Kerugian besar lengahkan solat
2 posters
Page 1 of 1
Kerugian besar lengahkan solat
Kerugian besar lengahkan solat
RASULULLAH SAW bersabda: Solat itu adalah tiang agama, sesiapa yang
mendirikan solat, sesungguhnya ia sudah menegakkan agama dan sesiapa
yang meninggalkan solat, sesungguhnya ia meruntuhkan agama.
Hakikatnya solat adalah satu suruhan yang mesti dilaksanakan atau
disempurnakan oleh setiap umat Islam walau dalam keadaan apa sekalipun.
Sayangnya, masih ada di kalangan umat Islam yang tidak langsung
mendirikan solat, kalau buat pun, ada yang melengah-lengahkan waktu
solat, melakukan solat secara tergesa-gesa serta tidak khusyuk dan
banyak lagi.
Wartawan, ZUARIDA MOHYIN menemu bual pensyarah, Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia , Zaharuddin Ab. Rahman bagi mengupas persoalan
ini.
Sungguhpun waktu solat itu telah ditentukan, mengapa kita digalakkan
agar tidak melengah-lengahkannya dan apakah ganjaran mereka yang
bersolat di awal waktu?
ZAHARUDDIN: Keperluan untuk menunaikan solat di awal waktu jelas
daripada hadis yang bermaksud: “Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang
terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu.” (riwayat at-Tirmizi
dan Abu Daud)
Namun ada beberapa ketika yang dibenarkan untuk melewatkan solat
seperti jika cuaca terlampau panas dan berjemaah secara terbuka di
luar. Sabda Nabi SAW: Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat Zuhur,
kerana kekuatan panas (matahari) adalah daripada bahang neraka jahanam.
(riwayat al-Bukhari).
Namun mungkin keadaan terlalu panas ini sudah kurang timbul kerana
kini, kita menunaikan solat di masjid yang redup dan berhawa dingin.
Bagi menjelaskan ganjaran mereka yang menjaga waktu solat.
Rasulullah bersabda: Pada suatu hari Rasulullah ditanya oleh seorang
sahabat: Amalan apakah yang paling utama? Baginda menjawab: Solat tepat
pada waktunya. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Di samping itu, Rasulullah pernah bersabda: “Barang siapa yang
bersolat tepat pada waktunya dan melengkapkan rukuk, sujud dan khusyuk
maka solat itupun naik ke atas dalam keadaan putih dan cemerlang. Solat
itu berkata: “Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga
aku (menyempurnakan rukun solat itu). Tetapi barang siapa yang tidak
bersolat, tidak dalam waktu yang ditentukan dan tidak pula
menyempurnakan wuduknya serta tidak pula melengkapkan rukuk, sujud dan
tanpa khusyuk sama sekali, maka solat itupun naiklah ke atas dalam
keadaan hitam kelam sambil berkata: “Semoga Allah mensia-siakan dirimu
sebagaimana engkau mensia-siakan aku. Selanjutnya setelah solat itu
berada di suatu tempat seperti dikehendaki Allah, ia pun lalu
dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak rabak kemudian
dipukulkanlah kepada mukanya.” (riwayat al-Tabrani dan Baihaqi).
Sementara, dalam surah al-Mukmin ayat 8 hingga 11 yang bermaksud:
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, dan orang yang memelihara
solatnya; mereka itulah orang yang berhak mewarisi syurga Firdaus,
mereka kekal di dalamnya.
Perkataan memelihara solat mempunyai pengertian yang cukup luas. Boleh ustaz huraikan?
ZAHARUDDIN: Erti memelihara solat yang termudah adalah menjaga solat
fardu lima kali sehari semalam. Namun, lebih dalam dari itu, penjagaan
solat juga menuntut kita untuk mendirikannya dan bukan sekadar
menunaikannya. ‘Tunaikan’ dan ‘dirikan’ adalah dua benda yang berbeza.
Tunai lebih cenderung kepada proses melaksanakannya pada satu-satu
waktu dan kemudian ia dikira selesai tanpa mengira kesan selepas dan
persembahan spiritual semasa pelaksanaannya.
Manakala erti ‘mendirikan’ solat pula tidak bermaksud sedemikian,
ini kerana kita dituntut untuk melaksanakan solat secara fizikal dan
spiritual lalu berterusanlah kesan solat itu dalam kehidupan seharian
kita.
Perlu sama-sama kita menyedari bahawa yang dituntut semasa solat
adalah usaha untuk meyakinkan yang kita sedang berhadap dengan Allah
dan hati kita juga sedang dilihat oleh-Nya. Ini ditegaskan oleh Nabi
SAW yang bermaksud: Apabila kamu solat, janganlah kamu menoleh (ke sana
sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan
wajah-Nya ke wajah hamba-Nya yang sedang bersolat selagi mana hamba-Nya
tidak menoleh ke lain. (al-Bukhari dan Abu Daud)
Perasaan inilah yang perlu dibawa hingga keluar solat, maka
dengannya kita pasti akan dapat merasakan setiap tindakan kita dilihat
oleh Allah SWT.
Apakah yang dimaksudkan solat berkualiti dan bagaimana memperolehnya?
ZAHARUDDIN: Maksud solat berkualiti merangkumi semua hal-hal yang
telah saya nyatakan sebelum ini, selain itu solat ini juga didirikan
berlandaskan ilmu dan bukannya secara ikutan tanpa mengetahui asas
sesuatu pergerakan dan tindakan itu.
Solat bagi mereka yang mengikuti mana-mana ilmuwan dan alim ulama
secara ‘lihat, pandang dan dengar’ sudah tentu sah jika menepati rukun
dan syaratnya.
Namun, apabila kita ingin mengulas perihal berkualiti, ia sudah
tentu perlu lebih dari sekadar sah. Atas sebab demikian ia memerlukan
ilmu yang lebih jelas tentang dalil-dalil yang disandarkan pandangan
ulama tersebut. Inilah namanya menaiktarafkan tahap ilmu agar
pencapaian pahala dan keyakinannya semakin tinggi.
Pahala bagi seorang yang menunaikan ibadah dengan ilmu amat berbeza dengan solat mereka yang tidak didasari ilmu.
Khalifah Umar bin Abd Aziz berkata: “Sesiapa yang beramal tanpa
ilmu, maka kerosakan lebih banyak dihasilkan daripada kebaikan. (Jami’
Bayan al-‘Ilm wa fadlihi, Ibn Abd Barr, 1/27)
Malah Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Disebutkan kepada
nabi terdapat dua orang lelaki, seorang daripadanya ahli ibadat
manakala yang satu lagi ahli ilmu. Lalu Nabi memberi respons, keutamaan
orang yang punyai ilmu melebihi daripada orang yang beribadat (tanpa
ilmu) adalah seperti keutamaanku dengan yang paling rendah daripada
kalangan kamu (sahabat). (riwayat Tirmizi, no. 2685, 5/50)
Syeikh Al-Mubarakfuri menghuraikan bahawa ahli ibadat yang
dimaksudkan dalam hadis ini adalah mereka yang banyak melakukan ibadat
tetapi hanya didasari ilmu yang sedikit. Beliau juga menjelaskan bahawa
Nabi membandingkan keutamaan dirinya dengan seorang sahabat yang paling
rendah kemuliaannya, itu perbandingan si alim dengan si ahli ibadat.
(Tuhfatul ahwazi, 7/379)
Inilah juga yang ditegaskan oleh Syeikh Khatib As-Syarbini As-Syafie
di dalam kitabnya di mana beliau menegaskan erti ‘lihat’ dalam hadis
Nabi: “Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku mendirikan solat.”
adalah ilmu iaitu, sebagaimana aku mengetahui kaedah dan sifat aku
solat.
Solat sebegini akan lebih mudah meraih nikmat khusyuk yang merupakan
satu kenikmatan spiritual yang amat bernilai buat kehidupan di dunia
dan di akhirat.
Bagaimanakah cara berhikmah untuk mengajak orang mendirikan solat
kerana kita tidak mahu perkara ini dipertanggungjawabkan ke atas kita
di akhirat kelak atas alasan segan atau takut mengecilkan hati mereka?
ZAHARUDDIN: Sebaik-baik cara adalah kembali kepada asas (back to
basic). Kita cuba ajak mereka berfikir semula bahawa hidup dan
keseronokan dunia hanyalah untuk beberapa puluh tahun sahaja. Jangan
kita tujukan kepada mereka, tetapi tujukan kepada diri kita terlebih
dahulu iaitu termasuk mereka yang sedang ingin menasihati. Ingatkan
perihal kematian, ia adalah saranan Nabi SAW dalam hadisnya:
“Perbanyakkanlah ingatan kepada perkara yang memutuskan kenikmatan
sementara, iaitu mati.”
Jika penerimaannya baik, boleh diteruskan dengan memberi kefahaman
perihal dosa mereka yang meninggalkan solat, antaranya adalah satu kaki
sudah menjadi kafir, sebagaimana disebut di dalam hadis: “Sempadan
antara seorang itu Islam dan kafir adalah jika mereka meninggalkan
solat.” Ini bererti, mereka yang meninggalkan solat dikira sudah
separuh badan di sempadan kekafiran yang amat berbahaya.
Gunakan cara nasihat yang didasari kasih sayang dan ingin membantu,
cara lembut sentiasa lebih utama daripada kaedah yang keras dan
menempelak. Kaedah ini juga datang dari al-Quran dan hadis.
Setelah itu, sentiasa galakkan dan bina kemampuan solat orang dituju
secara beransur-ansur. Jika sukar, boleh sahaja minta dia mendirikan
satu waktu solat sehari terlebih dahulu dan seterusnya semakin baik.
Insya-Allah.

Fieza- AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
- Negeri :
Jawatan : Mici U29
Gender :
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8098
Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..
Re: Kerugian besar lengahkan solat
mmg diakui semua kebenarannya...
kdg2 cam x bole buang prasaan @ tabiat 'tak ape'...
cth: "takpe..waktu panjang lagi". "takpe..sempat lagi ni"..dan mcm2 takpe lagi yg kedengaran.
ade masa & ketikanya kita diharuskan @ terpaksa melengahkan solat..bila keadaan darurat spt dlm OT ke, nak slamatkan nyawa pt ke.tp tengok keadaan jgk laa.jgn psl tu suma nak dijadikan alasan.kita yg bg nasihat ni pun kdg2 terlepas gak...so..sama2 la kita pikir...

twentytwo- SUPER DUPER SENIOR
- Jawatan : assisstant
Gender :
Jumlah Post : 281
Umur : 46
Tarikh Register : 24/03/2008
Reputation : 0
Points : 6074
Similar topics
» Contohi solat Rasulullah
» Solat rendahkan kolesterol
» Rahsia Solat
» Pengorbanan besar tidak dihargai - berita harian
» Asal Usul Solat

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu 16 May 2024, 10:59 am by mrvx
» 1 januari 2024
Mon 01 Jan 2024, 3:23 pm by MaStErMiNd
» PENDAFTARAN EVENT REUNION JURU X-RAY (BATCH38)
Sat 14 Oct 2023, 5:54 am by mrvx
» Langkah cegah osteoporosis buat wanita
Sun 14 May 2023, 11:21 am by fifie
» PANDUAN - RUANG NIAGA DAN JUAL-BELI
Thu 11 Aug 2022, 12:15 pm by MaStErMiNd
» patut x juruxray ada elaun kritikal???
Thu 26 May 2022, 12:11 pm by mrvx
» Diploma Lanjutan Sonografi
Thu 26 May 2022, 12:05 pm by mrvx
» nk tukar suka sama suka..
Thu 26 May 2022, 11:58 am by mrvx
» Bayi disumbat dalam kotak ditemui bernyawa
Wed 10 Nov 2021, 5:08 pm by anakpintar
» 2017 PENUH MAKNA
Tue 09 Feb 2021, 4:48 pm by Fieza
» FORUM PARAMEDIK 2021
Tue 09 Feb 2021, 4:01 pm by Fieza
» mari sembang dengan saya
Tue 09 Feb 2021, 3:57 pm by Fieza
» mn otai2 forum paramedik?
Tue 09 Feb 2021, 3:55 pm by Fieza
» Photo - Department of Nuclear Medicine, Radiotherapy and Oncology,
Tue 29 Oct 2019, 11:14 am by mrvx
» Kenaikan elaun COLA bantu penjawat awam: Cuepacs
Wed 16 Oct 2019, 2:12 pm by MaStErMiNd
» Jawatan Kosong Jururawat
Sat 20 Jul 2019, 2:46 pm by msaa
» Dari MeJa KaiNKaPaN
Thu 17 May 2018, 3:09 am by kainkapan
» Koleksi Puisi Fieza | MARI KITA BERPUISI..
Thu 15 Jun 2017, 2:53 pm by Fieza
» Paramedic.BBFR.Net - Kemerosotan? Respond please!
Thu 15 Jun 2017, 2:50 pm by Fieza
» Antara Perlembagaan dan Gunung Kinabalu
Thu 08 Jun 2017, 9:26 am by Info Bola Sepak