FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.

Join the forum, it's quick and easy

FORUM PARAMEDIK
Selamat melayari Forum Paramedik,

Dengan mendaftar keahlian di Forum Paramedik, anda akan mendapat lebih informasi dan juga boleh berkomunikasi dengan ahli-ahli forum yang lain.

meriahkan forum paramedik dengan mendaftar keahlian anda disini.

Terima Kasih.
FORUM PARAMEDIK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kanser kolon: Adakah anda berisiko?

4 posters

Go down

Kanser kolon: Adakah anda berisiko? Empty Kanser kolon: Adakah anda berisiko?

Post by Fieza Fri 26 Jun 2009, 7:17 pm

Kanser kolon: Adakah anda berisiko?


KANSER kolon (usus besar) adalah salah satu daripada penyakit
penghadaman yang boleh mengancam nyawa.Lebih membimbangkan, kanser
kolon adalah antara kanser yang paling kerap dihidapi di seluruh dunia.
Di Malaysia, laporan Pendaftaran Kanser Negara 2003-2005 mendedahkan
bahawa kanser kolon adalah kanser yang paling kerap dihidapi oleh
lelaki dan yang ketiga di kalangan wanita.
Kanser kolon juga kanser yang paling kerap dihidapi oleh wanita berusia melebihi 70 tahun.
Permulaan kanser
Kanser kolon biasanya bermula sebagai polip, iaitu bonjol kecil pada
permukaan dalam kolon. Kebanyakan polip adalah benign atau tidak
berbahaya.
Tetapi, jika ia dibiarkan, ia akan membesar dan boleh menjadi
malignan (barah). Proses pertukaran dari benign ke malignan juga
selalunya mengambil masa yang lama.
Pada peringkat awal, kanser kolon mungkin tidak menunjukkan sebarang
tanda. Tetapi apabila sudah berlanjutan, pesakit mungkin mengalami
perubahan seperti cirit-birit atau sembelit berdarah, kelesuan, sakit
perut yang teruk, muntah, kehilangan berat badan dan juga anemia
(kurang darah merah).
Pada tahap lanjut, sel-sel kanser mungkin sudah merebak dari usus
besar ke organ lain menerusi proses yang dinamakan metastasis.
Ia biasanya menyerang hati, menyebabkan pesakit mengalami gejala
seperti jaundis atau penyakit kuning. Apabila keadaan ini berlaku, ia
menunjukkan tahap kanser yang sudah teruk.
Hakikatnya, kanser kolon boleh dicegah dan boleh sembuh jika dikesan dan dirawat pada peringkat awal.
Justeru, adalah penting untuk menjalani pemeriksaan atau ujian
secara berkala dengan doktor pakar bagi mengesan kanser kolon di
peringkat awal.
Satu-satunya cara untuk mengesan kanser kolon di peringkat awal
ialah dengan menjalani pemeriksaan secepat mungkin. Ini sangat penting,
lebih-lebih lagi bagi mereka yang berusia 50 tahun ke atas.
Kenali faktor risiko
Kebanyakan kes kanser kolon berlaku secara rambang. Ini bermakna ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Punca sebenar kanser kolon juga masih tidak diketahui, tetapi terdapat beberapa faktor yang dikaitkan dengan kanser ini.
Faktor yang pasti ialah sejarah penyakit ini dalam keluarga. Risiko
anda lebih tinggi jika ada antara anggota keluarga anda menghidap
kanser kolon.
Malah, 10 hingga 20 peratus daripada pesakit kanser kolon mempunyai sejarah penyakit dalam keluarga.
Jika ibu, bapa atau adik-beradik anda menghidap kanser kolon pada
usia 30 tahun, anda mungkin perlu mula menjalani pemeriksaan lima tahun
sebelum anda mencapai usia itu, atau mungkin lebih awal lagi.
Keadaan tertentu yang menyebabkan keradangan usus (seperti
ulcerative colitis) juga boleh meningkatkan risiko kanser kolon. Faktor
risiko lain yang dikaitkan dengan kanser kolon termasuk:
*Diet
Lebih ramai rakyat Malaysia makan terlalu banyak daging merah (lembu
atau kambing) dan kurang makan serat (buah dan sayur). Penekanan
hendaklah diberikan kepada bijirin, buah-buahan dan sayuran, dan
kurangkan pengambilan daging merah.
*Usia
Risiko meningkat selepas usia 50 tahun. Bagaimanapun, perangkaan
menunjukkan bahawa risiko penyakit ini boleh bermula seawal umur 20-an
hingga 30-an. Peningkatan kes lebih ketara selepas usia 50 tahun.
*Sejarah peribadi
Wanita dengan sejarah kanser ovari, uterus dan payu dara berisiko lebih tinggi.
*Jantina
Wanita lebih berisiko daripada lelaki. Tetapi di Malaysia, risiko
kanser kolon di kalangan lelaki lebih tinggi sedikit berbanding wanita
(nisbah 11:10).
*Gaya hidup
Pengambilan alkohol secara berlebihan, merokok serta kurang atau
langsung tidak melakukan aktiviti fizikal meletakkan anda dalam risiko.
Begitu juga berat badan berlebihan.
Pilihan rawatan
Rawatan bergantung pada bila kanser kolon dikesan. Lebih awal ianya dikesan, maka lebih baik prognosisnya.
Pada peringkat awal doktor boleh merawat dan menyembuhkan penyakit ini dengan lebih berkesan.
Terdapat juga banyak kaedah rawatan di peringkat lanjutan, termasuk
kemoterapi dan pembedahan. Rawatan di peringkat ini bagaimanapun lebih
agresif dan biasanya tidak begitu berkesan untuk menyembuhkan penyakit
tersebut.
Kurangkan risiko anda
Meskipun belum ada garis panduan pemeriksaan untuk kanser kolon di
Malaysia, banyak pihak, termasuk Kementerian Kesihatan, menyedari
bahawa pengesanan awal penting dan garis panduan mengenainya sedang
dirangka.
Cara utama untuk mengurangkan risiko pada diri ialah dengan
mengamalkan gaya hidup sihat. Anda mungkin tidak dapat menukar sejarah
keluarga atau usia anda, tetapi anda boleh bersenam, menjaga berat
badan dan mengamalkan diet rendah lemak dan tinggi serat.
Jadi, segera mulakan gaya hidup sihat hari ini dan jangan lupa
bahawa pemeriksaan awal paling penting dalam usaha untuk mengesan dan
melawan kanser kolon!
dicetak dari utusan online
Fieza
Fieza
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Kanser kolon: Adakah anda berisiko? Penang10
Jawatan : Mici U29
Gender : Female
Jumlah Post : 1406
Umur : 41
Tarikh Register : 12/10/2006
Reputation : 36
Points : 8097

Character sheet
Mutiara Kata saya: murahkanlah bibir dengan senyuman kerana senyum itu sedekah..

https://www.facebook.com/nurhafiza.pijajaja

Back to top Go down

Kanser kolon: Adakah anda berisiko? Empty Re: Kanser kolon: Adakah anda berisiko?

Post by ZA_70 Sun 28 Jun 2009, 2:29 am

sal2

Memahami Proses Kanser
Kanser
menjejaskan sel-sel kita, unit asas kehidupan. Bagi memahami kanser, adalah berfaedah untuk mengetahui apa yang berlaku apabila sel-sel normal menjadi berkanser.
Tubuh kita terdiri daripada berbagai jenis sel. Lazimnya, sel-sel membesar, membahagi dan menghasilkan lebih banyak sel kerana mereka diperlukan untuk menjaga tubuh supaya sihat dan berfungsi dengan sempurna. Kadang-kala, walau bagaimanapun, proses ini menjadi tidak betul - sel-sel terus membahagi apabila sel-sel tidak diperlukan. Gumpalan sel-sel lebihan ini membentuk ketumbuhan atau tumor . Tumor boleh jadi benigna atau malignan.

· Tumor benign tidak berkanser. Ia selalunya boleh dikeluarkan dan, di dalam kebanyakan kes, tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Paling penting, tumor benigna jarang sekali mengancam nyawa.

· Tumor malignan berkanser. Sel-sel di dalam tumor malignan adalah abnormal dan membahagi tanpa kawalan atau aturan. Sel-sel kanser ini boleh menyerang dan membinasakan tisu di sekitarnya. Sel-sel kanser juga boleh berpisah daripada tumor malignan. Mereka mungkin memasuki saluran darah atau sistem limfa ( tisu-tisu dan organ-organ yang menghasilkan dan menyimpan sel-sel yang melawan jangkitan dan penyakit). Proses ini, dipanggil metatesis, merupakan cara kanser merebak daripada tumor asal (primer) untuk membentuk tumor baru (sekunder) di dalam bahagian tubuh yang lain.

Kolon dan Rektum
Kolon dan rektum merupakan bahagian-bahagian sistem penghadaman tubuh yang mengasingkan zat-zat daripada makanan dan menyimpan sisa sehingga ia dialirkan keluar dari tubuh. Bersama-sama, kolon dan rektum membentuk suatu tiub yang panjang dan berotot yang dipanggil usus besar. Kolon merupakan bahagian 6 kaki pertama usus besar dan rektum pula terdiri daripada hujung yang panjangnya antara 8 dan 10 inci.








Memahami Kanser Kolorektal
Kanser yang bermula di dalam kolon dipanggil kanser kolon dan kanser yang bermula di dalam rektum dipanggil kanser rektal. Kanser yang menjejaskan salah satu organ-organ ini boleh juga dipanggil kanser kolorektal.
avatar
ZA_70
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]
AHLI KEHORMAT [KERABAT OTAI]

Negeri : Kanser kolon: Adakah anda berisiko? Perak_10
Jawatan : STUDENT POS BASIK
Gender : Female
Jumlah Post : 280
Umur : 64
Tarikh Register : 27/10/2008
Reputation : 7
Points : 6142

Character sheet
Mutiara Kata saya: SENYUMAN ADALAH PENAWAR SEGALA DUKA....

Back to top Go down

Kanser kolon: Adakah anda berisiko? Empty Re: Kanser kolon: Adakah anda berisiko?

Post by fasha_wanna Sun 28 Jun 2009, 10:01 pm

ade lg tak psal kanser tu??

hehehe..
fasha_wanna
fasha_wanna
STAFF PEMUDAH CARA
STAFF PEMUDAH CARA

Negeri : Kanser kolon: Adakah anda berisiko? Kuala_10
Jawatan : part tym rempit n car race :P
Gender : Female
Jumlah Post : 2527
Umur : 38
Tarikh Register : 06/01/2008
Reputation : 36
Points : 9107

Character sheet
Mutiara Kata saya: ~~we can never change our past but we can always choose our future..~~

http://profiles.friendster.com

Back to top Go down

Kanser kolon: Adakah anda berisiko? Empty Perawatan Barah/Kanser/Tumor/Migrain dengan Herba Nusantara

Post by Adzhar Mon 09 Nov 2009, 11:26 am

Perawatan Barah/Kanser/Tumor/Migrain dengan Herba Nusantara
oleh Guru Tauhid/Tasawuf dengan izinNya.


Antara klasfikasi Barah utama, di tubuh ialah:
Ketumbuhan pundi kencing , Darah dan sum-sum tulang) Hematological malignancies
Leukemia , Lymphoma , Penyakit Hodgkin , Lymphoma bukan Hodgkin , pelbagai myeloma ( Multiple myeloma )
Tumor otak , Barah payu dara , Barah pangkal rahim ( Cervical cancer ), Barah Kolorectal ( Colorectal cancer )
Barah esophageal , Barah endometrial (uterus) , Hepatocellular carcinoma (hati) , Tumur gastrointestinal stromal (GIST) ,Barah laryngeal , Barah paru-paru , Mesothelioma,Barah mulut , Osteosarcoma (tulang) , Barah ovari , Barah pancreatik,Barah prostate , Renal cell carcinoma (ginjal) , Rhabdomyosarcoma (otot) , Barah kulit (termasuk benign Tahi lalat),Barah perut , Barah testikular dan Barah thyroid.

Rawatan barah biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang tumor dan nod lymph berhampiran yang
mungkin dijangkiti barah, digabung bersama terapi radiasi dan ( chemotherapy ). Dua rawatan terakhir
mensasarkan sel dalam tubuh yang membiak dengan pantas. Ini termasuk sel barah tetapi juga membabitkan
sel sihat, yang merupakan sebab kesan sampingan yang buruk dari rawatan ini. Antara rawatan nya ialah : -
Pembedahan , Chemotherapy ,Terapi radiasi , Immunoterapi , Terapi cytoluminescent (CLT) .

KOS RAWATAN KANSER / BARAH / TUMOR

Jika di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), rawatan 25 kali radioterapi adalah lebih kurang RM1,500 hingga RM1,750 (RM50 sekali rawatan dan RM500 untuk caj peralatan dan perancangan radioterapi). Jika hospital swasta mengenakan bayaran RM200-500 sehari, kos keseluruhan bagi radioterapi sebanyak 25 kali RM5,000 hingga RM12,500.Yang ada, jelasnya, pesakit yang tidak mahu menunggu lebih lama dan pergi ke hospital swasta. Ketika inilah, mereka memerlukan wang yang banyak untuk membiayai sendiri sepenuhnya kos rawatan.

ADAKAH SEL-SEL KANSER AKAN MATI / MUSNAH SELEPAS RAWATAN RADIOTERAPI SEBANYAK 25x ?
APAKAH KESAN SAMPINGAN(KEMUSNAHAN SEL SIHAT) YANG PERLU DITANGGUNG OLEH PESAKIT ?

Sesungguhnya segala penyembuhan dari ALLAH s.w.t , Walaupun menurut kajian rawatan radioterapi
adalah terbaik bagi pengamal perawatan moden , kami disini juga berusaha dengan ilmu dan akal yang
diberi oleh Allah s.w.t untuk berkongsi keadah penyembuhan optima tanpa sebarang kimia / bahan asing /
pembedahan organ yang boleh menjejaskan sistem - sistem badan semulajadi dan iringan doa/wirid
kepada Maha Pencipta Segala Penyakit(Musibah) dan Maha Memberi Penyembuhan ..
insya ALLAH ( dengan izinNya )......... amin.


Adzhar / Pak Syeikh Ramli
013 3622787 / 012 2427087
Info : http://www.flickr.com/photos/lemanspring/4085899366/sizes/l/

Sila panjangkan risalah ini..mungkin ada insan dapat kita bantu
Insya Allah anda mendapat keberuntungan dari Yang Maha Esa.

Wa-Sallam
avatar
Adzhar
AHLI FORUM
AHLI FORUM

Jawatan : Technical Ast
Gender : Male
Jumlah Post : 8
Umur : 46
Tarikh Register : 09/11/2009
Reputation : 0
Points : 5501

Back to top Go down

Kanser kolon: Adakah anda berisiko? Empty Re: Kanser kolon: Adakah anda berisiko?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum