FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Halalkah makanan kat hotel-hotel??

+2
shark-cna
HH
6 posters

Go down

Halalkah makanan kat hotel-hotel?? Empty Halalkah makanan kat hotel-hotel??

Post by HH Mon 28 Apr 2008, 12:57 pm

Berikut adalah petikan berita dari web PPIM. (http://www.zaharuddin.net)
<hr width="100%" SIZE=2>
Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, wakil PPIM dan 2 orang Chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.

Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?

Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?

Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.
Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita...

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.

Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.

Selain daripada Arak , ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan
untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh . Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....

Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.

Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.

Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.

JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.

Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalam an daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.

Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.
HH
HH
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 347
Umur : 47
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 6973

Back to top Go down

Halalkah makanan kat hotel-hotel?? Empty Re: Halalkah makanan kat hotel-hotel??

Post by shark-cna Mon 28 Apr 2008, 3:34 pm

Alhamdulillah bagusY info ni. yela kengkadang kita main taram jer, x nk selidik dulu status halal @ haram sesuatu mknn. Nauzubillah klu termakan.
shark-cna
shark-cna
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Jawatan : MLT
Gender : Female
Jumlah Post : 655
Umur : 41
Tarikh Register : 27/03/2008
Reputation : 0
Points : 6013

Character sheet
Mutiara Kata saya: Takbir ! Allahuakhbar

Back to top Go down

Halalkah makanan kat hotel-hotel?? Empty Re: Halalkah makanan kat hotel-hotel??

Post by HH Mon 28 Apr 2008, 3:54 pm

harapan kita agar pihak penganjur kursus2 untuk KKM lebih prihatin terhadap perkara ini..

jangan abaikan faktor halal haram..kerana ia menjadi darah daging kita...

berkongsilah maklumat ini bersama teman-teman semua..
HH
HH
KERABAT FORUM
KERABAT FORUM

Jawatan : PPP
Gender : Male
Jumlah Post : 347
Umur : 47
Tarikh Register : 06/05/2007
Reputation : 19
Points : 6973

Back to top Go down

Halalkah makanan kat hotel-hotel?? Empty Re: Halalkah makanan kat hotel-hotel??

Post by MLT_hidayah Mon 28 Apr 2008, 11:38 pm

kwn sy ckp...kdg2 makanan kat hotel...diorg letak arak skit... x tau laa betul atau x?
MLT_hidayah
MLT_hidayah
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri : Halalkah makanan kat hotel-hotel?? Selang10
Jawatan : juruteknologi makmal perubatan
Gender : Female
Jumlah Post : 1508
Umur : 40
Tarikh Register : 26/02/2008
Reputation : 3
Points : 5967

Character sheet
Mutiara Kata saya: "WaLaUaPaPUN Yg BeRLaKU..HidUP InI MesTi diTeRusKaN...i dOnT FoRGiVe PeOpLe BecOz I'm WeaK . i FoRGiVe ThEM BecOz I'm StRoNG EnoUGH tO UndERsTaND ThaT eVeRYoNE MaKEs MiSTaKE.."

Back to top Go down

Halalkah makanan kat hotel-hotel?? Empty Re: Halalkah makanan kat hotel-hotel??

Post by dhiyamirza Fri 02 May 2008, 12:49 pm

kadang2 bukan kat hotel aje..kalau kita beli kek kat luar tu pun ade yang dicampur dengan arak kerana akan menyebabkan kek itu tahan lama serta lambat rosak...
dhiyamirza
dhiyamirza
KERABAT SUPER SENIOR
KERABAT SUPER SENIOR

Negeri : Halalkah makanan kat hotel-hotel?? Johor_10
Jawatan : Tutor
Gender : Female
Jumlah Post : 511
Umur : 41
Tarikh Register : 12/12/2007
Reputation : 12
Points : 6305

Character sheet
Mutiara Kata saya: biar putih tulang jangan putih mata....

Back to top Go down

Halalkah makanan kat hotel-hotel?? Empty Re: Halalkah makanan kat hotel-hotel??

Post by MLT_hidayah Sat 03 May 2008, 12:15 am

owh yer ker? suka makan kek nie....
MLT_hidayah
MLT_hidayah
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR
KERABAT TEGAR SUPER SENIOR

Negeri : Halalkah makanan kat hotel-hotel?? Selang10
Jawatan : juruteknologi makmal perubatan
Gender : Female
Jumlah Post : 1508
Umur : 40
Tarikh Register : 26/02/2008
Reputation : 3
Points : 5967

Character sheet
Mutiara Kata saya: "WaLaUaPaPUN Yg BeRLaKU..HidUP InI MesTi diTeRusKaN...i dOnT FoRGiVe PeOpLe BecOz I'm WeaK . i FoRGiVe ThEM BecOz I'm StRoNG EnoUGH tO UndERsTaND ThaT eVeRYoNE MaKEs MiSTaKE.."

Back to top Go down

Halalkah makanan kat hotel-hotel?? Empty Re: Halalkah makanan kat hotel-hotel??

Post by aieyda Sat 26 Jul 2008, 9:44 pm

mak aku dah elakkan makan kat hotel kalau ada event..
sebabnya pinggan mangkuk yang kita makan tu akan membuatkan makanan halal yang kita makan jadi tak halal sebab penah digunakan untuk menyajikan makanan yang tak halal..
aieyda
aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri : Halalkah makanan kat hotel-hotel?? Penang10
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 3994
Umur : 40
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 8046

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

Back to top Go down

Halalkah makanan kat hotel-hotel?? Empty Re: Halalkah makanan kat hotel-hotel??

Post by aieyda Sat 26 Jul 2008, 10:02 pm

MLT_hidayah wrote:kwn sy ckp...kdg2 makanan kat hotel...diorg letak arak skit... x tau laa betul atau x?

depend pada food tu la..
aieyda
aieyda
KERABAT OTAI
KERABAT OTAI

Negeri : Halalkah makanan kat hotel-hotel?? Penang10
Jawatan : Jaga KeSelamaTan Dlm NeGeRi
Gender : Female
Jumlah Post : 3994
Umur : 40
Tarikh Register : 17/04/2008
Reputation : 26
Points : 8046

Character sheet
Mutiara Kata saya: -TaNpa KeBeraNian,MimPi TidaK aKaN meNjaDi KeNyataaN-

Back to top Go down

Halalkah makanan kat hotel-hotel?? Empty Re: Halalkah makanan kat hotel-hotel??

Post by rubaniibrahim Sat 14 Mar 2009, 9:39 am

selalunya kalau ada convention,kursus dan sambutan majlis dibuat dihotel, masa tu kita dihidangkan makanan cara hotel, kira tawakal sajalah masa tu....
rubaniibrahim
rubaniibrahim
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Halalkah makanan kat hotel-hotel?? Johor_10
Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Gender : Male
Jumlah Post : 173
Umur : 70
Tarikh Register : 21/02/2009
Reputation : 10
Points : 5881

Character sheet
Mutiara Kata saya: ALLAH TAHU SEGALA2NYA...

https://www.facebook.com/edtaccount.php http://www.tagged.com/jlq5083

Back to top Go down

Halalkah makanan kat hotel-hotel?? Empty Re: Halalkah makanan kat hotel-hotel??

Post by rubaniibrahim Sat 14 Mar 2009, 9:45 am

ariitu saya sekeluarga duduk dihotel diSitiawan, perak (hotel kristel), seronok dudok dihotel dan dapat sarapan tanpa bayaran untuk 2 orang. masalahnya lepas tu kedengaran ketika taukeh hotel membuat kerja kawin beliau telah gunakan pinggan mangkok untuk makanan kurang halal gunasama pinggan mangkok untuk kegunaan pelanggan hotel.....
rubaniibrahim
rubaniibrahim
SUPER SENIOR
SUPER SENIOR

Negeri : Halalkah makanan kat hotel-hotel?? Johor_10
Jawatan : Penolong Pegawai Perubatan
Gender : Male
Jumlah Post : 173
Umur : 70
Tarikh Register : 21/02/2009
Reputation : 10
Points : 5881

Character sheet
Mutiara Kata saya: ALLAH TAHU SEGALA2NYA...

https://www.facebook.com/edtaccount.php http://www.tagged.com/jlq5083

Back to top Go down

Halalkah makanan kat hotel-hotel?? Empty Re: Halalkah makanan kat hotel-hotel??

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum