FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Adakah buah pinggang anda sihat?

2 posters

Go down

Adakah buah pinggang anda sihat? Empty Adakah buah pinggang anda sihat?

Post by Fieza Sat 05 Apr 2008, 8:09 pm

Adakah buah pinggang anda sihat?


KAJIAN di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 10 peratus daripada
golongan dewasa mempunyai masalah kerosakan buah pinggang dan mereka
juga tidak tahu mengenainya.
Ujian saringan mudah di mana-mana klinik atau hospital dapat menunjukkan jika anda salah seorang daripada mereka.
Thangachiammah M. Muthoo 51, tidak tahu bahawa dia mengalami
diabetes dan gejala tersebut perlahan-lahan merosakkan buah
pinggangnya. Dia menerima rawatan dialisis di Yayasan Buah Pinggang
Kebangsaan (NKF) sejak enam tahun lalu.
Aris Said, 53, pula merupakan pesakit dialisis di NKF sejak beberapa
tahun lalu dan sebelum ini tidak tahu bahawa dia mempunyai tekanan
darah tinggi dan diabetes. Dia juga tidak menyedarinya kerana dia
berasa sihat, sehinggalah suatu hari kedua-dua belah buah pinggangnya
berhenti berfungsi.
Shamsuddin Mohd Nor, 30, tidak pernah menyangka bahawa dia akan
mendapat penyakit kronik ini. Dia sering mengalami sakit belakang yang
berterusan. Ia merupakan penyakit buah pinggang kronik yang tidak
diketahui puncanya. Dia terpaksa menerima rawatan dialisis sepanjang
hayatnya.
Anda mungkin pernah mendengar cerita tentang individu-individu
mengalami kegagalan buah pinggang secara tiba-tiba. Kenyataannya, buah
pinggang mereka telah lama mengalami kerosakan tanpa disedari. Mereka
mengalami kerosakan buah pinggang yang kronik, tiada tanda-tanda atau
secara senyap, dan kadang-kala berkekalan selama bertahun-tahun
lamanya. Bagaimanapun, apabila tiba masanya, gejala-gejala tersebut
akan timbul tetapi pada masa itu, keadaan telah menjadi serius dan
kerosakan yang terjadi tidak dapat dipulihkan lagi. Kebanyakan penapis
kecil yang dipanggil nefron di dalam buah pinggang sudah rosak dan
hanya tinggal beberapa nefron yang terpaksa bekerja keras untuk menapis
darah. Tanpa rawatan, semua nefron akan musnah dan kerosakan buah
pinggang kekal terjadi.
Tanda-tanda kerosakan buah pinggang:
* Kerap membuang air kencing terutamanya pada waktu malam, lama-
kelamaan semakin berkurangan dan jumlah air kencing juga akan berkurangan
* Retensi (penakungan) air kencing menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak
* Sering gatal di bahagian badan tanpa sebab yang nyata
* Air kencing yang berbuih kerana kehadiran protein
* Cepat letih dan mengantuk
* Kerap sakit kepala
* Mengalami masalah tidur
* Kurang selera makan dan penurunan berat badan
* Terasa seperti hendak muntah, loya
* Darah di dalam air kencing
Sebab-sebab kerosakan buah pinggang kronik (CKD)
Perunding Nefrologi dan Setiausaha Kehormat Lembaga Pengurusan NKF,
Dr. Thiruventhiran Thilaganathan menyatakan buah pinggang adalah satu
struktur yang agak rapuh dan perlu dilindungi daripada faktor-faktor
yang boleh menyebabkan CKD.
“Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa
masalah buah pinggang seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah
pinggang, penyumbatan arteri renal (yang membekalkan darah kepada buah
pinggang), penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau
ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan
kecacatan buah pinggang secara semulajadi.
“Tiga punca utama kerosakan buah pinggang di Malaysia adalah
diabetes yang tidak terkawal (57 peratus daripadanya merupakan kes
kerosakan buah pinggang kronik), sebab yang tidak diketahui (27
peratus) dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal (enam peratus),”
katanya.
Diabetes adalah penyakit di mana konsentrasi gula di dalam darah
adalah tinggi. Lama-kelamaan paras gula yang tinggi akan merosakkan
buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati
yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu
pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.
Tekanan darah tinggi (hipertensi) pula adalah situasi yang merujuk
kepada tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri.
Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan
fungsi penapisan di dalam buah pinggang. Ini adalah berita buruk
terutamanya kepada pesakit diabetes kerana 60 peratus daripada mereka
akan mempunyai tekanan darah tinggi.
Masa untuk melakukan ujian!
Perunding Nefrologi dan ahli Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Goh Bak
Leong berkata, kira-kira 14 peratus golongan dewasa di Malaysia
menghidap diabetes.
“Bilangan kes tekanan darah tinggi bagi orang dewasa yang berumur 30 tahun ke atas pula mencecah 42.6 peratus,” ujar beliau.
Menurutnya lagi, disebabkan kedua-dua diabetes dan hipertensi
mungkin berlaku tanpa simptom, ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa
paras gula dalam darah mereka atau tekanan darah mereka tidak normal.
Tambahnya, mereka juga tidak tahu bahawa mereka mengalami kerosakan buah pinggang kronik atau pada tahap yang serius.
Timbalan Pengerusi Kedua dalam Lembaga Pengurusan NKF, Dr. Tan Chwee
Choon pula menyatakan kegagalan buah pinggang perlu dikesan pada
peringkat awal.
“Lebih awal anda mengetahui masalahnya, lebih cepat ia dapat dirawat bagi mengelakkan ia menjadi lebih teruk.
“Anda perlu berusaha menjaga buah pinggang anda dan mencegah dari terjadi kerosakan buah pinggang kronik,” jelasnya.
Pemeriksaan kesihatan Bergerak NKF Lifecheck telah memeriksa lebih
4,000 orang di Lembah Klang sejak ia mula dilancarkan pada Januari 2008.
Pengerusi Lembaga Pengurusan NKF, Dr S. S. Gill berkata NKF
Lifecheck adalah sebahagian daripada program pendidikan komuniti
dikenali sebagai ‘Kidney Care’.
“Bas bergerak NKF Lifecheck akan melawat syarikat-syarikat dan
komuniti setiap hari bagi menawarkan ujian untuk mengesan protein di
dalam urin (salah satu daripada tanda awal kerosakan buah pinggang
kronik), paras gula yang tinggi dalam darah, tekanan darah tinggi,
kolestrol darah yang tinggi dan ujian juga dilakukan dengan mengukur
status berat badan.
“Peserta yang mengambil bahagian juga diberikan kaunseling oleh
kakitangan yang berkelayakan sementara individu yang disyaki mempunyai
kerosakan buah pinggang, diabetes atau tekanan darah tinggi akan
dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui diagnosis
dengan lebih tepat,” ujarnya.
Menurut beliau, ujian dan kaunseling dicaj sebanyak RM2 bagi setiap individu.
Perkhidmatan yang boleh dianggap percuma ini adalah hasil usahasama
Sunway Group dan syarikat-syarikat yang mengambil berat mengenai
kesihatan komuniti. Kerosakan buah pinggang kronik adalah penyakit
serius. Hari buah pinggang sedunia pula baru sahaja berlalu dengan
slogan “Adakah buah pinggang anda sihat?” Jika anda tidak tahu
jawapannya, tanyalah kepada doktor anda hari ini.
Artikel ini ihsan NKF KIDNEY CARE, iaitu program pendidikan komuniti
oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) yang turut
menawarkan subsidi rawatan dialisis dan ubat-ubatan percuma, ujian
makmal, rawatan susulan dan memberi kebajikan kepada pesakit buah
pinggang. NKF juga mengalu-alukan derma dari orang awam untuk memberi
sokongan kepada pesakit buah pinggang. Untuk maklumat lanjut, sila
layari laman web www.nkf.org.my atau hubungi NKF Hotline 1300-88-3110.
Bacaan normal untuk buah pinggang yang sihat
* Gula dalam darah kurang dari 5.6 mmol/L (tidak berpuasa)
* Tekanan darah kurang dari 130/90 mmHg
* Ujian urin tiada protein, tiada gula, tiada darah
* Ukuran pinggang kurang dari 102 cm (lelaki), kurang dari 88 cm (wanita)
* Indeks berat badan Antara 18.5 -24.9 kg/m2
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Adakah buah pinggang anda sihat? Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 40
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8035

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Adakah buah pinggang anda sihat? Empty Re: Adakah buah pinggang anda sihat?

Post by MLT Tue 15 Apr 2008, 10:31 am

kena jaga pinggang elok2
MLT
MLT
AHLI JUNIOR
AHLI JUNIOR

Jawatan : MLT
Gender : Male
Jumlah Post : 46
Umur : 45
Tarikh Register : 17/11/2007
Reputation : 1
Points : 6174

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum