FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Contohi solat Rasulullah

2 posters

Go down

Contohi solat Rasulullah Empty Contohi solat Rasulullah

Post by Fieza Fri 21 Mar 2008, 12:09 pm

Contohi solat Rasulullah


Oleh: W.RAHIMAH DRAMAN
SOLAT adalah ibadah paling suci, tinggi dan luhur kerana di samping
perlakuan lahir, terkumpul di dalamnya bacaan doa dan zikir dengan
pengertian tertentu.
Walau pun cara bersolat tidak diperincikan al-Quran, tetapi
pelaksanaannya dijelaskan secara terperinci menerusi atau hadis
Rasulullah s.a.w.
Malah Rasulullah s.a.w. bersabda: Hendaklah kamu bersolat
sebagaimana kamu melihat aku bersolat. (riwayat Bukhari dan Ahmad
b.Hanbal)
Ini adalah antara intipati dalam kata pengantar buku Contoh
Sembahyang Rasulullah s.a.w. edisi Bahasa Malaysia terbitan Dienie
Publishers, Kuala Lumpur.
Tajuk asal buku tulisan Muhammad Naasiruddin Albaani dalam bahasa
Arab yang mula dicetak di Kota Damsyik pada tahun 1370 Hijrah ini ialah
Sifah Shalaah An-Nabiy.
Albaani, seorang tokoh besar ulama hadis dan pengarang sunah Nabi
s.a.w. di Asia Barat menurut penterjemah buku ini, Abdullah Salleh,
hanya mengumpulkan hadis-hadis yang sahih (benar) dan benar-benar
menggambarkan keadaan atau sifat solat Nabi (m/s:3).
Berbeza dengan buku-buku panduan solat yang disusun oleh kebanyakan
cerdik pandai tempatan dan luar, buku terjemahan Contoh Sembahyang
Rasulullah s.a.w. ini disifatkan paling sempurna.
Usahakanlah mendapatkan senaskah buku ini bagi memperbetul dan
menambah baik cara serta rukun-rukun solat harian kita agar ia lebih
berkesan dalam amalan kehidupan.
Ini kerana khazanah ilmu tinggalan imam dan tokoh ulama besar hadis
Nabi ini terus diulang cetak dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa
di seluruh dunia hingga ke hari ini.
Buku setelah 184 muka surat dengan tujuh bahagian ini menjelaskan
cara amalan dan perlakuan solat Nabi dari mula berdiri menghadap kiblat
hingga selesai salam dan berdoa yang sama ada dalam solat fardu mahupun
sunat.
Hampir setiap amal perbuatan dan bacaan solat yang dititipkan dalam
buku ini disertakan dalil dari hadis-hadis sahih di samping firman
Allah s.w.t. Contoh solat Nabi dalam buku ini dimula dengan tajuk utama
‘beberapa kelakuan sembahyang sebelum niat’ dengan 10 tajuk kecil,
termasuk cara menghadap kiblat, berdiri, solat orang, solat dalam
perahu, berkasut dan solat atas mimbar.
Bahagian kedua dengan tajuk utama ‘Dari niat sampai membaca
al-Fatihah’ ada 17 tajuk kecil sebagai perinciannya. Surah-surah yang
sering dibaca Nabi dalam solat untuk semua jenis solat diletak pada
bahagian ketiga yang diuruti pula dengan 12 tajuk kecil termasuk bacaan
surah-surah secara tartil dan mengeluarkan suara.
Perlakuan rukuk dan iktidal pula dijelaskan satu persatu di bahagian
keempat melalui enam tajuk kecil termasuk zikir-zikir semasa rukuk dan
iktidal.
Mengenai cara solat Nabi ketika sujud dan duduk antara dua sujud
pula dijelaskan pada bahagian kelima yang dibahagikan kepada 10 tajuk
kecil lagi.
Bahagian keenam menjadikan tasyahud, qunut dan selawat kepada nabi sebagai tajuk utama dengan lapan tajuk kecil.
Buku ini diakhiri dengan tajuk bacaan-bacaan sebelum salam di
bahagian ketujuh dan terakhir dengan empat lagi pecahan tajuk kecil.
Penutup buku ini memberitahu, setiap perlakuan mengenai sifat solat
Nabi s.a.w. adalah sama untuk diamalkan oleh lelaki mahupun wanita.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Contohi solat Rasulullah Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Contohi solat Rasulullah Empty Re: Contohi solat Rasulullah

Post by tam Sun 25 May 2008, 10:46 pm

SALAM..
AKU SETUJU BUAT SOLAT KENA CONTOHI RASULULLAH TAPI KO KENA TAHU APABILA RASULULLAH SOLAT BERMULA DARI DIA AMBIK WUDUK SAMPAILAH BERI SALAM ...RASULULLAH SUDAH TENGGELAM DALAM CAHAYA ALLAH ....TAPI KITA SOLAT BERKELILING IBLIS & SYAITAN ...MANA MUNGKIN KITA DAPAT BUAT SEPERTI RASULULLAH... MUSTAHIL KITA BOLEH KUSYUK...SEDANGKAN PARA SAHABAT PON TAKLEH NAK BUAT ..INIKAN PULAK KITA YANG ILMU HANYA PANJANG SEJENGKAL....
SEMPURNA SOLAT ITU BUKAN SAHAJA DIKIRA DARI SEGI PERBUATAN TAPI HATI JUGA MESTI INGAT KEPADA ALLAH ...BUKAN KEPADA HAL-HAL DUNIAWI ...SEBAB TU AKU CAKAP MUSTAHIL KITA DAPAT BUAT ...KADANG-KADANG LEPAS TAKBIR JER TERUS MACAM-MACAM DATANG( INGAT POMPUAN LA,KERETA LA,DUIT LA..)
SOLAT ITU WAJIB...WALAU TAK BOLEH NAK KUSYUK PON MESTI KENA BUAT GAK SEBAB ITU AMANAH KITA,JANJI KITA KEPADA ALLAH .....KUSYUK MEMANG TAKLEH TAPI KITA BOLEH DAPAT RASA SEDAP...RASA SEDAP TU AKU TAKLEH NAK CITE...MASING-MASING BUAT PAS TU RASA SENDIRI LA...TU RAHSIA MASING-MASING SEBAB HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH JER YANG TAHU...
tam
tam
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : PETUGAS MULTIMEDIA BPFK
Gender : Male
Jumlah Post : 533
Umur : 45
Tarikh Register : 05/12/2006
Reputation : 0
Points : 7046

Character sheet
Mutiara Kata saya: aku telah tiada... aku telah fana diri

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum