FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SOYA ALTERNATIF SUSU LEMBU

Go down

SOYA ALTERNATIF SUSU LEMBU Empty SOYA ALTERNATIF SUSU LEMBU

Post by Fieza Thu 22 May 2008, 8:45 pm

Soya alternatif susu lembu


SOYA ALTERNATIF SUSU LEMBU Ke_01.1
SUSU formula boleh mencetuskan alahan pada bayi. – Gambar hiasan
<hr noShade SIZE=1>
PASANGAN ibu bapa muda, Rozana dan Azlan runsing dengan keadaan bayi mereka, Daniel, dua bulan, yang sering kali ditumbuhi ruam halus pada kulit selepas minum susu formula yang diberikan. Paling merisaukan mereka ialah Daniel akan muntah setiap kali ia meminum susu.
Mereka mendapati di sekeliling mulut Daniel juga terdapat kesan kemerah-merahan dan sesekali akan terdengar perut Daniel berbunyi seperti ada angin di dalamnya. Ada kalanya ketika tidur, nafas Daniel juga berbunyi kuat dan dia juga sering menggaru-garu tempat tertentu apabila berpeluh.
Atas rasa tanggungjawab terhadap kesihatan bayi mereka, Rozana dan Azlan segera membawa Daniel untuk dirujuk kepada pakar kanak-kanak dan hasil pemeriksaan mendapati bayi mereka disahkan mengalami alahan kepada protein susu lembu yang terkandung di dalam rumusan susu yang diberi.
Justeru, mereka dicadangkan untuk menukar rumusan susu lembu kepada susu berasaskan soya bagi mengelakkan bayi mereka daripada mengalami ketidakselesaan.
Alahan kepada protein susu lembu (CMPA) adalah masalah antarabangsa. Boleh dikatakan ia dialami oleh semua bayi dan kanak-kanak di seluruh dunia.
Menurut perangkaan, di Amerika Syarikat (AS), lebih daripada 2.5 peratus bayi di negara itu mengalami CMPA, manakala kajian yang dilakukan di Singapura mendapati alahan kepada susu lembu adalah sama kuantiti seperti alahan kepada ikan dan kekacang.
Profesor Madya Bahagian Pediatrik Pengkhususan Alahan dan Imuniti Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Universiti Duke, North Carolina, AS, Dr. Larry Wayne Williams berkata, terdapat banyak simptom yang mengaitkan dengan alahan itu.
“Kita boleh melihat tanda-tanda ini dengan jelas pada bayi yang mengalami alahan terhadap protein susu lembu. Kulit akan mengalami ruam dan ekzema, manakala pernafasan pula ada kedengaran bunyi, dengkur dan selesema.
“Sesetengah bayi pula akan muntah dan cirit-birit,” jelasnya ketika sesi penerangan media di sebuah hotel di ibu kota, baru-baru ini.
Bintik-bintik ruam
Dr. Williams berkata, terdapat satu kes di mana seorang nenek yang menjaga cucunya telah memberikan susu formula buat pertama kali selepas bayi tersebut bercerai susu ibu.
Selepas meminum kira-kira 30 mililiter susu, muka bayi tersebut menjadi kemerah-merahan dan bintik-bintik ruam mula timbul.
“Nenek itu kemudiannya menghentikan susuan dan lima minit kemudian bayi tersebut memuntahkan semua susu yang telah diminum.
“Selepas 15 minit, kesan bintik dan tanda merah di wajahnya berkurangan. Simptom yang sama berulang pada minggu seterusnya setiap kali diberikan susu formula,” katanya.
Menurut Dr. Williams, ujian diagnosis boleh dilakukan untuk memastikan sama ada bayi mengalami CMPA atau sebaliknya.
Ujian kulit atau dinamakan Prick Skin akan dilakukan. Ia tidak memerlukan suntikan. Caranya ialah satu alat plastik diguris sedikit pada kulit bayi. Bayi yang mengalami alahan terdapat kesan merah pada kulit atau gatal selepas ditekan dalam masa 15 minit.
Selain itu, ujian antibodi allergen (IgE) juga boleh dilakukan, ia bertujuan mengukur paras darah terhadap susu.
Menurut Dr. Williams, rawatan paling berkesan untuk bayi yang mengalami CMPA ialah dengan mengelakkan pengambilan produk yang mengandungi protein susu lembu.
Jelasnya, ibu bapa perlu lebih prihatin dengan membaca label kandungan sebelum membeli sesuatu produk.
“Carilah alternatif kepada susu dengan produk yang tidak mengandungi protein susu lembu. Rumusan soya adalah salah satu alternatif yang baik untuk bayi yang mengalami CMPA,” jelas beliau.
Berdasarkan kajian yang dilakukan pada tahun lalu oleh Jurnal Alahan dan Imuniti mendapati, kebanyakan bayi yang mengalami CMPA akan beransur pulih mengikut peredaran tahun.
“Terdapat juga kajian terhadap terapi tentang kaedah untuk menyekat tindak balas antibodi terhadap alahan, kaedah yang sesuai untuk mengelakkan alahan serta kaedah untuk memulihkan kesan alahan terhadap sistem imunisasi,” ujar beliau.
Kesimpulannya, alahan menjadi semakin biasa di seluruh dunia, rawatan yang paling baik ialah dengan mengelakkan produk yang mengandungi susu lembu.
Kajian mengenai terapi boleh mengurangkan tahap alahan, bagaimanapun, ibu bapa perlu merujuk kepada pakar kanak-kanak untuk mendapatkan yang terbaik bagi bayi mereka.
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : SOYA ALTERNATIF SUSU LEMBU Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum