FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Dialisis Peritoneal - Alternatif rawatan buah pinggang

Go down

Dialisis Peritoneal - Alternatif rawatan buah pinggang Empty Dialisis Peritoneal - Alternatif rawatan buah pinggang

Post by Lord Vlad Sat 01 Dec 2007, 11:44 am

Dialisis Peritoneal - Alternatif rawatan buah pinggang



Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

Dialisis Peritoneal - Alternatif rawatan buah pinggang Kn_01_big
PESAKIT terpaksa menanti dalam waktu yang lama untuk mencari buah pinggang sesuai untuk prosedur pemindahan.<hr noshade="noshade" size="1">
- copy from utusan online


DALAM tempoh lebih 20 tahun, jumlah pesakit yang memerlukan dialisis di negara ini telah meningkat dengan begitu ketara.

Saban tahun, lebih 2,500 pesakit disahkan menghidap kegagalan buah
pinggang tahap lewat atau akhir (ESRF), bersamaan dengan kira-kira 100
orang bagi setiap sejuta penduduk.

Kadar ini terus meningkat dari 43 orang pesakit yang diterima
menjalani dialisis pada tahun 1980 kepada 3,152 orang pada tahun 2006.

Pakar Runding Nefrologi, Datuk Dr. Zaki Morad Mohamad Zaher berkata,
keadaan ini sebahagiannya berpunca daripada peningkatan kadar diabetes
dan hipertensi (darah tinggi).

“Kira-kira 57 peratus daripada kes kegagalan buah pinggang lanjutan disebabkan oleh diabetes melitus.

“Adalah penting bagi seseorang individu untuk merawat dan
menguruskan penyakit buah pinggang seawal yang mungkin terutamanya jika
mereka berada dalam kategori berisiko tinggi (diabetes dan darah
tinggi).

“Jika tidak dikesan dan dirawat secara berkesan, ia boleh mengancam
nyawa,’’ ujar beliau pada majlis mengumumkan pemenang peraduan
Dreamcatcher yang dianjurkan oleh firma farmaseutikal Baxter Healthcare
Malaysia buat julung kalinya, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

(Minggu hadapan, jangan lupa untuk berkongsi pengalaman finalis
Dreamcatcher yang menderitai penyakit buah pinggang serta pilihan
rawatan mereka)

Ia dikhaskan untuk semua pesakit buah pinggang di seluruh negara
yang menjalani rawatan dialisis peritoneal (PD), iaitu salah satu
pilihan rawatan bagi pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang.

Mnurutnya, buah pinggang memainkan peranan penting menapis keluar
kotoran di dalam darah dan mengeluarkan air yang berlebihan di dalam
badan.

Di samping itu, ia turut membantu mengimbang tekanan darah,
menghasilkan hormon untuk membantu tulang sum-sum menghasilkan sel-sel
darah merah serta memelihara tulang yang sihat.

Apabila buah pinggang gagal berfungsi

* Kotoran terhasil di dalam darah membuatkan badan terasa gatal, hilang selera makan, diikuti dengan rasa mual dan muntah-muntah

* Air yang berlebihan yang terhasil di dalam badan mengakibatkan
bengkak pada muka dan kaki. Ia juga boleh mengakibatkan sesak nafas

* Kekurangan hormon untuk membantu tulang sum-sum menghasilkan
sel-sel darah merah boleh mengakibatkan kita kelihatan pucat dan sering
terasa letih

* Kekurangan hormon untuk memelihara tulang boleh mengakibatkan penyakit yang ada kaitan dengan tulang seperti tulang reput

* Kekurangan hormon untuk mengimbangkan tekanan darah boleh mengakibatkan tekanan darah yang tidak terkawal (darah tinggi)

Dr. Zaki Morad yang juga seorang profesor dalam bidang perubatan
dalaman berkata, penyakit buah pinggang kronik (CKD) berlaku apabila
buah pinggang secara beransur-ansur kehilangan keupayaannya untuk
berfungsi.

‘‘Ia merupakan penyakit senyap dan selalunya gagal dikesan kerana gejala-gejalanya mungkin tidak dirasai.

‘‘Bagaimanapun, tanda-tanda awal masalah buah pinggang boleh dikesan
dengan ujian rutin air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan
darah yang ringkas dan mudah,’’ katanya.

Berita baiknya lagi, CKD boleh ditangguhkan dan dicegah melalui
ubat-ubatan dan perubahan gaya hidup sebaik sahaja masalah ini dapat
dipastikan.

Pengesanan dan rawatan awal CKD dapat memperlahankan perkembangan pesakit memasuki tahap ESRF dan memerlukan dialisis.

Para pesakit yang didiagnosis dengan ESRF mempunyai tiga pilihan
rawatan iaitu pemindahan buah pinggang, hemodialisis dan PD, kata Dr.
Zaki Morad.

‘‘Dialisis ialah rawatan perubatan yang membantu pesakit yang
mengalami kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan bendalir dan bahan
buangan daripada darah.

‘‘Hemodialisis ialah jenis dialisis yang membersihkan darah anda
dengan mengalirkan darah keluar daripada badan dan membersihkannya
menerusi penapis yang dinamakan dialyzer (buah pinggang tiruan),’’
jelasnya.

Sebaliknya, PD dilakukan di dalam badan anda. Selaput nipis yang
dinamakan membran peritoneum melapisi abdomen. Membran ini juga
meliputi kesemua organ dalam rongga abdomen.

Ia separa telap, maksudnya hanya bahan tertentu boleh melalui
selaput tersebut. PD menggunakan membran ini untuk menapis darah semasa
dialisis.

Bagaimana proses PD berlaku?

Pertama sekali, tiub lembut yang dinamakan kateter dimasukkan secara
pembedahan melalui dinding abdomen ke dalam rongga peritoneum.

Bergantung kepada jenis kateter yang diletakkan, sambungan kekal ini
biasanya boleh digunakan untuk terapi dialisis peritoneum 10 hingga 14
hari selepas prosedur.

Kawasan di mana kateter itu dikeluarkan dari abdomen dipanggil exit site.

Kateter ini membolehkan larutan dialisis memasuki rongga peritoneum.
Rongga peritoneum kemudian diisi dengan 2 hingga 3 liter cecair, yang
boleg ditampung dengan selesa oleh orang dewasa.

Apabila larutan dialisis dimasukkan ke dalam rongga peritoneum,
hasil buangan akan ditapis daripada aliran darah menerusi membran
peritoneum ke dalam larutan dialisis.

Dari situ, bahan buangan akan dikeluarkan dari badan anda. Ini
dinamakan fasa pengantaraan dalam pertukaran PD dan proses ini berlaku
dalam tempoh beberapa jam setiap kali.

Kemudian, larutan dialisis yang telah digunakan disalurkan keluar
dari rongga peritoneum dan digantikan dengan larutan baru. Penyaluran
keluar dan penggantian larutan dialisis dinamakan pertukaran atau
kitaran.

Jenis PD dan preskripsi rawatan yang dipilih akan menentukan
bilangan pertukaran atau kitaran yang diperlukan sehari. Anda boleh
memilih sama ada dialisis peritoneal ambulatori berterusan (CAPD) atau
dialisis peritoneal automatik (APD).

CAPD – 4 hingga 5 tukaran sehari, yang disesuaikan dengan gaya hidup anda

Sebagai permulaan, kateter PD disambungkan kepada set tiub. Larutan
yang berada dalam abdomen pada pertukaran sebelumnya, mesti disalur
keluar dari rongga peritoneum ke dalam beg yang sudah tersambung.

Apabila cecair telah dikeluarkan sepenuhnya daripada rongga
peritoneal, larutan dialisis baru disalur masuk melalui kateter,
mengisi rongga peritoneum dengan jumlah cecair baru yang ditetapkan.

Beg dan set tiub kemudian ditanggalkan dan dibuang. Dalam fasa
pengantaraan ini, apabila cecair berada dalam rongga peritoneum barulah
dialisis sebenar atau penapisan bahan buangan dan cecair berlaku.

Kini, anda bebas menjalankan kegiatan harian sambil dialisis berlaku dalam rongga peritoneum anda.

Setiap pertukaran mengambil masa 30 minit dan dilakukan setiap 4
hingga 6 jam. Pertukaran malam terakhir kekal atau disimpan di dalam
rongga peritoneum semalaman ketika anda tidur.

CAPD memberikan anda kebebasan untuk melakukan dialisis di rumah, tempat kerja malah semasa bercuti.

Anda boleh terus menikmati kehidupan tidak kira sama ada anda
bekerja, bersekolah, mengembara mahupun melakukan hobi atau kegiatan
lain seperti yang anda lakukan sebelum memulakan dialisis.

APD – Mesin dialisis waktu tidur, 10 jam sepanjang malam

Di sini, pertukaran atau kitaran larutan dialisis dilakukan oleh
mesin semasa anda tidur. Sebelum tidur, kateter anda disambungkan
kepada mesin APD. Mesin dan larutan diletakkan berhampiran katil.

Apabila anda tidur, mesin APD mengawal ketiga-tiga fasa kitaran,
menyalur keluar larutan terpakai, mengisi larutan baru dan mengawasi
masa larutan kekal dalam rongga peritoneum – masa penghantaran.

Pada waktu pagi, mesin melakukan isian terakhir bagi kebanyakan
pesakit. Ini bermakna, larutan yang dimasukkan kekal dalam rongga
peritoneum sehingga waktu tidur atau pertukaran seterusnya.

Apabila anda menanggalkan sambungan, anda bebas melakukan kegiatan harian seperti biasa.

Dalam kedua-dua kes, anda dan Unit Perubatan Buah Pinggang anda
boleh membincangkan pilihan yang paling sesuai dengan keperluan anda.
Lord Vlad
Lord Vlad
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Dialisis Peritoneal - Alternatif rawatan buah pinggang Selang10
Jawatan : PPKP
Gender : Male
Jumlah Post : 2388
Umur : 45
Tarikh Register : 09/10/2006
Reputation : 49
Points : 7835

Character sheet
Mutiara Kata saya: SAYANGILAH JANTUNG ANDA SEBELUM IA BERHENTI BERDENYUT........ - Ingatan ikhlas dari Lord Vlad @ EnsemBoy

https://www.facebook.com/lord.vld http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum