, mengakui tugas jururawat bukanlah semudah yang disangka.

"Bertugas sebagai jururawat memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi, tambahan pula dengan kerenah pesakit yang pelbagai membuatkan terpaksa menggunakan diplomasi untuk memujuk,'' ujarnya yang telah berkhidmat selama 35 tahun dalam bidang kejururawatan ini.

Jelas beliau lagi, zaman dahulu bidang kejururawatan tidak sehebat sekarang menyebabkan ia kurang mendapat tempat di kalangan golongan muda.

"Kalau dahulu jururawat adalah kerjaya pilihan terakhir bagi seorang anak gadis malah pekerjaan tersebut dianggap first class servant, maklumlah tugasnya bertemankan darah dan benda-benda kotor sahaja.

"Tetapi kini, zaman semakin berubah, masyarakat semakin sedar kepentingan tanggungjawab seorang jururawat, malah bidang kejururawatan sudah dianggap profesional,'' ujarnya.

Katanya lagi, pelbagai kemudahan diberi kepada mereka yang menyertai bidang ini, bahkan kerjaya yang digelar 'bidadari suci' ini diiktiraf sebagai yang mempunyai masa depan cerah serta menjanjikan pendapatan lumayan.

Berpengalaman lebih 35 tahun, Halijah pernah bertugas di pelbagai wad sebaik menamatkan kursus asas di pusat latihan jururawat pada tahun 1976.

Berkongsi rahsia kekal lama dalam kerjaya tersebut kata Halijah, kesabaran dan disiplin menjadi 'azimat' penting dalam mengharungi tugas sebagai jururawat.

Sementara itu, bagi Faridah Halim,43, tugas jururawat bukanlah mudah biarpun dilihat berfungsi sekadar membantu kelancaran tugas seorang doktor,

Hakikatnya ia melebihi daripada tanggungjawab tersebut.

"Bagi yang bertugas di bandar, dugaannya berbeza dengan kami yang bertugas di kawasan pedalaman,'' ujar anak kelahiran Johor ini.

Katanya lagi, bertugas mengendalikan pesakit di wad lebih cerewet berbanding bekerja di bahagian lain.

"Mengendalikan pesakit ini memerlukan ketelitian, maklumlah mereka sedang sakit, jadi mereka sangat sensitif, sebab itu setiap kali memberikan ubat mereka perlukan perhatian'' ujarnya lagi.

Malah akuinya, sentuhan dan kata-kata semangat adalah ubat yang paling mujarab untuk mendekatkan diri dengan pesakit.

"Biasanya, saya banyak memberikan kata-kata perangsang kepada pesakit supaya tabah menghadapi penyakit ,'' ujarnya lagi.

Ditanya pengalaman sepanjang bertugas sebagai jururawat, Faridah memberitahu pengalaman memujuk pesakit yang lari daripada hospital adalah sukar dilupakan.

Ceritanya, dia yang terpaksa berjalan lebih satu kilometer dari hospital semata-mata mahu memujuk seorang pesakit yang sedang merajuk untuk melarikan diri di hospital.

"Masa itu, pelbagai perkara benda terbayang terfikir, maklumlah dalam hutan tetapi nasib baik selepas di pujuk pesakit itu bersetuju untuk kembali ke wad,'' ujarnya mengenangkan pengalaman lama.

Kini selepas 16 tahun berkhidmat, dirinya semakin kalis dengan tugas hakiki itu, walaupun penat dengan kerenah pesakit namun dirinya berpuas hati dapat berbakti pada masyarakat.

Katanya lagi, dimarahi pesakit adalah perkara biasa dalam menjalankan tanggungjawab sebagai jururawat.

"Biasanya, saya diam sahaja kalau pesakit memarahi, dan paling penting jangan simpan ke hati apabila di marah oleh pesakit mahupun keluarga mereka,'' ujarnya lagi.

Malah menurutnya, senyuman kadang kala menjadi ubat yang paling mujarab dalam membantu menenangkan pesakit.

"Itulah ubat yang paling senang. Dengan senyuman kita sebenarnya mampu melegakan kesakitan pesakit," ujar ibu kepada dua cahayamata ini.

Sementara bagi jururawat muda, Nur Azlinda Ashaari, 28, dirinya tidak pernah menyesal memilih kerjaya ini sebagai periuk nasi utamanya.

Malah dia yang meminati bidang ini sejak lagi tidak melepaskan peluang menyertai Kolej Kejururawatan Mahsa di Damansara selepas tamat tingkatan lima.

Akui anak jati Kelantan ini, menjadi seorang jururawat memerlukan kecekalan diri selain sabar melayan kerenah pesakit.

Dia yang baru ditugaskan di Hospital Gombak itu mengakui bangga dapat menabur bakti kepada masyarakat walaupun kepada golongan Orang Asli.

Katanya lagi, biarpun tugas jururawat tidak sehebat pekerjaan yang lain yang kelihatan bergaya sepanjang masa namun sekurang-kurang pekerjaan sepertinya memberikan dia mudah untuk mendapat pahala.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Jururawat menabur bakti - utusan Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Jururawat menabur bakti - utusan Empty Re: Jururawat menabur bakti - utusan

Post by Jururawat Tue 14 Jun 2011, 3:00 pm

jururawat mmg byk mnabur jasa.. tp xmnta dibalas.....
Jururawat
Jururawat
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Jururawat Terlatih U29
Gender : Female
Jumlah Post : 8
Umur : 41
Tarikh Register : 25/01/2007
Reputation : 0
Points : 6523

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum